Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN MOYNOD

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH


W.D.T 01, 90109 BELURAN

KERTAS KERJA
PROJEK PEMBANGUNAN KEMUDAHAN SEKOLAH
( TIANG BENDERA )

“KE ARAH SEKOLAH TS25”


1.0 NAMA PROJEK
Projek Pembangunan tiang bendera sekolah Sekolah

2.0 TUJUAN
Projek ini bertujuan untuk:
2.1 Menaiktaraf kemudahan sekolah dengan adanya tiang bendera bagi
memudahkan proses perhimpunan mingguan berjalan dengan lebih teratur.
2.2 Memberi ruang murid mempelajari proses tatacara menaikkan bendera
semasa perhimpunan atau aktiviti rasmi.
2.3 Menjadikan tapak perhimpunan lebih teratur

3.0 LATARBELAKANG
Seperti sedia maklum Sekolah Kebangsaan Moynod telah dibangunkan
sekitar tahun 1984 dan merupakan suatu tapak yang dikelilingi dengan penanaman
koko pada ketika itu. Sekolah tersebut dibina adalah untuk kemudahan anak-anak
pekerja yang bekerja pada ketika itu untuk menuntut ilmu pendidikan dengan
berlatar belakangkan penduduk tempatan dan pendudukan bukan tempatan ketika
itu. Oleh hal yang demikian, kemudahan asas untuk sekolah agak terhad ketika itu
terutamanya tiang bendera. Pada ketika itu hanya menggunakan kayu dan besi
paip sehinggalah sekitar tahun 2015.
Pada tahun seterusnya semasa terbangunnya dewan serbaguna yang
berbumbung barulah ada tapak perhimpunan yang membolehkan pihak sekolah
dan murid-murid melaksanakan perhimpunan dengan lebih selesa, cuma
kedudukan tiang bendera kurang sesuai kerana harus dipanjat sekiranya ingin
menukar bendera jika sudah usang. Tambahan pula murid tidak dapat mempelajari
tatacara menaikan bendera jika ada aktiviti atau perhimpunan rasmi sehinggalah
sekarang.

4.0 RASIONAL
4.1 Projek ini secara tidak langsung akan memberikan ilmu pengetahuan kepada
murid-murid dan guru-guru untuk melaksanakan perhimpunan rasmi
terutamanya semasa proses tatacara menaikan bendera/ kedudukan
bendera dan sekaligus menghormati bendera kebangsaan Malaysia/ Sabah
dan Bendera Sekolah.
4.2 Memberi keselesaan kepada pihak sekolah untuk menukar bendera jika perlu
ditukar

5.0 OBJEKTIF
5.1 Menaiktaraf kemudahan dan keceriaan Dewan Terbuka SK. Moynod.

6.0 PELAKSANAAN
Sasaran : Dewan Terbuka / Tapak Perhimpunan
Masa : Sepanjang tahun

7.0 ANGGARAN KOS

Bil Perkara Kuantiti Kos Seunit Jumlah


01. Batu 1 Ela RM100 RM100
02. Pasir 1 Ela RM100 RM100
03. Besi 2 Batang RM 40 RM80
04. Playwood 1 Keping RM 50 RM50
05. Simen 2 Karung RM 26 RM52
06. Tiang 3 Inci 3 Batang RM 200 RM600
07. Upah 4 Orang RM 200 RM800
JUMLAH RM 1782

8.0 SUMBER KEWANGAN

KEWANGAN SEKOLAH

9.0 PENUTUP
Keberkesanan projek ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan yang
diperolehi melalui kewangan sekolah. Semoga dengan adanya projek mendirikan
tiang bendera di dewan terbuka SK. Moynod akan lebih memberikan impak
terhadap pengetahuan secara langsung dan tidak langsung mengenai tatacara
aktiviti rasmi kepada murid-murid, guru-guru, dan masyarakat sekitar.

Disediakan oleh,

….……………………….
( MOHD. NOORAIMAN BIN SULAIMAN )
GPK HEM SK. MOYNOD

Disemak oleh,

….………………………
( DENIS R. ENTI @ DENNIS R. RAJI )
GURU BESAR SK. MOYNOD

Disahkan oleh,

….………………………
( )

Anda mungkin juga menyukai