Anda di halaman 1dari 13

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM

SIMPANG EMPAT, 06650 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS CADANGAN
PROGRAM KAD HARI RAYA KREATIF

TARIKH: 22 JULAI 2013

TEMPAT: DEWAN TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM

ANJURAN: GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

1.0

PENGENALAN Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya. Kreativiti merupakan proses yang berterusan ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara itu, estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada persekitaran semula jadi persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan manusia. Oleh sebab itu, kami telah merancang Program Kad Raya Kreatif bagi meningkatkan lagi kefungsian motor halus murid melalui langkah-langkah penyediaan kad raya. Selain dapat memperbaiki kemahiran motor halus, murid juga dapat merasai kemeriahan dan keseronokan persediaan menyambut Hari Raya bersama-sama rakan dan guru. Program ini juga dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru dan murid sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

2.0

RASIONAL Program Kad Hari Raya Kreatif bagi murid-murid tahun 4 dan tahun 5, Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam bertujuan meningkatkan kemahiran motor halus murid. Kemahiran motor halus ini dapat dilatih melalui langkahlangkah penyediaan kad raya iaitu semasa menggunting kertas, menampal kertas, melukis corak-corak, dan sebagainya. Kemahiran motor halus adalah sangat penting untuk memudahkan murid-murid menjalani aktiviti seharian dengan lebih baik. Oleh itu, saya merasakan program ini adalah sangat sesuai dilaksanakan bagi membantu dan melatih perkembangan motor halus mereka.

Program Kad Raya ini juga dapat memberi pengalaman langsung kepada murid untuk membuat sendiri kad raya serta memberi kesempatan bergaul dengan rakan sekelas semasa proses menyiapkan kad raya yang sangat kreatif. Program ini juga dilihat mampu menjadi platform yang baik dalam mencungkil minat murid dalam menghasilkan bahan-bahan kreatif . Hal ini kerana, muridmurid ini sangat memerlukan kemahiran-kemahiran sampingan untuk

memastikan jaminan pekerjaan pada era globalisasi yang makin mencabar pada masa kini.

3.0

MATLAMAT

3.0

Melatih murid menguasai kemahiran komunikasi dengan rakan semasa melakukan aktiviti kad hari raya.

3.1

Memberi pengalaman secara langsung kepada murid dalam penyediaan kad raya mengikut kreativiti tersendiri.

3.2

Memberi peluang kepada murid membuat apresiasi terhadap ibu bapa dan guru.

3.3

Memberi peluang kepada murid mengembangkan kefungsian motor kasar dan motor halus.

3.4

Mengeratkan hubungan antara guru dan murid melalui aktiviti penyediaan kad raya.

4.0

OBJEKTIF

4.1

Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangssan.

4.2

Memberi peluang kepada murid-murid istimewa berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan persekitaran.

4.3

Melahirkan perasaan yakin dan mewujudkan perasaan gembira pada murid-murid. Muridmurid dapat didedahkan dengan persekitaran dunia luar supaya mereka dapat menyesuaikan dalam apa jua keadaan.

4.4

4.5

Program ini bertujuan agar murid dapat memenuhi keperluan individu dari segi jasmani, sosial, emosi dan rohani.

5.0

TARIKH 22 Julai 2013

6.0

TEMPAT Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam

7.0

AHLI JAWATANKUASA Rujuk Lampiran A

8.0

PESERTA Rujuk Lampiran B

9.0

JADUAL PROGRAM Rujuk Lampiran C

10.0

ANGGARAN PEMBELAJARAN Rujuk Lamipran D

11.0

PENUTUP

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak yang terlibat, adalah amat diharapkan semoga program ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tercapai objektifnya. Diharapkan juga program ini dapat merangsang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran disamping mengukuhkan hubungan di antara murid, guru dan masyarakat luar.

Disediakan Oleh :

. (NOORHAYATI BINTI NANYAN) Setiausaha, Program Kad Raya Kreatif.

Disemak Oleh :

Disahkan Oleh :

. (PN. SITI HALIJAH BT HASHIM) Ketua Panitia Pendidikan Seni, SK Haji Hassan Itam.

. (EN. MOHD RAFIDI BIN MOHAMMED) Penolong Kanan Pentadbiran, SK Haji Hassan Itam.

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KAD HARI RAYA KREATIF SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM

PENGERUSI EN.MOHD RAFIDI BIN MOHAMMED (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

PENYELARAS PN. SITI HALIJAH BINTI HASHIM (KETUA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL)

SETIAUSAHA CIK NOORHAYATI BT NANYAN

PEN. SETIAUSAHA CIK NOR ASHIFA BT MD NOZMI

BENDAHARI PN. ISMA RAHAYU BT ISMAIL

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

PN. SITI HALIJAH BINTI HASHIM Ketua Panitia

PN. MANISAH BT MUSA Keselamatan & Disiplin

PN. LAILA BINTI ISMAIL Kawalan Murid

CIK NOORHAYATI BINTI NANYAN CIK NOR ASHIFA BINTI MD. NOZMI Aktiviti

PN. NORRIZAH BINTI HASHIM Dokumentasi

EN.MOHD RAFIDI BIN MOHAMMED Hadiah dan Cenderahati

LAMPIRAN B

SENARAI NAMA PESERTA DAN GURU

SENARAI PESERTA

TAHUN 4W 4A 4D 4B 5W 5A 5D 5B JUMLAH

BILANGAN (WAKIL KELAS) 5 orang 5 orang 5 orang 5 orang 5 orang 5 orang 5 orang 5 orang 40 orang

SENARAI NAMA GURU

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

En. Mohd Rafidi Bin Mohammed Puan Siti Halijah Binti Hashim Puan Isma Rahayu Binti Ismail Puan Manisah Binti Musa Puan Laila Binti Ismail Puan Norrizah Binti Hashim Cik Noorhayati Binti Nanyan Cik Nor Ashifa Binti Md. Nozmi

Penolong Kanan Ketua Panitia PSV Guru Guru Guru Guru Guru Pelatih Guru Pelatih

LAMPIRAN C

JADUAL PROGRAM PROGRAM KAD HARI RAYA KREATIF SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM

10.00 pagi 10.10 pagi 10.20 pagi

Berkumpul di dewan terbuka SK. Haji Hassan Itam Taklimat ringkas mengenai program kad hari raya Setiap kumpulan di bahagikan kad manila, pen marker, kertas warna dan lain-lain

10.30 pagi

Semua kumpulan menjalankan aktiviti menyiapkan kad hari raya mengikut kreativiti tersendiri.

12.00 tengah hari 12.15 pagi

Penilaian daripada juri mengenai hasil kerja murid Acara penyampaian hadiah oleh Encik Mohd Rafidi bin

Mohammed.

LAMPIRAN D

ANGGARAN KEWANGAN DAN PERBELANJAAN PROGRAM KAD HARI RAYA KREATIF SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HASSAN ITAM

BIL 1 2 3 4 5 6 7

PERKARA Kad Manila (RM1 x 10 keping) Kertas Warna (RM 0.50 x 30 keping) Marker Pen (RM 1.50 x 8) Hadiah Tempat 1 (RM7 x 5) Hadiah Tempat 2 (RM6 x 5 ) Hadiah Tempat 3 (RM5 x 5) Cenderahati (RM1 x 25) Lain-lain JUMLAH

JUMLAH RM 10 RM 15 RM 12 RM 35 RM 30 RM 25 RM25 RM 30 RM 182

Sumber Kewangan : Guru Pelatih

BHG. A : GURU PEMBIMBING Data / maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

.. ( Tarikh)

( Tandatangan/ Cop )

BHG. B : GURU BESAR

Disahkan betul.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

Ulasan ( jika ada ) : ...............................

.. ( Tarikh)

( Tandatangan / Cop )

PK Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tuan, PELAKSANAAN PROGRAM KAD HARI RAYA KREATIF Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Pelatih bersama Panitia Pendidikan Seni Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam akan menjalankan Program Kad Raya Kreatif di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam . Butiran untuk aktiviti tersebut adalah seperti berikut: Tarikh Masa Peserta : : : 22 Julai 2013 10.00 pagi 12.15tengah hari 40 orang murid, 8 orang guru

3. Tujuan program ini dijalankan adalah memberikan pengalaman secara langsung kepada murid dalam penyediaan kad raya mengikut kreativiti tersendiri serta memberikan peluang membuat apresiasi terhadap ibu bapa dan guru sempena Hari Raya. 4. Sehubungan itu, kami amat berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama dan keperihatinan puan berhubung dengan perkara di atas sangat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Yang menjalankan tugas,

(NOORHAYATI BINTI NANYAN) Setiausaha, Program Kad Hari Raya Kreatif.

Anda mungkin juga menyukai