Anda di halaman 1dari 9

KARNIVAL PRASEKOLAH

TAHUN 2023

PERINGKAT DAERAH

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN


PERTANDINGAN

• IDOLA KECIL
• DEKLAMASI SAJAK
• HAFAZAN
• AMALAN TERBAIK STEM
• PERTUNJUKAN FESYEN
PERATURAN AM
KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT DAERAH

A. PERATURAN AM
1. Penyertaan adalah terbuka kepada murid prasekolah yang berumur 5 atau 6
tahun sahaja.

2. Aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti berikut:


i. Idola Kecil (individu)
ii. Deklamasi Sajak (individu)
iii. Hafazan (individu)
iv. Fashion Show (Best Costume) (individu)
v. Amalan Terbaik STEM (berpasukan)

3. Aktiviti berbentuk individu akan dianggotai 1 orang murid prasekolah manakala


yang aktiviti berpasukan dianggotai oleh 2 orang murid prasekolah.

4. Jantina peserta adalah bebas.

5. Pelibatan peserta dalam karnival ini adalah mewakili sekolah masing-masing.

6. Semua pertandingan akan dijalankan dalam rakaman video.

7. Rakaman video yang dihantar mestilah tanpa suntingan.

8. Guru/PPM tidak dibenarkan membantu atau mengganggu peserta yang sedang


membuat persembahan. Markah akan dipotong oleh pihak hakim.

9. Setiap peserta perlu menyelesaikan persembahan atau pertandingan yang


disertai. Jika peserta tidak dapat menamatkan persembahan atau pertandingan,
Ketua Hakim akan membuat keputusan.

10. Masa yang diperuntukan bagi setiap aktiviti adalah tertakluk kepada aktiviti yang
dipertandingkan.

11. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut pakaian,
solekan dan hiasan.

12. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan adalah tidak


dibenarkan.
IDOLA KECIL

A. Syarat Pertandingan
1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid
prasekolah.

2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut


pakaian, solekan dan hiasan.

3. Persembahan hendaklah diiringi oleh muzik “minus one” (tanpa sebarang


vokal).

4. Peruntukan masa adalah tidak kurang daripada 3 minit dan tidak melebihi 7
minit persembahan.

5. Peserta dibenarkan untuk memilih dan menyanyikan lagu semasa dalam


Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja. (90’an hingga terkini)

6. Pemilihan lagu Bahasa Malaysia dari negara Indonesia, Singapura dan Brunei
adalah tidak dibenarkan.

7. Setiap lagu tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif atau menyentuh


sensitiviti mana-mana kaum dalam negara ini.

8. Lagu-lagu dialek tempatan, lagu rakyat, serta lagu kanak-kanak juga tidak
dibenarkan.

9. Konsep persembahan adalah nyanyian solo dan bantuan instrumen muzik


yang dimainkan sendiri oleh peserta adalah dibenarkan.
Walaubagaimanapun, markah tidak akan dikira pada bantuan instrumen
muzik tersebut.

10. Sebarang pengunaan props berat di atas pentas tidak dibenarkan.

11. Memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.

B. Pemarkahan (100%)
1. Pic – 20 markah
2. Tempo – 15 markah
3. Sebutan – 15 markah
4. Ton – 15 markah
5. Dinamik – 10 markah
6. Attack/Release – 10 markah
7. Ekspresi – 10 markah
8. Keterampilan – 5 markah
DEKLAMASI SAJAK

A. Syarat Pertandingan
1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid
prasekolah.

2. Penampilan peserta semasa rakaman hendaklah sesuai dari sudut


pakaian, solekan dan hiasan.

3. Peruntukan masa adalah tidak kurang 3 minit dan tidak melebihi 5 minit
persembahan.

4. Peserta dibenarkan untuk mendeklamasikan sajak dalam Bahasa Malaysia


sahaja dan tema adalah berdasarkan kepada nilai kasih sayang, keluarga,
masyarakat dan alam sekitar.

5. Bait-bait sajak boleh dicipta atau di ambil dari mana-mana sumber.

6. Sajak yang berunsur cinta sesama manusia tidak dibenarkan. Setiap isi
kandungan sajak tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif atau
menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dalam negara ini.

7. Konsep persembahan adalah mendeklamasikan sajak secara individu/solo.

8. Sebarang pengunaan props ringan di atas pentas dibenarkan.


Walaubagaimana pun, markah tidak akan dikira pada bantuan props
tersebut.

9. Memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.

B. Pemarkahan (100%)
1. Gaya ucapan dan vokal – 30 markah
2. Intonasi dan Nada – 30 markah
3. Penghayatan dan Kelancaran – 25 markah
4. Memek dan Bahasa Tubuh – 10 markah
5. Penampilan dan Keyakinan – 5 markah
HAFAZAN

A. Syarat Pertandingan
1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid
prasekolah.

2. Penyertaan terbuka kepada semua murid beragama Islam di prasekolah


KPM.

3. Setiap peserta perlu membaca Surah Al-Fatihah sebagai surah wajib serta
DUA pilihan surah daripada 9 ayat lazim yang disediakan berdasarkan
cabutan undian pada hari pertandingan.

4. Tidak dibenarkan menukar surah dan markah tidak diambil jika tersalah surah
yang dibaca.

5. Markah akan diambil kira berdasarkan SATU surah wajib dan DUA surah
pilihan.

6. Pengundian surah pilihan dibuat selepas peserta membaca surah wajib.


Peserta perlu mencabut kertas cabutan dihadapan kamera sebelum ke
tempat bacaan.

7. Peruntukan masa bagi setiap peserta membaca surah wajib dan surah pilihan
adalah tidak melebihi 10 minit. Bacaan yang melebihi 10 minit tidak akan
diberi markah.

8. Aturan pembacaan surah bermula dengan surah wajib dan diikuti surah
pilihan.

9. Peserta lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan yang lengkap


bersamping, bersongkok dan berkasut. (Baju kurta tidak dibenarkan)

10. Peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat


dengan berbaju kurung, berjubah serta bertudung sempurna dan hiasan yang
tidak keterlaluan.
HAFAZAN

B. Pemarkahan (100%)
1. Hafaz dan Kelancaran – 30 markah
2. Fasohah – 20 Markah
3. Tajwid – 20 Markah
4. Makhraj Huruf – 10 Markah
5. Intonasi suara dan gaya – 10 Markah
6. Keyakinan Diri – 5 Markah
7. Pakaian dan Penampilan – 5 Markah

C. Senarai Surah Wajib :


1. Surah Al-Fatihah

D. Senarai Surah Pilihan :


1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Masad
3. Surah Al-Falaq
4. Surah Quraisy
5. Surah Al-Asr
6. Surah Al-Kafirun
7. Surah Al-Nasr
8. Surah An-Nas
9. Surah Al-Kauthar
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK STEM

A. Syarat Pertandingan
1. Setiap sekolah diwakili oleh 1 kumpulan sahaja terdiri daripada 2 orang
peserta.

2. Pertandingan akan dijalankan secara rakaman.

3. Setiap pasukan perlu menyediakan Penulisan Sinopsis Projek berdasarkan


format yang diberikan (tidak melebihi 3 muka surat) untuk diserahkan kepada
jawatankuasa.

4. Masa yang diperuntukan untuk pembentangan ialah 6 minit hingga 8 minit.

5. Bahan pembentangan (penulisan) perlu dimuatnaik kepada urusetia.

6. Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid dibenarkan untuk


membuat penyediaan peralatan sebelum peserta memulakan rakaman.

B. Tatacara Persembahan
1. Murid bebas menyampaikan hasil kerja (projek) dalam pelbagai cara yang
berunsurkan STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathmatics).

2. Peserta perlu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

3. Guru Prasekolah, PPM atau Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan berada


bersama-sama pembentang semasa rakaman dijalankan.

C. Tema Perkongsian Pintar:


1. Bebas dan perlu mengikut KSPK Semakan 2017 dan mestilah berunsurkan
maklumat yang diambil daripada Pdpc, media massa serta tidak menyentuh
mana-mana isu sensitif, agama, ras dan keturunan mana-mana kaum di
negara ini.

D. Pemarkahan (100%)
1. Kelancaran & Sebutan - 25 markah
2. Isi Pembentangan / Kefahaman - 25 markah
3. Kreativiti Persembahan - 20 markah
4. Sesi Soal Jawab - 15 markah
5. Penulisan Sinopsis Projek - 15 markah
BORANG PENULISAN SINOPSIS PROJEK
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK STEM
KARNIVAL PRASEKOLAH

(Disediakan dalam Bahasa Melayu)

SEKOLAH :

TEMA :

TAJUK :

NAMA MURID (1) :

NAMA MURID (2) :

Panduan Penulisan Sinopsis Projek :

A. SINOPSIS : PENGENALAN

B. PENGUMPULAN BAHAN :

1). PERBINCANGAN BERSAMA GURU DAN PPM

2). PERBINCANGAN BERSAMA IBU BAPA DAN MURID

C. PENGHASILAN PROJEK

D. BAHAN

E. IMPAK
PERTUNJUKAN FESYEN (KOSTUM TERBAIK)

A. Penyertaan
1. Setiap sekolah diwakili oleh 1 orang peserta sahaja yang terdiri daripada
murid prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun.

2. Peserta (Model) dikehendaki memperagakan kostum yang direka.

3. Rekaan kostum adalah berdasarkan pilihan tema-tema yang terdapat di


prasekolah

4. Rekaan kostum wajib menggunakan tiga (3) jenis peralatan atau alat bantu
mengajar yang terdapat di kelas prasekolah serta menggunakan bahan
terbuang atau tumbuh-tumbuhan atau kedua-duanya sekali.

5. Aksesori tambahan dibenarkan namun tidak boleh menganggu keseluruhan


konsep utama.

6. Bahan-bahan yang digunakan adalah bebas.

B. Syarat Pertandingan dan Strategi Pelaksanaan


1. Masa persembahan tidak kurang 2 minit dan tidak melebihi 5 minit
persembahan di atas pentas.

2. Pakaian / prop / kostum hendaklah disediakan oleh pasukan masing-masing.

3. Model atau peserta dikehendaki memperagakan kostum masing-masing di


atas pentas berdasarkan kreativiti masing-masing. (Catwalk)

4. Muzik latar dibenarkan mengiringi peserta/model sepanjang persembahan.

5. Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan


peserta atau pasukan di dalam pertandingan ini.

E. Pemarkahan (100%)
1. Kreativiti (rekaan costume) - 50 markah
2. Gaya - 15 markah
3. Keyakinan - 15 markah
4. Kekemasan rekaan - 10 markah
5. Keaslian rekaan - 10 markah

Anda mungkin juga menyukai