Anda di halaman 1dari 23

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN

STEM ONLINE CHALLENGE


2021

Pertandingan Sekolah Menengah Pertandingan Sekolah Rendah


Infografik STEM Peta i-Think Sains
Eco-Friendly Tote Bag Poster Digital
Persembahan STEM Bercerita STEM
Video Digital (Kejuruteraan dan Teknologi)
1.0 PENDAHULUAN

Berikutan kesan penularan jangkitan Novel Coronavirus (Covid-19) di negara


pada ketika ini, keselamatan dan kesihatan murid adalah menjadi keutamaan pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selaras dengan surat KPM rujukan;
KPM.100-1/3/1 Jld.3 (92) bertarikh 21 Oktober 2020 yang masih berkuatkuasa, semua
aktiviti kokurikulum secara bersemuka adalah ditangguhkan.
Semua aktiviti pertandingan kokurikulum di bawah penyelarasan Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) akan dipertandingkan secara dalam talian
menerusi Karnival Kokurikulum Secara Dalam Talian Peringkat Negeri Sarawak
2021, yang dikenali sebagai “Karnival e-Mansang Anak Sarawak ke-2” dengan
singkatan “Karnival eMAS 2.0”.
Selain untuk menyesuaikan aktiviti kokurikulum semasa pandemik ini, karnival
ini juga diadakan untuk mempersiapkan pasukan kokurikulum negeri Sarawak ke
pertandingan peringkat kebangsaan yang dijangka bermula seawal Mei 2021.

2.0 LATAR BELAKANG

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid


(SPbM), JPNS telah merancang pelaksanaan pertandingan-pertandingan
Kokurikulum Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) sepanjang
tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19. Pelaksanaan
pertandingan-pertandingan Kokurikulum Akademik STEM ini adalah selaras dengan
usaha Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bagi memastikan Inisiatif Perkukuhan STEM, Kementerian
Pendidikan Malaysia dapat terus dilaksanakan walaupun dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

3.0 RASIONAL

Usaha melaksanakan aktiviti-aktiviti pertandingan Kokurikulum STEM


bertujuan merealisasikan salah satu elemen utama (Keberhasilan Murid) dalam
Inisiatif Perkukuhan STEM, iaitu melahirkan murid yang berkebolehan mereka
cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah
dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu
merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.

Pertandingan-pertandingan dalam STEM Online Challenge 2021 ini


berfokuskan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam kalangan
peserta. Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid-murid diberi peluang untuk
menyerlahkan bakat dan keupayaan dalam menghasilkan projek-projek STEM
masing-masing secara dalam talian. Pelaksanaan STEM Online Challenge 2021
adalah berkonsepkan dalam talian di samping mengaplikasikan pengetahuan dalam
bidang STEM dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
menghasilkan projek dalam pertandingan-pertandingan yang disediakan.

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


4.0 PERTANDINGAN-PERTANDINGAN YANG DITAWARKAN:

4.1 Pertandingan Sekolah Rendah

i. Peta i-Think Sains


ii. Poster Digital
iii. Bercerita STEM

4.2 Pertandingan Sekolah Menengah

i. Infografik STEM
ii. Eco-Friendly Tote Bag
iii. Persembahan STEM
iv. Video Digital (Kejuruteraan dan Teknologi)

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


5.0. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SEKOLAH RENDAH

5.1. Pertandingan Peta i-Think Sains

5.1.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6


sahaja.

5.1.2 Fokus pertandingan adalah memastikan kefahaman murid tentang


maklumat sains dan melalui penghasilan Peta Pemikiran i-Think secara
digital.

5.1.3 Membina Peta Pemikiran i-Think konsep sains berdasarkan topik-topik


sains yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).

5.1.4 Penghasilan Peta Pemikiran i-Think boleh dibuat dalam Bahasa Melayu
atau Bahasa Inggeris.

5.1.5 Penghasilan Peta Pemikiran i-Think boleh dibina secara bebas dalam
satu mukasurat bersaiz A4 menggunakan mana-mana perisian yang
sesuai dan disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF.

5.1.6 Peta Pemikiran i-Think mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak
diciplak dari internet atau sumber-sumber lain.

5.1.7 Peta Pemikiran i-Think bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar


melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

5.1.8 Penilaian adalah berdasarkan keaslian, kreativiti, kandungan fakta,


kekemasan susun atur grafik dan kesesuaian susunan aliran.

5.1.9 Fokus STEM: Sains

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


5.2. Pertandingan Poster Digital

5.2.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6


sahaja.

5.2.2 Fokus Pertandingan ialah mencungkil kreativiti murid-murid dalam


menghasilkan poster yang mampu menyampaikan maklumat kepada
orang ramai.

5.2.3 Poster dibuat menggunakan perisian yang sesuai, bersaiz A4,


berorientasi landscape atau potret dan perlu disimpan dalam pilihan
format JPEG / PNG / PDF.

5.2.4. Poster mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak dari
internet atau sumber-sumber lain.

5.2.5. Penghasilan poster berdasarkan tema;

i. Stay Healthy Stay Happy / Kekal Sihat, Kekal Bahagia


ii. Caring for the Environment / Sayangi Alam Sekitar
ii. Go Green Save the Planet / Amalan Hijau Selamatkan Bumi
iv. Say No to Plastics / Katakan Tidak Kepada Plastik
v. Endangered Species: Don’t Let Them Disappear / Spesies
Terancam: Jangan Biarkan Ianya Pupus

5.2.6 Penilaian adalah berdasarkan keaslian, kreativiti, ketepatan tema dan


kekemasan.

5.2.7 Poster bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar melalui alamat


pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

5.2.8 Fokus STEM: Sains

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


5.3 Pertandingan Bercerita STEM

5.3.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6.

5.3.2 Fokus pertandingan ialah meningkatkan kemahiran berkomunikasi


dalam Bahasa Melayu dan menyampaikan fakta-fakta sains dalam
bentuk penceritaan.

5.3.3 Tema cerita berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran (DSKP) Sains Sekolah Rendah Mata Pelajaran Sains.

5.3.4 Persembahan hendaklah dirakam dan divideokan berdurasi antara 3 -


4 minit.

5.3.5 Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV /
WMV.

5.3.6 Video bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar melalui alamat


pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

5.3.7 Penilaian adalah berdasarkan Fakta Sains, Persembahan, Intonasi


Penyampaian, Kreativiti dan Kostum.

5.3.8 Fokus STEM: Sains

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


6.0. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SEKOLAH MENENGAH

6.1 Pertandingan Infografik STEM

6.1.1 Terbuka kepada murid-murid tingkatan 1 hingga 3 sahaja.

6.1.2 Fokus pertandingan ialah menggalakkan kreativiti murid-murid dalam


penghasilan visual secara digital dalam memaparkan maklumat yang
dipersembahkan menggunakan teks, lakaran, carta, grafik dan foto.

6.1.3 Penghasilan infografik boleh dihasilkan menggunakan Bahasa Melayu


atau Bahasa Inggeris.

6.1.4 Infografik mesti merujuk topik-topik sains/ teknologi/ kejuruteraan/


matematik yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).

6.1.5 Infografik mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat dari
internet atau sumber-sumber lain.

6.1.6 Penghasilan Infografik dibuat menggunakan perisian yang sesuai, satu


mukasurat bersaiz A4 dan perlu disimpan dalam pilihan format JPEG /
PNG / PDF.

6.1.7 Infografik bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar melalui alamat


pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

6.1.8 Penilaian adalah berdasarkan keaslian, kreativiti, kefahaman


kandungan fakta, kekemasan susun atur grafik dan kesesuaian susunan
aliran.

6.1.9 Fokus STEM: Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


6.3 Pertandingan Eco- Friendly Tote Bag

6.3.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga


3 sahaja.

6.3.2 Fokus pertandingan ialah mencungkil kreativiti murid-murid untuk


mereka cipta tote bag menggunakan bahan-bahan biodegradasi
terpakai (contoh: fabrik, suratkhabar lama, tali, benang jut, benang, gam
atau pelekat berasaskan tepung dan lain-lain) bagi penerapan nilai-nilai
3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kalangan murid.

6.3.3 Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu, bapa atau penjaga terlebih
dahulu dan Segala proses perlu berada di bawah pemantauan mereka.

6.3.4 Projek mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat dari
internet atau sumber-sumber lain.

6.3.5 Rekaan beg adalah berdasarkan muka hadapan yang berbentuk segi
empat sama, segi empat tepat menegak atau melintang dan saiz minima
tote-bag adalah seperti berikut:

6.3.6 Semua jenis hiasan yang berasaskan tema dan penghasilan kreatif
adalah dibenarkan kecuali yang melibatkan proses cetakan digital
seperti heat press atau direct to garment (DTG).

6.3.7 Proses mereka cipta dan produk yang telah siap perlu dirakam dan
divideokan dalam tempoh durasi antara 3 – 4 minit.

6.3.7 Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV /
WMV.

6.3.8 Persembahan video bergantung kepada kreativiti masing-masing dan


sebarang penerangan berkaitan projek boleh menggunakan Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris.

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


6.3.9 Video bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar melalui alamat
pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

6.3.9 Penilaian adalah berdasarkan:


i. Kreativiti - 30 markah
ii. Kebolehfungsian - 20 markah
iii. Kekemasan projek - 20 markah
iv. Penerangan projek - 30 markah

6.3.10 Tema pertandingan: Eco- Friendly


6.3.11 Fokus STEM: Sains, Teknologi

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


6.4 Pertandingan Persembahan STEM

6.4.1 Terbuka kepada murid-murid tingkatan 1 hingga 3 sahaja.

6.4.2 Fokus pertandingan ialah penyampaian mana-mana konsep STEM


dalam bentuk persembahan.

6.4.3 Bentuk persembahan adalah bebas dan penyampaian konsep STEM


bergantung kepada kreativiti murid, dan boleh disampaikan dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

6.4.4 Persembahan boleh dilaksanakan secara individu atau bantuan ahli


keluarga, walau bagaimanapun peranan murid yang mengambil
bahagian akan diberi perhatian.

6.4.5 Persembahan perlu dirakam dan divideokan berdurasi antara 3 - 4


minit.

6.4.6 Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV /
WMV.

6.4.7 Video bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar melalui alamat


pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

6.4.8 Penilaian adalah berdasarkan pemilihan konsep sains, kreativiti


persembahan, aliran persembahan dan props.

6.4.9 Fokus STEM: Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik.

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


6.5 Pertandingan Video Digital (Teknologi dan Kejuruteraan)

6.5.1 Terbuka kepada murid-murid tingkatan 4 dan 5 sahaja.

6.5.2 Setiap peserta perlu menghasilkan video berdurasi 3-4 minit dengan
kandungan yang berkaitan dengan teknologi dan kejuruteraan
menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

6.5.3 Produksi mestilah karya asal murid dan tidak boleh sama sekali
mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman,
kebudayaan dan keagamaan.

6.5.4 Peserta dibenarkan dibenarkan menggunakan sebarang perisian


pembinaan video. Resolusi video hendaklah berkualiti sekurang-
kurangnya 1080p (High Definition) dalam pilihan format MP4 / AVI
sahaja.

6.5.5 JPNS tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak
yang berkaitan.

6.5.6 Video bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dihantar melalui alamat


pautan yang akan dimaklumkan kemudian.

6.5.7 Penilaian adalah berdasarkan ketepatan, tema, grafik, teknik rakaman,


audio dan jalan cerita.

6.5.8 Fokus STEM: Teknologi, Kejuruteraan

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


7.0 RUMUSAN PERTANDINGAN

Bil Pertandingan Penyertaan Tumpuan Bidang

1 Peta i-Think Sains Tahun 4 hingga 6 Sains

2 Poster Digital Tahun 4 hingga 6 Sains


Sains, Teknologi,
3 Bercerita STEM Tahun 4 hingga 6 Kejuruteraan dan
Matematik
Sains, Teknologi,
4 Infografik STEM Tingkatan 1 hingga 3 Kejuruteraan dan
Matematik
5 Eco-Friendly Tote Bag Tingkatan 1 hingga 3 Sains dan Teknologi
Sains, Teknologi,
6 Persembahan STEM Tingkatan 1 hingga 3 Kejuruteraan dan
Matematik
Video Digital
(Kejuruteraan dan
7 Tingkatan 4 dan 5 Teknologi, Kejuruteraan
Teknologi)

8.0 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

8.1 Semua pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat melalui borang


pendaftaran secara dalam talian.

8.2 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi
dengan lengkap dan betul.

8.3 Projek (karya dan video) mesti dimuat naik ke Google Forms yang
disediakan oleh Pengelola.
File projek perlu disertakan dengan caption
PPD_NamaSekolah_NamaPertandingan

Contoh: PPDSerian_SMKSerian_PersembahanSTEM

8.4 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh
pihak sekolah. (Lampiran 1)

8.5 Pengelola peringkat negeri berhak untuk menolak mana-mana


penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


9.0 PENGESAHAN PENYERTAAN

9.1 Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan


daripada PPD masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke
Google Forms pendaftaran.

10.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

10.1 SPbM, JPNS memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap karya yang
dihasilkan.

11.0 PEMARKAHAN

11.1 *****SILA RUJUK LAMPIRAN RUBRIK PEMARKAHAN****

12.0 PENGHAKIMAN

12.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri adalah di bawah penyelarasan


Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

12.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan


berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


13.0 TARIKH DAN TEMPAT PERINGKAT NEGERI

13.1 Tarikh: 2 hingga 23 Ogos 2021

13.2 Tempat: Secara dalam talian

13.3 PPD Pengelola:

Bil Pertandingan PPD Pengelola

1 Peta i-Think Sains Limbang

2 Poster Digital Lubok Antu

3 Bercerita STEM Julau

4 Infografik STEM Baram

5 Eco-Friendly Tote Bag Song

6 Persembahan STEM Meradong

7 Video Digital (Kejuruteraan dan Teknologi) Lawas

14.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

BIL PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga ke-10 Hadiah dan Sijil Penyertaan
7. Tempat ke-11 hingga seterusnya Sijil Penyertaan

15.0 STEM ONLINE CHALLENGE 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN

15.1 Peserta yang mendapat tempat PERTAMA dalam setiap pertandingan


STEM Online Challenge 2021 Peringkat Negeri Sarawak akan mewakili
Negeri Sarawak untuk ke peringkat Kebangsaan.

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


16.0 AM

16.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak.
16.2 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui laman Facebook
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan laman Facebook Unit Koku
JPN Sarawak.
16.3 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

PUAN MARJOLYN MICHAEL


Penolong Pengarah (STEM)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473670

17.0 PENUTUP

17.1 Kertas Konsep STEM Online Challenge Peringkat Negeri Sarawak 2021
sah digunakan mulai April 2021 sehingga pemberitahuan lanjut oleh
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) Sektor Pembangunan
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)


Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0
Lampiran 1
BORANG PENYERTAAN

Pertandingan _________________________________________
STEM ONLINE CHALLENGE 2021
Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah
Peringkat Negeri Sarawak
Karnival eMAS II
PPD

Nama Sekolah

Alamat
Sekolah

No. Tel E-mel


Sekolah Sekolah

Maklumat Bil Nama No. Kad Pengenalan


Murid 1.

Nama Guru

No. Telefon
Guru
Pengesahan Sekolah:
Dengan ini, saya/kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal murid
berkenaan. Saya/kami bersetuju dengan semua syarat-syarat pertandingan ini.

………………………………… Tarikh: ……………………


(Tandatangan Guru)

Pengesahan Pengetua: ……………………………. Cap Rasmi Sekolah

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


TEM ONLINE CHALLENG E 2021
BORANG PENJURIAN PERTANDINGAN i-THINK SAINS

KOD:

BIL ASPEK PEMBER KRITER LEMAH KURANG MEMUASKAN BAIK CEMERLANG JUMLAH
AT IA MEMUASKAN
0-4 5-8 9 - 12 13 - 16 17 - 20

Pemahaman isi kandungan, istilah dan Menunjukkan Menunjukkan Menunjukkan


fakta Sains diulas dengan tepat Menunjukkan Menunjukkan
pemahaman yang pemahaman yang pemahaman yang
pemahaman sedikit pemahaman yang baik
lemah sederhana mendalam
Kandungan isi/
1 40
fakta Isi kandungan yang
Isi kandungan yang Isi kandungan Isi kandungan
Bertepatan dengan tema dan Dokumen digunakan tidak
Isi kandungan kurang digunakan mempunyai konsisten dalam konsisten dalam
Standard Kurikulum dan Pentaksiran mempunyai konsisten
menepati DSKP konsistensi dalam taju pemilihan tajuk , pemilihan tajuk ,
(DSKP) Sains Sekolah Rendah si dalam tajuk
k berdasarkan DSKP menepati DSKP dan menepati DSKP dan
berdasarkan DSKP
menarik sangat menarik
0-4 5-8 9 - 12 13 - 16 17 - 20

Hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak Semua idea yang Terdapat idea yang Mengemukakan idea
2 Keaslian 20 Mengemukakan idea Mengemukakan idea
diciplak dari internet atau lain-lain sumber. dikemukakan adalah dikemukakan adalah
yang pernah dilihat dan tidak pernah dilihat
yang unik serta menarik
yang pernah dilihat dan yang pernah dilihat dan dan tidak pernah dilihat
tetapi telah diubahsuai oleh mana-mana pihak
tidak diubahsuai tidak diubahsuai oleh mana-mana pihak
0-2 3-4 5-6 7-8 9 - 10
Kesesuaian penggunaan jenis peta minda Menggunakan lebih
Menggunakan jenis Menggunakan 1 Menggunakan 2 bentuk Menggunakan 3 bentuk
i-Think daripada 3 bentuk peta
peta minda i-Think bentuk peta minda i- peta minda i-Think yang peta minda i-Think yang
minda i-Think yang
yang tidak bersesuaian Think sahaja berbeza berbeza berbeza
Penggunaan Peta
3 20
Minda Dan Grafik Terdapat sekurang- Terdapat 2 atau lebih
Terdapat sekurang- Terdapat sekurang-
Terdapat 2 atau lebih kurangnya 1 grafik yang grafik yang dihasilkan
kurangnya 1 grafik kurangnya 1 grafik yang
Kesesuaian penggunaan grafik grafik yang menarik dihasilkan sendiri, sendiri, tidak pernah
digunakan tetapi menarik dan sesuai
dan sesuai digunakan tidakpernah dilihat dan dilihat dan sesuai
kurang menarik digunakan
sesuai digunakan digunakan
0-2 3-4 5-6 7-8 9 - 10
Peta minda yang Peta minda yang Peta minda yang
Susun Atur Peta dihasilkan tidak teratu dihasilkan adalah dihasilkan adalah Peta minda yang Peta minda yang
Kekemasan susun atur peta minda (jenis
4 Minda, Susunan 10 r, tidak kemas dan kurang teratur DAN kurang teratur ATAU dihasilkan adalah dihasilkan adalah teratur,
dan saiz tulisan), grafik dan ejaan
Grafik dan Ejaan terdapat kesalahan kurang kemas dengan kurang kemas dengan teratur, kemas sangat kemas dan tanpa
ejaan yang sangat kesalahan ejaan yang kesalahan ejaan yang dengankesalahan ejaan kesalahan ejaan
ketara minima minima yang minima
0-2 3-4 5-6 7-8 9 - 10

Warna dan tulisan yang Warna dan tulisan yang


Warna dan tulisan yang Warna dan tulisan yang Warna dan tulisan yang
Menarik dan kreatif dengan penggunaan digunakan adalah digunakan adalah sangat
5 Kreativiti 10 digunakan tidak digunakan adalah digunakan adalah
warna dan tulisan yang bersesuaian kurang sesuai, kurang sesuai , kemas, menarik
menarik, tidak kemas sesuai, kemas tetapi sesuai, kemas dan
kemas dan kurang dan menimbulkan kesan
dan tidak bersesuaian kurang menarik menarik
menarik visual

MARKAH KESELURUHAN

RUMUSAN HAKIM

TANDATANGAN HAKIM:

NAMA HAKIM:

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


STEM ONLINE CHALLENGE 2021
BORANG PENJURIAN PERTANDINGAN BERCERITA STEM

LEMAH SEDERHANA BAIK AMAT CEMERLANG JUMLAH


BI ASPEK PEMBERAT KRITERIA BAIK
L (1) (2) (3) (4) (5)

Fakta Sains dinyatakan dalam penceritaan


Fakta Sains diulas dengan tepat dan saintifik
Fakta yang diberikan diulas secara konsisten
Fakta yang diberikan berkaitan dengan tajuk
cerita
Isi Fakta serta dikaitkan dengan isu semasa
1 Sains dan 40 Bertepatan dengan tema dan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Sekolah
Pengolahan
Penggunaan istilah Sains yang tepat
Pengolahan flow (aliran) cerita
Mempunyai mesej dan nilai murni sejagat
Teknik persembahan menarik dan memikat
penonton
Menunjukkan keyakinan dan tenang dalam
penyampaian cerita
2 Persembahan 20 Gerak geri bersahaja dan bersesuaian dengan
mesej yang disampaikan
Menghayati dan menyampaikan cerita dengan
lancar
Penggunaan bahasa yang gramatis
Ketepatan dan kejelasan sebutan
Bahasa dan
3 20
Pertuturan Kesesuaian intonasi suara
Ketepatan tatabahasa
Sesuai dengan jalan cerita (menentukan klimaks
atau antiklimaks sesuatu cerita)
4 Kreativiti 10 Impak hubungan antara pencerita dengan
penonton
Bersesuaian dengan topik cerita
5 Pakaian 10
Menarik dan kreatif
MARKAH
KESELURUHAN

RUMUSAN HAKIM:

TANDATANGAN HAKIM:
NAMA HAKIM:

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


STEM ONLINE CHALLENGE 2021
BORANG PENJURIAN PERTANDINGAN POSTER DIGITAL
4 3 2 1
Bil Aspek Pemberat Sub kriteria Pemberat JUMLAH
Sangat Baik Baik Memuaskan Kurang
Penilaian
Memuaskan
1 Persembahan 60% Keaslian 15% Mengemukakan reka bentuk yang Mengemukakan reka bentuk Mengemukakan reka bentuk Mengemukakan reka
dan baru serta unik dan tidak pernah yang baru dan tidak pernah yang pernah dilihat TETAPI bentuk yang pernah
Rekabentuk dilihat oleh mana- dilihat oleh mana-mana pihak diubahsuai. dilihat DAN tidak
mana pihak ATAU panel ATAU panel menilaikannya diubahsuai.
menilaikannya sebagai asli sebagai asli dan baru.
dan baru.

Kreativiti 15% Poster yang kreatif DAN menarik Poster yang kreatif TETAPI ku Poster yang kurang kre Poster yang tidak kreatif
serta kesan visual berjaya rang atif DAN tidak menarik serta
menyampaikan maksud. menarik serta kesan visual ber DAN kurang menarik se kesan visual tidak
jaya menyampaikan maksud. rta kesan visual berjaya berjaya
menyampaikan maksud. menyampaikan maksud.

Persembahan 15% Segi rupa dan bentuk visual Segi rupa dan bentuk visual Segi rupa dan bentuk visual Segi rupa dan bentuk
menonjolkan mesej atau menonjolkan mesej atau menonjolkan mesej atau visual
maksud dengan sangat maksud dengan berkesan. maksud kurang menonjolkan mesej atau
berkesan. berkesan. maksud tidak berkesan.

Kekemasan 15% Poster yang dihasilkan tersusun, Poster yang dihasilkan teratur Poster yang dihasilkan Poster yang dihasilkan
dan sangat kemas dan bersih. tetapi kurang tidak
Kebersihan kurang kemas dan bersih. teratur, kurang kemas. teratur dan tidak kemas.

2 Tema 40% Ketepatan 20% Idea yang sangat sesuai, menarik Idea menarik dan menepati Idea kurang menarik dan Idea tidak menepati tema
Tema dan menepati tema yang tema yang diberikan. menepati tema yang diberik yang diberikan.
diberikan. an.

Kejelasa 20% Poster diterangkan dengan Poster diterangkan dengan makl Poster diterangkan dengan Poster diterangkan
n Poster maklumat yang jelas dan padat umat yang kurang jelas TANPA maklumat yang tidak jelas dengan maklumat yang
TANPA memerlukan penjelasan memerlukan penjelasan lisan TANPA memerlukan tidak jelas SERTA
lisan tambahan. tambahan. penjelasan lisan tambahan. memerlukan
penjelasan lisan
tambahan.

RUMUSAN HAKIM:
TANDATANGAN HAKIM:
NAMA HAKIM:
STEM ONLINE CHALLENGE 2021
BORANG PENJURIAN PERTANDINGAN INFOGRAFIK SAINS

BIL KRITERIA PEMBERAT SUB 1 -2 3-4 5 -6 7-8 9 - 10 JUMLAH


KRITERIA
1 Ketepatan 40% Fakta yang tepat pada mana-mana bahagian
Fakta infografik
Fakta padat dan bermakna

Rumusan kepada maklumat sesuatu topik


Membuat pautan ke maklumat yang
lebih terperinci
2 Data Infografik 20%
Mudah difahami, spesifik dan berkesan
Ketepatan data dan dikemukakan dalam
bentuk grafik yang sesuai
3 Keaslian dan 20% Keaslian infografik (tidak diambil dari mana-
Kreativiti mana sumber)
Persembahan yang kreatif dan menarik
4 Rekabentuk 10% Pemilihan flow (aliran) yang sesuai, kekemas
an susunan grafik
Kedudukan data sokongan (graf / jadual) yang
sesuai
5 Persembahan 10%
Format layout yang sesuai (potret / landscape)
Maklumat
Font, saiz font, warna dan gambar sokongan ya
ng sesuai
JUMLAH KESELURUHAN

RUMUSAN HAKIM:

TANDATANGAN HAKIM:
NAMA HAKIM:

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


STEM ONLINE CHALLENGE 2021
BORANG PENJURIAN PERTANDINGAN ECO-FRIENDLY TOTE BAG

BIL KRITERIA SUB KRITER WAJARAN MARKAH


IA
Penggunaan Bahan Degradasi Terpakai Secara Maksima dan Pelbagai 10
KREATIVITI Pengolahan Idea Dalam Menggunakan Media (Bahan) Secara Kreatif 10
1
(30 markah)
Keaslian Projek / Hasil Kraft Yang Dihasilkan 5

Penghasilan Projek / Hasil Karya Yang Menarik 5

Projek / Hasil Karya Dapat Digunakan Secara Efektif, Bersih dan Selamat 10
KEBOLEHFUNGSIAN
2
(20 markah) Demonstrasi Penerangan Yang Berkesan 5

Projek / Hasil Karya Bersesuaian Dengan Tujuan Penggunaan dan Tema 5

KEKEMASAN PROJEK Kualiti Projek / Hasil Karya Yang Kemas 10


3
(20 markah) Rekabentuk / Hiasan Yang Menarik 10

Struktur/Urutan Penyampaian Yang Baik 10


PENERANGAN PROJEK Gaya Persembahan Tersendiri (Asli) 10
4
(30 markah)
Kualiti Penyampaian (Suara & Intonasi) 5

Pengurusan Masa Yang Baik 5

JUMLAH MARKAH 100

RUMUSAN HAKIM:

TANDATANGAN HAKIM:
NAMA HAKIM:

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


STEM ONLINE CHALLENGE 2021
BORANG PENJURIAN PERTANDINGAN PERSEMBAHAN STEM

BIL KRITERIA SUB KRITERIA JUMLAH MARKAH


MARKAH
Penerangan isi kandungan yang jelas dan tepat. 10
Isi penyampaian (Fakta) bertepatan dengan konsep sains dipilih. 10
PEMILIHAN
1 KONSEP SAINS Pemilihan Showcase" atau persembahan berkait dengan konsep sains dipilih. 5
(35 Markah) Aplikasi konsep sains dipilih dalam kehidupan seharian. 5
Penggunaan terma-terma sains dengan tepat. 5
Teknik penyampaian yang menarik. (contoh : Bercerita, Berdrama, Silap 10
Mata)
Kaedah persembahan yang pelbagai dan berkesan. 10
KREATIVITI (Contoh: Eksperimen, alatan visual, demonstrasi)
2 PERSEMBAHAN Penggunaan alat bantu secara kreatif untuk membantu penyampaian. 5
(35 markah)
Keaslian / novelti 5
Penerapan nilai murni. 5
Aturan persembahan yang terancang. 5
ALIRAN
3 PERSEMBAHAN Kelancaran persembahan. 5
(15 markah)
Kualiti penyampaian (sebutan & inovasi) 5
Pemilihan props bertepatan dengan konsep. 5
4 PROPS Pengurusan props yang terancang semasa penyampaian. (Contoh : Aturan,
kekemasan dan kebersihan) 5
(15 markah)
Keutamaan kepada aspek keselamatan. 5
100

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0


STEM ONLINE CHALLENGE 2021
BORANG PENJURIAN PERTANDINGAN VIDEO DIGITAL

Nama :
Markah Sekolah :
Bil Kriteria Pemarkahan maksima Negeri :
Pengenalan (10 markah)
1 Nama peserta dan tajuk projek video dinyatakan 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Kreativiti dan Teknik Persembahan Video (40 markah)
Kreativiti dalam persembahan isi kandungan 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Teknik penggayaan dan penghasilan video yang menarik dan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
2 komprehensif. (Dipersembahkan dengan mengabungkan pelbagai 20
teknologi, teknik dan kemahiran bagi menghasilkan sebuah video yang 112 13 14 15 16 17 18 19 20
kreatif dan menarik. 1
Kemahiran menggunakan perkakasan dan peranti elektronik 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
(software dan alat elektronik)
Kualiti dan Inovasi (40 markah)
Keaslian (ketulenan video yang dihasilkan tidak termasuk 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
pendahuluan dan penutup persembahan video)
3 Sinematografi (Mempunyai teknik mengambil gambar dan
mengabungkannya sehingga menjadi rangkaian gambar yang 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
boleh menyampaikan idea dan penceritaan
Kualiti gambar dan video (gambar dan video yang jelas dan 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
menarik)
Pemilihan muzik/lagu latar dan audio yang jelas dan sesuai 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Nilai dan Pengajaran (10 markah)
4 Nilai murni dan pengajaran yang diperoleh daripada isi kandungan 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
video
Jumlah Skor 100 Jumlah :

RUMUSAN HAKIM:
TANDATANGAN HAKIM:
NAMA HAKIM:

| Kertas Konsep STEM Online Challenge_eMAS 2.0

Anda mungkin juga menyukai