Anda di halaman 1dari 2

Ringkasan Hukum Beramal dengan Hadith Dhaif

Hadith merupakan sumber hukum Islam yang kedua selepas al-Quran.


Fungsinya untuk menjelaskan dan mengukuhkan firman Allah swt yang
terdapat di dalam al-Quran. Secara umumnya, hadith terbahagi ke dalam
tiga bahagian, iaitu :

1) Hadith sahih
- Hadith yang diriwayatkan oleh individu yang adil, thiqah, sanad
yang bersambung sehingga datang kepada Rasulullah SAW, tiada
illah serta syadz. Para ulama bersepakat bahawa hadith ini boleh
dijadikan dalil dalam masalah hukum, aqidah dan lain- lain.

2) Hadith hasan
- Hadits yang berada di bawah Hadith Shahih. Ini kerana para perawi
bagi hadith kategori ini memiliki kualiti yang lebih rendah ataupun
terdapat sedikit kekurangan berbanding dari perawi hadith sahih.
Hadithnya boleh dijadikan sebagai dalil sebagaimana Hadith Sahih.

3) Hadith dhaif
- Hadith Dhaif diriwayatkan oleh perawi yang kurang salah satu
kriteria bagi hadith sahih. Ia terbahagi kepada dua kategori :
i. Pertama, ada faktor lain yang dapat menghilangkan
kedhaifannya dan digelar sebagai Hadith Hasan li Ghairihi,
sehingga dapat diamalkan serta boleh dijadikan sebagai dalil
syari.
ii. Kedua, hadith yang masih berada di dalam kategori dhaif.. Hal
ini terjadi kerana tidak terdapatnya hadith lain sebagai
pendokong kepada hadith tersebut. Dalam kategori yang
kedua ini, telah masyhur dalam kalangan para ulama bahawa
boleh beramal dengannya pada fadhail amal. Sesungguhnya
tidak terdapat khilaf padanya. Manakala, tidak boleh beramal
dengannya di dalam hukum halal dan haram serta yang
berkaitan dengan akidah. Akan tetapi, kebolehan beramal
dengannya bagi bab fadhail amal harus memenuhi tiga
syarat.
- Pertama, ianya tidak terdiri daripada hadith yang terlalu dhaif
(dhaif berat). Disebabkan oleh itu, kita tidak boleh mengamalkan
hadith yang diriwayatkan oleh orang yang sudah terkenal sebagai
pendusta, fasiq dan yang berkaitan.
- Kedua, dengan syarat, hadith tersebut tidak bercanggah dengan
hukum- hukum lain yang terdapat di dalam agama.
- Ketiga, tidak berkeyakinan bahwa perbuatan tersebut berdasarkan
Hadits Dhaif, namun perbuatan itu dilaksanakan dalam rangka
ihtiyath atau berhati-hati dalam masalah agama. Dengan demikian,
dapat diketahui bahwa kita tidak harus dengan keras menolak
Hadits Dhaif. Karena, dalam hal-hal tertentu masih diperkenankan
mengamalkannya dengan syarat

Anda mungkin juga menyukai