Anda di halaman 1dari 2

Kriteria Pemilihan Tokoh Sinar 2008 KRITERIA PEMILIHAN TOKOH 1.

1 Murid yang
layak dicalonkan. Hanya murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara
yang layak dicalonkan walaupun murid tersebut murid baru di sekolah ini. 1.2. Penilaian
Ketokohan Murid 1.2.1 Murid-murid ini akan dinilai ketokohan melalui penglibatan
mereka dalam kepimpinan, akademik, kokurikulum dan ketrampilan sahsiah dari tahun
4, 5 hingga tahun 6. 1.2.2 Penilaian Kepimpinan - Rujuk jawatan dan penglibatan dalam
pelbagai kegiatan dalaman dan luar sekolah 1.2.3 Penilaian Akademik 1. Kedudukan
dalam kelas dalam PKSR2 dan PKSR4 dari tahun 4, 5 dan 6 akan dikira markah dan
dinilaikan. 2. Keputusan PKSR2 dan PKSR4 yang diduduki dalam tahun 6 diambil
sebagai penilaian akademik mutakhir sekiranya keputusan UPSR tidak dikeluarkan
sebelum atau pada Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan. 3. Sekiranya keputusan
UPSR dikeluarkan sebelum atau pada Hari Anugerah Kecemerlangan, calon yang
dicalonkan mendapat 5A maka calon itu diberi kelayakan untuk menerima anugerah
tokoh dan sekiranya antara calon mendapat keputusan yang sama, maka akan dilihat
semula keputusan PKSR2 dan PKSR4 mereka untuk menentukan siapakah yang lebih
layak menerima anugerah. 1.2.4 Penilaian Sahsiah 1.2.4.1 Penilaian ini merujuk Rekod
Unit Displin dan Bimbingan & Kaunseling merangkumi aspek; 1. Kelakuan 2. Sosial 3.
Ketrampilan 4. Kelompok dalam kelas * Walau bagaimanapun kelayakan calon boleh
digugurkan mengikut keutamaan hierarki demerit seperti di bawah; 1. Tingkahlaku
Jenayah 2. Tingkahlaku Lucah 3. Tingkahlaku Kurang Sopan atau Biadap 4. Tingkahlaku
Musnah 5. Tingkahlaku Tidak Jujur/Menipu 6. Tingkahlaku Tidak Mementingkan
Pelajaran 1.2.4.2 Pengesahan calon yang dicalonkan. Semua nilaian mengenai sahsiah
diri pelajar akan disahkan oleh Guru Disiplin dan Guru Kaunseling. 1.2.5 Penilaian
Kokurikulum 2.2.5.1 Perjawatan 1. Pasukan Unit Beruniform/ Kelab dan Persatuan
2.2.5.2 Permainan 2.2.5.3 Kokurikulum dalam kurikulum 2.2.5.4 Lain-lain penglibatan
luar bukan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (contoh: mental arithmetic,
taekwando, golf, bowling dll.) 1.3. Garis Kasar Panduan Pembahagian Markah 1.3.1
Tokoh Akademik (Sinar Bestari) Akademik 70% Sahsiah 10% Kokurikulum 10%
Kepimpinan 5% Pemerhatian 5% 1.3.2 Tokoh HEM (Sinar Nurani) Sahsiah 70%
Akademik 10% Kokurikulum 5% Kepimpinan 10% Pemerhatian 5% 1.3.3 Tokoh
Kokurikulum ( Sinar Gerko Jaya) Kokurikulum 80% Sahsiah 5% Akademik 5%
Kepimpinan 5% Pemerhatian 5% 1.3.4 Tokoh Utama (Tokoh Bitara) Anugerah ini adalah
yang tertinggi dan dipilih dikalangan 3 tokoh di atas. Pelajar ini wajib memperolehi 5A
dalam peperiksaan UPSR (jika telah diumumkan) dan pemilihannya dibuat berdasarkan
wajaran yang berikut: Akademik 60% Sahsiah 15% Kokurikulum 10% Kepimpinan 10%
Pemerhatian 5% Memperolehi markah tertinggi dalam Penilaian Akademik, Penilaian
Sahsiah dan Penilaian Kokurikulum. 1.4 Pencalonan Tokoh 1.4.1 Calon dicalonkan oleh
Guru Kelas dan guru-guru yang mengajar subjek di kelas Tahun 6 ( Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan
Moral). Hanya murid yang benar-benar layak boleh dicalonkan mengikut panduan
kriteria yang telah ditetapkan. Semua calon yang dicadangkan akan disenarai pendekkan
oleh JK Anugerah akan mengisi borang pemarkahan yang mengandungi komponen
Akademik, Sahsiah, Kokurikulum, Kepimpinan dan Pemerhatian. Wajaran skor setiap
komponen adalah bergantung kepada jenis anugerah. 1.4.2. Seseorang murid boleh
dicalonkan lebih daripada satu anugerah tokoh tetapi akan menerima hanya satu sahaja
anugerah tidak termasuk anugerah Tokoh Utama. 1.4.3. Bagi kategori Tokoh Akademik

dan Tokoh HEM calon perlu mendapat 5A dalam UPSR. Sekiranya keputusan belum
diumumkan penilaian dibuat berdasarkan keputusan PKSR4. Jika terdapat calon yang
difikirkan benar-benar layak, ahli panel pemilihan perlu menyatakan rasional calon
tersebut perlu diketengahkan. 1.4.4. Bagi kategori Tokoh Kokurikulum calon yang benarbenar aktif dalam kokurikulum boleh diketengahkan tanpa mengambilkira faktor
mendapat 5A dalam UPSR.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai