Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, SARAWAK

“Penanda Buku & Rantai Kunci QR Code”

1.0 Tajuk Inovasi


Penggunaan “Penanda Buku & Rantai Kunci QR Code” pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) dalam subjek Sains

2.0 Pengenalan
Inovasi merupakan kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikkan produk yang sedia ada. Ianya merupakan hasil cetusan idea-idea
yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja dalam meningkatkan kualiti dan
produktiviti sesebuah organisasi. Inovasi dalam pengajaran dan pemudahcaraan sangat
sangat penting dalam membantu penguasaan murid mengikut kemahiran yang ingin
dicapai oleh seseorang guru. Oleh yang demikian, penggunaan Penanda Buku & Rantai
Kunci QR Code ini dapat membantu murid menyelesaikan masalah dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang akan
digunakan dalam aktiviti pembelajaran sebagai bahan membantu murid untuk
mencapai objektif bagi sesuatu topik pembelajaran.

Perkembangan teknologi maklumat banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa


kini. Penggunaan telefon dalam kalangan murid memang tidak dibenarkan di sekolah.
Oleh itu, Penanda Buku QR Code ini telah mencetuskan idea, guru pelatih dalam
menyelesaikan masalah berkaitan penggunaan kertas dalam cetakan nota dan latihan
kepada murid terutamanya subjek Sains. Dengan ada penanda buku QR Code ini murid
hanya mengimbas QR Code yang terdapat pada penanda buku, murid akan
memperolehi nota-nota berkaitan dengan topik pembelajaran, latihan-latihan, permainan
berkaitan topik pembelajaran dan kuiz yang boleh dilakukan dengan menggunakan
telefon bimbit.

1
Projek inovasi ini dikhususkan kepada murid Tingkatan 4 Abdullah dan 4 Abdul Razak di
SMK Suai, Miri. Pemilihan murid dari kelas ini adalah memudahkan penerangan projek
inovasi ini kerana kelas ini merupakan kelas yang diajar akan tetapi hanya 2 dua kelas
sahaja yang dipilih untuk menjalani pratikum selama 12 minggu. Dengan melaksanakan
projek inovasi ini murid akan mudah memperolehi nota yang digunakan oleh guru
semasa mengajar di dalam kelas, latihan dalam bentuk google form dan menarik minat
serta perhatian murid dalam topik pembelajaran yang dibincangkan.

3.0 Objektif Inovasi


Diakhir pengajaran dan pembelajaran, Penanda Buku QR Code yang dihasilkan dapat;

i. Membantu murid dalam menguasai topik pembelajaran .

ii. Memberi peluang kepada murid melibatkan dalam aktiviti pembelajaran yang
mengembirakan serta memberi pengetahuan dan pengalaman yang berkesan.

iii. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi


menimbulkan minat murid dalam mata pelajaran Sains.

4.0 Proses Penghasilan Penanda Buku QR Code

4.1 Penyediaan nota slide, kuiz dan latihan menggunakan google form dan
dimasukkan ke dalam google drive

2
Kuiz melalui Google Form

4.2 Menghasilkan link dan QR Code

Membuat link Membuat QR Code

4.3 Mereka bentuk penanda buku menggunakan Microsoft word

3
4.4 Menyediakan bahan cetakan penanda buku

4.5 Mengguntingkan dan laminate penanda buku

4.6 Penanda Buku QR Code yang sudah siap

4
5.0 Anggaran Kos
Kos penghasilan bagi Penanda Buku QR Code

Bil Bahan Kuantiti Harga (RM) Jumlah (RM)


.
1. Kertas warna tebal 1 set 3.80 3.80
2. Plastik Laminate 1 set 20.90 20.90
3. Reben 2 1.90 3.80
Jumlah 28.50

6.0 Kumpulan sasaran


Murid Tingkatan 4 Abdullah dan 4 Abdul Razak di SMK Suai, Miri iaitu sebanyak 60
orang murid

7.0 Strategi Perlaksanaan


Guru menerangkan penggunaan QR Code kepada murid semasa proses PdPc pada 6
Oktober 2020

7.1 Guru mengedarkan “Penanda Buku QR Code” kepada semua murid kelas 4
Abdullah
7.2 Guru menerangkan tentang cara penggunaan Penanda Buku QR Code ini
7.3 Guru juga ada mendemonstrasikan penggunaan Penanda Buku QR Code ini.

5
7.4 Guru menerangkan murid perlu mengimbas 3 QR Code yang menunjukkan
tentang nota pembelajaran, permainan dan kuiz yang menggunakan google
form.
7.5 Murid harian yang dikehendaki menjawab soalan-soalan kuiz manakala murid
asrama dikecualikan tetapi perlu melakukan semasa minggu balik kampung
7.6 Murid menjawab soalan yang diberikan dengan mengimbas QR Code berkaitan
topik pembelajaran.

8.0 Refleksi
8.1 Kekuatan Projek
Projek Inovasi yang saya pilih merupakan bahan maujud yang boleh disentuh, dipegang
dan dilihat. Bahan inovasi yang dikatakan adalah Penanda Buku & Rantai Kunci QR
Code. Ianya hasil daripada pemerhatian sepanjang menjalani pratikum mahupun
sepanjang menjadi guru interim di SMK Suai, murid selalu mengeluh terlalu banyak
latihan yang perlu disiapkan dan nota hanya bergantung pada buku teks semata-mata.
Oleh itu, lahirnya inovasi menggunakan teknologi terkini iaitu penanda buku & rantai
kunci QR Code ini. Murid boleh menggunakan ianya untuk menandakan tempat setakat
buku yang dibacanya serta mereka boleh membuat imbasan nota-nota dengan
menggunakan QR Code tersebut.. selain itu, inovasi ini juga menggabungkan dua
elemen iaitu penanda buku dan QR Code iaitu teknologi masa kini.

8.2 Kelemahan Projek

Walau bagaimanapun, saya mendapati projek inovasi yang dilaksanakan ini mempunyai
beberapa kelemahan iaitu tidak semua murid yang dapat melaksanakannya pada masa
yang sama. Hal ini disebabkan oleh terdapat murid yang duduk di asrama lebih-lebih
lagi pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, murid asrama
tidak mempunyai akses internet kerana mereka tidak dibenarkan membawa telefon ke
sekolah. Kedua, kedudukan SMK Suai merupakan sekolah kawasan luar bandar,
jaringan liputan capaian internet yang tinggi hanya terdapat disesetengah kawasan
sahaja. Ada kawasan yang capaian internet yang rendah dan langsung tiada. Hal ini
amat menyukarkan murid untuk mengakses internet. Ketiga, sekiranya guru mengajar
topik yang baru, guru terpaksa mengkemaskinikan maklumat dan mencetak semula
penanda buku ini.

6
8.3 Cadangan penambahbaikkan

Bagi mengatasi masalah kelemahan inovasi ini perlu melakukan penambahbaikkan


supaya ianya dapat membantu murid dalam proses pembelajaran. Antara cadangan
yang perlu dilakukan ialah bagi murid yang menghadapi masalah capaian internet yang
lemah di kawasan tempat tinggal, mereka perlu mencari kawasan yang mempunyai
capaian internet yang tinggi. Kedua, membuat penanda buku QR Code yang fleksibel
iaitu maklumat tentang topik pembelajaran boleh bertukar mengikut topik pembelajaran
semasa. Ketiga, memperbanyakkan aktiviti yang dimasukkan ke dalam google drive dan
menggunakan kepelbagaian teknologi yang membolehkan semua murid boleh
mengakseskan maklumat berkaitan dengan topik pembelajaran.

9.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja menarik minat malah mampu
meningkatkan kefahaman dan kebolehan menghafal serta mengingat fakta dalam
kalangan murid. Selain itu, ia turut memberi kemudahan murid dalam menggunakan
kemudahan teknologi dan komunikasi ke arah mendapatkan maklumat yang terkini.
Bukan itu sahaja, guru juga dapat mempelbagaikan teknik dan pelaksanaan aktiviti di
samping menjimatkan kos dan masa penyediaan bahan. Justeru, inovasi penghasilan
“Penanda Buku QR Code” ini sememangnya satu idea yang mendatangkan banyak
faedah kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains.

Disediakan Oleh Disemak Oleh

(NURAIN BINTI BABU OSMAN) (VITCSY AK MICHAEL NIOB)


Pelajar PDPP Sains Pensyarah Pembimbing
SMK Suai, Miri IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak

Anda mungkin juga menyukai