Anda di halaman 1dari 2

PANITIA PENDIDIKAN MORAL

SMK JATI
TAMAN JATI, 30020 IPOH.

CERAMAH MOTIVASI & PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR 2018

1.0 Pendahuluan
Ceramah berbentuk motivasi adalah penting kepada golongan pelajar dalam usaha untuk
meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar. Memandangkan pelajar-pelajar sekolah
merupakan golongan remaja yang mudah terpengaruh dan terdedah kepada pelbagai
cabaran, adalah penting mereka diberi peringatan dari semasa ke semasa tentang peranan
mereka sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, sekolah,
masyarakat dan Negara.

2.0 Matlamat
Program ini bermatlamat untuk memberi motivasi dan kesedaran kepada pelajar-pelajar
tentang kepentingan pendidikan serta cabaran-cabaran yang perlu dihadapi untuk menjadi
seorang pelajar yang cemerlang. Selain itu pelajar juga diberi pendedahan pentingnya
memiliki sahsiah yang positif dalam usaha untuk menjadi insan yang berguna kepada
masyarakat dan negara. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi beberapa
input utama tentang pengajian di peringkat tinggi.

3.0 Objektif
3.1 Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepada kehidupan
mereka.
3.2 Meningkatkan motivasi dalam diri untuk berjaya.
3.3 Melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran dalam hidup.
3.4 Melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah yang positif serta kompetatif.
3.5 Menyediakan pelajar-pelajar supaya mempunyai matlamat hidup untuk
berjaya dalam peringkat pengajian tinggi.

4.0 Sasaran
Semua pelajar bukan Islam SMK Jati. (Tingkatan 3 - 5)

1
5.0 Masa dan Tempat
Tarikh : 8 Jun 2018 (Jumaat)
Masa : 7.30 - 9.00 pagi (Sesi Pagi)
Tempat : Bilik Media SMK Jati

6.0 Anggaran Perbelanjaan dan sumber

6.1 Perbelanjaan
Bayaran Penceramah : RM 150.00 x 1 Penceramah
= RM 150.00
6.2 Sumber
PIBG SMK Jati

7.0 Aturcara Ceramah


Sesi Pagi
7.30 pg : Kata-kata aluan Pengerusi Majlis
7.35 pg : Ceramah
8.55 pg : Penyampaian Cenderahati
9.00 pg : Ceramah Berakhir

8.0 Penutup
Adalah menjadi harapan agar ceramah motivasi ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar
tentang pentingnya menimba ilmu di samping memiliki sahsiah yang positif.

Disediakan oleh Disahkan oleh,

.………………….……………………….... ……….………………………
(VARADARAJOO A/L MARIMUTHU) (PN. JULAILA BT. YAHYA)
Ketua Panitia, Pengetua,
Panitia Pendidikan Moral, SMK Jati, Taman Jati,
SMK Jati, Taman Jati, 30020 Ipoh.
30020 Ipoh.
2

Anda mungkin juga menyukai