Anda di halaman 1dari 20

BAHAGIAN A

( 20 markah )

1 Nyatakan definisi yang betul bagi masalah inventif.

A Masalah yang mempunyai kesan sampingan


B Masalah yang sukar untuk diselesaikan
C Masalah yang berkait dengan aspek kehidupan
D Masalah yang memerlukan penambahbaikkan

2 Penerangan manakah yang benar tentang fasa keempat penyelesaian masalah inventif?

A Masalah yang dikesan melalui proses kerja


B Memperkenalkan kaedah pemisahan masa dan ruang
C Memodelkan masalah menggunakan percanggahan fizikal
D Setiap kaedah pemisahan akan dibekalkan dengan tujuh prinsip inventif

3 Manakah gambar berikut berkenaan dengan prinsip inventif bagi kaedah pemisahan masa ?

4 Apakah lukisan yang menerangkan sistem fungsi komponen?

A Lukisan model fungsi


B Lukisan fungsi produk
C Lukisan analisis sistem
D Lukisan sistem komponen
5 Rajah di bawah menunjukkan sejenis kaedah pembuatan produk. Apakah kaedah tersebut ?

A Acuan
B Pemesinan
C Sambungan
D Pembentukan

Suatu kajian sains yang digunakan untuk menjelaskan cas-cas elektrik yang
statik di mana cas elektrik berada pada permukaan atau di tempat cas itu
terhasil.
6 Pernyataan di atas adalah mengenai

A Model statik
B Model berfungsi
C Konsep electrostatic
D Konsep electroplating
7 Antara berikut yang manakah benar tentang proses pembuatan produk ?

A Proses pembuatan produk yang mengambil kira kemahiran individu dan kos yang
dikeluarkan
B Perbandingan antara produk yang dihasilkan menggunakan kaedah konvensional dan
kaedah moden
C Pembuatan produk yang menepati cita rasa dan keperluan pengguna
D Kaedah dan teknik tentang sumber tenaga kerja, mesin dan bahan yang diubah untuk
menghasilkan produk siap.
8 Manakah yang berikut merupakan etika dalam reka bentuk ?

A Kreativiti
B Keselesaan
C Mesra alam sekitar
D Kecenderungan inovasi
9 Berikut yang manakah pernyataan yang salah berkaitan kontras?

Saiz Panjang – pendek


Ruang Luas – sempit
Tekstur Kasar – nipis
Warna Terang – gelap

10 Rupa adalah hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya. Yang manakah benar
tentang rupa organik ?

A B C D

11 Apakah maksud masalah bukan inventif ?

A Masalah yang sukar untuk diselesaikan


B Masalah yang dapat di selesaikan tanpa mempunyai kesan sampingan
C Masalah yang berkait dengan aspek kehidupan
D Masalah yang dapat di selesaikan tetapi mempunyai kesan sampingan

12 Elemen reka bentuk terdiri daripada?

I Pengulangan
II Keseimbangan
III Garisan
IV Bentuk

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

13 Maklumat di bawah ini menerangkan satu situasi penyelesaian masalah.

Penutup balang kuih yang tidak ketat meyebabkan biskut lemau. Penutup
balang kuih ditambah baik, namun timbul masalah baharu iaitu penutup
terlalu ketat.
Situasi di atas menerangkan masalah

A Inovasi
B Bukan Inovasi
C Invensif
D Bukan invensif

14 Rajah di bawah menunjukkan rekabentuk sebuah jam dinding yang dihasilkan dari teknik

Nyatakan prinsip yang dilabelkan di X.

A Kontras
B Pengulangan
C Kepelbagaian
D Harmoni
15 Rajah di bawah menunjukkan satu garisan interaksi yang digunakan dalam rajah model
fungsi.

Nyatakan maksud garisan itu.

A Berguna
B Berguna tetapi tidak mencukupi
C Berguna tetapi berlebihan
D Bermasalah

16 Antara berikut manakah urutan yang betul dalam proses menyelesaikan masalah inventif?

I Analisis punca masalah


II Konsep percanggahan fizikal
III Kaedah penyelesaian
IV Penyelesaian spesifik

A I, II, III, IV
B III, IV, I, II
C II, I, IV, III
D II, III, I, IV
17 Antara berikut manakah urutan yang betul dalam proses menyelesaikan masalah bukan
inventif ?

I Masalah dikenalpasti
II Tiada kesan sampingan
III Produk digunakan semula
IV Proses penambahbaikan produk

A I, IV, III, II
B II, III, IV, I
C I, II, III, IV
D III, II, I, IV

18 Antara berikut yang manakah ciri-ciri percanggahan fizikal bagi parameter beban.

Maklumat 1 Maklumat 2
A Besar Kecil

B Tinggi Rendah

C Berat Ringan

D Panjang Pendek

19 Rajah di bawah menunjukkan sejenis alatan memotong.


Apakah fungsi alatan tersebut?

A Memisahkan daging daripada tulang


B Memotong halus herba dan sayuran
C Membuang kulit sayur-sayuran
D Memotong buah-buahan

20 Maklumat di bawah ini menerangkan satu prinsip inventif kaedah pemisahan ruang.

Beg udara di dalam kereta untuk mengurangkan


kecederaan ketika kemalangan
Apabila prinsip inventif tersebut?

A Tindakan Kedinamikan
B Tindakan Awal
C Tindakan Berkala
D Tindakan Berterusan

BAHAGIAN B
( 60 markah )
Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang jawapan yang disediakan.

1 Kenal pasti definisi reka bentuk, teknologi, dan reka bentuk dan teknologi yang betul
dengan menulis jawapan pada petak yang disediakan.

Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang


dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk


menghasilkan sesuatu produk yang beri impak kepada kehidupan

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber


semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem

(3 markah)

2 Padankan elemen reka bentuk berikut dengan penerangan yang betul.

PENERANGAN
ELEMAN REKA
BENTUK
a. Bentuk
Teknik yang memberi kesan atau
 impak terhadap orang yang melihat
sesuatu permukaan objek

b. Garisan
Objek yang mempunyai ruang, isi
 padu, dan mempunyai lebih dari satu
permukaan

c. Tekstur

Satu sambungan siri titik yang



mempunyai ukuran panjang dan jarak

(3 markah)
3 Rajah berikut menunjukkan sejenis produk reka bentuk.

Maklumat berikut menunjukkan prinsip reka bentuk

Pengulangan Kesatuan Keringkasan Keseimbangan


Berdasarkan rajah di atas, pilih tiga prinsip reka bentuk berdasarkan maklumat yang diberi
dengan menulis jawapan pada ruang yang disediakan.

i ………………………………………………………………………………………………..

ii ………………………………………………………………………………………………..

iii ………………………………………………………………………………………………..

(3 markah)

4 Tuliskan teknik pembinaan objek mengikut rajah yang betul di petak yang disediakan.

Pembenaman
Pembuangan
Penyatuan
Peleraian

(4 markah)

5 Berdasarkan gambar dan penerangan pada rajah berikut, nyatakan kriteria reka bentuk
yang ditunjukkan.

Kriteria reka bentuk yang


Gambar Penerangan
baik

a. Suatu ciri keselesaan yang


ada pada sesuatu produk
yang menjadi pilihan
manusia
b. Melibatkan idea baharu
dalam menghasilkan produk
reka bentuk

(2 markah)

6 Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan reka bentuk dan teknologi. Kenalpasti
tiga kepentingan reka bentuk dan teknologi dengan menanda betul  atau salah  pada
petak yang disediakan.

Memupuk nilai invensi, inovasi, dan kreatif

Menghasilkan reka bentuk yang serba boleh dan kaya dengan idea

Memenuhi kehendak individu dan masyarakat

Membuka laluan kerjaya dan pekerjaan

Melindungi dan memelihara etika social

(3 markah)

Rajah berikut menunjukkan produk yang mengaplikasikan prinsip invensi dan inovasi reka
7
bentuk.

A B C
Kenal pasti bidang reka bentuk mengikut gambar yang diberikan dengan menulis A, B,
atau C dalam petak yang disediakan.

Pendidikan

Kesihatan

Pembuatan
(3 markah)

8 Maklumat berikut adalah dua jenis masalah.

A Masalah inventif

B Masalah bukan inventif

Padankan jenis masalah di atas dengan pernyataan yang berikut dengan menulis A atau B pada
petak yang disediakan.

Haziq memasang bakul khas pada motosikalnya supaya mudah untuk mengangkut
buah-buahan dari kebunnya tetapi menyebabkan ruang tempat duduk menjadi terhad.

Setelah memasang jeriji pada semua tingkap, kini rumah Hazirah semakin selamat.

En Ivan menampal kertas warna di tingkap cermin untuk menghalang cahaya matahari
namun ianya menyebabkan bilik menjadi gelap
(3 markah)

9 Tuliskan jawapan yang paling sesuai mengenai hubung kait beberapa produk, fungsi, dan
objek pada ruang yang disediakan.

PRODUK FUNGSI OBJEK

Klip Kertas

memegang Air kopi

Kapal terbang mengangkut


(3 markah)

10 Tentukan kaedah penyelesaian masalah inventif sama ada pemisahan masa atau pemisahan
ruang bagi situasi berikut dengan menulis jawapan pada ruang yang disediakan.

Situasi Ruang jawapan


Khemah perlu dibuka semasa digunakan dan ditutup ketika
hendak disimpan
Monopod perlu panjang semasa ingin digunakan untuk
bergambar dan perlu pendek untuk memudahkan
penyimpanan
Mangkuk sup yang diguna untuk mengisi masakan berkuah
perlu sejuk untuk diangkat untuk dihidangkan semasa
masakan masih panas
(3 markah)

11 Berikut adalah beberapa prinsip inventif bagi kaedah pemisahan ruang.

Pembahagian Penyarangan Pengantara Pengekstrakan

Padankan prinsip inventif di atas dengan contoh situasi yang betul di petak yang
disediakan.

Situasi Ruang jawapan

Antena radio yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan

Penggunaan sarung tangan ketuhar semasa memegang bekas yang


panas
Pemisahan unit pendingin hawa di dalam dan di luar bangunan
supaya bunyi bising dan haba panas dapat diasingkan
(3 markah)

12 Tandakan tiga (√) bagi gambar yang menunjukkan teknologi pembuatan produk kaedah
konvensional pada ruang di bawah.
(3 markah)

13 Rajah berikut merupakan carta alir dalam proses pembuatan produk. Lengkapkan rajah
tersebut.

Perancangan

a.

Lakaran/ lukisan

model
b.

Penilaian/ pengujian

c.

(3 markah)

14 Berikut adalah perbezaan yang dapat dilihat dalam proses pembuatan sesuatu produk.
Tuliskan sama ada perbezaan kaedah konvensional atau kaedah moden di ruang yang
disediakan.

Aspek Perbezaan Kaedah

Masa Produk dapat disiapkan dengan cepat

Kos Kos pembuatan yang tinggi

Tenaga kerja Memerlukan pengendali mesin yang mahir

(3 markah)
15 Pernyataan berikut adalah mengenai kepentingan melakukan analisis ke atas lakaran model
3D sesuatu produk. Kenal pasti kepentingan yang betul dengan menulis Ya atau Tidak
pada ruang yang disediakan.

Menjamin keberkesanan dan kefungsian sesuatu produk yang dihasilkan


Mencari kecacatan agar penambahbaikan dapat dilakukan
Menambah nilai estetik pada produk yang ingin dihasilkan

(3 markah)

16 Padankan kaedah pembuatan dengan huraian yang tepat dengan menulis A, B, C, atau D
dalam ruang yang disediakan.

Acuan A
Tuangan B
Pemesinan C
Pembentukan D

Proses mengubah bentuk sesuatu bahan menjadi bentuk lain yang boleh
digunakan
Rongga yang terdapat pada acuan menyerupai bentuk produk sebenar.
Bahan dimasukkan ke dalam acuan melalui tuangan dan dibiarkan
mengeras.
Proses membentuk sesuatu produk atau sebahagian melalui proses
peleburan dan menuangnya di dalam acuan yang telah disediakan

(3 markah)

17 Berikut adalah proses menghasilkan acuan menggunakan plaster of paris. Susunkan


langkah mengikut urutan dengan menulis nombor 4, 5, dan 6 pada petak disediakan.
Langkah 1, 2, dan 3 telah diberi.

a) Biarkan sehingga kering dan ulang langkah satu hingga langkah tiga

b) Sediakan plaster of paris, campurkan dengan air sehingga menjadi pes 1

c) Celupkan separuh bahagian model awal 3D ke bahagian dalam pes plaster


3
of paris

d) Letakkan di dalam bekas dan sapukan lapisan minyak pada model awal 3D 2

e) Tanggalkan model awal 3D dengan berhati-hati


f) Bersihkan acuan yang terbentuk

(3 markah)

18 Nyatakan tiga bahan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan acuan selain plaster of
paris.

I. ………………………………………………………………………………………

II. ……………………………………………………………………………………...

III. ……………………………………………………………………………………..
(3 markah)

19 Tuliskan betul bagi kaedah kemasan dan bahan binaannya yang betul dan salah pada
padanan yang salah pada ruang yang disediakan.

Ruang
Kaedah kemasan Bahan binaan Bahan kemasan
jawapan

Pelekat Keluli, MDF Pelekat

Sapu Kayu, keluli, MDF Cat licau, syelek

Sembur Kayu, keluli, plastik Cat, lekar

(3 markah)

20 Setiap model atau produk yang dihasilkan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa.
Tandakan (√) bagi tujuan membuat penambahbaikan yang betul dan (X) bagi yang salah
pada petak yang disediakan.

Menambahkan keuntungan terhadap jualan produk

Menghasilkan produk yang berdaya saing dan mempunyai nilai pasaran yang
tinggi

Produk yang dihasilkan lebih baik dari segi fungsi, reka bentuk, kualiti dan
estetik
(3 markah)

BAHAGIAN C
( 20 markah )
Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang jawapan yang disediakan.

1 Rajah berikut menunjukkan sebuah reka bentuk yang bermasalah. Rak tuala ini selalu
senget dan tumbang semasa digunakan.
Palang rak tuala

Palang rak tuala

skru Kaki rak tuala

a. Berdasarkan komponen-komponen di atas, lengkapkan lukisan model fungsi.

memegang memegang memegang


lantai
i. ii. iii.

memegang memegang

skru

(3 markah)

b. Apakah percanggahan fizikal bagi rajah rak tuala di atas ?

__________________________________________________________________
(2 markah)

c. Apakah jenis kaedah pemisahan yang dipilih ?

__________________________________________________________________
(1 markah)
d. Berdasarkan situasi di atas, lakarkan perubahan reka bentuk bagi rak tuala untuk
mengatasi masalah yang dinyatakan.

Cadangan reka bentuk:


(4 markah)

3 Rajah di bawah menunjukkan penghasilan sebuah model 3D.


Berdasarkan rajah tersebut,
a. Nyatakan kaedah pembuatan yang digunakan untuk menghasilkan model 3D itu.

_............................................................................................................................................_
(1 markah)
a. Namakan alatan yang digunakan untuk menghasilkan model itu.

……………………………………………………………………………………………….
(1 markah)

b. Huraikan langkah pemasangan pen 3D.

i.

ii.

iii.

iv.

v.

(5 markah)

c. Kemasan pada model 3D dapat melindungi permukaan produk daripada calar dan karat.
Gambar rajah di bawah menunjukkan kemasan melalui kaedah electroplating. Labelkan
peralatan dan bahan yang digunakan.

i. ___________
i ii

ii. ___________

iii
iii. ___________

(3 markah)
-KERTAS SOALAN TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai