Anda di halaman 1dari 5

SK PARIT HAJI TAIB

34300 BAGAN SERAI,


PERAK DARUL RIDZUAN.

KEM BESTARI SOLAT


(TAHAP 1 DAN TAHAP 2)
PERINGKAT
SK PARIT HAJI TAIB

Anjuran :
Panitia Agama Islam
SK Parit Haji Taib
Perak Darul Ridzuan.
KERTAS KERJA CADANGAN KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 DAN TAHAP 2
PERINGKAT SK PARIT HAJI TAIB
TAHUN 2021

1. PENDAHULUAN
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid
dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, pelakuan, ilmu
pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif
di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. Aktiviti ini
dilaksanakan dalam bentuk latih tubi di luar waktu persekolahan sama ada di
dalam atau di luar kawasan sekolah.

2. MATLAMAT
Untuk memastikan semua peserta sasaran program ini dapat
menguasai asas fardhu ain terutamanya dalam bab wuduk dan
solat .

3. OBJEKTIF
3.1 Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
3.2 Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam
solat dengan betul dan lancar.
3.3 Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara
bersendirian atau berjemaah.

4. TEMA
“Solat membentuk generasi bertakwa.”

5. TARIKH
Tahun Tarikh Masa
TAHAP 1 18.9.2021 (SABTU) 11.00 PAGI - 1.00 PTG
TAHAP 2 19.9.2021 (AHAD) 11.00 PAGI - 1.00 PTG

6. PELANTAR
Aplikasi Google Meet
7. JUMLAH PESERTA
Tahap 1 79 orang
Tahap 2 88 orang
Jumlah keseluruhan : 167 orang

8. PENGELOLA PROGRAM
Panitia Pendidikan Islam SK Parit Haji Taib

9. JADUAL PERLAKSANAAN
Tahap 1 11.00 pagi – 12.00 tengah hari Ceramah dan tayangan slaid
18.9.2021 12.00 tengah hari – 1.00 petang Amali dan latihan
Tahap 2 11.00 pagi – 12.00 tengah hari Ceramah dan tayangan slaid
19.9.2021 12.00 tengah hari – 1.00 petang Amali dan latihan

10. JAWATANKUASA PERLAKSANA


Penasihat - Pn. Siti Alpiah Binti Mat Ali

Pengerusi - En. Mohamad Nor Jismi Bin Ahmad Zakaria


Naib Pengerusi - En. Romizamrul Bin Kamarjaman
Pn. Fatimah Binti Masdar
Penyelaras - Pn Nor Wahida Binti Idris
Setiausaha - En. Ahmad Supi Bin Isahak

AJK - En. Mohd Farid Bin Hamzah


Pn. Nur Nazrah Binti zainal

11. KEWANGAN
11.1 Peruntukan KBS daripada KPM
RM 1174.32
11.2 Anggaran/Kos Perbelanjaan :

Modul Kem Bestari Solat Tahap 1


( 79 set X RM 5.50 ) RM 434.50
Modul Kem Bestari solat Tahap 2
( 88 set X RM 5.50 ) RM 484.00
Hadiah Tahap 1
Hadiah galakan bacaan dalam solat (alat tulis)
Tahun 1 (RM 10 X 4 orang) RM 40.00
Tahun 2 (RM 10 X 4 orang) RM 40.00
Tahun 3 (RM 10 X 4 orang) RM 40.00
Hadiah tahap 2
Hadiah galakan bacaan dalam solat (alat tulis)
Tahun 4 (RM 10 X 4 orang) RM 40.00
Tahun 5 (RM 10 X 4 orang) RM 40.00
Tahun 6 (RM 10 X 4 orang) RM 40.00

Potostat RM 15.82
Jumlah RM 1174.32
12. PENUTUP
Diharapkan semoga program Kem Bestari Solat yang akan diadakan ini akan
berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan dan memberi impak yang
besar kepada murid-murid dalam melaksanakan ibadah fadhu yang utama.
Semoga apa yang dilaksanakan ini akan terus mendapat sokongan dan
bantuan daripada semua pihak terutamanya guru-guru dan waris bagi
memantapkan lagi program Kem Bestari Solat ini. Akhir kalam semoga segala
gerak kerja yang telah dan akan dilaksanakan akan mendapat keredhaan
Allah dan mendapat keberkatan dari-Nya.

Disediakan oleh ,

Ahmad Sufi
……………………………………………
( AHMAD SUPI BIN ISAHAK)
Setiausaha,
Panitia Agama Islam,
SK Parit Haji Taib.

Disahkan oleh,

……………………………………………
( PN. SITI ALPIAH BINTI MAT ALI )
Guru Besar
SK Parit Haji Taib.

Anda mungkin juga menyukai