Anda di halaman 1dari 1

Ruj.Kami : CEA8018.

600-3/5/32(0 )
Tarikh : 9 Januari 2020
En Sulaiman bin Mohd Yunos
Nestle Production Sdn. Bhd
Lot 41, Jalan Angklung 33/20,
Shah Alam Industrial Park,Section 33,
40460 Shah Alam Selangor ``

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MINUMAN PERCUMA SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH


KALI KE-34

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah
kali ke-34. Justeru itu, pihak sekolah ingin memohon jasa baik pihak Tuan untuk menyumbangkan minuman
Milo bersempena kejohanan tersebut. Semoga sumbangan ikhlas dari pihak Tuan dapat menjayakan dan
memeriahkan lagi majlis ini

3. Berikut disertakan butiran berkenaan majlis tersebut:

Majlis : Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kali ke-34


Tarikh : 13 Februari 2020 ( Khamis)
Tempat : Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong
Masa : 8:00 pagi – 1.00 Tgh
Jumlah Murid, : 700 orang
Ibu Bapa dan
Guru

4. Pihak sekolah berharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dan kerjasama dari pihak
Tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

..........................................................................
( MOHD RIZAL BIN ATAN)
Pengetua SMK Keratong

Anda mungkin juga menyukai