Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERTANDINGAN PIDATO SPONTAN

BAHASA MELAYU 2022


ANJURAN
BAITUL HIKMAH SMAI
DENGAN KERJASAMA
PANITIA BAHASA MELAYU SMAI.

1. SYARAT UMUM PERTANDINGAN


a) Terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah Al-Islah,Sungai Petani,
Kedah.

2. SYARAT KHAS

a) Pihak penganjur akan menentukan tajuk-tajuk yang akan dipertandingkan dan


telah diketahui oleh semua peserta semasa taklimat kepada peserta 4 hari
sebelum pertandingan.
b) Pengundian nombor giliran akan dijalankan 30 minit sebelum pertandingan
dijalankan atau pada waktu khusus yang telah ditetapkan oleh penganjur.
c) Pengundian hanya akan dijalankan sekali sahaja dan pertukaran nombor
undian tidak dibenarkan.
d) Soalan akan diberikan kepada peserta apabila nama dipanggil dan peserta akan
menyebut nombor. Ketua juri akan membacakan soalan berdasarkan nombor
dipilih. Peserta diberikan masa 1 minit untuk membuat persediaan. Setelah
tamat tempoh masa seminit, Ketua juri akan mengarahkan untuk penyampaian
pidato yang dimulakan apabila loceng dibunyikan.
e) Para peserta dilarang menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan politik,
agama, perkauman, individu atau seumpamanya.
f) Para peserta tidak dibenarkan membawa bersama sebarang bahan atau alat
bantu untuk mengukuhkan hujah.
g) Para peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau
mengucapkan perkataan yang kasar atau kurang manis.
h) Pastikan semasa sesi tazkirah berlangsung, tiada sebarang gangguan
berlangsung terutama gangguan manusia, bunyi bising dan sebagainya yang
mengganggu tumpuan juri.
i) Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap peserta seperti pitam,
pengerusi pertandingan boleh menangguhkan pertandingan pidato hingga 15
minit. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya tempoh tersebut berakhir.
j) Semasa penyampaian tazkirah, semua peserta tidak dibenarkan menggunakan
telefon bimbit. Gunakan laptop atau komputer bagi persembahan yang
sempurna.
3. MASA

a) Masa diberi bagi setiap peserta adalah 7 minit


b) Masa akan bermula apabila peserta memulakan penyampaiannya.
c) Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit ke-6 menandakan masa
hampir tamat. Loceng kedua akan dibunyikan sebanyak 2 kali pada minit ke-7
menandakan masa telah tamat dan peserta dikehendaki memberhentikan
tazkirahnya.
d) Penyampaian selepas masa tamat tidak akan diambil kira. Pengerusi berhak
memberhentikan penyampaian peserta sekiranya peserta gagal untuk berhenti
walaupun masa sudah tamat.

4. SKEMA PEMARKAHAN

4.1 ISI (54 MARKAH)


Peserta akan diadili dari segi pengenalan, isi, penutup dan penyusunan ayat serta
rumusan. Pecahan markah adalah seperti maklumat yang berikut:
a) Pengenalan mestilah menarik perhatian penonton, mengandungi definisi, dan
mengandungi rumusan bagi setiap isi.
b) Mengandungi tiga isi penting, data dan bahan yang tepat serta rumusan.
c) Merumus kesemua isi penting dan mengakhiri dengan impak yang positif.
d) Penyusunan isi menarik dan mudah difahami serta mempunyai kesinambungan yang
sesuai.

4.2 CARA PENYAMPAIAN & PENAMPILAN (24 MARKAH)

a) Pertuturan yang jelas dan bersemangat.


b) Bijak menggunakan lenggok suara dan nada yang jelas dalam penyampaian.
c) Bijak menggunakan bahasa tubuh, bahasa isyarat dan ekspresi muka.
d) Ucapan diberikan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
e) Menggunakan perbendaharaan kata dan pemikiran yang bijak.
f) Tiada gangguan lisan dan bukan lisan (um, er, hm).

4.3 BAHASA & ADAB (15 MARKAH)

a) Pemilihan perkataan yang sesuai.


b) Tatabahasa dan sebutan yang jelas dan terang.
c) Penggunaan bahasa yang standard.
d) Tiada kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan
peribadi.
e) Perlakuan dan tutur kata yang sopan.

4.4 SPONTAN (7 MARKAH)

a) Ucapan yang berkaitan dengan tajuk yang diberi.


b) Ucapan mengandungi pengenalan, isi penting dan penutup.
c) Menunjukkan struktur ayat dan tatabahasa yang sesuai.
d) Menunjukkan kelancaran dalam ucapan dan sebutan.
5 SYARAT TAMBAHAN

8.1 Hakim
5.1 Pemilihan hakim terdiri daripada hakim yang berkecuali.
5.2 Empat (4) orang hakim dilantik untuk menghakimi pertandingan ini. Salah seorang
daripadanya sebagai ketua.

6 PANDUAN KEPADA JEMAAH HAKIM:

9.1 Penyampaian diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data dan bahan-bahan
yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya, persembahan yang lancar,
kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinkan, penguasaan bahasa yang jelas
dan gaya bahasa yang sesuai serta kesopanan dan perawakan.
9.2 Peserta yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah.
9.3 Markah juga dipotong kepada peserta-peserta yang menggunakan bahasa atau tutur
kata yang kurang sopan.
9.4 Peserta yang melanggar peraturan syarat pertandingan akan dipotong markah,
antaranya:
6.1 Para peserta tidak dibenarkan menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan
politik, agama, perkauman, individu atau seumpamanya.
6.2 Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau
mengucapkan perkataan yang kasar atau kurang manis.

7 PENENTUAN PEMENANG

10.1 Penentuan pemenang berdasarkan pengiraan markah.


10.2 Peserta yang mendapat markah tertinggi diisytihar sebagai pemenang.
10.3 Jika berlaku persamaan markah, penentuan pemenang adalah berdasarkan
kepada markah tertinggi dalam bahagian spontan. Jika masih berlaku
persamaan, maka 4 markah dalam bahagian isi tertinggi akan dijadikan
penentuan pemenang dan begitulah seterusnya. Jika semuanya sama, maka
pemenang akan ditentukan melalui undian.
10.4 Keputusan hakim adalah muktamad.

11 PAKAIAN

11.1 Pakaian peserta adalah pakaian sekolah.


TAJUK :

1) Sekolah Berkualiti Menjana Pemimpin Masa Depan.


2) Masyarakat Membaca Pemangkin Ummah Cemerlang.
3) Teknologi Memacu Kecemerlangan Pelajar.
4) Remaja Cemerlang Pemacu Masa Depan Negara.
5) Vaksinasi : Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat
6) Teknologi Siber : Perangkap atau Peluang?
7) Erti Kemerdekaan Kepada Generasi Kini.
8) Media Sosial : Cabaran Terhadap Keharmonian.
9) Rasuah Dihindari, Kemakmuran Dinikmati.
10) Murid Cemerlang, Sekolah Terbilang.

#Setiap peserta dikehendaki membuat persediaan bagi semua tajuk kerana


peserta akan memilih sendiri tajuk melalui undian setelah nama dipanggil oleh
Ketua Juri.
1 Rasuah Dihindari, Kemakmuran Dinikmati.
2 Murid Cemerlang, Sekolah Terbilang.
3 Sekolah Berkualiti Menjana Pemimpin Masa Depan.
4 Masyarakat Membaca Pemangkin Ummah Cemerlang.
5 Teknologi Memacu Kecemerlangan Pelajar.
6 Remaja Cemerlang Pemacu Masa Depan Negara.
7 Vaksinasi : Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat
8 Sekolah Berkualiti Menjana Pemimpin Masa Depan.
9 Masyarakat Membaca Pemangkin Ummah Cemerlang.
10 Teknologi Memacu Kecemerlangan Pelajar.
11 Remaja Cemerlang Pemacu Masa Depan Negara.
12 Vaksinasi : Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat
13 Teknologi Siber : Perangkap atau Peluang?
14 Erti Kemerdekaan Kepada Generasi Kini.
15 Media Sosial : Cabaran Terhadap Keharmonian.

Anda mungkin juga menyukai