Anda di halaman 1dari 11

Arahan: jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.

Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

1. Manakah antara pernyataan berikut menerangkan maksud sains dengan paling tepat?
A Ilmu pengetahuan tentang alam sekeliling yang tersusun dan kian berkembang mengikut
penemuan yang baru
B Kajian angkasa lepas
C Penerangan tentang pencemaran alam sekitar
D Ciptaan alat yang semakin canggih

2.
W : Membuat hipotesis

X : Mengumpulkan data

Y : Mengawal pemboleh ubah

Z : Mengenal pasti masalah

W, X, Y, dan Z merupakan langkah-langkah yang terlibat dalam kaedah saintifik. Manakah


merupakan turutan langkah yang betul?
A Z, W, Y, X
B W, Z, Y, X
C Z, Y, W, X
D Y, Z, W, X

3. Dalam proses sains, bagaimanakah hipotesis yang dibentuk dapat diuji?


A Melakukan eksperimen
B Mengenal pasti masalah
C Membuat inferens
D Membuat kesimpulan

4. Mengapakah penggunaan kaedah dan teknik harus dirancang sebelum memulakan suatu
penyiasatan saintifik?
A Untuk memastikan data yang dikumpulkan adalah lebih tepat
B Untuk memudahkan pengumpulan data
C Untuk mengumpulkan data dengan lebih cepat
D Untuk menjalankan penyiasatan dengan mudah

5.

Rajah 1
Dalam suatu eksperimen yang mengkaji perhubungan antara ayunan ladung dan panjang benang,
yang manakah dipadankan dengan betul?

1
Pemboleh ubah yang Pemboleh ubah yang
dimalarkan dimanipulasikan

A Panjang tali ladung Masa ayunan ladung


B Jisim ladung Panjang tali ladung
C Masa ayunan ladung Bentuk ayunan
D Bentuk ladung Masa ayunan ladung

6. Seorang pelajar hendak menyiasat bagaimana bahan berlainan mempengaruhi kadar pengembangan
logam. Antara berikut, pemboleh ubah yang manakah tidak harus dimalarkan?
A Tekanan atmosfera
B Jenis bahan
C Haba yang dibekalkan
D Bentuk bahan

7. Antara pemboleh ubah berikut, yang manakah nilainya diperoleh melalui pemerhatian dalam suatu
eksperimen?
A Pemboleh ubah bergerak balas
B Pemboleh ubah dimalarkan
C Pemboleh ubah dimanipulasikan
D Pemboleh ubah tidak bersandar

pemanjangan
8. spring

daya

Rajah 2

Rajah 2 di atas menunjukkan keputusan eksperimen yang mengkaji kesan pemanjangan spring
dengan perubahan daya yang dikenakan ke atas spring. Apakah inferens yang dapat dibuat?
A Perubahan daya tidak memberi kesan ke atas pemanjangan spring
B Perubahan daya berkadar terus dengan pemanjangan spring
C Perubahan daya berkadar songsang dengan pemanjangan spring
D Spring terputus apabila daya yang besar dikenakan

9. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan
penyiasatan saintifik?
A Jujur
B Bersistematik
C Meniru data-data daripada kawan sekelas
D Bertanggungjawab

10. Apakah langkah pertama yang harus dilakukan dalam sesuatu penyiasatan saintifik?
A Mengawal pemboleh ubah
B Mengenal pasti masalah
C Membuat hipotesis
D Membuat inferens

2
11. Semasa merancang untuk suatu penyiasatan saintifik, perkara berikut dilakukan kecuali
A menyenaraikan semua bahan dan radas yang sesuai digunakan
B menentukan cara mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan
C memilih seberapa yang banyak pemboleh ubah yang dimanipulasikan
D menentukan cara untuk mengumpulkan data

Rajah 3

12. Rajah 3 menunjukkan keputusan apabila dua bongkah M dan N dimasukkan ke dalam bikar yang
berisi minyak masak. Antara berikut, yang manakah benar?
I M adalah paling kurang tumpat
II N adalah paling tumpat
III Ketumpatan minyak masak lebih daripada ketumpatan M
A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

13. Langkah berikut dilakukan semasa mengumpul dan mentafsirkan data dalam suatu penyiasatan
saintifik kecuali
I data yang dikumpulkan boleh ditafsirkan dalam bentuk jadual
II data yang direkodkan boleh dipersembahkan dalam histogram
III sebarang data yang difikirkan salah harus disingkirkan
A I sahaja
B II sahaja
C III sahaja
D I dan II sahaja

14. Antara perkara berikut, yang manakah dilakukan oleh saintis sebagai kaedah saintifik?
I Meramal
II Memerhati
III Mensyukuri
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

3
15.

Rajah 4
Rajah 4 di atas menunjukkan dua jenis sel saraf P dan Q dalam badan manusia. Antara berikut, yang
manakah mewakili sel-sel saraf tersebut?
P Q
A Neuron deria Neuron perantaraan
B Neuron perantaraan Neuron motor
C Neuron motor Neuron deria
D Neuron motor Neuron perantaraan

16. Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan luar kawal?


A Batuk
B Mendengar
C Menghidu bau
D Bercakap

17.

Rajah 5
Manoharan menderita penyakit kencing manis. Berdasarkan Rajah 5, antara kelenjar P, Q, R dan S yang
berikut, yang manakah bertanggungjawab dalam situasi ini?
A P
B Q
C R
D S

18.

Rajah 6
Rajah 6 di atas menunjukkan pergerakan impuls dari organ deria hingga ke otot seorang budak
yang sedang menulis. Antara berikut, yang manakah mewakili sistem saraf X?
A Sistem saraf autonomi
B Sistem saraf pusat
C Sistem saraf periferi
D Sistem saraf somatik

4
19.

Rajah 7
Mata seorang pelajar mengerlip untuk mengelakkan kemasukan seekor serangga kecil ke dalamnya.
Antara bahagian yang berlabel P, Q, R, dan S pada Rajah 7 di atas, yang manakah bertanggungjawab
kepada gerak balas itu?
A P
B Q
C R
D S
20.

Rajah 5

Rajah 8
Kelenjar Y, dalam Rajah 8, berfungsi untuk
A merangsangkan pertumbuhan
B menyediakan uterus untuk menerima ovum
C mengawal aras gula dalam darah
D menambahkan keupayaan badan untuk mengatasi tekanan hidup

21. Pernyataan yang manakah tidak benar tentang saraf tunjang?


A Jirim kelabu terletak di sebelah luar jirim putih
B Merupakan sebahagian daripada sistem saraf pusat
C Bersambung dengan medula oblongata
D Mengawal tindakan refleks

22.

Rajah 9
Berdasarkan Rajah 9 di atas, kekurangan hormon dari kelenjar manakah boleh menyebabkan
seseorang menghidap penyakit goiter?
A P
B Q
C R
D S

5
23. Bahagian otak yang manakah mengawal minda seseorang?
A Serebrum
B Serebelum
C Medula oblongata
D Saraf spina

24.

Rajah 10
Rajah 10 menunjukkan suatu neuron deria. Bahagian berlabel X dikenal sebagai

A dendron
B akson
C sinaps
D badan sel

25. Antara berikut, yang manakah bukan suatu tindakan luar kawal?
A Penganalisaan maklumat
B Pengawalaturan suhu badan
C Rembesan air liur
D Peristalsis dalam usus

26. Seorang wanita menjerit apabila dia melihat seekor ular. Kelenjar yang manakah terlibat dalam
tindakannya itu?
A tiroid
B pituitari
C adrenal
D pankreas

27. Seorang remaja lelaki tidak menunjukkan perkembangan ciri seks sekundernya. Antara kelenjar yang
berikut, yang manakah gagal berfungsi dengan baik?
A ovari
B testis
C tiroid
D pankreas

6
28.

Rajah 11
Rajah 11 di atas menunjukkan hubungan reseptor dan efektor dengan sistem saraf pusat. X dan Y ialah
X Y
A neuron motor neuron deria
B neuron deria neuron motor
C neuron perantaraan neuron deria
D neuron deria neuron perantaraan

29. Otak manusia dilindungi oleh tulang keras yang dikenali sebagai
A serebrum
B serebelum
C meninges
D kranium

30.

Rajah 12

Rajah 12 di atas menunjukkan keratan rentas otak manusia. Bahagian berlabel X ialah
A serebelum
B serebrum
C jirim putih
D jirim kelabu

31. Rembesan hormon yang berlebihan oleh kelenjar adrenal mengakibatkan


A penyakit kencing manis
B pertumbuhan yang melampau
C kekurangan kandungan garam dalam darah
D tekanan darah tinggi

32. Antara berikut, tindakan yang manakah tidak melibatkan deria kinestesis?
A Mengecamkan warna-warna yang berlainan
B Menyedari kedudukan badan
C Menganggar berat objek-objek
D Mengimbangi badan semasa berjalan dengan mata dipejam

7
33.
 Menyebabkan kretinisme
 Menyebabkan kegergasian

Ciri-ciri di atas disebabkan oleh kegagalan satu daripada kelenjar endokrin untuk berfungsi dengan
baik . Apakah kelenjar endokrin itu ?
A Kelenjar tiroid
B Kelenjar pankreas
C Kelenjar pituitari
D Adrenal

34. Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak dikawal oleh medula oblongata?
A Peristalsis
B Pemikiran
C Denyutan jantung
D Peredaran darah

35. Apakah kesan pengambilan alkohol ke atas wanita hamil?


A Alkohol menjadikan fetus bebas daripada sebarang penyakit.
B Alkohol boleh menyebabkan kecacatan fizikal pada bayi.
C Alkohol boleh merangsang tumbesaran fetus yang berlebihan.
D Alkohol memasuki aliran darah dan menyebabkan fetus mengalami ketagihan terhadap alkohol.

36. Bahagian X membentuk sebahagian besar otak. Antara berikut , yang manakah fungsi bahagian X itu?
I Mengawal aktiviti mental
II Mengawal tindakan terkawal
III Mengawal keseimbangan badan
A I sahaja
B II sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III

37.

Rajah 13
Rajah 13 di atas menunjukkan keratan rentas bagi saraf tunjang. Bahagian yang manakah dilabelkan
dengan betul?
I Neuron deria
II Neuron motor
III Neuron perantaraan
A III sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

8
38. Antara berikut , yang manakah tergolong di dalam sistem saraf periferi manusia?
I Saraf kranium
II Saraf spina
III Saraf tunjang
A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

39. Kesan alkohol kepada manusia termasuklah


I sirosis hati
II gangguan tindakan terkawal
III ulser perut
A II sahaja
B III sahaja
C I dan III sahaja
D I, II, dan III

40. Antara berikut , yang manakah benar tentang sistem saraf manusia?
I Terdiri daripada kelenjar-kelenjar tanpa duktus
II Impuls dihantar secara kimia melalui darah
III Impuls bergerak dengan sangat cepat
A I sahaja
B II sahaja
C III sahaja
D II dan III sahaja

41. Antara berikut , yang manakah kesan ketagihan dadah morfin?


I Menggeletar
II Mimpi ngeri
III Insomnia
A II sahaja
B III sahaja
C I dan III sahaja
D I, II, dan III

42. Gerak balas refleks tidak melibatkan


I otak
II otot
III saraf tunjang
A I sahaja
B II sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

9
43. Di manakah terdapat reseptor regang?
I Sendi
II Ligamen
III Otak
A I sahaja
B II sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

44. Kesihatan mental seseorang boleh dipengaruhi oleh


I kecederaan otak
II penyalahgunaan dadah
III pengalaman pahit
A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

45.

Rajah 14
Rajah 14 di atas menunjukkan pertukaran bahan genetik pada kromosom. Proses ini berlaku di
A hati
B ginjal
C kulit
D ovari

46.
W – Kromosom tersusun di pusat sel

X – Kromatid-kromatid terpisah

Y – Kromosom melakukan proses penduaan

Z – Kromosom menebal

W, X, Y, dan Z di atas menunjukkan peringkat-peringkat mitosis. Antara berikut, yang manakah


menunjukkan turutan yang betul ?
A X, W, Z, Y
B Y, Z, X, W
C W, Z, Y, X
D Z, Y, W, 

10
47.

Rajah 15

Rajah 15 di atas menunjukkan peringkat-peringkat pembentukan bayi. Antara berikut, yang manakah
mewakili proses X dan Y ?
X Y
A Mitosis Meiosis
B Meiosis Mitosis
C Persenyawaan Mitosis
D Pindah silang Persenyawaan

48. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang mitosis?
A Mitosis menghasilkan dua sel anak
B Mitosis menghasilkan sel untuk pertumbuhan
C Sel anak menyerupai sel induk
D Nukleus membahagi dua kali

49. Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan meiosis dalam suatu spesies ?
I Menghasilkan variasi genetik
II Meneruskan zuriat
III Menggantikan sel-sel yang mati
A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III

50. Kafeina, nikotina dan kokain adalah dadah yang tergolong dalam kumpulan
A depresen
B anti depresen
C perangsang
D halusinogen

11

Anda mungkin juga menyukai