Anda di halaman 1dari 16

HADITH DHAIF on: 27 January, 2011, 01:02:07 PM Disediakan oleh Ust. Husin bn.

bn. Abdul Kadir MUQADDIMAH Pokok perbincangan kami di dalam risalah ini ialah tentang hadith dhaif kerana sejak kebelakangan ini ada pihak yang sering mempertikaikan hadith dhaif sehingga mereka menganggap bahawa beramal dengan hadith dhaif adalah perkara mungkar dan ia adalah hadith yang dusta. Hadith dhaif ini hanya tidak memenuhi syarat-syarat hadith sahih dan hasan. Pengertian ini tidak membawa maksud bahawa tidak boleh beramal dengan hadith dhaif. DEFINISI HADITH DHAIF: Hadith dhaif ialah hadith yang tidak mencukupi syarat untuk diterima. ( ) Al-Hafiz Ibnu Solah telah mentakrifkan hadith dhaif dengan katanya bahawa: setiap hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith sahih dan tidak juga mencukupi syarat-syarat hadith hasan, maka itulah hadith dhaif. (139( : Hadith yang makbul (yang diterima) ialah hadith yang mencukupi enam syarat iaitu: 1) Sanad yang bersambung 2) Para perawinya bersifat adil (mempunyai ketaqwaan dan menjauhkan diri daripada kefasikan) 3) Para perawinya dhabit (pengingat melalui catatan dan hafazan) 4) Tiada syaz (seorang perawi yang tidak menyalahi dengan perawi-perawi yang lebih dipercayai daripadanya) 5) Tiada illah (tiada didapati kecacatan pada matan dan sanad hadith) 6) Ada sanad yang menyokong atau menguatkan ketika diperlukan. (14: ( PEMBAHAGIAN HADITH DHAIF Hadith dhaif secara umum terbahagi kepada tiga iaitu: 1) Hadith yang mana kedhaifannya boleh ditampung dengan muafakat para ulama kerana dikuatkan oleh kemasyhurannya yang datang daripada riwayat yang lain ataupun ianya disokong oleh sokongan yang diterima, lebih-lebih lagi apabila perawinya adalah seorang yang lemah

hafazan atau kedhaifannya disebabkan ianya diriwayatkan secara mursal (gugur sahabat nabi di dalam sanad), ataupun tidak diketahui keadilan perawinya, maka hadith ini tarafnya naik ke peringkat hadith hasan li gharih (hadith menjadi kuat disebabkan ada sokongan). Maka jadilah ia hadith yang diterima pakai untuk dibuat sebagai hujah sehingga di dalam hukum hakam. Hadith ini juga dinamakan hadith mudhoaf. 2) Hadith yang mana kedhaifannya tidak boleh ditampung walaupun jalan-jalan periwayatannya banyak. Ia dinamakan hadith WAAHI (bersangatan dhaif). Ini disebabkan perawinya seorang fasik atau dituduh sebagai pembohong. 3) Hadith waahi tersebut yang mempunyai sokongan daripada riwayat-riwayat yang lain, maka tarafnya naik kepada peringkat yang lebih tinggi melebihi martabat hadith munkar (hadith yang bersangatan lemah dan hadith yang tiada asal). Pada ketika ini diharuskan beramal dengannya di dalam soal-soal fadhilah (kelebihan) amalan-amalan, tetapi tidak boleh diamalkan di dalam soal aqidah dan hukum hakam. Sesetengah ulama menyatakan juga bahawa tidak boleh dijadikan rujukan untuk penafsiran Al-Quran. (11-10: ( HUKUM BERAMAL DAN BERHUJAH DENGAN HADITH DHAIF Para ulama telah berselisih pada keharusan beramal dengan hadith dhaif kepada tiga pendapat: Pendapat pertama Tidak boleh beramal dengannya semata-mata samada pada hukum-hakam atau fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu. Ini adalah pendapat Ibnu Arabi Al-Maliki. Sesetengah karangan memasukkan Imam Bukhari, Imam Muslim dan Ibnu Taimiyah di dalam golongan pertama ini. Demikian itu adalah kesilapan besar yang akan kami nyatakan sebab-sebabnya dalam tajuk ulasan pendapat yang pertama. Pendapat kedua Boleh beramal dalam semua keadaan apabila tidak didapati hadith yang lain pada sesuatu bab melainkan hanya hadis dhaif. Ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Daud. Pendapat ketiga Boleh beramal dengan hadith dhaif pada fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu tetapi dengan beberapa syarat. Ini adalah pendapat jumhur ulama. Di antaranya Amirul Mukminin Fil Hadith Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Hafiz Imam Nawawi, Imam Al-Suyuti, AlHafiz Al-Iraqi, Al-Khatib Al-Baghdadi dan lain-lain. Pendapat ini adalah yang muktamad di sisi Imam Muhaddithin kerana ianya disokong oleh Syeikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalani. Syeikh

Jamaluddin Al-Qasimi pernah menyatakan dalam kitab beliau Qawaid Al-Tahdis m/s 113: Ertinya: Ini adalah pendapat yang muktamad di sisi imam-imam hadith. (255-257: ( Adapun syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Al-Sakhawi dalam kitabnya, Al-Qaul Al-Badi: Aku telah mendengar daripada guru kami Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani r.h.m memberitahu berulang kali bahawa syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif itu ada tiga: 1) Bahawa kedhaifan hadith itu tidak bersangatan. Hadith yang bersangatan dhaif ialah perawinya pendusta atau yang dituduh dengan dusta. Syarat ini disepakati oleh ulama. 2) Bahawa sesuatu hadith dhaif itu termasuk di dalam asal (Quran, Hadith, Ijma dan Qias) yang umum. 3) Bahawa tidak mengiktikadkan datang daripada nabi s.a.w ketika beramal dengannya supaya tidak disandarkan kepada baginda s.a.w dengan apa yang tidak dikatakan. ULASAN PENDAPAT YANG PERTAMA 1) Timbul kemusykilan memasukkan Imam Bukhari dalam golongan pertama (menolak total hadith dhoief) kerana telah diketahui bahawa Imam Bukhari telah memuatkan hadith-hadith dhaif di dalam kitabnya Al-Adabul Mufrad. Oleh kerana itu, bagaimana boleh diterima dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Imam Bukhari tidak membenarkan beramal dengan hadith dhaif. (35: (. 2) Begitu juga Imam Bukhari memasukkan hadith-hadith dhaif dalam kitab sahihnya sebagai penerangan bagi sesuatu tajuk ataupun sebagai hadith Mutabaah (hadith yang dijadikan sokongan bagi hadith-hadith sahih). 3) Tersebut dalam mukqaddimah kitab Sahih Muslim, Imam Muslim ada menyatakan bahawa hadith dhaif tidak boleh beramal pada fadhail amal, menggemarkan dan menakutkan sesuatu perkara adalah hanya sebagai syarat untuk memuatkan hadith-hadith sahih di dalam kitab sahihnya. Oleh itu, memasukkan beliau di dalam golongan pertama ini adalah suatu kesilapan besar. 4) Imam Muslim ada memuatkan hadith-hadith yang diriwayat oleh Ibnu Ishaq yang dituduh dengan dhaif oleh sesetengah muhaddithin. Riwayat Ibnu Ishaq tersebut dimuatkan oleh Imam Muslim dalam sahih beliau sebagai hadith Mutabaah (hadith yang menyokong hadith-hadith sahih yang diutarakan). Ini menunjukkan bahawa beliau beramal dengan riwayat-riwayat dhaif dalam fadhail, menggemar dan menakuti sesuatu perkara itu. Lagi pula, untuk beramal dengan hadith-hadith Ibnu Ishaq ini, sesetengah para muhaddithin meletakkan beberapa syarat, itupun tidak dapat dipenuhi oleh mereka, sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Zahid Kaustari dalam Maqalatnya pada kisah Khalid bin Walid r.d.h.

5) Ibnu Taimiyah ada memasukkan hadith dhaif di dalam kitabnya untuk menggemarkan beramal walaupun beliau menolak pendapat yang mengatakan boleh beramal dengan hadith dhaif. (30: ( . Begitu juga dengan Ibnu Jauzi ada memasukkan hadith dhaif di dalam kitabnya ) . )37 : 6) Setengah ulama menerangkan maksud sebenar perkataan Ibnu Arabi yang mengatakan tidak boleh beramal dengan hadith dhaif ialah hadith yang bersangatan dhaif bukan semata-mata dhaif kerana beliau ada memasukkan hadith dhaif di dalam kitabnya syarah Tirmizi 15 :)) ULASAN PENDAPAT YANG KEDUA 1) Perkataan Imam Ahmad Bin Hambal: Hadith dhaif lebih disukai di sisiku daripada pendapat Mujtahid telah ditafsirkan oleh Ibnu Taimiyah dengan katanya: Sesungguhnya perkataan kami bahawa hadith dhaif itu lebih baik daripada pendapat imam mujtahid bukan bermaksud dhaif yang matruk (perawinya dituduh berbohong) tetapi maksudnya dhaif hasan. ( : 251 ): Maksud sebenar perkataan Ibnu Taimiyyah yang menafsirkan perkataan Imam Ahmad Bin Hambal itu, difahami dengan meneliti perkataan Ibnu Qaiyim yang merupakan murid kepada Ibnu Taimiyyah di mana beliau menyebut bukanlah maksud hadith dhaif di sisi Imam Ahmad itu hadith yang batil, hadith munkar dan hadith yang terdapat perawi yang ditohmah sebagai pendusta sehingga tidak harus berpegang dan beramal dengannya bahkan hadith dhaif tersebut di sisi Imam Ahmad adalah saudara bagi sahih dan satu bahagian daripada hadith hasan ( 31 ): : Keterangan Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyim terhadap perkataan Imam Ahmad itu adalah mengenai hadith dhaif yang di gunakan di dalam hukum-hukum feqah di sisinya adalah hadithhadith dhaif yang mana diterima pakai oleh imam-imam mujtahid yang lain bukan ia menggunakan hadith dhaif yang tidak diakui dan ditolak, seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Qaiyim di dalam kitabnya . ULASAN PENDAPAT YANG KETIGA 1) Para ulama dari kalangan muhaddithin dan fuqaha dan selain mereka itu berkata: Harus dan sunat beramal dengan hadith dhaif pada fadhail amalan pada menggemarkan dan menakuti terhadap sesuatu selama hadith itu bukan mauduk. Adapun hukum-hukum seperti halal-haram, jual-beli, nikah, talak dan lain-lain lagi tidak boleh beramal dengannya melainkan dengan hadith sahih dan hadith hasan kecuali melakukan ihtiyat (berhati-hati) pada perkara tersebut. Apabila hadith dhaif mengenai makruh setengah jualan atau pernikahan maka disunatkan menjauhinya tetapi ia bukan wajib (2425 ( ): Maksudnya disunatkan beramalkan dengan hadith dhaif iaitu beramal dengan cara meninggalkan atau menjauhi larangan yang difahami daripada hadith dhaif itu) Syeikh Ibnu Hibban di dalam kitabnya ( )meriwayatkan secara marfuk daripada

Jabir: Quote Ertinya: Barangsiapa yang sampai kepadanya sesuatu daripada Allah yang memuatkan sesuatu fadhilat lalu ia beramal dengan keimanan serta mengharapkan pahalanya maka Allah memberikan kepadanya yang demikian itu sekalipun sebenarnya bukan begitu.

2) Dengan itu penerimaan hadith daif yang diperkuatkan dengan sokongan dan riwayat yang lain di dalam perkara menggemarkan, menakutkan, peradaban, sejarah, kisah tauladan dan seumpamanya adalah diperbolehkan. Kerana inilah, Imam Al-Munziri mengumpulkan hadithhadith tersebut dalam kitabnya ( ) Perkara ini adalah ijmak para ulama seperti yang di nukilakan Imam Nawawi,Imam Ramli dan lainnya.Bahkan Imam Nawawi menukilkan daripada ulama bahawa beramal dengan hadith tersebut adalah disunatkan. (2122 ) : 3) Segelintir masyarakat mempertikaikan orang-orang sufi kerana beramal dengan hadith dhaif, walaupun disepakati oleh para ulama hadith bahawa hadith dhaif sunat diamalkan. Di kalangan ulama sufi pula tidak kurang ramainya yang terdiri daripada ulama besar dalam bidang hadith. Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh tokoh-tokoh besar sufi seperti Imam Ghazali tidak terdapat di dalam sanadnya perawi yang pendusta. Inilah pendirian yang diambil oleh ulama tasawuf. (19 ) :

Re: HADITH DHAIF Jawab #1 on: 27 January, 2011, 01:05:20 PM Peringatan: 1) Atas pendapat ketiga inilah, periwayatan Ibnu Ishak terutama di dalam sirah dan maghazi (sejarah kebangkitan awal Islam, pemerintahan dan peperangan) diterima pakai oleh ulama hadith, sekalipun beliau seorang perawi yang dhaif. Ini kerana sepertimana yang telah maklum bahawa periwayatan seseorang yang dhaif itu diterima pada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan aqidah dan hukum-hukum. Atas alasan inilah, Imam Bukhari di dalam kitab sahihnya manjadikan riwayat Ibnu Ishak sebagai Istisyhad (penyokong kepada hadith bab) (dan memasukkan juga di dalam terjemah bab (tajuk). Imam Muslim didalam kitab sahihnya meletakkan riwayat Ibnu Ishak sebagai mutabaah (penguat kepada hadith bab), di mana Imam Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah pula mengeluarkan hadith daripada Ibnu Ishak di dalam sunan-sunan mereka.

Sungguhpun begitu, sekiranya terdapat periwayatan beliau (Ibnu Ishak) menyalahi dengan apa yang diriwayatkan oleh imam yang muktabar, maka periwayatan imam itulah yang mesti diutamakan. Ini bukanlah bererti Ibnu Ishak berdusta dan sengaja mereka-rekakan cerita seperti yang disangkakan oleh mereka yang tidak memahami ilmu hadith, tetapi beliau hanyalah seorang perawi yang mengambil riwayat-riwayatnya daripada orang lain. Malangnya sesetengah pihak berani menghukum bahawa tidak harus sama sekali meriwayatkan daripada Ibnu Ishak, sekalipun berkenaan dengan sirah dan maghazi dengan alasan bahawa beliau pendusta lagi bermazhab syiah. Sekiranya benar apa yang dikatakan itu, nescaya Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah pun turut dikira sebagai pendusta. Ini kerana meriwayatkan daripada seseorang yang diyakini sebagai pendusta bererti menyebarkan perkara dusta dan mengiakannya. Lebih malang lagi sehingga ada yang meletakkan kedudukan sirah Ibnu Ishak dan sirah Ibnu Hisyam supaya di masukkan ke dalam tong sampah. Ini tidak lain melainkan disebabkan tunpulnya kefahaman tentang ilmu hadith atau menganggap diri mereka lebih berkaliber daripada imam-imam yang muktabar dalam bidang hadith. 2) Abul Fadl Abdullah bin Al-Saddiq Al-Ghumari menyebut perkataan para ulama feqah bahawa hadith dhaif tidak boleh diamalkan di dalam hukum-hakam bukanlah bersifat umum seperti yang difahami kebanyakan orang. Ini kerana apabila anda meneliti pada hadith-hadith yang dipakai oleh imam-imam Mujtahidin secara permuafakatan atau perseorangan anda akan mendapati hadith-hadith dhaif di dalam hukum-hakam jumlahnya mencapai separuh atau lebih. Bahkan anda akan dapati di dalamnya hadith munkar, hadith yang gugur perawinya dan hadith yang hampir kepada taraf hadith maudhu (yang direka-reka). HUKUM MERIWAYATKAN HADITH DHAIF 1) Ulama mengharuskan mempermudah-mudahkan pada sanad hadith dhaif, meriwayatkannya dan beramal dengannya tanpa menyatakan kedhaifannya. Oleh kerana itu hadith dhaif boleh diterima pakai di dalam segala jenis amalan yang berbentuk menggemarkan, menakutkan, peradaban, kisah tauladan bukan di dalam perkara aqidah seperti sifat Allah dan hukum seperti halal haram. (108 ) : 2) Ibnu Abdul Barri ada menyatakan hadith yang berkaitan dengan fadhilat maka kami tidak perlukan orang (perawi) yang layak untuk dijadikan hujah. (tidak semestinya perawi itu thiqah). 3) Ibnu Mahdi menyebutkan dalam kitabnya Al-Madkhal: Apabila kami meriwayatkan daripada nabi s.a.w tentang halal haram dan hukum- hakam maka kami mengetatkan sanad-sanadnya dan kami akan membuat kritikan (pemeriksaan) terhadap rijal (nama perawi yang terdapat dalam sanad). Tetapi apabila kami meriwayatkan hal-hal yang berkaitan dengan ganjaran pahala dan seksa maka kami mempermudahkan sanad-sanadnya dan kami bertolak ansur. CARA MERIWAYATKAN HADITH DHAIF

Walaupun jumhur mengharuskan meriwayatkan hadith dhaif, namun perlu di ingatkan mereka menyatakan bahawa tidak harus menggunakan perkataan yang menunjukkan kepastian (sighah jazam) seperti sabda Rasullalah s.aw ketika meriwayatkan hadith dhaif ini kerana untuk mengelakkan daripada menisbahkan kepada Rasulullah s.a.w apa yang tidak disabdakannya bahkan hendaklah digunakan kalimah yang menunjukkan ketidakpastian (tamridh), seperti diriwayatkan atau dikatakan bahawa nabi s.a.w pernah bersabda dan seumpamanya. ( 22 ): HADITH MURSAL Hadith Mursal ialah hadith yang didapati gugur seorang perawi (sahabat) pada sanadnya yakni hadith yang disandarkan kepada nabi s.a.w oleh tabiin yang tidak mendengar sendiri daripada nabi s.a.w, mungkin ia meriwayatkan hadith dari sahabat nabi atau ia meriwayat daripada orang lain. Hadith mursal ini tergolong daripada hadith-hadis dhaif kerana tiada padanya sanad yang bersambung. (22 ) : PENERIMAAN HADITH MURSAL DISISI PARA ULAMA MUJTAHIDIN Pendapat yang dipilih bahawa hadith Mursal sahabat (seseorang sahabat menggugurkan sahabat yang lain dalam periwayatan hadith) adalah diterima secara ijmak. Adapun hadith Mursal kurun kedua (tabiin) dan kurun ketiga(tabi-tabiin) ianya diterima dan boleh berhujah pada hukumhakam di sisi Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hambal mengikut riwayat yang masyhur daripada kedua-duanya (Imam Malik dan Imam Ahmad). Mursal kurun kedua yang diriwayatkan oleh Said bin Al-Musayyab, Syabi dan Hasan Al-Basri adalah diterima sama sekali (tiada perselisihan pendapat). Adapun di sisi Imam Syafie hadith Mursal diterima apabila terdapat lima perkara: 1) Terdapat riwayat lain yang bersambung sanadnya. 2) Terdapat juga hadith mursal yang lain dengan perawi-perawi yang tersendiri. 3) Terdapat perkataan sahabat yang menyokong. 4) Disokong oleh kebanyakan ulama. 5) Diketahui bahawa ianya diriwayatkan secara mursal daripada perawi yang adil. (47 ) : Contoh hadith mursal yang diterima oleh Imam Syafie: Quote :

Ertinya: sesiapa yang tertidur serta tertinggal daripada melakukan solat witir maka hendaklah ia sembahyang (qadha) apabila berpagi-pagi ia (selepas sembahyang subuh).

Keterangan: Imam Syafie berdalil dengan hadith ini walaupun ia adalah hadith mursal yang mana dikuatkan oleh hadith yang diriwayatkan daripada Abu Said Al Khudri. Hadith Abu Said tersebut adalah hadith yang bersambung sanadnya dan dinyatakan oleh Imam Abu Daud sebagai sahih iaitu: : : Ertinya: sesiapa tertidur daripada mengerjakan witir atau ia terlupa maka hendaklah sembahyang tatkala ia ingat dan tersedar. ((569 : 2: KAEDAH MENGHUKUM SAHIH DAN DHAIF PADA SESEBUAH HADITH 1) Menghukum sahih dan dhaif sesebuah hadith merupakan satu bidang ilmu yang khusus di mana ulama usul hadith dan juga ulama Jarhu dan Tadil (ulama pengkaji sanad atau pakar pengesah hadith) telah pun menyusun ilmu tersebut semenjak beberapa kurun yang lalu. Di sini tidak mungkin kami menyatakan keseluruhan bidang ilmu itu secara terperinci. Tetapi, kami ingin menyentuh beberapa perkara yang kurang diberi perhatian oleh segelintir masyarakat. 2) Ramai yang beranggapan bahawa hadith sahih hanya dikumpulkan di dalam Kitab Sahih Bukhari dan Muslim sahaja tidak di dalam kitab-kitab hadith yang lain. Ini kaedah yang salah yang digunakan oleh kebanyakan orang. Kesahihan sesebuah hadith boleh ditentukan melalui kajian terhadap sanad-sanadnya. Imam Bukhari berkata: bahawa daku tidak dapat mengumpulkan semua hadith-hadith sahih di dalam kitabku dan aku terpaksa meninggalkan beberapa banyak hadith-hadith sahih supaya dapat dielakkan daripada menjadi panjang. Pengakuan ini menunjukkan bahawa masih ada lagi hadith-hadith yang sahih yang tidak termuat di dalam Sahih Bukhari dan berkemungkinan besar terdapat hadith-hadith yang tinggi sanadnya daripada sanad hadith Sahih Bukhari. Syeikh Abdul Rashid Nukmani menaqalkan di dalam kitabnya , bahawa sanad bagi sesetengah riwayat yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah terlebih tinggi daripada sanad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari sepertimana yang disepakati oleh ulama hadith. Oleh kerana itu, Sahih Bukhari diberi gelaran adalah dengan mengambil kira dengan keseluruhan hadith bukan setiap hadith. Imam Muslim berkata: . Ertinya: bukanlah aku dapat meletakkan semua hadith sahih di sini (dalam kitab Sahih Muslim), hanya aku memuatkan hadith-hadith sahih yang disepakati tentang kesahihannya. 3) Menghukum sahih dan dhaif sesebuah hadith adalah satu kajian yang halus memerlukan

pengetahuan yang luas dan mendalam. Hanya mereka yang mencapai darjat ijtihad dalam bidang ini sahaja layak mengkaji dan menentukan kesahihan atau kedhaifan sesebuah hadith. Menentukan sesuatu hadith samada taraf sahih atau hasan atau dhaif berdasarkan pengamatan zahir terhadap nama-nama yang terdapat dalam sanad bukan berdasarkan hakikatnya kerana yang sebenar hanya Allah s.w.t.yang mengetahui. Oleh kerana itu ulama hadis menyatakan bahawa mungkin ada di antara hadith sahih pada hakikatnya ianya adalah hadith dhaif dan beberapa banyak hadith dhaif berkemungkinan besar pada hakikatnya ianya adalah sahih. Oleh itu keyakinan terhadap mutu hadith berdasarkan ijtihad (pengamatan yang zahir) ( : 1: 228) 4) Periwayatan hadith diambil kira berdasarkan kepada kejujuran (thiqah) dan amanah perawi bukan berdasarkan kepada mazhabnya seperti Syiah, Rafidah, Murjeah, Muktazilah dan lain-lain. Berapa ramai di kalangan perawi-perawi yang bermazhab Syiah, Khawarij dan lain di mana Imam Bukhari dan Muslim berbangga menyebutkan nama-nama mereka dalam sanad mereka berdua dan meriwayatkan hadith daripada mereka di dalam kitab sahih keduanya ( ) : 43: 5) Kebanyakan perawi yang kepercayaaan atau dipercayainya (thiqah) meriwayatkan daripada perawi-perawi yang dhaif seperti Sufyan Al-Thauri dan Syubah dan selain mereka. Syubah berkata sekiranya aku tidak meriwayatkan hadith kepada kamu melainkan hanya daripada orang-orang yang kepercayaan (thiqah) neccaya aku tidak akan meriwayatkan kepada kamu melainkan daripada beberapa orang sahaja. Yahya Bin Al-Qattan berkata; Sekiranya aku tidak meriwayatkan hadith melainkan hanya daripada beberapa orang yang aku redha (setuju) nescaya aku tidak boleh meriwayatkan hadith melainkan hanya daripada lima orang sahaja atau seumpamanya (29 : ) Menurut ulama usul hadith apabila seorang perawi yang bersifat adil meriwayat hadith yang diambil daripada perawi yang bertaraf dhaif maka ini bererti dia menganggap perawi itu bertaraf adil. (18 :) 6) Terkadang wujud perselisihan ulama terhadap sesebuah hadis atau seseorang perawi tentang sahih dan dhaif atau thiqah dan tidak thiqah. Persoalannya pendapat yang manakah yang perlu ditarjih(diutamakan), maka dengan itu Syeikh Abdul Haiyi Lakhnawi ada mengemukakan tiga pendapat di dalam kitabnya untuk menghuraikan perkara tersebut :Apabila didapati seseorang yang memudahkan pentashihan hadith sementara yang lain pula amat berhati-hati, maka pendapat yang mempunyai sikap berhati-hati akan ditarjihkan. Contohnya Hakim mentashihkan suatu hadith dan Hafiz Zahabi pula mentadifkan hadith itu. Maka pendapat Imam Zahabi akan diutamakan kerana Imam Hakim digelar sebagai ( )yang mempermudah-mudahkan pada kajian hadith. Begitu juga Ibnu Hibban memberi pengakuan thiqah terhadap seorang perawi sementara ada tokoh lain yang lebih berwibawa pula menganggap tidak thiqah, maka pendapat Ibnu Hibban ditolak kerana beliau memasukkan perawi yang majhul kedalam senarai thiqahnya.

Salah seorang diantara dua orang muhaddith mempunyai sikap terlalu ketat dalam kajian hadith ( )sementara seorang lagi mempunyai sikap sederhana ( .)Maka pendapat yang sederhana itu akan ditarjihkan seperti Ibnu Jauzi adalah mutasyaddid sementara Ibnu Hajar dan Zahabi kedua-duanya mutadil maka Imam Ibnu Hajar dan Imam Zahabi diutamakan. Ibnu Hajar berkata bahawa mengikut peredaran masa ada empat generasi ( )di kalangan Imam-Imam Pengkritik atau Pengesah Sanad ( .) Al-Hafiz Ibnu Hajar mengemukakan siapa Mutasyaddid (bersikap terlampau ketat) dan siapa pula Mutadil (bersikap sederhana) pada tabaqat (generasi) itu. i. Tabaqat pertama Syukbah dan Sufyan Al-Thauri. Syubah adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyaddud. ii.Tabaqat kedua Yahya Bin Said Al-Qattan dan Abdurrahman Bin Mahdi. Maka Yahya adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyaddud. iii.Tabaqat ketiga Yahya Bin Main dan Ali Bin Al- Madini. Maka Yahya Bin Main adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyaddud. iv.Tabaqat yang keempat Ibnu Abi Hatim dan Imam Bukhari. Ibnu Abi Hatim adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyaddud. Oleh demikian itu apabila didapati perselisihan di antara mereka maka hendaklah mengambil qaul yang sederhana atau pertengahan ( )dan meninggalkan qaul yang tasyaddud. Syeik Abdul Haiyi Lakhnawi berkata kemudian daripada tabaqat yang empat ialah Ibnu Jauzi, Hafiz Saghani dan Ibnu Taimiyah dianggap mutasyaddid dan Hafiz Ibnu Hajar, Hafiz Zahabi, Hafiz Iraqi dan Hafiz Zailai dianggap mutawassit atau mutadil dan pendapat mereka ini akan diutamakan. Meneliti dalil-dalil bagi dua pihak dan mengutamakan qaul yang mempunyai dalil yang kuat sedangkan kebolehan meneliti tidak ada pada setiap orang. 7) Hadith-hadith yang ditashihkan oleh ulama hadith dan feqah yang muktabar lagi yang terdahulu itu tidak akan jadi dhaif kerana mencelahi perawi daif kemudian daripada mereka itu. Maka pentashihan hadith yang dibuat oleh fuqahak (Imam-Imam Mujtahid) lebih tinggi kedudukannya daripada pentashihannya yang dibuat oleh ulama hadith. Contohnya tersebut di dalam Sunan Tirmizi yang berbunyi: : . Ertinya: Adalah Nabi s.a.w bangun berdiri (qiyam) di dalam sembahyang diatas kedua hujung jejari kakinya. Hadith ini dhaif di sisi Imam Tirmizi kerana terdapat Khalid bin Iyaas yang mana beliau adalah perawi yang dhaif. Akan tetapi hadis ini dianggap sahih di sisi Imam Abu Hanifah kerana tidak didapati Khalid bin Iyaas tersebut di dalam sanadnya.

8) Hadith dhaif tidak semestinya ditolak bulat-bulat kerana ianya boleh mencapai darjat hasan dan menjadi makbul sekiranya jalan periwayatannya berbilang-bilang sepertimana Mulla Ali AlQari berkata: bermaksud: hadith boleh mencapai darjat hasan (hasan li ghairihi) dengan banyak jalan periwayatan. Demikian juga tersebut di dalam m/s 24, (( )) ertinya: sekiranya hadith dhaif berbilang-bilang periwayatan atau dikuatkan dengan hadith yang terlebih kuat penerimaannya maka ia menjadi hasan li ghairihi. 9) iaitu hadith dhaif yang disokong oleh amalan sahabat dan tabiin. Apabila amalan mereka itu bertepatan dengan hadith dhaif maka dengan sendiri hadith dhaif itu menjadi hadith yang layak diamalkan dan dibuat hujah. Sebagai contoh: ( ) Ertinya: Ianya (air laut) adalah suci airnya dan halal bangkainya. Pembunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuhnya. Tidak boleh berwasiat untuk orang yang menerima harta pusaka, Hadith-Hadith ini diakui dhaif oleh kebanyakan muhaddithin walaupun begitu ianya boleh diterima untuk dijadikan dalil ( ) kerana didapati ramai sahabat dan tabein beramal dengan hadith itu. Telah berkata Ibnu Abdul Barri di dalam kitabnya ketika menghikayatkan daripada Imam Tirmizi bahawa Imam Bukhari telah menghukum sahih Hadith Al-bahr () sedangkan ahli hadith tidak mentashih sanad seperti ini tetapi hadith itu adalah sahih disisiku kerana ulama telah menerimanya dengan secara qabul (penerimaan berterusan). Sesetengah ulama menghukumkan kesahihan mengenai sesebuah hadith apabila ada penerimaan yang berterusan daripada orang ramai sekalipun sanadnya tidak sahih. Berkata Al-Ustaz Al-Isfirayini: Dikenali kesahihan hadith apabila masyhur di sisi ulama hadith tanpa sebarang penafian daripada mereka itu. Hadith yang diterima oleh ulama secara berterusan maka hadith itu termasuk di dalam hadith makbul sekalipun tidak memenuhi syarat sahih kerana ummah tidak berhimpun dalam perkara kesesatan. (28-27 ) : : KESIMPULAN Menerima pakai hadith dhaif dalam segala jenis amalan yang berbentuk menggemarkan dan menakutkan, soal adab, kisah tauladan, nasihat-nasihat dan seumpamanya adalah dibolehkan. Perkara ini disepakati oleh ulama Muhaddithin. Imam Nawawi menukilkan pandangan ulama bahawa dalam hal-hal tersebut disunatkan beramal dengan hadith dhaif. Penerimaan hadith dhaif dalam perkara-perkara terbabit adalah disyaratkan jangan terlampau kuat kedhaifannya dan jangan pula hadith tersebut bercanggah dengan hadith yang sahih. Perlu mematuhi kaedah di sisi ulama hadith yang berlandaskan pentashihan dan pendhaifan hadith. Jangan mengambil sikap terlalu mudah menolak hadith dhaif sedangkan ulama-ulama yang

mutabar sudahpun mengambil pendirian dan sikap yang sederhana mengenai menerima dan beramal dengan hadith dhaif. Mudah-mudahan Allah s.w.t memberi taufiq kepada kita agar dapat mengikuti jalan yang benar lagi lurus dan menjauhi kita daripada menuruti jalan yang sesat lagi menyesatkan. Sekian, wassalam.. Sidang pengarang: Ust. Nik Nazimuddin b. Nik Ibrahim Ust Fuad b. Abd Wahab Ust. Nik Sahril b. Nik Ibrahim

Hadith Dhaif: Keabsahannya Dalam Bidang Keilmuan Jumaat, 05 Mei 2006 Ilmu hadith merupakan salah satu cabang ilmu yang diwarisi daripada ulama-ulama silam. Jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati sejarah perkembangan ilmu hadith merupakan satu gambaran praktikal bagaimana Allah menjaga kalam suci Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ilmu hadith merupakan salah satu cabang ilmu yang diwarisi daripada ulama-ulama silam. Jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati sejarah perkembangan ilmu hadith merupakan satu gambaran praktikal bagaimana Allah menjaga kalam suci Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam. Penjagaan ini jelas diperhatikan melalui usaha para muhaddithin meriwayatkan hadith dengan mementingkan kepada persoalan sanad dan matan. Alangkah prihatinnya para ulama terdahulu meneliti masalah ini sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap perkataan yang benar-benar muncul daripada Nabi salallahualaihi wasalam sehinggakan Abdullah bin Mubarak rahimahullah pernah berkata; [ ... Sanad itu di sisiku sebahagian daripada agama, jika tidak kerana adanya sanad nescaya mudahlah orang bercakap apa sahaja yang disukai ] [1] Tajuk yang serba sederhana sifatnya ini bukanlah maksud penulis untuk mengajak para pembaca berpegang dengan hadith dhaif dan mencuaikan hadith-hadith sahih dan hasan. Sebaliknya penulis menuntut kepada para pembaca sekalian agar berpegang secara bersungguh-sungguh dengan hadith-hadith sahih dan hasan serta tidak mengabaikan hadith dhaif kecuali kedhaifannya hampir kepada hadith maudhu' (palsu). Definisi hadith dhaif sebagaimana yang ingin diterangkan ialah, hadith yang tidak memenuhi syarat-syarat hadith sahih dan syarat-syarat hadith hasan. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Solah rahimahullah; [ Iaitu semua hadith yang tidak berhimpun padanya sifat hadith sahih dan tidak juga padanya sifat hadith hasan, maka ia adalah dhaif ] [2] Manakala al Hafiz Ibn Hajar di dalam kitab memberikan pandangan; [ Dan begitu juga jika ada padanya kedhaifan dengan sebab buruknya hafalan atau keadaan sanadnya yang terputus secara samar atau tidak ketara ataupun mursal (iaitu hadith yang dinisbahkan oleh seorang tabi'in kepada Nabi salallahualaihi wasalam dengan tidak menyebut nama Sahabat sebagai pengantara ) ] [3] Menjadi kewajipan kepada kita selaku golongan agamawan untuk mendalami secara bersungguh-sungguh sumber yang menjadi salah satu asas kepada Islam iaitu al hadith. Dr. Yusuf al Qardhawi hafizahullah, merupakan salah seorang tokoh Ulama Islam yang bergiat cergas dalam memperjuangkan usahanya untuk merobohkan jurang perbezaan pendapat antara golongan fuqaha' dan golongan muhaddithin. Menurut beliau, kebiasaannya bagi orang yang mendalami bidang feqh kurang mahir dalam ilmu-ilmu mengenai ulum al hadith. Manakala golongan yang bergiat dalam bidang al hadith pula kurang mahir dalam persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh imam-imam mazhab dalam masalah feqh. Oleh kerana masalah yang ditimbul berpunca daripada sudut kekuatan ilmiah masing-masing ini, maka seringkali berlaku perselisihan dan pertikaian kerana tidak mampu mengeluarkan perbendaharaan ilmu pada setiap

aspeknya. Adalah menjadi kewajipan kepada ahli feqh untuk mahir di dalam bidang ulum hadith agar mereka mampu menetapkan hukum mengikut sunnah. Begitu juga kepada ahli hadith supaya benar-benar mendalami ilmu feqh agar mereka mengetahui perkataan-perkataan dan hujjah-hujjah yang ditimbulkan ilmuan Islam pada setiap perbahasan feqh, supaya mereka (ahli hadith) tidak sewenang-wenangnya mentajrihkan (mencederakan) individu-individu lain dengan mendakwa mereka sebagai ahli bida'ah. Generasi ilmuan hari ini adalah sangat dituntut untuk tidak menguasai hanya satu bidang ilmu sahaja dan mengabaikan teori-teori ilmu Islam yang lain. Para Ulama terdahulu contohnya, mengkritik sesiapa yang mencuaikan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas. Diriwayatkan daripada Sufyan bin Uyaynah rahimahullah bahawa para Ulama di kalangan mereka (ahli sunnah wal jama'ah) telah berkata; [ ... Sekiranya urusan ini terletak di tangan kami nescaya kami pukul dengan batang pelepah tamar setiap ahli hadith yang tidak mengetahui ilmu feqh begitu juga setiap ahli feqh yang tidak menyibukkan diri mendalami ilmu hadith ] [4] Sebenarnya tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan hadith dhaif jika kita mengetahui disiplin-disiplin yang telah disusun oleh para Ulama Islam. Ini kerana, walaupun tuntutan untuk kita mengetahui hadith-hadith yang sahih daripada Nabi salallahualaihi wasalam adalah sangat wajar bagi setiap generasi agamawan. Namun, bukan semua hadith yang diiktiraf sebagai sahih itu perlu diterangkan kepada semua masyarakat jika ia hanya sekadar menyatakan kepada mereka tanpa menjelaskannya maksud yang terkandung pada hadith tersebut. Dalam satu riwayat yang sahih bahawa Nabi salallahualaihi wasalam telah bersabda kepada Muaz bin Jabal radhiallahu anhu; [ ) . : .. : . ...)Tidak seorangpun yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam itu pesuruh Allah secara benar di dalam hatinya, kecuali Allah mengharamkan neraka ke atasnya. Berkata Muaz; Wahai Rasulullah..apakah boleh aku beritahu kepada orang ramai agar mereka boleh bergembira? Lalu Baginda menjawab; Kalau begitu mereka akan menjadi malas (untuk melakukan ibadat). Muaz menyampaikan khabar ini ketika beliau hampir meninggal dunia kerana takut berdosa ] [5] Hadith ini menyatakan bahawa hendaklah golongan agamawan itu mengkhususkan sesuatu ilmu pengetahuan kepada sesuatu kaum dan tidak kepada sesuatu kaum yang lain secara bijak, kerana bimbang jika terdapat kaum yang menyalahi tuntutan hadith yang didengarnya. Sebagai contoh hadith marfu' [6] yang diriwayatkan oleh Imam at Tirmidzi dan Ibn Majah yang berbunyi; [ ) ...)Wahai Tuhan, hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, matikan aku dalam keadaan miskin dan golongkan aku bersama dalam golongan orang yang miskin ] [7] Adakah permohonan Rasulullah salallahualaihi wasalam kepada Allah di sini menuntut untuk kita mejauhkan diri daripada kekayaan? Sedangkan Rasulullah salallahualaihi wasalam pernah bersabda; [ ) ...)Sesungguhnya Allah mengasihi hamba yang kaya, bertaqwa lagi tidak menonjolkan diri ] [8] Sesungguhnya yang dimaksudkan ' miskin ' di sini, sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Yusuf al Qardhawi hafizahullah ialah tawadhu' dan merendahkan diri. Manakala Ibn Athir rahimahullah berkata; [ ... Bahawa yang dimaksudkan dengannya (miskin) ialah tawadhu' dan merendahkan diri serta tidak menjadi di kalangan orang yang bongkak dan membesarkan diri ] [9] Oleh kerana itu, Seorang pendakwah hendaklah meletakkan penggunaan setiap hadith yang disampaikan pada tempat yang betul dan menerangkan serta menjelaskan keadaannya, di samping menghilangkan keraguan dan kekeliruan yang ada padanya sifat-sifat mudharat. Lebih-lebih lagi hadith dhaif yang memiliki beberapa peringkat berdasarkan taraf kedhaifan para perawinya. Ada hadith dhaif yang penggunaannya boleh dipertimbangkan. Ada juga sebahagian hadith dhaif yang sampai kepada peringkat hadith maudhu' (palsu). Mana-mana hadith dhaif yang sampai ke peringkat itu (maudhu') dilabelkan sebagai darjat hadith yang paling buruk. Para ulama bersikap tegas terhadap hadith dhaif tersebut (yang sampai kepada peringkat maudhu') pada penggunaannya terhadap sesuatu hukum. Malah haram untuk kita berpegang dan beramal dengan hadith maudhu'. Walau bagaimanapun ada di kalangan para Ulama mengambil sikap yang lebih longgar dalam meriwayatkan hadith-hadith dhaif yang bersifat targhib (galakan) dan tarhib (menakut-nakutkan). Khatib al Baghdadi rahimahullah menegaskan; [ ... Telah disebut daripada beberapa (bukan seorang) di kalangan salaf bahawasanya tidak harus mengambil hadith-hadith yang berkaitan halal dan haram melainkan daripada perawi yang bersih daripada sebarang tuduhan (sebagai pendusta) dan jauh

daripada prasangka. Manakala hadith berbentuk galakan, menakut-nakutkan (menyokong kepada larangan yang ditentukan oleh syara') dan kelebihan (fadhilat), maka kelonggaran padanya sedikit sebanyak diberikan ] [10] Selain itu, Khatib al Baghdadi menyatakan dengan sanadnya daripada Imam Ahmad rahimahullah bahawa katanya; [ ... Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah salallahualaihi wasalam mengenai halal, haram, sunat-sunat dan hukum-hakam, kami perketatkan mengenai sanad-sanadnya. Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah salallahualaihi wasalam mengenai kelebihan beramal yang tidak melibatkan hukum atau menolak sesuatu hukum maka kami longgarkan sanad-sanadnya ] [11] Kenyataan itu turut disokong oleh Sufyan at Thauri rahimahullah yang mengatakan; [ ... Jangan kamu ambil ilmu ini (hadith) yang berkaitan dengan halal dan haram melainkan daripada ulama yang mahsyur dalam bidang ini serta mampu mengetahui sebarang penambahan dan pengurangan. Manakala dalam perkara fadhilat (kelebihan) maka boleh (tidak menjadi kesalahan) untuk kita ambil daripada mana-mana sheikh/ guru biasa ] [12] Ramai ulama yang mengambil sikap sedemikian, antaranya lagi ialah Imam an Nawawi rahimahullah. Berhubung tentang beramal dengan hadith-hadith dhaif ini, para ulama berselisih pendapat mengenainya. Antaranya adalah seperti berikut; 1- Tidak harus beramal dengan hadith-hadith dhaif secara mutlaq, sama ada hadith-hadith berbentuk ahkam (hukum-hakam) mahupun hadith-hadith yang berbentuk fadhail (kelebihan-kelebihan amalan). Pendirian ini menurut pendapat Imam Muslim rahimahullah dan selainnya yang turut dinyatakan oleh Khatib al Baghdadi menerusi kata Imam Ibn Mahdi; [ ... Tidak sewajarnya bagi seorang lelaki bergiat dalam penulisan hadith-hadith dhaif, adapun sedikit masa yang diperuntukkan untuk menulis hadith daripada perawi yang dhaif adalah lebih baik dia menghabiskan (masanya) untuk menulis hadith daripada perawi yang thiqah[13] (terpercaya) ] [14] 2- Harus beramal dengan hadith-hadith dhaif secara mutlaq apabila tidak terdapat dalam mana-mana bab (tajuk) tertentu. Pendapat ini disandarkan kepada Imam Ahmad rahimahullah dan digunapakai oleh Imam Abu Daud as Sajistani. Di dalam kitab al Muhalla karangan Imam Ibn Hazm menyebut bahawa, Imam Ahmad dan Imam Abu Daud telah menegaskan; [ ... Hadith dhaif lebih disukai/ senangi kepada kami daripada mana-mana pendapat yang dikemukakan oleh mana-mana pemuda ] [15] Namun, perlu diberi perhatian bahawa hadith dhaif yang dimaksudkan di sini ialah hadith dhaif yang tidak mencapai tarafnya kepada terlalu dhaif sehingga dikhuatiri ia adalah hadith maudhu' (palsu). [16] 3- Harus beramal dengan hadith-hadith dhaif yang membicarakan tentang fadhail , pengajaran, peringatan, cerita, targhib (galakan melakukan kebajikan) dan tarhib (menakut-nakutkan daripada melakukan kemaksiatan). Akan tetapi ditegah untuk beramal dengan hadith dhaif yang membicarakan mengenai perihal aqidah dan hukum syara'. Imam an Nawawi rahimahullah menegaskan perkara ini di dalam kitab al Azkar dengan katanya; : . [ ... Para Ulama yang terdiri daripada ilmuan Fuqaha' dan para Muhaddithin dan selain mereka mengharuskan dan menggalakkan untuk beramal pada perkara al fadhail (kelebihan beramal), targhib dan tarhib menerusi hadith dhaif selagi ia tidak mencapai hadith maudhu'. Manakala bidang hukum-hukum yang melibatkan halal, haram, urusan jual beli, nikah, talaq dan selainnya maka tidak perlu beramal dengannya melainkan menerusi hadith sahih dan hasan ] [17] Para Ulama juga turut menetapkan 3 syarat untuk beramal dengan hadith dhaif sebagaimana yang disebut oleh Imam as Suyuti di dalam kitab ; : . : . . : [ Pertama: Disepakati mengenainya (oleh para muhaddithin) bahawa ia tidak bersangatan dhaif. Oleh itu terkeluarlah perawi daripada kalangan pendusta dan yang dituduh sebagai pendusta dan banyak melakukan kesalahan dan kesilapan. Kedua: Hadith dhaif tersebut termasuk di bawah dasar/tema/tajuk (usul) yang umum (kesahihannya), maka ditolak apa jua hadith yang direka yang tidak diakui sumber dasarnya. Ketiga: Tidak beriqtikad ketika beramal dengan hadith tersebut secara thabit (untuk memahsyurkan hadith tersebut menjadi perkataan Rasulullah) supaya ia tidak menyandarkan perkataan tersebut (hadith dhaif) kepada Rasulullah salallahualaihi wasalam walhal bukan daripada Baginda. Adapun hal ini adalah dasar berhati-hati (supaya

tidak termasuk di dalam golongan pendusta) ] [18] Ini kerana Rasulullah salallahualaihi wasalam telah bersabda; [ ) ...)Barangsiapa melakukan dusta ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di dalam neraka ] [19] Selain daripada ketiga-tiga syarat di atas, terdapat dua lagi syarat yang perlu dijadikan tambahan kepada syarat-syarat yang telah disebutkan iaitu; Pertama: Hadith dhaif itu tidak melampaui batas yang ditolak oleh tahap pencapaian akal, syara' ataupun bahasa dan tidak mungkin dapat ditaqwilkan. Para muhaddithin telah mengatakan antara tanda-tanda hadith maudhu' ialah terdapat perihal-perihal keganjilan yang ada pada perawi dan pada hadith yang diriwayatkan. Contoh untuk hadith dhaif ini ialah; [ ... Sesungguhnya kapal Nabi Nuh telah bertawaf di Baitullah sebanyak 7 kali. Kemudian bersembahyang di sisi mawam Nabi Ibrahim sebanyak 2 rakaat ] [20] Kedua: Hadith dhaif itu tidak bertentangan dengan dalil syara' yang lebih kuat daripadanya. Contohnya hadith-hadith yang menceritakan bahawa Nabi Khidir alaihisalam immortal. Antara hadith tersebut adalah sebagaimana berikut: ... [ Bahawa Rasulullah salallahualaihi wasalam berada di masjid, ketika itu beliau mendengar kata-kata dari arah belakangnya maka baginda melihat, ternyata ia adalah Khidir ] [21] Sedangkan Allah Taala telah berfirman; ... [ ... .. Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal..? Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasa mati ] Surah al Anbiyaa:34 - 35:17, al Quranul Karim Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah ditanya mengenai perihal keabadian Nabi Khidir, lalu beliau menjawab: : )) [ (( Andaikata Nabi Khidir masih hidup, tentulah ia wajib mendatangi Nabi salallahualaihi wasalam dan berjihad bersamanya serta belajar darinya. Nabi salallahualaihi wasalam telah bersabda ketika perang Badar; ..Ya Allah, jika pasukan ini binasa nescaya Engkau tidak disembah di bumi... Pada waktu itu mereka berjumlah 313 orang lelaki yang dikenali dengan nama-nama mereka, nama-nama dari ayah-ayah mereka dan dari mana suku kaum (kabilah) mereka. Maka, di manakah Khidir pada waktu itu? ] [22] Manakala Imam Ibn Qayyim rahimahullah berkata; [ ... Hadith-hadith yang menyebut perihal Nabi Khidir dan riwayat hidupnya semuanya dusta dan tiada yang sahih satu hadithpun yang diriwayatkan tentangnya (Nabi Khidir) ] [23] Sesungguhnya ia menyalahi sunnatullah pada pemikiran kita jika mengatakan Nabi Khidir masih hidup hingga ke hari ini diterima oleh masyarakat. Jika ada Khidir sekalipun, ia bukanlah Khidir yang dimaksudkan di dalam kisah yang terkandung di dalam surah al Kahfi dan Khidir tersebut bukanlah nabi. Jika Khidir itu manusia, sudah tentu ia tidak akan kekal sebagaimana yang telah difirmankan Allah di dalam al Quran. Jika benar ketika itu Nabi Khidir masih hidup, nescaya ia akan bertemu dengan Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam. Sesungguhnya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda: [ ) .. ... ) Demi yang memiliki jiwa Muhammad (Allah Taala) tidak seorang pun di kalangan umat ini yang mendengar sama ada Yahudi dan Nasrani (tentang ajaran Nabi Muhammad) kemudian dia mati dalam keadaan tidak beriman dengan ajaran yang telah dibawa olehku melainkan ia tergolong di dalam golongan ahli neraka ] [24] Oleh kerana itu apabila kita mengetahui darjat sesebuah hadith itu mencapai taraf dhaif hendaklah kita menerangkan kedhaifannya. Hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Sheikh Muhammad Syakir; . [ ... Bahawa menerangkan kelemahan hadith dhaif adalah wajib dalam setiap hal, kerana tanpa penerangan itu pembaca akan salah sangka bahawa itu adalah hadith sahih, lebih-lebih lagi apabila orang yang menaqalkan perkataan itu terdiri daripada (perkataan) Ulama hadith yang pendapatnya dijadikan rujukan ] [25] Ini kerana, apabila ada keharusan yang diberikan untuk menggunakan hadith dhaif maka ramai yang bermudah-mudah dalam menyebarkannya kepada masyarakat. Para Ulama turut memberikan peringatan supaya tidak berkata pada hadith yang dhaif; "sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam" dengan lafaz yang jazam dan pasti. Ibn Solah memberikan penegasan terhadap hal ini dengan katanya; : )) (( ... : [ Apabila engkau hendak meriwayatkan hadith dhaif tanpa menyebut sanadnya, maka janganlah engkau berkata; ' ..sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam.. begitu begini' dan apa-apa lafaz yang serupa dengan

itu, di mana (perkataan itu menunjukkan bahawa) Rasulullah berkata sedemikian. Sebaliknya hendaklah engkau katakan; '..Diriwayatkan daripada Rasulullah salallahualaihi wasalam..begitu begini ' atau '..telah samapi kepada kami riwayat tentangnya begitu begini.. atau telah diberitahu riwayat tentangnya..atau telah datang riwayat tentangnya..atau diriwayatkan oleh sesetengah mereka.. atau lafaz yang seumpamanya ] [26] Semoga usaha yang tidak seberapa ini mampu menjelaskan beberapa perkara penting dalam aspek membicarakan sesebuah hadith. Hasrat penulis, moga-moga perhatian-perhatian yang sedikit diperincikan ini mudah difahami dan inilah kebenaran yang diharapkan paling dekat di sisi Rasulullah salallahualaihi wasalam. Jika terdapat kecacatan maka perbetulkanlah hamba Allah yang dhaif ini. Diriwayatkan daripada Rasulullah salallahualaihi wasalam; [ Ilmu ini (ilmu Islam) akan didokong oleh orang-orang yang adil yang membersihkannya daripada sebarang perubahan oleh golongan pelampau, daripada aliran golongan perosak dan daripada penafsiran golongan yang jahil ] [27] ... Mohd Azmir Hj. Maideen 3 Usuluddin (Dakwah wa Thaqafah Islamiyyah) Nota Hujung [1] Dr. Abdullah b. Abdul Hamid: 64: : Juz' 1:Maktabah Iman,t.t [2] Dr. Mustafa Mohamad Mahmood Hussain: 5: , t.t [3] Ibid,hlmn:5 [4] Dr. Yusuf al Qardhawi: 70: ,Darul Syuruk 2000. [5] Sahih Bukhari no: 125.Bab: 6] . ] Hadith marfu' ialah hadith yang disandarkan kepada Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan ataupun sifat-sifatnya sama ada sanadnya bersambung atau sebaliknya [ Rujuk Dr. Muhammad Abu Laith al Khair Abadi:85: , Dar as Syakir 2004 [7] At Tirmidzi no:2275.Bab: dan di dalam Sunan Ibn Majah no:4116.Bab:8] ] Sahih Muslim Syarah an Nawawi no:5266. [9] Dr. Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn:55 [10] Khatib al Baghdadi: : 212, al Maktabat al Ilmiyyat Madinah, t.t [11] Dr. Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn:90. [12] Ibid.hlmn:91 [13] Thiqah ialah terpercaya, iaitu status yang diberikan kepada seseorang perawi yang tidak menyamar daripada siapa dia menerima hadith (dengan melakukan al Mudallas), tidak terdapat kecacatan (al Jarh) dan tidak membuat hadith mungkar. [ Farouq Hamadah al-Minhaj al-Islami fi al-Jarh wa al-Tadil, ms:51, Mesir ] [14] Dr Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn:96 [15] Ibn Hazm: 68: ,Dar al Kutub al Ilmiyyah 1987 [16] Hadith dhaif yang dimaksudkan di sini menurut sebahagian ulama ialah hadith hasan yang tidak mencapai kepada darjat sahih. Ini kerana istilah yang digunakan untuk membezakan antara hadith sahih dengan hadith hasan belum terkenal pada masa itu. Adapun hadith sahih, hasan dan dhaif dipopularkan oleh Imam at Tirmizi rahimahullah. Wallahua'lam. [17] An Nawawi:196: ,Maktabah ar Risalah 1994. [18] Dr. Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn:92. [19] Sahih Muslim no:4.Bab:20] ] Rosmawati Ali@ Mat Zin: Pengantar Ulum Hadis:162,Ilham Ibati Enterprise 1997 [21] Dr. Yusuf al Qardhawi:: 194, Dar al Qalam lil Nasr wa Tauzi' 2001 [22] Ibid,hlmn:194 [23] Dr. Tola'at Muhammad Afifi: 189: , Maktabah Iman 2002 [24] Sahih Muslim no:218.Bab:25] ] Dr. Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn:94. [26] Ibid.hlmn:95 ( Hal ini turut disebut di dalam . ms:134, Dar A'lim al Kitab 2003 ). [27] Sebahagian ulama muhadithin mensahihkan, manakala sebahagian yang lain mendhaifkan kedudukan hadith ini. Bagaimanapun ramai Ulama menilai taraf hadith ini sebagai hadith hasan disebabkan jalan periwayatan yang banyak. [Rujuk Dr. Yusuf al Qardhawi: : 36, Darul Syuruk 2000]

Anda mungkin juga menyukai