Anda di halaman 1dari 8

Panitia Pendidikan Islam 2019

KERTAS KERJA

PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

TAHUN 2019

PERINGKAT SMK KALAKA, ROBAN

2019M/1440H

TARIKH:

2019

TEMPAT:

SMK KALAKA, ROBAN

1
Panitia Pendidikan Islam 2019

KERTAS KERJA
PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 2019
PERINGKAT SMK KALAKA, ROBAN

1.0 Pendahuluan

Panitia Pendidikan Islam sentiasa merancang dan melaksanakan program- program dan
aktiviti- aktiviti yang dapat membantu murid- murid meningkatkan kefahaman dan
pengetahuan mereka. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat persaudaraan dalam
kalangan murid beragama Islam
Program Tahun 2019 Panitia Pendidikan Islam ini merupakan salah satu daripada
fokus utama Panitia Pendidikan Islam SMK Kalaka, Roban. Ia telah dijadikan sebagai
aktiviti yang merangkumi berbagai aspek pembinaan akhliah dan rohani seperti amali solat,
taharah, riadah dan sebagainya. Kesemua program berserta aktiviti yang dirancang
membuka peluang kepada murid-murid untuk mengukuhkan kefahaman dalam
bidang akademik dan ibadah serta mendedahkan kepada mereka cara beribadah
yang sebetulnya selain yang telah dipelajari semasa waktu pembelajaran di
sekolah. Di samping itu, program ini berperanan sebagai penjana kepada Kurikulum
Pendidikan Islam di sekolah-sekolah dan mendidik generasi yang mencintai ilmu.

2.0 Rasional

1. Memberikan kesedaran betapa perlunya ilmu yang betul dalam kehidupan seharian
2. Membina budaya cintakan ilmu
3. Menyelami kekuatan dan kelemahan diri.
4. Memupuk dan mengeratkan hubungan antara guru, ibubapa dan murid.

3.0 Tempoh Pelaksanaan

Program Panitia Pendidikan Islam Tahun 2019 ini dirancang untuk dilaksanakan mengikut tarikh
tertentu dalam tempoh tahun 2019.

4.0 Objektif

1. Memberikan kelainan aktiviti bercirikan Islamiah.


2. Mendedahkan murid dengan pelaksanaan ibadah yang betul
3. Melatih murid supaya cemerlang mendalami pengetahuan dalam bidang tertentu
sebagai persediaan untuk bersama masyarakat.
4. Mendedahkan kepada pelajar landasan dan saluran yang harmoni, bermoral dan tidak
menyalahi hukum agama untuk berhibur dan bergembira.
2
Panitia Pendidikan Islam 2019

5.0 Kumpulan sasaran

 Semua pelajar Islam yang terdapat di sekolah ini akan dilibatkan mengikut jenis
aktiviti yang telah dirancang.

6.0 Program Panitia Pendidikan Islam Tahun 2019

Kursus Simulasi Haji


Kursus Sembelihan
Kem Ibadah
Bengkel Menjawab Soalan KBAT PT3
Solat Hajat PT3 Dan SPM
Bengkel Skor A SPM
Kursus Pengurusan Jenazah

3
Panitia Pendidikan Islam 2019

7.0 Pelaksanaan Program

Aktiviti ini melibatkan semua pelajar beragama Islam di SMK Kalaka, guru dan juga ibu bapa
atau penjaga pelajar tanpa mengira latar belakang atau status pelajar berkenaan sama ada
sebagai pelajar harian atau penghuni asrama. Program ini dilaksanakan secara berteruskan
pada hari persekolahan. Ia ditunjukkan melalui carta alir di bawah.

Menyediakan Kertas Kerja

Melantik Ahli Jawatankuasa

Memaklumkan kepada semua guru


Sebelum

Memaklumkan kepada semua murid


dalam perhimpunan sekolah

Memaklumkan kepada semua ibu bapa /


penjaga

Sesi berbincang ringkas bersama guru

Semasa
Pelaksanaan program

Menyediakan Laporan bertulis dan


bergambar kepada Pihak PPD dan KPM
sekiranya perlu
Selepas

Membuat Post Mortem Program untuk


penambahbaikan sekiranya perlu

4
Panitia Pendidikan Islam 2019

8.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : En. Iman bin Haji Joni


Pengetua

Naib Pengerusi : En. Zubaidi bin Rajimi


Pengerusi kelab Agama Islam

Setiausaha : Siti Na’ilah binti Junaidi


Penyelaras Panitia Pendidikan Islam

Ahli : Semua Guru (Islam)

5
Panitia Pendidikan Islam 2019

9.0 Anggaran Perbelanjaan

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM TAHUN 2019 PANITIA PENDIDIKAN


ISLAM SMK KALAKA, ROBAN.

AKTIVITI TERLIBAT TARIKH ANGGARAN PERBELANJAAN


- Penceramah (RM400)
- Minum pagi (RM99)
- Pelajar
- Makan tengahari (RM165)
Kursus Haji tingkatan 4 dan
JULAI - Kain Ihram (RM240)
5
- Hadiah (RM100)
- Guru (Islam)
= RM1,004
- Pelajar - Ayam
tingkatan 3, 4 - Penceramah
Kursus Sembelihan dan 5 OGOS
- Semua guru = RM 500
(Islam)
- Penceramah (RM300)
- Minum pagi (RM200)
- Semua pelajar -Makan tengahari (RM500)
Kem Ibadah Islam OGOS - Bahan-bahan kem (RM100)
- Guru (Islam)
= RM1,100

- Pelajar
tingkatan 2 dan - Penceramah (RM200)
Bengkel Menjawab 3 - Makan Tengahari
- Guru SEPTEMBER (35 x RM5 = RM200)
Soalan KBAT PT3
matapelajaran
Pendidikan = RM400
Islam
- Semua pelajar
tingkatan 3 dan
5 - Minum pagi
Solat Hajat PT3 Dan SPM - Semua (70 x RM3 = RM210)
SEPTEMBER
ibubapa pelajar
yang terlibat = RM210
- Semua guru
(Islam)
- Pelajar
tingkatan 4 dan - Penceramah (RM200)
5 - Makan Tengahari
Bengkel Skor A SPM - Penceramah (28 x RM5 = RM140)
OKTOBER
- Guru - Bahan bengkel (RM60)
matapelajaran
Pendidikan =RM400
Islam

6
Panitia Pendidikan Islam 2019

- Penceramah (RM200)
- Semua pelajar - Minum pagi
Kursus Jenazah Islam (100 x RM3 = RM300)
NOVEMBER
- Semua guru
(Islam) = RM500

- Pelajar
tingkatan 3 dan
Bahan kelas Tambahan
5
Kelas Tambahan 3 & 5 SEPANJANG (nota- nota & latihan)
- Guru
TAHUN
matapelajaran
= RM200
Pendidikan
Islam
JUMLAH ANGGARAN : RM4,314.00

10.0 Implikasi Program

Keberkesanan program ini diharapkan dapat menampakkan nilai-nilai yang positif. Antaranya
adalah seperti berikut ;
1. Kadar kehadiran murid secara bulanan ke sekolah meningkat .
2. Hubungan murid dan guru dapat ditingkatkan lagi.
3. Meningkatkan silaturahim murid dengan ibu bapa serta pengalaman untuk
meningkatkan prestasi akademik murid.
4. Mengenalpasti masalah murid untuk tindakan awal dan susulan.
5. Menerapkan nilai Islam dalam kehidupan seharian..

11.0 Penutup
Adalah diharapkan usaha mengadakan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan ini mampu untuk
menggalakkan murid mendalami ilmu agama Islam dengan lebih proaktif.. Malah ia juga
dijadikan sebagai medium bagi mengukuhkan kefahaman murid dalam ibadah yang dilakukan
dalam kehidupan seharian. Program ini juga diharap dapat menarik minat murid terhadap mata
pelajaran Pendidikan Islam serta dapat merapatkan ukhuwah antara murid dan guru serta
menyahut cabaran wawasan 2020 melahirkan individu yang progresif dan cemerlang.

7
Panitia Pendidikan Islam 2019

Anda mungkin juga menyukai