Anda di halaman 1dari 9

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan . Sila jawab semua soalan.

1. Lirik lagu “Negeri Selangor” pada baris yang kelima ialah…………………


A. Rakyat Mohon Restu
B. Bahagia Selama-lamanya
C. Bawah Duli Tuanku
D. Selamat Di Atas Takhta

2. Apakah maksud istilah Da Capo?


A. Bunyi muzik tersekat-sekat

B. Ulang dari mula

C. Lagu telah tamat

D. Lagu dinyanyikan dengan suara garau

3. Yang manakah antara berikut betul mengenai permainan rekoder?


A. Rekoder mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian atas, tengah dan bawah.
B. Rekoder mempunyai 2 lubang di bahagian belakang.
C. Rekoder tidak perlu dbersihkan selepas bermain.
D. Penjarian rekoder bagi not B ialah dengan meletakkan jari hantu pada lubang pertama.

4. Gambar di bawah menunujukkan alat muzik rekoder.

Rajah 1

1
Not rekoder yang dimainkan dalam Rajah 1 ialah…………………………

A. B
B. G
C. C’
D. D’

5. Cara penjarian rekoder yang betul ialah………………………….


A. Tangan kiri di bahagian bawah
B. Tangan kanan di bahagian atas.
C. Tangan kiri di bahagian atas
D. Tangan kanan tidak digunakan untuk bermain rekoder

6. Soalan 4 merujuk kepada gambar 2.

Rajah 2

Berikut ialah penjarian not dalam permainan rekoder. Pernyataan manakah yang betul?
A. Rajah di atas merujuk kepada penjarian not F.
B. Jari yang menutup lubang bahagian belakang rekoder ialah ibu jari kiri.
C. Jari telunjuk dan jari manis menutup lubang 1 dan 2 bahagian hadapan.
D Tangan kanan berada di bahagian atas rekoder.

7. Berikut merupakan pengertian simbol dinamik yang betul kecuali ………………


A. Piano – bunyi perlahan
B. Mezzopiano – bunyi sederhana perlahan
C. Mezzoforte – bunyi sederhana kuat
D. Filipe – bunyi kuat
2
8. Lagu “ Jalur Gemilang” adalah genre lagu…………………………………
A. Lagu Tradisional
B. Lagu Patriotik
C. Lagu Pop
D. Lagu Melayu Asli

9. Lagu LRT VS Basikal Tua melibatkan tempo yang berikut:


A. Kuat, sederhana kuat, perlahan
B. Accelerando, ritardando
C. Sederhana, lambat, cepat
D. Forte, piano, mezzoforte

10. Soalan 10 merujuk kepada gambar di bawah.

Isyarat tangan di atas merujuk kepada ……………………………….


A. Re C. So
B. Fa D. La

11. Lima garis selari yang digunakan dalam penulisan not dinamakan………
A. Garis bar
B. Garis selari not
C. Garis Penamat
D. Garis Baluk

12. Bunyi yang manakah dikatakan berpic rendah


A. Bunyi lembu
B. Bunyi ambulans
C. Bunyi burung helang
D. Bunyi trompet yang ditiup

3
13. Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

Rajah 3

Apakah nama not rekoder tersebut?


A. Not B C. Not C
B. Not A D. Not D’

14. Istilah Forte merujuk kepada isyarat…………………..


A. Dinamik lembut
B. Sederhana lembut
C. Sederhana kuat
D. Dinamik kuat

15. Berikut ialah alatan yang digunakan dalam persembahan dondang sayang
kecuali………………………
A. Bonang C. Marakas
B. Akordian D. Biola

16. Soalan 16 berdasarkan pernyataan di bawah.

Sejenis alat perkusi


Diperbuat daripada kayu
Sesuai memainkan not yang pendek
Menghasilkan 2 bunyi yang berbeza apabila diketuk pada
hujung yang berbeza

Alat perkusi yang sesuai dengan ciri-ciri di atas ialah……………………


A. Kastenet
B. Kayu tik tok
C. Tamborin
D. Kerincing

4
17. Simbol apakah ini?

A. Klef Bass C. Klef alto


B. Tanda Penamat D. Klef trebel

18. Apakah nama alat muzik berikut?

Rajah 4

A. Gong C. Dram
B. Pupuit D. Bonang tingkah

19. Isyarat Tangan Solfa bagi ‘La’

20. Mp dalam dinamik dalam nyanyian dipanggil

A. Majorpiano C. Mezzopiano

B. Megapiano D. Menyanyi panjang

21. Not minim bertitik bernilai ......................................

A. 6 C. 4
B. 2 D. 3

5
22. Bagaimanakah alat muzik di sebelah ini dimainkan?

A. Ketuk C. Goncang
B. Tepuk D. Hentak

23. Tanda dinamik f mempunyai maksud .......................

A. Bunyi kuat C. Bunyi lembut


B. Bunyi sederhana lembut D. Bunyi sederhana kuat

24. Apakah bahan kitar semula yang boleh menggantikan bunyi marakas?
A. Sudu dan garfu C. Sepasang kayu
B. Tong biskut berisi air D. Botol plastik berisi pasir

25. Alat muzik manakah yang TIDAK terdapat dalam persembahan cak lempong?

A. Bonang Sauwa C. Dram bes


B. Gendang ibu D. Tamborin

Soalan 26 hingga 30 sila rujuk gambarajah di bawah

Rajah 4

26. Berapakah tanda meter bagi corak irama di atas?

A. Tiga empat C. Dua per empat

B. Empat per empat D. Dua empat

27. Terdapat berapakah not krocet yang terdapat pada rajah di atas?

A. 1 C. 3

B. 4 D. 2

6
28. Apakah makna meter dua empat ?

A. Terdapat 2 Minim dalam satu bar

B. Terdapat 4 Krocet dalam satu bar

C. Terdapat 2 Krocet dalam satu bar

D. Terdapat 4 Minim dalam satu bar

29. Garisan yang ditunjukkan dengan anak panah ialah

A. Garis penamat C. Garis bar

B. Garis permulaan D. Garis muzik

30. Terdapat berapa bar kesemuanya dalam gambarajah di atas?

A. 2 C. 3

B. 1 D. 4

31. Staccato bermakna sesebuah lagu harus dinyanyikan dengan:

A. suara yang kuat

B. tempo perlahan

C. sebutan yang pendek dan putus-putus

D. perasaan cemas

32. Accelerando bermakna sesebuah lagu harus dinyanyikan dengan:

A. suara yang kuat

B. dinyanyikan dengan cepat

C. sebutan yang pendek dan putus-putus

D. perasaan cemas

7
33. Ritardando bermakna sesebuah lagu harus dinyanyikan dengan:

A. dinyanyikan dengan lambat C. sebutan yang pendek dan putus-putus

B. tempo laju D. sebutan yang lancer

34. Dinamik bermaksud

A. kuat C. Sederhana kuat

B. lembut D. sederhana lembut

35. Dinamik bermaksud

A. kuat C. sederhana kuat

B. lembut D. sederhana lembut

36. Dinamik bermaksud

A. kuat C. sederhana kuat

B. lembut D. sederhana lembut

37. Apakah maksud artikulasi

A. Kelajuan tempo C. Jenis alat perkusi

B. Sebutan lirik D. Kekuatan suara

38. Dondang sayang merupakan seni tradisi dari negeri:

A. Johor C. Perlis

B. Pahang D. Melaka

39. Dondang Sayang terkenal dalam kalangan masyarakat kaum

A. Punjabi C. Iban

B. Baba dan Nyonya D. Portugis

8
40. Muzik Tradisional Asia, Pi Pat adalah sejenis muzik tradisional yang berasal dari negara:

A. Jepun C. Thailand

B. Korea D. Vietnam

~ Soalan Tamat ~

Disediakan oleh; Disemak oleh;

……………………………................ ……………………………................
(YETTY NATALIA BT ABDULLAH) (ANIS HUDA BT AMIR HAMZAH)
Guru Muzik Tahun 5 Guru Muzik Tahun 6
SK Seksyen 20, Shah Alam SK Seksyen 20, Shah Alam

Disahkan oleh;

……………………………................

Anda mungkin juga menyukai