Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja

KEM JATI DIRI PELAJAR ASRAMA

Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh Lekir

32020, Sitiawan, PERAK.

1. Tujuan

Tujuan diadakan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan serta memohon bantuan
kewangan bagi membiayai dan menjayakan program jati diri pelajar asrama sekolah ini.

2.
Asrama Desa SK Batu Sepuluh ini menempatkan sebanyak 40 orang murid yang terdiri daripada murid
tahun 4, 5 dan 6 yang mempunyai potensi untuk cemerlang dalam bidang akademik. Tujuan untuk
mengadakan kem jati diri ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan-insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

3. Pengenalan

3.1 Nama Projek : KEM JATI DIRI PELAJAR ASRAMA

3.2 Maklumat Projek :

3.2.1 Tarikh : 27 – 29 MAC 2009

3.2.2 Hari : JUMAAT - AHAD

3.2.3 Tempat : PUSAT KOKURIKULUM PANGKOR

4. Rasional

Program yang dirancang ini diharapkan dapat memberi peluang kepada murid untuk membina
semangat jati diri dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan tanah air. Adalah diharapkan murid
dapat menjana minda dengan lebih efektif setelah projek ini nanti.

5. Objektif

5.1 Menjana semangat jati diri

5.2 Memupuk semangat cinta akan agama, bangsa dan negara.

5.3 Menyemai semangat kepimpinan dan bekerja di dalam kumpulan

5.4 Memupuk semangat disiplin kendiri dan pengurusan masa


5.5 Mendedahkan murid terhadap pengurusan sesuatu projek

5.6 Memupuk sikap bertanggung jawab,berdikari dan mematuhi peraturan

6. Kumpulan Sasaran

40 orang murid asrama (rujuk lampiran)

7. Pengelolaan

Program ini dikelolakan sepenuhnya oleh jurulatih bertauliah dari Pusat Kokurikulum Pangkor

8. Jadual Perlaksanaan Projek

8.1 Jadual perlaksanaan projek ini adalah seperti berikut :

Fasa Tarikh Aktiviti Tindakan

1. 27 Mac 2009 Murid bertolak dari Asrama Warden dan PPM


Desa SK Batu Sepuluh Lekir ke
Jeti Lumut

2. 27 – 28 Mac 2009 Murid menghadiri program di Jurulatih dan PPM


Pusat Kokurikulum

3. 29 Mac 2009 Bertolak pulang dari pusat PPM dan Warden


Kokurikulum Pangkor ke Jeti
Lumut
9 Sumber Kewangan

9.1 Wang Lebihan Makanan Asrama


9.2 Peruntukan Motivasi
9.3 Peruntukan Kokurikulum

10 Anggaran Perbelanjaan
CATATAN
Tempahan makan
dan Dobi - RM35.00 x 40 org murid dan
4 org pengiring = RM 1540.00 Kewangan Asrama
(Wang Lebihan Makanan)

Tambang Feri - RM3.50 x 44 orang x 2 = RM 154.00

Kokurikulum
Motivasi
Sewa Van
Pulau Pangkor - RM20.00 x 5 buah x 2 = RM 200.00

JUMLAH =RM1894.00

11. Penilain

11.1 Melalui pemerhatian sahsiah murid selepas aktiviti

11 Penutup

13.1 Sesungguhnya kejayaan program yang dirancang ini adalah bergantung


kepada sikap serta komitmen yang positif daripada semua pihak yang
terlibat menjayakan kem Jati Diri Murid Asrama 2009.

13.2 Konsep permuafakatan adalah menjadi tunjang ke arah kejayaan


program ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA,BANGSA, DAN NEGARA”

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

……………………………………………................ ...............................................................

( NOR AZMAN BIN MUHAMAD NOOR ) (ISMAIL B NAYAN)


Warden Asrama Desa Guru Besar,
Sekolah Kebangsan Batu Sepuluh Lekir, Sekolah Kebangsan Batu Sepuluh Lekir

Anda mungkin juga menyukai