Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KONSEP

STEM ONLINE CHALLENGE 2021

Pertandingan Sekolah Menengah Pertandingan Sekolah Rendah


Infografik STEM Peta i-Think Sains
Eco-Friendly Tote Bag Poster Digital
Persembahan STEM Bercerita STEM
Video Digital (Kejuruteraan dan Teknologi)
1.0 PENDAHULUAN

Berikutan kesan penularan jangkitan Novel Coronavirus (Covid-19) di negara


pada ketika ini, keselamatan dan kesihatan murid adalah menjadi keutamaan pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selaras dengan surat KPM rujukan;
KPM.100-1/3/1 Jld.3 (92) bertarikh 21 Oktober 2020 yang masih berkuatkuasa, semua
aktiviti kokurikulum secara bersemuka adalah ditangguhkan.
Semua aktiviti pertandingan kokurikulum di bawah penyelarasan Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) akan dipertandingkan secara dalam talian
menerusi Karnival Kokurikulum Secara Dalam Talian Peringkat Negeri Sarawak
2021, yang dikenali sebagai “Karnival e-Mansang Anak Sarawak ke-2” dengan
singkatan “Karnival eMAS II”.
Selain untuk menyesuaikan aktiviti kokurikulum semasa pandemik ini, karnival
ini juga diadakan untuk mempersiapkan pasukan kokurikulum negeri Sarawak ke
pertandingan peringkat kebangsaan yang dijangka bermula seawal Mei 2021.

2.0 LATAR BELAKANG

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid


(SPbM), JPNS telah merancang pelaksanaan pertandingan-pertandingan
Kokurikulum Akademik Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM)
sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19.
Pelaksanaan pertandingan-pertandingan Kokurikulum Akademik STEM ini adalah
selaras dengan usaha Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), bagi
memastikan Inisiatif Perkukuhan STEM, KPM dapat terus dilaksanakan walaupun
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19.

3.0 RASIONAL

Usaha melaksanakan aktiviti-aktiviti pertandingan Kokurikulum Akademik


STEM bertujuan merealisasikan salah satu elemen utama (Keberhasilan Murid)
dalam Inisiatif Perkukuhan STEM, iaitu melahirkan murid yang berkebolehan
mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan
masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran
bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.

Pertandingan-pertandingan dalam STEM Online Challenge 2021 ini


berfokuskan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam kalangan
peserta. Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid-murid diberi peluang untuk
menyerlahkan bakat dan keupayaan dalam menghasilkan projek-projek STEM
masing-masing secara dalam talian. Pelaksanaan STEM Online Challenge 2021
adalah berkonsepkan dalam talian di samping mengaplikasikan pengetahuan dalam
bidang STEM dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
menghasilkan projek dalam pertandingan-pertandingan yang disediakan.

1| K er t a s K o n sep S TE M O n l i n e Ch a l l e n g e _eM A S I I
4.0 PERTANDINGAN-PERTANDINGAN YANG DITAWARKAN:

4.1 Pertandingan Sekolah Rendah

i. Peta i-Think Sains


ii. Poster Digital
iii. Bercerita STEM

4.2 Pertandingan Sekolah Menengah

i. Infografik STEM
ii. Eco-Friendly Tote Bag
iii. Persembahan STEM
iv. Video Digital (Kejuruteraan dan Teknologi)

2| K er t a s K o n sep S TE M O n l i n e Ch a l l e n g e _eM A S I I
5.0. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SEKOLAH RENDAH

5.1. Pertandingan Peta i-Think Sains

5.1.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6 sahaja.

5.1.2 Fokus pertandingan adalah memastikan kefahaman murid tentang


maklumat sains dan melalui penghasilan Peta Pemikiran i-Think secara
digital.

5.1.3 Membina Peta Pemikiran i-Think konsep sains berdasarkan topik-topik


sains yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).

5.1.4 Penghasilan Peta Pemikiran i-Think boleh dibuat dalam Bahasa Melayu
atau Bahasa Inggeris.

5.1.5 Penghasilan Peta Pemikiran i-Think boleh dibina secara bebas dalam
satu mukasurat bersaiz A4 menggunakan mana-mana perisian yang
sesuai dan disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF.

5.1.6 Peta Pemikiran i-Think mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak
diciplak dari internet atau sumber-sumber lain.

5.1.7 Peta Pemikiran i-Think bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar


melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

5.1.8 Penilaian adalah berdasarkan keaslian, kreativiti, kandungan fakta,


kekemasan susun atur grafik dan kesesuaian susunan aliran.

5.1.9 Fokus STEM: Sains

3| K er t a s K o n sep S TE M O n l i n e Ch a l l e n g e _eM A S I I
5.2. Pertandingan Poster Digital

5.2.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6 sahaja.

5.2.2 Fokus Pertandingan ialah mencungkil kreativiti murid-murid dalam


menghasilkan poster yang mampu menyampaikan maklumat kepada
orang ramai.

5.2.3 Poster dibuat menggunakan perisian yang sesuai, bersaiz A4,


berorientasi landscape atau potret dan perlu disimpan dalam pilihan
format JPEG / PNG / PDF.

5.2.4. Poster mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak dari
internet atau sumber-sumber lain.

5.2.5. Penghasilan poster berdasarkan tema;

i. Stay Healthy Stay Happy / Kekal Sihat, Kekal Bahagia


ii. Caring for the Environment / Sayangi Alam Sekitar
iii. Go Green Save the Planet / Amalan Hijau Selamatkan Bumi
iv. Say No to Plastics / Katakan Tidak Kepada Plastik
v. Endangered Species: Don’t Let Them Disappear / Spesies
Terancam: Jangan Biarkan Ianya Pupus

5.2.6 Penilaian adalah berdasarkan keaslian, kreativiti, ketepatan tema dan


kekemasan.

5.2.7 Poster bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar melalui alamat


pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

5.2.8 Fokus STEM: Sains

4| K er t a s K o n sep S TE M O n l i n e Ch a l l e n g e _eM A S I I
5.3 Pertandingan Bercerita STEM

5.3.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6.

5.3.2 Fokus pertandingan ialah meningkatkan kemahiran berkomunikasi


dalam Bahasa Melayu dan menyampaikan fakta-fakta sains dalam
bentuk penceritaan.

5.3.3 Tema cerita berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran (DSKP) Sains Sekolah Rendah Mata Pelajaran Sains.

5.3.4 Persembahan hendaklah dirakam dan divideokan berdurasi antara 3 - 4


minit.

5.3.5 Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV /
WMV.

5.3.6 Video bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar melalui alamat


pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

5.3.7 Penilaian adalah berdasarkan Fakta Sains, Persembahan, Intonasi


Penyampaian, Kreativiti dan Kostum.

5.3.8 Fokus STEM: Sains

5| K er t a s K o n sep S TE M O n l i n e Ch a l l e n g e _eM A S I I
6.0. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SEKOLAH MENENGAH

6.1 Pertandingan Infografik STEM

6.1.1 Terbuka kepada murid-murid tingkatan 1 hingga 3 sahaja.

6.1.2 Fokus pertandingan ialah menggalakkan kreativiti murid-murid dalam


penghasilan visual secara digital dalam memaparkan maklumat yang
dipersembahkan menggunakan teks, lakaran, carta, grafik dan foto.

6.1.3 Penghasilan infografik boleh dihasilkan menggunakan Bahasa Melayu


atau Bahasa Inggeris.

6.1.4 Infografik mesti merujuk topik-topik sains/ teknologi/ kejuruteraan/


matematik yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).

6.1.5 Infografik mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat dari
internet atau sumber-sumber lain.

6.1.6 Penghasilan Infografik dibuat menggunakan perisian yang sesuai, satu


mukasurat bersaiz A4 dan perlu disimpan dalam pilihan format JPEG /
PNG / PDF.

6.1.7 Infografik bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar melalui alamat


pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

6.1.8 Penilaian adalah berdasarkan keaslian, kreativiti, kefahaman


kandungan fakta, kekemasan susun atur grafik dan kesesuaian susunan
aliran.

6.1.9 Fokus STEM: Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

6| K er t a s K o n sep S TE M O n l i n e Ch a l l e n g e _eM A S I I
6.3 Pertandingan Eco- Friendly Tote Bag

6.3.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3


sahaja.

6.3.2 Fokus pertandingan ialah mencungkil kreativiti murid-murid untuk


mereka cipta tote bag menggunakan bahan-bahan biodegradasi
terpakai (contoh: fabrik, suratkhabar lama, tali, benang jut, benang, gam
atau pelekat berasaskan tepung dan lain-lain) bagi penerapan nilai-nilai
3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kalangan murid.

6.3.3 Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu, bapa atau penjaga terlebih
dahulu dan Segala proses perlu berada di bawah pemantauan mereka.

6.3.4 Projek mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat dari
internet atau sumber-sumber lain.

6.3.5 Rekaan beg adalah berdasarkan muka hadapan yang berbentu segi
empat sama, segi empat tepat menegak atau melintang dan saiz minima
tote-bag adalah seperti berikut:

6.3.6 Semua jenis hiasan yang berasaskan tema dan penghasilan kreatif
adalah dibenarkan kecuali yang melibatkan proses cetakan digital
seperti heat press atau direct to garment (DTG).

6.3.7 Proses mereka cipta dan produk yang telah siap perlu dirakam dan
divideokan dalam tempoh durasi antara 3 – 4 minit.

6.3.7 Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV /
WMV.

6.3.8 Persembahan video bergantung kepada kreativiti masing-masing dan


sebarang penerangan berkaitan projek boleh menggunakan Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris.

7| K er t a s K o n sep S TE M O n l i n e Ch a l l e n g e _eM A S I I
6.3.9 Video bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar melalui alamat
pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

6.3.9 Penilaian adalah berdasarkan:


i. Kreativiti - 30 markah
ii. Kebolehfungsian - 20 markah
iii. Kekemasan projek - 20 markah
iv. Penerangan projek - 30 markah

6.3.10 Tema pertandingan: Eco- Friendly


6.3.11 Fokus STEM: Sains, Teknologi

8| K er t a s K o n sep S TE M O n l i n e Ch a l l e n g e _eM A S I I
6.4 Pertandingan Persembahan STEM

6.4.1 Terbuka kepada murid-murid tingkatan 1 hingga 3 sahaja.

6.4.2 Fokus pertandingan ialah penyampaian mana-mana konsep STEM


dalam bentuk persembahan.

6.4.3 Bentuk persembahan adalah bebas dan penyampaian konsep STEM


bergantung kepada kreativiti murid, dan boleh disampaikan dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

6.4.4 Persembahan boleh dilaksanakan secara individu atau bantuan ahli


keluarga, walau bagaimanapun peranan murid yang mengambil
bahagian akan diberi perhatian.

6.4.5 Persembahan perlu dirakam dan divideokan berdurasi antara 3 - 4 minit.

6.4.6 Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV /
WMV.

6.4.7 Video bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar melalui alamat


pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

6.4.8 Penilaian adalah berdasarkan pemilihan konsep sains, kreativiti


persembahan, aliran persembahan dan props.

6.4.9 Fokus STEM: Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik.

9| K er t a s K o n sep S TE M O n l i n e Ch a l l e n g e _eM A S I I
6.5 Pertandingan Video Digital (Teknologi dan Kejuruteraan)

6.5.1 Terbuka kepada murid-murid tingkatan 4 dan 5 sahaja.

6.5.2 Setiap peserta perlu menghasilkan video berdurasi 3-4 minit dengan
kandungan yang berkaitan dengan teknologi dan kejuruteraan
menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

6.5.3 Produksi mestilah karya asal murid dan tidak boleh sama sekali
mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman,
kebudayaan dan keagamaan.

6.5.4 Peserta dibenarkan dibenarkan menggunakan sebarang perisian


pembinaan video. Resolusi video hendaklah berkualiti sekurang-
kurangnya 1080p (High Definition) dalam pilihan format MP4 / AVI
sahaja.

6.5.5 JPNS tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak
yang berkaitan.

6.5.6 Video bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar melalui alamat


pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

6.5.7 Penilaian adalah berdasarkan ketepatan, tema, grafik, teknik rakaman,


audio dan jalan cerita.

6.5.8 Fokus STEM: Teknologi, Kejuruteraan

10 | K e r t a s K o n s e p S T E M O n l i n e C h a l l e n g e _ e M A S I I
7.0 RUMUSAN PERTANDINGAN

Bil Pertandingan Penyertaan Tumpuan Bidang

7.1 Peta i-Think Sains Tahun 4 hingga 6 Sains

7.2 Poster Digital Tahun 4 hingga 6 Sains


Sains,
7.3 Bercerita STEM Tahun 4 hingga 6 Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik
Sains,
7.4 Infografik STEM Tingkatan 1 hingga 3 Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik
7.5 Eco-Friendly Tote Bag Tingkatan 1 hingga 3 Sains dan Teknologi
Sains,
7.6 Persembahan STEM Tingkatan 1 hingga 3 Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik
Video Digital
(Kejuruteraan dan
7.7 Tingkatan 4 dan 5 Teknologi, Kejuruteraan
Teknologi)

8.0 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

8.1 Semua pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat melalui borang


pendaftaran secara dalam talian.

8.2 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi
dengan lengkap dan betul.

8.3 Projek (karya dan video) yang terpilih mewakili PPD mesti dimuat naik
ke Google Forms yang disediakan oleh PPD Pengelola. File projek perlu
disertakan dengan caption PPD_NamaSekolah_NamaPertandingan

Contoh: PPDSerian_SMKSerian_PersembahanSTEM

8.4 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh
pihak sekolah. (Lampiran 1)

8.5 Pengelola peringkat negeri berhak untuk menolak mana-mana


penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.

11 | K e r t a s K o n s e p S T E M O n l i n e C h a l l e n g e _ e M A S I I
9.0 PENGESAHAN PENYERTAAN

9.1 Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan


daripada PPD masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke
Google Forms pendaftaran.

10.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

10.1 SPbM, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak memiliki hak cipta


sepenuhnya terhadap karya yang dihasilkan.

11.0 PEMARKAHAN

11.1 *****SILA RUJUK LAMPIRAN RUBRIK PEMARKAHAN****

12.0 PENGHAKIMAN

12.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri adalah di bawah penyelarasan


Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

12.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan


berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

12 | K e r t a s K o n s e p S T E M O n l i n e C h a l l e n g e _ e M A S I I
13.0 TARIKH DAN TEMPAT PERINGKAT NEGERI

13.1 Tarikh: 26 Julai hingga 16 Ogos 2021

13.2 Tempat: Secara dalam talian

13.3 PPD Pengelola:

Bil Pertandingan PPD Pengelola

13.3.1 Peta i-Think Sains Limbang

13.3.2 Poster Digital Lubok Antu

13.3.3 Bercerita STEM Julau

13.3.4 Infografik STEM Baram

13.3.5 Eco-Friendly Tote Bag Song

12.3.6 Persembahan STEM Meradong

12.3.7 Video Digital (Kejuruteraan dan Teknologi) Lawas

14.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

BIL PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga ke-10 Hadiah dan Sijil Penyertaan
7. Tempat ke-11 hingga seterusnya Sijil Penyertaan

15.0 STEM ONLINE CHALLENGE 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN

15.1 Peserta yang mendapat tempat PERTAMA dalam setiap pertandingan


STEM Online Challenge Peringkat Negeri akan mewakili Negeri
Sarawak untuk ke peringkat Kebangsaan.

13 | K e r t a s K o n s e p S T E M O n l i n e C h a l l e n g e _ e M A S I I
16.0 AM

16.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak.
16.2 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui laman Facebook
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan laman Facebook Unit Koku
JPN Sarawak.
16.3 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

MARJOLYN MICHAEL
Penolong Pengarah (STEM)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473670

17.0 PENUTUP

17.1 Kertas Konsep STEM Online Challenge Peringkat Negeri Sarawak 2021
sah digunakan mulai April 2021 sehingga pemberitahuan lanjut oleh
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) Sektor Pembangunan
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)


Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

14 | K e r t a s K o n s e p S T E M O n l i n e C h a l l e n g e _ e M A S I I
Lampiran 1
BORANG PENYERTAAN

Pertandingan _________________________________________
STEM ONLINE CHALLENGE 2021
Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah
Peringkat Negeri Sarawak
Karnival eMAS II
PPD

Nama Sekolah

Alamat
Sekolah

No. Tel E-mel


Sekolah Sekolah

Maklumat Bil Nama No. Kad Pengenalan


Murid 1.

Nama Guru

No. Telefon
Guru
Pengesahan Sekolah:
Dengan ini, saya/kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal murid
berkenaan. Saya/kami bersetuju dengan semua syarat-syarat pertandingan ini.

………………………………… Tarikh: ……………………


(Tandatangan Guru)

Pengesahan Pengetua: ……………………………. Cap Rasmi Sekolah

15 | K e r t a s K o n s e p S T E M O n l i n e C h a l l e n g e _ e M A S I I

Anda mungkin juga menyukai