Anda di halaman 1dari 7

Kertas Kerja Memohon Sumbangan Bagi Menyertai Pertandingan Inovasi Di Bangkok

Pengenalan

Pertandingan Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition
(IPITEX) merupakan satu pertandingan inovasi Sains yang diadakan pada peringkat antarabangsa. Pertandingan
ini membantu para pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari oleh mereka serta
memberikan pengalaman pertandingan berkaitan inovasi di peringkat antarabangsa dimana mereka dapat
mengharumkan nama Negara, Negeri dan sekolah.

Pihak sekolah bercadang untuk menghantar dua pasukan untuk menyertai pertandingan ini. Bagi
pengetahuan pihak tuan, dua pasukan ini menghasilkan batu bata yang mesra alam dan membuat plastik
dengan menggunakan kulit pisang dengan berkerjasama dengan universiti tempatan iaitu Universiti Putra
Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil inovasi ini dapat membantu dunia dengan
menghasilkan produk yang lebih mesra alam serta perkongsian ini akan membuka mata syarikat luaran
untuk menghasilkan produk sedemikian.

Pertandingan ini memerlukan pelajar menggunakan kreativiti serta pelbagai strategi untuk mereka
bentuk dan bidang penyelidikan, sekali gus merupakan pendekatan terbaik yang menggabungkan
kepakaran dan inovasi pelajar. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai
pakar yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, dinamik serta mampu bersaing dalam bidang industri
sains dan teknologi yang sedang mengalami perkembangan pesat. Tambahan lagi pasukan Inovasi SMJK
Chan Wa telah memenangi beberapa pertandingan inovasi di peringkat daerah, Negeri, Kebangsaan dan
Antarabangsa. (sila rujuk Lampiran 1- kejayaan yang dimiliki oleh pasukan inovasi SMJK Chan Wa)

Dibawah perancangan aktiviti Persatuan Sains dan Matematik kami telah mensasarkan untuk
menyertai beberapa pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang dianjurkan oleh
samada universiti, badan-badan kerajaan, kementerian pendidikan dan agensi luarnya. Ini dapat
menaikkan semangat pelajar dalam bidang STEM serta menaikkan nama Negara, Sekolah di peringkat
antarabangsa. Oleh itu, sokongan dari segi kewangan amatlah diperlukan bagi menampung keperluan serta
persediaan pasukan yang terlibat dengan pertandingan ini untuk membolehkan pasukan Inovasi SMJK
Chan Wa dapat menyertai pertandingan ini serta mengharumkan namanya. Berikut adalah maklumat
berkaitan pertandingan ini dan peruntukan yang diperlukan untuk menyertai pertandingan ini.
Maklumat Pertandingan

Nama Pertandingan : Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology
Exposition (IPITEx 2019)
Penganjur : National Research Council of Thailand
Kategori Pertandingan : Secondary School/International – Environmental Protection
Tarikh : 2 hingga 6 Februari, 2019 (Sabtu hingga Rabu)
Tempat : Bangkok International Trade & Exhibition Centre, Thailand

Keperluan Perbelanjaan

Bilangan Pelajar : 6 orang


Bilangan Guru : 2 orang
Bilangan hari : 7 hari

Perbelanjaan Makan & Minum = 7 hari x 8 orang x RM 30.00


= RM 1680.00
Penginapan = 6 hari x 2 apartment (2 bilik dalam satu apartment) x RM 440.00
= RM 5280.00

Anggaran bayan Pengangkutan = 7 Hari- RM 1500.00

Tiket Penerbangan = 8 orang X RM 900.00


= Rm7200.00

Yuran Pendaftaran Pertandingan = Percuma

Jumlah Keseluruhan = RM15180.00

Penutup:
Kami sangat berharap pihak tuan dapat membantu pihak sekolah dengan memberikan sedikit sumbangan bagi
membolehkan pasukan sekolah dapat menyertai pertandingan ini. Sumbangan pihak tuan sangat membantu
pasukan Inovasi untuk mencapai kejayaan di peringkat Antarabangsa. Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada
En Vikneswaran a/l M.Gunahlan di talian 0149446867. Segala kerjasama pihak tuan di dahului dengan ucapan
terima kasih.
LAMPIRAN 1

KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI OLEH PASUKAN INOVASI CHAN WA

BIL PERTANDINGAN PERINGKAT KEJAYAAN


1 Pertandingan Projek based Learning PKG Mambau Johan
dengan menggunakan VLE FROG
2 Pertandingan Projek based Learning Daerah Seremban Johan
dengan menggunakan VLE FROG
3 Pertandingan Projek based Learning Negeri Ketiga
dengan menggunakan VLE FROG
4 Pertandingan STEM Negeri Naib Johan
5 Pertandingan Gema Ilmu (Inovasi Kebangsaan Gold Medal (Top)
kesihatan) Best Presenter
6 Kuala Lumpur Engineering Science Fair Antarabangsa Merit Award
7 International Invention, Innovation & Antarabangsa 1 Gold, 2 Silver, 3
Design -UITM bronze
8 World Young Inventors Exhibition Antarabangsa 3 Gold, 3 Silver
9 Transformation Lives Through Kebangsaan 1 Gold dan 1 silver
Innovation- MSU Menang special Award

Pencapaian
World Young Inventors Exhibition- 3Gold 3 Silver

Jr Scientist Colloquium (Health Science Innovation Competition) UKM – Gold medal 1st prize

Jr Scientist Colloquium (Health Science Innovation Competition) UKM – Best Presenter


International Invention, Innovation & Design –UITM 1gold, 2 silver and 3 bronze

Transformation Lives Through Innovation- MSU (1 gold and 1 silver dan menang special award)

Anda mungkin juga menyukai