Anda di halaman 1dari 9

SK RAMBAH

82000 PONTIAN
JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA
KAYUHAN MERDEKA 2020
20
20
A
K
EE
D
RR
EE
M
N
A
H
U
Y
A
K
20
20
A
K

M
N
A
H
U
Y
A
K
PENDAHULUAN

Kayuhan merdeka merupakan aktiiviti yang dikendalikan oleh pihak sekolah dengan
kerjasama PIBG. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pengalaman
kayuhan basikal jarak jauh kepada murid. Peserta yang berjaya akan diberi sijil
pengiktirafan kemampuan mereka mengharungi kayuhan jarak jauh ini. Aktiviti ini juga
akan menguji kekuatan mental dan fizikal peserta.

LATAR BELAKANG

Aktiviti Kayuhan Merdeka ini diilhamkan Guru Besar sendiri. Aktiviti ini merupakan aktiviti
yang melibatkan aktiviti luar. Kejayaan aktiviti Kayuhan Merdeka terdahulu telah memberi
motivasi kepada semua guru pebimbing untuk meneruskan lagi aktiviti luar ini. Aktiviti ini
bukan sahaja terbuka kepada murid-murid Sekolah Keb. Rambah, malah aktiviti ini
sememangnya terbuka kepada semua ibu bapa yang berminat dengan aktiviti luar ini.
Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan
semua peserta kayuhan akan merasa satu pengalaman sebenar aktiviti kayuhan
merdeka ini. Mereka akan mengalami satu pengalaman baru dalam hidup mereka iaitu
melakukan satu kayuhan jarak jauh. Aktiviti ini juga akan mendapat kerjasama dari pihak
polis trafik untuk memastikan keselamatan mereka berkayuh di atas jalan raya itu nanti.

1
RASIONAL

Adalah diharapkan aktiviti ini akan dapat membentuk jati diri peserta untuk mengharungi
cabaran kayuhan jarak jauh. Kekuatan dari segi fizikal dan mental amat di tuntut pada
diri setiap peserta. Selain dari itu, aktiviti ini juga akan melahirkan semangat kerjasama
antara satu sama lain. Selain daripada itu mereka juga akan menikmati pemandangan
suasana kampung. Ini secara tidak langsung akan memberi pengalaman kepada peserta
tentang tempat yang mereka lalui. Diakhir check point, murid-murid akan singgah di
pantai Rambah. Disitu mereka akan mengibarkan jalur gemilang dan berswafoto dengan
keindahan alam semulajadi. Ini dapat mendidik murid-murid dengan sikap sayangi bumi
Malaysia serta menyahut seruan kerajaan kibarkan bendera Malaysia. Semangat
patriotik juga dapat ditanam dalam diri murid iaitu bangga dengan Negara Malaysia.
Disamping itu, pematuhan sop covid 19 tetap diutamakan.

MATLAMAT

Menanam kesedaran dan motivasi di dalam setiap individu ke arah mencapai


kecemerlangan. 4.2 Aktiviti ini diharapkan dapat menjadikan peserta kayuhan
mempunyai ketahanan diri dari segi fizikal dan mental serta semangat patriotik sayangi
bumi Malaysia. 4.3 Mengeratkan hubungan kerjasama antara sesama peserta. 4.4
Memperkukuhkan daya ketahanan dan jatidiri bangga menjadi rakyat Malaysia . 4.5
Membentuk persediaan dalaman samada dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi
cabaran yang bakal mendatang. 4.6 Memberi pendedahan kepada semua peserta untuk
meningkatkan sifat berdikari dan keyakinan diri.

OBJEKTIF

Semua peserta kayuhan dapat membina daya ketahanan diri dari segi fizikal dan mental
5.3 Membina semangat kerjasama dalam kumpulan dalam situasi senang atau susah.
5.4 Meningkatkan daya keyakinan diri peserta untuk terus berjaya 5.5 Membina jati diri
peserta dan menanamkan semangat patriotik terhadap negara. 5.6 Membentuk
semangat cintakan negara melalui kayuhan yang membawa bendera Jalur Gemilang
bersama.

2
PENGISIAN

Pengisian kayuhan ini adalah menjurus kepada aspek-aspek berikut:


Murid Tahap 2
a) Mengayuh
b) Kerohanian
c) Melawat Muzium Bugis
d) Kuiz
e) Pertandingan memasak
f) Pertandingan basikal berhias
g) Pertandingan pakaian beragam (murid Tahap 1)
h) Ceramah tentang sejarah setempat.

PENGENDALI KAYUHAN MERDEKA


Aktiviti ini akan dikendalikan oleh semua guru dan PIBG Sk Rambah

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ialah semua murid Sk Rambah

YURAN
Tiada yuran yang dikenakan

MAKAN MINUM
Makan dan minum akan dikendalikan oleh guru-guru yang bertugas

TEMPAT DAN TARIKH


Rujuk Lampiran 1
Tarikh : 10 November 2020
Hari : Khamis

3
AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT
Cg Haidir bin Abdullah ( Guru Besar, Sk Rambah )

PENGERUSI
Cg Supiatun binti Md Halid ( Pk Kokurikulum, Sk Rambah )

NAIB PENGERUSI 1
Cg Md Wan bin Abd Hamid ( Pk Kurikulum, Sk Rambah )

NAIB PENGERUSI 2
Pn Noraini binti Ayob ( Pk Hem, Sk Bandar Puteri Jaya )

KETUA EKSPEDISI KAYUHAN MERDEKA


Cg Rizza Azziff bin Azhar

BENDAHARI
Cg Noor Laily bin Saad

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pn. Nor Lida bte Othman


En. Syafiq bin Md Yusof
Pn. Alhasanah binti Md Khalid
En. Mohd Zakaria bin Yusof
Pn. Hjh Shuryani bte Abu Samah
En. Noor Azman bin Mohd Noor
Noor Akmar bte Mohd Tarmidi
Pn. Aishah bte Abdull Wahab
En. Mohd Zakaria bin Yusof
Ustaz Syafiq bin Hussin

4
TENTATIF KAYUHAN MERDEKA

Tarikh : 10 September 2020


Hari : Khamis
Masa : 7.30-8.30

7.15 – 7.20 pagi Berkumpul di sekolah

7.20 - 7.25 pagi Doa

7.25 – 7.30 pagi Bermula kayuhan merdeka

7.30 - 8.00 pagi Sampai di Pantai Rambah

8.00 - 8.15 pagi Kibaran bendera Malaysia


Swafoto merdeka

8.15 - 8.30 pagi Bertolak pulang dan sampai ke sekolah

8.30 – 10.00 pagi Pertandingan basikal berhias (Tahap 2)


Pertandingan Pakaian Beragam (Tahap 1)
(Keputusan akan diumumkan pada Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan)

10.00-10.30 pagi Rehat

10.30 – 11.30 pagi Pertandingan memasak

11.30 -12.30 pagi Ceramah / Kuiz

12.30 Pulang

5
KEWANGAN

Sumber pendapatan
BIL SUMBER JUMLAH

1 SUMBANGAN PIBG RM200.00

2 PERUNTUKA KO KURIKULUM (BKK) RM1203.00

JUMLAH RM1403.00

Anggaran belanjawan
BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM)

1 Hadiah:
Basikal berhias
Tempat pertama RM10.00 x 1
Tempat kedua RM8.00 x 1
Tempat ketiga RM4.00 x 1 22.00

Kuiz
Tahap 1
Tempat pertama RM10.00 x 1
Tempat kedua RM8.00 x 1
Tempat ketiga RM4.00 x 1 22.00

Tahap 2
Tempat pertama RM10.00 x 1
Tempat kedua RM8.00 x 1
Tempat ketiga RM4.00 x 1 22.00

Pertandingan memasak
Tempat pertama RM10.00 x 1
Tempat kedua RM8.00 x 1 22.00
Tempat ketiga RM4.00 x 1

Pertandingan pakaian beragam6


Tempat pertama RM10.00 x 1
Tempat kedua RM8.00 x 1
Tempat ketiga RM4.00 x 1 22.00

2 Ceramah patriotik
Penceramah RM100 x 1 100.00
Bahan bercetak 140.00

3 Makanan RM4.00 x 71 684.00

Minuman RM1.00 x 171 171.00

4 Bendera Malayisa RM2.00 x 30 60.00

5 Bendera Johor RM2.00 x 30 60.00

6 Kertas warna RM2.00 x 30 60.00

7 Salotape RM0.50 x 30 15.00

8 Tali RM3.00 x 1 3.00

JUMLAH 1403.00

PENUTUP

Adalah diharapkan agar Kayuhan Merdeka yang akan dilaksanakan ini dapat mencapai
matlamatnya walaupun keadaan negara yang sedang dilanda wabak Covid19 . Dengan aktiviti
seperti ini semua murid akan mendapat manfaat khususnya dari segi jati diri, semangat
patriotik, ketahanan fizikal dan mental, semangat kerjasama, keyakinan diri serta membina
nilai-nilai positif dalam diri sendiri. Setiap aktiviti yang dirancang juga diharap dapat
dilaksanakan dengan baik dan sentiasa mematuhi SOP terkini yang diberikan oleh MKN dan
KPM.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Alhasanah binti Md Khalid Supiatun binti Md Halid


S/U Sambutan Hari Kemerdekaan Guru Penolong Ko Kurikulum
Sk Rambah Sk Rambah

Disahkan oleh:

Haidir bin Abdullah


Guru Besar
Sk Rambah

Anda mungkin juga menyukai