Anda di halaman 1dari 5

Lampiran 1c

PERATURAN PERTANDINGAN KABADDI

1. AM
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Kabaddi.

2.PENGELOLA
Kejohanan ini dikelolakan oleh Ko-korikulum.

3. PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN


3.1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada yuran penyertaan akan dikenakan.
3.2. Setiap kelas dikehendaki mendaftar maksimum satu (1) pasukan yang mempunyai dua
belas (7) orang pemain lelaki sahaja menggunakan borang yang disediakan.
3.3. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar. (Pelajar SJK(T) Ladang
Henrietta)

4. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN


Tarikh: 21 Februari 2017 (Rabu)
Masa: 1.45 petang hingga 3.45 petang.
Tempat: Padang SJK(T) Ladang Henrietta

5. FORMAT PERTANDINGAN
5.1. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola
keranjang).
5.2. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh (7) pemain
utama sahaja.
5.3. Pertandingan akan dijalankan berpandukan kepada undang-undang dan peraturan yang
telah ditetapkan. Dalam keadaan tertentu di mana tidak dinyatakan dalam undang-
undang pertandingan ini, sebarang kekeliruan dan masalah akan dirujuk kepada
Jawatankuasa Pengelola dan keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah dikira sebagai
MUKTAMAD.
5.4. Susunan pemain hendaklah diserahkan kepada urusetia menggunakan borang yang
disediakan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.
6. PERATURAN PERTANDINGAN
6.1. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat
semasa pertukaran gelanggang.
6.2. Undang-undang dan peraturan yang telah digariskan sebagai panduan dalam
pertandingan Kabaddi adalah seperti berikut :-
6.2.1. Cara Permainan dijalankan:
a. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk (menyerang & pertahanan) yang mana
terdiri daripada tujuh (7) orang pemain untuk satu pasukan.
b. Pasukan penyerang akan hantar seorang pemain ke gelanggang pasukan pertahanan,
yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pasukan
pertahanan sebelum patah balik kepada pasukannya. Sepanjang proses ini, wakil
penyerang tersebut perlu menahan nafas dan menyebut kabaddi secara berterusan.
c. Jika penyerang dapat menyentuh mana-mana pemain pihak lawan semasa beliau
masih lagi menahan nafas, pemain tersebut akan terkeluar dan meninggalkan
padang. Sementara itu, pihak pertahanan akan membentuk sebuah rantai seperti
berpegangan tangan antara satu sama lain untuk menahan penyerang untuk kembali
ke gelanggang pasukannya. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain
pertahanan akan meninggalkan padang.
d. Jika penyerang mengambil nafas lain sebelum berjaya kembali ke gelanggangnya,
maka penyerang itu akan dikeluarkan.
e. Kedua-dua pasukan akan tukar posisi penyerang dan pertahanan secara bergilir-gilir
sehingga masa tamat.
f. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian badan mencecah tanah
di luar garisan, kecuali semasa bergelut struggle dengan pasukan pihak lawan.
6.2.2. 1 mata akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyentuh dan kembali ke
gelanggang pasukannya dalam 1 tempoh nafas. Pasukan yang menyerang akan dapat 2
mata bonus, yang dipanggil lona, sekira dapat mengeluarkan semua pemain pihak
lawan dalam satu sesi permainan.
6.2.3. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang.
Permainan dijalankan secara kalah keluar. Pemenang akan ke pusingan seterusnya.
6.3. Senarai tujuh pemain utama bagi acara kabaddi hendaklah dimaklumkan kepada
urusetia pertandingan tiga puluh (30) mini sebelum pertandingan bermula.(Masa
pertandingan, sila rujuk jadual pertandingan terkini).
6.4. Sesebuah pasukan hanya dibenarkan menggunakan dua (2) time out dalam setiap
separuh masa.
6.5. Time out hanya boleh dimohon oleh jurulatih pasukan berkenaan Sahaja.
6.6. Giliran menyerang (Raiding) oleh seseorang pemain tiada had.
6.7. Penggantian pemain hanya boleh dilakukan semasa Time Out dan Separuh Masa.
6.8. Bilangan penggantian pemain dalam satu ketika tiada had.
6.9. Sekiranya seseorang peserta tidak boleh meneruskan permainan akibat
kecederaan,ketidakupayaan atau kecemasan, peserta tersebut boleh digantikan dendam
pemain simpanan yang tersenarai dalam asal pasukan.Pengesahan hendaklah
diperolehi daripada pasukan perubatan yang bertugas pada masa tersebut sebelum
penggantian dapat dibuat.
6.10. Kecederaan ringan yang dialami oleh seseorang peserta haruslah ditutup / dibalut
sepenuhnya dengan kadar segera supaya tidak mengganggu keselesaan permainan
pihak lawan.
6.11. Setiap pasukan digalakkan membawa peti pertolongan cemas bersama-sama pasukan
semasa pertandigan berlangsung
6.12. Membentes dengan kasar / ganas (seseorang pemain mempunyai motif untuk
mencederakan atau mengasari seseorang pemain) akan dikenakan kad merah.
(keputusan dibuat atas budibicara pengadil bertugas)
6.13. Memakai barang-barang kemas semasa permainan akan dikenakan kad kuning.
6.14. Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan
oleh Jawatankuasa Pengelola.
6.15. Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di tempat
pertandingan lima (5) minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya selepas lima
(5) minit jadual perlawanan sepatutnya dimulakan, salah satu pemain tidak
menghadirkan diri, kemenengan percuma akan diberi kepada pemain yang hadir.

7. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN


7.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

8. PAKAIAN
Semua pemain mestilah memakai pakaian sukan yang sesuai. Pakaian yang seragam bagi setiap
pasukan bertanding adalah digalakkan. Walau bagaimanapun, bib akan diberi untuk membezakan
kedua-dua pasukan perlawanan. Pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali.
Pemakaian kasut adalah diwajibkan semasa pertandingan. Kasut yang dipakai mestilah sesuai
untuk pertandingan. Kasut-kasut yang difikirkan boleh mendatangkan kecederaan pada atlet itu
sendiri atau atlet-atlet tidak dibenarkan dipakai semasa pertandingan.

9. PENGADILAN
Permainan ini terdiri daripada 1 pengadil, 2 penjaga garisan, 1 pencatat skor dan penjaga masa
yang akan dilantik bagi atu-satu perlawanan. Pengadil yang akan dilantik oleh Jawatankuasa
Penganjur adalah pengadil bebas semasa pertandingan diadakan kelak.
Lampiran 3

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi - Pendaftaran peserta


- Taklimat permainan
- Pembahagian kumpulan

9.00 pagi - Permainan 1 (Congkak)


- Permainan 2 (Touhu)
- Permainan 3 (Kabbadi)

Sesi Penyampaian Hadiah

3.30 ptg - Ketibaan tetamu/undangan


- Ucapan penutupan
- Penyampaian Hadiah kepada peserta
- Jamuan
- Bersurai

Anda mungkin juga menyukai