Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI MERSING

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program : Karnival STEM dan VOTEK SMK Sri Mersing (PERTANDINGAN INOVASI)
2. Tarikh : 21/06/2022
3. Hari/Masa : Rabu
4. Tempat : Makmal Sains 2
5. Objektif :
I. Menyedarkan murid bahawa bidang STEM dan VOTEK ini ialah bidang
yang menyeronokkan disamping mencabar minda.
II. Mencungkil daya kreativiti dan bakat kepantasan murid dalam
menyelesaikan masalah semasa pertandingan sama ada secara online
atau bersemuka.
III. Membuka peluang meneroka bidang STEM dan VOTEK di luar bilik darjah
melalui permainan dan bakat murid.

6. Aturcara Program :

Tarikh Masa
20 Jun 2022 (taklimat 7.30 – 8.30 pagi
pertandingan)
21 Jun 2022 (hari 1.00 – 3.00 petang
pertandingan)
7. Penilaian program :
7.1 Kekuatan program
- Semangat berpasukan yang ada dalam diri murid sangat baik. Mereka menjadi perancang,
penggerak dan pelaksana yang baik dalam menyiapkan projek inovasi mereka.
- Kesepakatan dalam membawa bahan-bahan kitar semula dari rumah telah menggambarkan
murid sangat bersatu hati untuk melaksanakan projek inovasi ini.
- Keterbukaan tema dalam mencipta telah membolehkan murid menjana idea yang kreatif dan
kreatif dalam pembuatan projek inovasi mereka
7.2 Kelemahan program
- Ketidakcukupan waktu dalam pembinaan projek telah menyebabkan murid sedikit
terkesan dan tidak dapat berfikir dengan baik apabila guru mula membunyikan loceng setiap
10 minit selama 30 minit terakhir.
- Ketiadaan komputer untuk diakses di sekolah merumitkan murid untuk membuat
perbincangan secara bersama
7.3 Cadangan Penambahbaikan
- Murid diharap dapat menjadi perancang masa yang baik supaya dapat menyiapkan projek
mengikut masa yang diperuntukkan
- Guru boleh menyediakan komputer riba di sekolah untuk sekian waktu bagi memberi
kemudahan kepada murid atau guru boleh mengizinkan murid membawa telefon bimbit pada waktu
petang agar mereka dapat membuat perbincangan dengan baik ( atas kawalan guru)

Anda mungkin juga menyukai