Anda di halaman 1dari 3

GARIS PANDUAN PEMILIHAN TOKOH MURID SKUYB

KRITERIA PEMILIHAN TOKOH

1.1 Murid Yang Layak Dicalonkan

Hanya murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu yang layak dicalonkan walaupun
murid tersebut murid baru di sekolah ini.

1.2. Penilaian Ketokohan Murid

Murid-murid ini akan dinilai ketokohan melalui penglibatan mereka dalam kepimpinan,
akademik, kokurikulum dan ketrampilan sahsiah dari tahun 4, 5 hingga tahun 6.

1.2.1 Penilaian Kepimpinan –

Rujuk jawatan dan penglibatan dalam pelbagai kegiatan dalaman dan luar sekolah.

1.2.2 Penilaian Akademik –

Kedudukan dalam kelas dalam UPSA dan UASA dari tahun 4, 5 dan 6 akan dikira markah dan
dinilaikan.

1.2.3 Penilaian Kokurikulum –

Perjawatan & Pencapaian :

1. Pasukan Unit Beruniform

2. Kelab & Persatuan

3. Sukan & Permainan

Kokurikulum dalam kurikulum

Lain-lain penglibatan luar bukan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (contoh: mental
arithmetic, taekwando, golf, bowling dll.)

1.2.4 Penilaian Sahsiah –

Penilaian ini merujuk Rekod Unit Disiplin dan Bimbingan & Kaunseling merangkumi aspek;

1. Kelakuan

2. Sosial

3. Ketrampilan

4. Kelompok dalam kelas

* Walau bagaimanapun kelayakan calon boleh digugurkan mengikut keutamaan hierarki


demerit seperti di bawah;

1. Tingkahlaku Jenayah
2. Tingkahlaku Lucah

3. Tingkahlaku Kurang Sopan atau Biadap

4. Tingkahlaku Musnah

5. Tingkahlaku Tidak Jujur/Menipu

6. Tingkahlaku Tidak Mementingkan Pelajaran

1.2.5 Pengesahan calon yang dicalonkan. Semua nilaian mengenai sahsiah diri pelajar akan
disahkan oleh Guru Disiplin dan Guru Kaunseling.

1.3. Garis Kasar Panduan Pembahagian Markah

1.3.1 Tokoh Murid

Akademik 20%

Sahsiah 20%

Kokurikulum 20%

Kepimpinan 20%

Pemerhatian 20%

1.3.2 Tokoh Harapan

Kokurikulum 20%

Sahsiah 20%

Akademik 20%

Kepimpinan 20%

Pemerhatian 20%

1.4 Pencalonan Tokoh

1.4.1 Calon dicalonkan oleh Guru Kelas dan guru-guru yang mengajar subjek teras di kelas Tahun
5/6 (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam dan
Pendidikan Moral).

Hanya murid yang benar-benar layak boleh dicalonkan mengikut panduan kriteria yang telah
ditetapkan.

Semua calon yang dicadangkan akan disenarai pendekkan oleh JK Anugerah akan mengisi
borang pemarkahan yang mengandungi komponen Akademik, Sahsiah, Kokurikulum,
Kepimpinan dan Pemerhatian.

Wajaran skor setiap komponen adalah bergantung kepada jenis anugerah.

BORANG PENCALONAN :
TOKOH HARAPAN LELAKI TOKOH HARAPAN PEREMPUAN

TOKOH AKADEMIK LELAKI TOKOH AKADEMIK PEREMPUAN

TOKOH MURID

Anda mungkin juga menyukai