Anda di halaman 1dari 2

. PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) Tel.

: 06-9791127
SK SERI SETIA, JALAN PADANG TEMBAK Fax : 06-9791121
E-Mail:
36000 TELUK INTAN, Website: www.ppdledang.edu.my
PERAK DARUL RIDZUAN.

_____________________________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : JPA9011/ 700 –5/6/7(1)
Tarikh : 18 March 2017.

Kepada,

Y.B.DATO’ SERI IR. MOHD ZIN BIN MOHAMED


Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Sepang
Selangor Darul Ehsan.

Y.B. Dato’ Seri,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN OLAHRAGA


TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan majlis perasmian penutup tersebut akan diadakan seperti butiran
berikut :
Tarikh : 1 April 2017
Hari : Sabtu
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Seri Setia

3. Sehubungan itu, pihak sekolah serta Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Seri Setia dengan berbesar hati dan penuh takzimnya menjemput Y.B.
Dato’ Seri untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi Kejohanan Olahraga
Tahunan Sekolah Kebangsaan Seri Setia Tahun 2017 serta menyampaikan hadiah.

4. Turut dilampirkan bersama surat jemputan ini, atur cara bagi majlis tersebut untuk rujukan
Y.B. Dato’ Seri.

5.Kesudian dan jasa baik Y.B. Dato’ Seri menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Semoga dengan kehadiran Y.B.
Dato’ Seri ke majlis tersebut dapat memeriahkan lagi Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah
Kebangsaan Seri Setia Tahun 2017.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
(AHMAD BIN HARUN)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Setia
. PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) Tel. : 06-9791127
SK SERI SETIA, JALAN PADANG TEMBAK Fax : 06-9791121
E-Mail:
36000 TELUK INTAN, Website: www.ppdledang.edu.my
PERAK DARUL RIDZUAN.

______________________________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : JBA9011/ 700 – 5/6/15(1 )
Tarikh : 18 March 2017.

Kepada,

Semua Ibu Bapa/ Penjaga murid


Sekolah Kebangsaan Seri Intan,
36000, Teluk Intan

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seri Setia akan mengadakan


Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kali ke-15 Tahun 2017 seperti butiran berikut;

Tarikh : 1 April 2017


Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Seri Setia

3. Oleh itu pihak kami dengan berbesar hati menjemput tuan/puan untuk hadir untuk
memeriahkan lagi program tersebut. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan amat bermakna bagi
kami.

Sekian,Terima Kasih,

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
(AHMAD BIN HARUN))
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Setia

Anda mungkin juga menyukai