Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam


soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda
pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah. Bersabda
Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-
baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar dan Thabarani).

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu


kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani
Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah.
Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat:
“Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW
menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari).

Memanah adalah merupakan satu aktiviti yang telah wujud sejak zaman dahulu.
Zaman dahulu manusia menggunakan kemahiran memanah untuk memburu binatang
dijadikan makanan ataupun berperang. Tetapi hari ini banyak negara berlumba-lumba
menguasai kemahiran ini adalah untuk melonjakkan nama dalam arena sukan. Sesuai
dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini yang semakin mencabar dalam era
menuju ke pendidikan global dan bertaraf dunia, seharusnya pelajar diperlengkapkan
dengan sebanyak mungkin ilmu bagi mencapai visi dan misi Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Untuk itu, bengkel asas memanah ini dilaksanakan sebagai satu langkah awal
kepada ahli kelab pelajar terutamanya pelajar yang akan menyertai pertandingan.
Diharapkan agar bengkel ini akan memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada
para peserta dan diharapkan dapat diaplikasikan dan disampaikan kepada ahli kelab
yang lain.
2
2.0 MATLAMAT
Bengkel asas ini dilaksanakan dengan harapan agar dapat:
2.1 Memberikan pendedahan dalam kemahiran memanah.
2.2 Melahirkan ahli kelab yang mempunyai pengetahuan asas kemahiran memanah.
2.3 Mengembangkan ilmu tentang sukan memanah dalam kalangan pelajar.

3.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan dengan terlaksananya bengkel memanah ini akan dapat :
3.1 Memberi peluang kepada para pelajar memperoleh pendedahan asas dalam
kemahiran memanah.
3.2 Memperkenalkan serta mengembangkan sukan memanah di kalangan ahli
kelab.
3.3 Melahirkan ahli kelab yang sekurang-kurang mempunyai pengetahuan asas
mengenai sukan memanah yang merupakan salah satu sukan dan permainan
utama sekolah berasrama penuh.
3.4 Memberikan pendedahan berkaitan sukan memanah dari aspek kemahiran asas,
pengurusan, teknikal, Undang-Undang dan peraturan yang berkaitan.
3.5 Menjadikan sukan memanah sebagai suatu aktiviti riadah bagi pelajar dan guru.

4.0 TARIKH

16 Februari 2020 & 1 Mac 2020

5.0 TEMPAT

SMK Si Rusa Port Dickson

6.0 JUMLAH PESERTA

35 Orang.

7.0 FASILITATOR

Ali Bin Mohamad (Jurulatih Kelab Memanah Port Dickson)


3
8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK:

PENGERUSI
Datin Zainah Binti Ahmad Sisman
Pengetua

TIMBALAN PENGERUSI
En. Shafian Bin Ishak
Guru Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI 1
Cik Sharizan Binti Sheikh Osman
Guru Penolong Kanan

NAIB PENGERUSI 2
Pn Hasni Binti Bakar
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

SETIAUSAHA
En Noor Khairul Azwan Bin Yusoff

AJK:
Peralatan
Cik Haslinda Binti Ramlee

Perhubungan
Pn Noor Amilah Binti Mohd Rusdi

Pengangkutan dan Makanan


Pn Azrina Binti Badaruddin
4
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :

Pendapatan:
Bil Perkara Jumlah Keseluruhan (RM)
1 PIBG 500.00
JUMLAH 500.00

Perbelanjaan:
Bil Perkara Kos Seunit Kuantiti Jumlah
(RM) Keseluruhan (RM)
1 Bayaran jurulatih 250.00 2 500.00
JUMLAH 500.00

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan terlaksananya kursus pengenalan asas memanah ini, akan
membolehkan ke semua ahli kelab dapat melaksanakan Gerko Memanah di Sekolah Menengah
Sains Rembau. Diharapkan juga kursus ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam
persediaan Kejohanan Memanah Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2020.

Disediakan oleh

NOOR KHAIRUL AZWAN BIN YUSOFF


Guru Penasihat Kelab Memanah
Sekolah Menengah Sains Rembau

Disahkan oleh

HASNI BINTI BAKAR


PK Ko-Kurikulum
Sekolah Menengah Sains Rembau

Diluluskan oleh

DATIN ZAINAH BINTI AHMAD SISMAN


Pengetua
Sekolah Menengah Sains Rembau

Anda mungkin juga menyukai