Anda di halaman 1dari 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

YBB3314 SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA BALINGIAU


D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KANOWIT
96700, KANOWIT, SARAWAK

_______________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA REKABENTUK DAN TEKNOLOGI


BIL 2/ 2018

Tarikh : 4 Julai 2018


Masa : 1.30 p.m.
Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran :
1. Encik Ambau Anak Lawieh (Guru Besar)
2. Encik Donald Slan (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Encik Sigie Anak Matahari (Penolong Kanan HEM)
4. Encik Bernerd Anak Girak (Penolong Kanan Kokurikukum)
5. Encik Hendry Bin Lasig (Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi)
6. Cik Anna Tiong Yee Ching
7. Encik Peter Narawie Anak Wilson Janang

AGENDA MESYUARAT:

Bil Agenda
1. UCAPAN PENGERUSI PANITIA RBT

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat menghadiri mesyuarat panitia RBT
kali pertama 2018.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan Penolong-penolong kanan kerana dapat
menghadirkan diri mewakili pentadbir.
1.3 Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membuat membincangkan perjalanan panitia sepanjang penggal pertama,
analisis ujian dan hal-hal berkaitan panitia.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cik Anna Tiong Yee Ching mencadangkan agar minit mesyuarat panitia RBT bil 1/2018 disahkan.
2.2 Encik Peter Narawie Anak Wilson Janang menyokong.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 RBT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar oleh guru yang sama.
3.4 Kedua-dua subjek ini diajar secara secara mengikut penggal, iaitu, penggal pertama untuk Reka Bentuk dan
Teknologi dan pada penggal kedua bagi Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
3.4 Kekangan masa untuk menghabiskan topik pelajaran
3.5 Kekurangan alatan dan bahan untuk melaksanakan projek

Makluman: Semua guru

4. KEPUTUSAN UJIAN PENGGAL PERTAMA 2018

4.1 Guru Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru matapelajaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi kerana mengajar RBT untuk tahun 2018.
4.2 Keputusan Ujian Akhir Penggal Pertama adalah seperti berikut:
4.2.1 Tahun 5
Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 TAHUN_5 13 13 0 2 15.38 4 30.77 3 23.08 2 15.38 2 15.38 11 84.62 2.85

Jumlah 13 13 0 2 15.38 4 30.77 3 23.08 2 15.38 2 15.38 11 84.62 2.85

4.2.2 Tahun 6
Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 TAHUN_6 20 20 0 0 0.00 2 10.00 9 45.00 5 25.00 4 20.00 16 80.00 3.55

Jumlah 20 20 0 0 0.00 2 10.00 9 45.00 5 25.00 4 20.00 16 80.00 3.55

4.3 Guru Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua guru RBT.

Makluman: Guru RBT


5. POST-MORTEM

5.1 Kesemua soalan ujian adalah berdasarkan buku teks dan topik yang telah dipelajari oleh murid.
5.2 Murid tidak mengulang kaji pelajaran sebelum ujian dijalankan.
5.3 Kemasukan markah dalam SAPS.

Makluman: Guru RBT


6. LAPORAN AKTIVITI PANITIA SEPANJANG 2018

6.1 Guru Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru RBT kerana menjalankan aktiviti dalam
kelas semasa PDPc.
6.2 Beliau memohon maaf kerana pada tahun ini, aktiviti tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana kekangan
bahan kerana peruntukan panitia lambat dibelanjakan.
Makluman: Guru RBT
7 HAL-HAL LAIN

7.1 Walaupun set kit kerja kayu telah dibeli untuk subjek ini, namun projek tidak dapat dilaksanakan kerana
masih terdapat bahan yang tidak mencukupi.
7.2 Peruntukan Reka Bentuk dan Teknologi telah habis dibelanjakan untuk bahan-bahan ini.
7.3 P&P diberi keutamaan kepada apa yang alatan dan bahan yang sediada dahulu.
Makluman: Guru RBT
8. PENUTUP

8.1 Semoga semua guru dapat memberikan kerjasama bagi memastikan PdP murid berjalan dengan lancar dan
terbaik.
8.2 Mesyuarat ditanggukan pada pukul 3.00 petang.
Makluman: Guru RBT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………….. …………………………. ……………………


(Cik Anna Tiong Yee Ching) (Encik Hendry Bin Lasig) (Encik Donald Slan)
S/U Panitia RBT Ketua Panitia RBT Penolong Kanan Pentadbiran
SKNB SKNB SKNB
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
YBB3314 SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA BALINGIAU
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KANOWIT
96700, KANOWIT, SARAWAK

Ruj. Kami: JPS(W)/SKNB(UPA)/153/07/05/10/JLD.2 ( )


Tarikh : 2 Julai 2018

Kepada:
Guru-guru MP RBT
SK Nanga Balingiau,
96700, Kanowit,
Sarawak

Tuan/ Puan

MESYUARAT PANITIA REKABENTUK DAN TEKNOLOGI BIL 2/ 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya tuan/ puan adalah dijemput menghadiri Mesyuarat Panitia RBT Bil
1/2018. Sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat Panitia RBT Bil. 1/ 2018 akan diadakan pada
ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 4 Julai 2018


2.2 Hari : Rabu
2.3 Masa : 1.30 – 3.30 petang
2.4 Tempat : Makmal Komputer

3. Antara agenda yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:


3.1 Kata-kata aluan oleh pengerusi
3.2 Pengesahan minit mesyuarat
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Keputusan Ujian Penggal Pertama 2018
3.5 Post-Mertem
3.6 Laporan Aktiviti Tahunan Panitia RBT 2018
3.7 Hal-hal lain

3. Diharap agar tuan/puan dapat memberikan kerjasama dan menghadiri mesyuarat ini.

Segala kerjasama yang diberikan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

....................................
(CIK ANNA TIONG YEE CHING)
S/U Panitia Rekabentuk dan Teknologi
SK Nanga Balingiau
Kanowit

Anda mungkin juga menyukai