Anda di halaman 1dari 11

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH


PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

A. Penyertaan

1. Setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diwakili oleh 1 orang peserta sahaja
yang terdiri daripada murid prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun.

B. Syarat Pertandingan

1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid prasekolah.


2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut pakaian,
solekan dan hiasan.
3. Persembahan hendaklah diiringi oleh muzik “minus one” (tanpa sebarang vokal)
dalam bentuk CD dan tidak melebihi 4 hingga 7 minit.
4. Peserta dibenarkan untuk memilih dan menyanyikan lagu semasa dalam Bahasa
Malaysia atau Bahasa Inggeris. (90’an hingga terkini)
5. Lagu Bahasa Indonesia berunsur cinta adalah tidak dibenarkan. Setiap lagu tidak
boleh mengandungi unsur-unsur negatif atau menyentuh sensitiviti mana-mana
kaum dalam negara ini.
6. Lagu-lagu dialek tempatan, lagu rakyat, serta lagu kanak-kanak juga tidak
dibenarkan.
7. Konsep persembahan adalah nyanyian solo dan bantuan instrumen muzik yang
dimainkan sendiri oleh peserta adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, markah
tidak akan dikira pada bantuan instrumen muzik tersebut.
8. Sebarang pengunaan props berat di atas pentas tidak dibenarkan.
9. Memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.
10. Jika berlaku masalah teknikal (audio,muzik,mikrofon), peserta dibenarkan untuk
mengulangi semula persembahan dan permarkahan akan dikira semula.

C. Pemarkahan

1. Bahagian A (50 markah)


Suara (Nada/pic – 20, , intonasi – 20, sebutan- 10)
2. Bahagian B (30 markah)
Attack dan Release (Tempo sekata/ketepatan)
3. Bahagian C (20 markah)
Persembahan (Gaya , Kostum, ekspresi)
D. Penghakiman

1. Dihakimi oleh 4 orang termasuk seorang ketua hakim.


2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.
4. Hadiah akan diberi kepada :-

1. Johan
2. Naib Johan
3. Ketiga
4. Tempat ke 4
5. Tempat ke 5

E. Peraturan Am

1. Setiap JPN diwakili oleh 1 orang peserta sahaja.


2. Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan (akhir).
3. Sediakan dua salinan cd audio minus one atau cd karaoke
4. Lagu untuk kegunaan semasa pertandingan hendaklah diserah kepada urusetia
semasa pendaftaran kontigen.
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

Penyertaan

1. Setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diwakili oleh 1 orang peserta sahaja
yang terdiri daripada murid prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun.

Syarat Pertandingan

1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid prasekolah.


2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut pakaian,
solekan dan hiasan.
3. Persembahan mestilah tidak melebihi 3 hingga 5 minit.
4. Loceng akan dibunyikan dan markah tidak akan diambil kira selepas 5 minit
persembahan berlangsung.
5. Peserta dibenarkan untuk mendeklamasikan sajak dalam Bahasa Malaysia
sahaja dan tema adalah berdasarkan kepada nilai kasih sayang, keluarga,
masyarakat dan alam sekitar.
6. Bait-bait sajak boleh dicipta atau di ambil dari mana-mana sumber.
7. Sajak yang berunsur cinta adalah tidak dibenarkan. Setiap isi kandungan sajak
tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif atau menyentuh sensitiviti mana-
mana kaum dalam negara ini.
11. Konsep persembahan adalah mengdeklamasikan sajak secara individu/solo dan
bantuan instrument muzik adalah tidak dibenarkan.
12. Sebarang pengunaan props ringan di atas pentas dibenarkan. Walaubagaimana
pun, markah tidak akan dikira pada bantuan props tersebut.
13. Memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.

Pemarkahan

1. Bahagian A (60 markah)


Vokal – 20, intonasi – 20, Nada -15, Kelancaran Artikulasi - 15
2. Bahagian B (30 markah)
Mimik Muka –10, Penghayatan –10,
4. Bahagian C (10 markah)
Penampilan/ Keyakinan-10
Penghakiman

1. Dihakimi oleh 4 orang termasuk seorang ketua hakim.


2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.
4. Hadiah akan diberi kepada :-

1. Johan
2. Naib Johan
3. Ketiga
4. Tempat ke 4
5. Tempat ke 5

Peraturan Am

1. Setiap JPN diwakili oleh 1 orang peserta sahaja.


2. Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan (akhir).
3. Sediakan tiga salinan teks kandungan sajak untuk kegunaan semasa
pertandingan hendaklah diserah kepada urusetia sebelum pertandingan
bermula.
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN HAFAZAN
KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

A. Penyertaan

1. Setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diwakili oleh 1 orang peserta sahaja
yang terdiri daripada murid prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun. Terbuka
kepada peserta lelaki dan peserta perempuan.

B. Syarat Pertandingan

1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid prasekolah.


2. Penyertaan terbuka kepada semua murid beragama Islam di prasekolah KPM.
3. Setiap peserta perlu membaca Surah Al-Fatihah sebagai surah wajib serta DUA
pilihan surah daripada 9 ayat lazim yang disediakan berdasarkan cabutan undian
pada hari pertandingan.
4. Tidak dibenarkan menukar surah dan markah tidak diambil jika tersalah surah
yang dibaca.
5. Markah akan diambil kira berdasarkan SATU surah wajib dan DUA surah pilihan.
6. Pengundian surah pilihan dibuat selepas peserta membaca surah wajib.
7. Peserta tidak boleh menukar no giliran serta surah pilihan yang dipilih.
8. Masa bagi setiap peserta membaca surah wajib dan surah pilihan ialah 8 hingga
10 minit. Bacaan yang melebihi 10 minit tidak akan diberi markah.
9. Peserta lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan yang lengkap
bersamping, bersongkok dan berkasut. (Baju kurta tidak dibenarkan)
10. Peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dengan
berbaju kurung, berjubah serta bertudung sempurna dan hiasan yang tidak
keterlaluan.

C. Pemarkahan

1. Bahagian A
Hafaz dan Kelancaran – (50 markah)
2. Bahagian B
Fasohah dan tajwid – (30 markah)
5. Bahagian C
Intonasi Suara dan gaya - (10 markah)
6. Bahagian D
Keyakinan diri, Pakaian dan Penampilan –(10 markah)
D. Penghakiman

1. Dihakimi oleh 4 orang termasuk seorang ketua hakim.


2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.
4. Hadiah akan diberi kepada :-

1. Johan
2. Naib Johan
3. Ketiga
4. Tempat ke 4
5. Tempat ke 5

E. Peraturan Am

1. Setiap JPN diwakili oleh 1 orang peserta sahaja.


2. Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan (akhir).
3. Peserta perlu membaca surah wajib dan dua surah pilihan (berdasarkan
cabutan).

Surah Wajib :
a. Surah Al-Fatihah

Surah Pilihan :
a) Surah Al-Ikhlas
b) Surah Al-Masad
c) Surah Al-Falaq
d) Surah Quraisy
e) Surah Al-Asr
f) Surah Al-Kafirun
g) Surah Al-Nasr
h) Surah An-Nas
i) Surah Al-Kauthar
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK STEM
KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

A. Penyertaan

1. Setiap Jabatan Pendidikan Negeri diwakili oleh 1 pasukan peserta sahaja yang
terdiri daripada murid Prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun.
2. Pertandingan ini berbentuk kumpulan yang dianggotai 2 orang murid prasekolah
bersama seorang guru pengiring.
3. Setiap pasukan perlu menyediakan empat salinan Penulisan Sinopsis Projek
berdasarkan format yang diberikan (tidak melebihi 3 muka surat) untuk
diserahkan kepada jawatankuasa.

B. Masa

1. Masa yang diperuntukan ialah 6 minit hingga 8 minit.

C. Tatacara Persembahan

1. Murid bebas menyampaikan hasil kerja (projek) dalam pelbagai cara yang
berunsurkan STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathmatics).
2. Peserta perlu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
3. Hakim akan bersoal jawab dengan peserta semasa pembentangan berlangsung.
4. Guru Prasekolah, PPM atau Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan berada
bersama-sama pembentang semasa pembentangan dijalankan.

D. Tema Perkongsian Pintar:


1. Bebas dan perlu mengikut KSPK Semakan 2017 dan mestilah berunsurkan
maklumat yang diambil daripada Pdpc, Media Massa serta tidak menyentuh
mana-mana isu sensetif, agama, ras dan keturunan mana-mana kaum di negara
ini.

E. Pemarkahan

1. Kelancaran & Sebutan - 20 markah


2. Kreativiti Persembahan - 20 markah
3. Isi Pembentangan - 20 markah
4. Hasil Tugasan - 10 markah
5. Penulisan Sinopsis Projek - 10 markah
F. Penghakiman

1. Dihakimi oleh 4 orang termasuk seorang ketua hakim.


2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.
4. Hadiah akan diberi kepada :-

1. Johan
2. Naib Johan
3. Ketiga
4. Tempat ke 4
5. Tempat ke 5

G. Peraturan Am

1. Setiap JPN diwakili oleh 1 kumpulan sahaja terdiri daripada 2 orang peserta.
2. Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan (akhir).
3. Semua peserta dikehendaki berkongsi maklumat semasa pembentangan
dijalankan.
4. Hakim akan menyoal peserta yang membuat pembentangan.
5. Bahan pembentangan (penulisan) perlu diserahkan kepada urusetia untuk
diserahkan kepada pihak Hakim sebelum hari pembentangan perkongsian
pintar dijalankan.
6. Bahan / peralatan untuk pembentangan dan pameran perlu disediakan di
dewan pameran sebelum pertandingan bermula.
7. Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid dibenarkan untuk
membuat penyediaan di atas pentas sebelum peserta memulakan
pertandingan.
BORANG PENULISAN SINOPSIS PROJEK
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK STEM
KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

(Disediakan dalam Bahasa Melayu)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI :

TEMA :

TAJUK :

NAMA MURID (1) :

NAMA MURID (2) :

______________________________________________________________________

Panduan Penulisan Sinopsis Projek :

A. SINOPSIS : PENGENALAN

B. PENGUMPULAN BAHAN :

1). PERBINCANGAN BERSAMA GURU DAN PPM

2). PERBINCANGAN BERSAMA IBU BAPA DAN MURID

C. PENGHASILAN PROJEK

D. BAHAN

E. IMPAK
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN FASHION SHOW
(BEST COSTUME)
KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

Penyertaan

1. Setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diwakili oleh 1 orang peserta sahaja
yang terdiri daripada murid prasekolah yang berumur 5 atau 6 tahun.
2. Peserta (Model) dikehendaki memperagakan costume yang direka.
3. Rekaan costume adalah berdasarkan pilihan tema-tema yang terdapat di
prasekolah
4. Rekaan costume wajib menggunakan tiga (3) jenis peralatan atau alat bantu
mengajar yang terdapat di kelas prasekolah serta menggunakan bahan terbuang
atau tumbuh-tumbuhan atau kedua-duanya sekali.
5. Aksesori tambahan dibenarkan namun tidak boleh menganggu keseluruhan
konsep utama.
6. Bahan-bahan yang digunakan adalah bebas.

Syarat Pertandingan

1. Juruacara akan menerangkan syarat-syarat dan peraturan kepada peserta atau


pengiring.
2. Masa persembahan tidak melebihi 5 minit.
3. Pakaian / prop disediakan oleh pasukan masing-masing.

Strategi pelaksanaan

1. Model memperagakan costume masing-masing di atas pentas.


2. Muzik latar yang disediakan oleh urusetia akan mengiringi peserta model
sepanjang persembahan.
3. Masa yang diperuntukkan bagi setiap persembahan ialah 1 minit hingga 3
minit.
4. Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan
peserta atau pasukan di dalam pertandingan ini.

Pemarkahan

1. Kreativiti (rekaan costume) 50 %


2. Gaya 15 %
3. Keyakinan 15 %
4. Kekemasan 10 %
5. Keaslian Pakaian 10 %
Penghakiman

1. Dihakimi oleh 4 orang termasuk seorang ketua hakim.


2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.
4. Hadiah akan diberi kepada :-

1. Johan
2. Naib Johan
3. Ketiga
4. Tempat ke 4
5. Tempat ke 5

Anda mungkin juga menyukai