Anda di halaman 1dari 12

FAHAM TAMADUN ISLAM

Pembudayaan Ilmu Dalam Islam Pembudayaan Ilmu Dalam Islam


Pendahuluan
Islam adalah satu satunya agama yang amat menitikberatkan ilmu pengetahuan.Ini
dijelaskan dalam ayat Al Quran yang pertama diturunkan kepada junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W
Firman Allah yang bermaksud:Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan.Telah
menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan tuhanmu amat
pemurah.Yang mengajar kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya
Hadis Nabi S.A.W bermaksud:-Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim
Dalam ayat al-Quran Allah berfirman bahawa:-Diangkat oleh Allah orang-orang
yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa
darjat [tingkat]
1.surah Al-Alaq :1-5
2.surah al-Mujahadah :11
Konsep Ilmu dalam islam
Definasi dan tafsiran pembudayaan dan ilmu telah dikemukakan olehramai para
ilmuan atau sarjana sejak ribuan tahun dahulu.Jika dilihat didalam Kamus Dewan,
pembudayaan bermaksud proses atau cara membudayakan sesuatu seperti
pemikiran atau ilmu manakala Ilmu pula diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau
kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi.
Plato mentakrifkan ilmu sebagai As kind of conversation of soul from darkness to
lightDefinasi ini dapat diterjemahkan ilmu sebagai satu pemindahan roh atau jiwa
daripada kegelapan kepada kecerahan..
Menurut Gong Fu Xi, (Confucius) ilmu adalah Apabila kamu mengetahui sesuatu
menyakinkan kamu sudah tahu dan apabila kamu tidak mengetahui sesuatu
menunjukkan kamu tidak tahu.Pernyataan ini membawa maksud bahawa ilmu itu
merupakan suatu kebenaran dan keyakinan.
Imam al-Ghazali menakrifkan ilmu sebagai suatu kepastian secara demontratif
:cahaya (nur) merupakan anak kunci kepada ilmu, dan untuk sampai kepada ilmu
yang pasti mestilah melalui pengalaman [dhauq]
Kamus Mujam al Wasit menyebut ilmu ialah Pencapaian sesuatu hakikat atau
disebut juga al-ilm al-yakin.Ilmu itu ibarat cahaya (nur) yang dianugerahi Allah ke
dalam hati sanubari sesiapa yang dikehendakiNya

1-Kamus MuJam al Wasit-ilm Almakrifat


2.Dari sudut bahasa perkataan ilmu adalah berasal dari kalimah Arab iaitu
alima (telah mengetahui)
3.Al-ilm bererti pengetahuan
Klasifikasi ilmu
Islam melihat ilmu dari semua sudut atau bidang sama ada ia untuk keperluan dunia
atau pun akhirat.Begitulah juga islam memandang dari sudut keperluan
mempelajarinya, mempunya susunan atau kategorinya yang boleh diklasifikasikan
kepada dua bahagian:
Ilmu fardu Ain
Ilmu fardu ain adalah ilmu yang datangnya dari Allah S.W.T yang menjadi penentu
kepada ilmu-ilmu yang lain dari sudut kesahihannya.Ia merupakan kewajipan bagi
satiap muslim untuk mempelajari dan mengamalkannya.Inilah ilmu yang
dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis yang bermaksud Menuntut ilmu
itu wajib keatas setiap muslim, samaada lelaki mahupun perempuanHukumnya
berdosa bagi setiap individu yang meninggalkan ilmu tersebut.Diantara ilmu itu
termasuklah ilmu yang mempunyai hubungan dengan Rukun Iman dan Rukun Islam
Imam Al-Ghazali menyebut bahawa ilmu Fardu Ain tergolong di dalam 20 kumpulan
yang dapat disimpulkan kepada 4 bahagian:
1.Ilmu Tauhid iaitu ilmu yang berkaitan dengan ilmu ketuhanan atau disebut sebagai
ilmu aqidah
2.ilmu Feqah iaitu ilmu yang berkaitan dengan hokum hakam halal dan haram
3.Ilmu al Kitab dan Sunnah iaitu ilmu yang darinya merupakan sumber hukum
hakam islam
4.Ilmu Tasawwur iaitu ilmu yang membicarakan persoalan kebersihan dan penyucian
diri dari satu sudut hati, hal-hal berkaitan dengan sifa-sifat terpuji dan sifat tercela
1.ilmu tasawwur (al-Ghazali, 1980:78-79)
Ilmu Fardu kifayah
Ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang diperlukan untuk menyempurnakan
keperluan hidup manusia samaada yang berbentuk keagamaan atau yang bersifat
keduniaan
Contohnya:-Bidang ilmu sains dan teknologi, perubatan astronomi, kejuruteraan,
pengurusan, pentadbiran, seni, bahasa, sejarah dan sebagainya
Ilmu fardu kifayah adalah bersifat kolektif kepada anggota masyarakat, Jika
sebahagian
dari
anggota
masyarakat
mengambil
bahagian
sudah
memadai.Bermakna sekiranya ada sebahagian yang mengerjakan maka terlepaslah

tanggungjawab yang lain.Akan tetapi sekiranya semua masyarakat


melepaskan tanggungjawab ini maka berdosalah semua orang.

islam

Ilmu ini juga dapat membantu dalam menyempurnakan ilmu fardu Ain
Namun begitu seseorang itu tidak digalakkan mempelajari ilmu Fardu Kifayah
sebelum dia mengetahui dan mempelajari ilmu Fardu Ain terlebih dahulu, Ilmu fardu
Aind perlu didahulukan jika tidak sudah pasti sumber wahyu tidak terpelihara dan
wujudnya kecenderungan manafikan ilmu wahyu sebagai yang sah dan mutlak untuk
menjadikan landasan dalam kehidupan.Akhirnya akal diletakkan di tempat yang
tinggi mengatasi ilmu wahyu
1.Barat hari ini hanya berpandukan kepada akal [Abdul. Rahman 1995:-168]
Sejarah perkembangan institusi ilmu pengetahuan
Terdapat lebih kurang 800 rujukan mengenai ilmu dalam Al-Quran.Ini menunjukkan
betapa penting dan tingginya kedudukan ilmu pengetahuan.Begitu juga terdapat
banyak hadis yang berkaitan dengan ilmu
Institusi pendidikan kuttab
Institusi Kuttab ini wujud sejak sebelum kedatangan islam bertujuan memberi
pelajaran peringkat rendah kepada kanak-kanak.Sungguhpun begitu jumlah
bilangan orang Quraisy yang celik huruf amatlah sedikit.Selepas kedatangan islam
suasana turut berubah disebabkan factor islam sendiri yang mendorong umatnya
supaya membaca dan menulid.Bahkan kebolehan membaca dan menulis menjadi
kemestian bagi mereka yang hendak meriwayatkan hadis
Institusi Masjid-masjid
Institusi masjid memainkan peranan penting dalam proses penyebaran
ilmu.Semakin luas negeri-negeri islam yang ditakluki, maka semakin bertambah
masjid yang didirikan
Antara masjid yang mencatatkan peranan sebagai tempat ibadah hanya tiga masjid
jamik sahaja.Masjid merupakan tempat yang paling sesuai untuk memberi dan
menimba ilmu pengetahuan kerana di situlah tempat manusia berkumpul
1.Semasa kerajaan Bani Umayyah.dipimpin oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan
beliau telah
menambahkan bilangan tempat-tempat khas untuk pengajian kanak-kanak
2. Masjid jamik yang dijadikan tempat ibadah dan majlis ilmu:Masjid jamik Al Mansur, Masjid Jamik Damansara dan Masjid Jamik Amru
Kedai-kedai buku (kitab)
Sejak zaman jahilliah lagi tekah wujud kedai-kedai dan pasar-pasar.Pasar-pasar
terbahagi kepada dua iaitu pasar yang menjual keperluan harian dan kedai kitab
atau pasar kegiatan ilmiah.Pasar inilah yang memainkan peranan mengadakan
majlis-majlis ilmiah seperti pidato, deklamasi sajak, syair dan muzakarah.Ianya

diadakan pada musim-musim tertentu sahaja manakala kedai-kedai buku berjalan


sepanjang masa.
Perpustakaan
Perpustakaan boleh dibahagikan kepada tiga jenisiaitu Perpustakaan Umum
Semi-Umum dan Peribadi.Perpustakkan umum biasanya didirikan di sekolah dan
madrasah bertujuan sebagai mutalaah dan murojaah.Contohnya Baitul
Hikmah.Banyak buku-buku asing di dalam pelbagai bahasa dikumpulkan di sini
Perpustakkan Semi Umum biasanya didirikan oleh Khalifah-khalifah dan Raja-raja
tertentu bertujuan untuk mendekatkan diri mereka kepada ilmu pengetahuan.
Perpustakaan khusus (peribadi) pula biasanya didirikan oleh golongan ulamak dan
ahli sasterawan.ianya khusus untuk keperluan mereka sendiri.Perpustakkan
semacam ini amat banyak bilangannya
1.Baitul Hikmah telah didirikan oleh Khalifah Harun Al Rasyid
Sumber ilmu dalam Islam
Islam meletakkan lima (5) sumber ilmu bagi menentukan pengetahuan umatnya
iaitu:4.1.1 Wahyu (al-Quran dan al-Sunnah)
4.1.2 Ilham
4.1.3 Institusi
4.1.4 Pancaindera (bau, rasa dan seumpamanya)
Ilmu Wahyu
Ilmu wahyu juga dinamakan ilmu al-yakin.Ia berada di tempattempat yang teratas jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu lain.Selepas
ilmu wahyu ialah ilmu ilham dan institusi.Kemudian ilmu akliah dan akhirnya ilmu
indera.untuk mendapatkan ilmu yang paling baik ialah melalui indera kita
sendiri.Bagi pengetahuan akliah, akallah alatnya.Manakala pengetahuan emosi,
haruslah melalui institusi dan
ilham.Sumber yang paling baik untuk mendapatkan ilmu ialah melalui ilmu
wahyu.Oleh keranan kebenarannya itu menjadi tujuan asasnya
tentunya kebenaran itu yang menjadi pengukurnya kepada martabat sumber-sumber
ilmu itu.
Walaupun islam menerima ilmu itu yang bersumberkan wahyu sebagai sumber
utama tetapi ia tidaklah terputus dengan akal fikiran.umpamanya dalam
membuktikan kewujudan llah dalam ilmu Tauhid perlu mengambil factor hal
sekelilling sebagai dalil, dfikirkan mengikut keupayaan manusia.Bukti wahyu tersebut
sebagai dalil Naqli (bersumberkan al-Quran atau Wahyu)
Tegasnya dalil wahyu tidak dapat dipisahkan dari akal.Tetapi apabila bertembung
antara keduanya, wahyu itulah yang perlu diutamakan.

Selagi ilmu akal dan ilmu indera tidak bercanggahan dengan wahyu, selama itulah
keduanya boleh diterimapakai dalam islam
Ilmu ilham dan institusi
Ilham dan institusi merupakan satu sumber ilmu bagi manusia.Ia berlaku kepada
sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kepada hambaNya yang bertakwa.namun
begitu sumber ini mempunyai kaitan dengan deria manusia.Ilham adalah idea yang
diberikan oleh Allah kepada seseorang
untuk melakukan atau tidak sesuatu perkara terutama selepas melakukan usaha
usaha berfikir.
Sedangkan institusi pula ilmu yang dikurniakan Allah kepada seseorang untuk
mengetahui sesuatu dengan cepat secara semulajad jadi yang tidak memerlukan
usaha berfikir dahulu dan biasa diperolehi oleh mereka yang bertaqwa dan
bertaqarrub
BUDAYA ILMU
Budaya ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan atau suasana yang menunjukkan
setiap lapisan masyarakat baik secara langsung ataupun tidak langsung dengan
kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan atau peluang.Dalam hal ini
segala tindakan manusia baik pada tahap individu lebih-lebih lagi diperingkat
msyarakat di putus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan.
Kepentingan budaya ilmu
Melahirkan insan yang seimbang
Insan yang baik dan seimbang itu ialah manusia yang dapat menilai atau mengukur
sesuatu perkara itu baik atau buruk mengikut ukuran neraca Islam.Di samping
bijaksana dan kecekapan dalam segala tindakan untuk mencapai kemajuan atau
tamadun bangsa dan negara.Jiwa seimbang bermaksud seimbang dari segi
kekuatan rohani, intelektual, emosi dan jasmani
Melahirkan masyarakat yang berilmu
Matlamat ke arah pembudayaan ilmu ialah yang melahirkan masyarakat yang
berilmu dan cintakan ilmu.Masyarakat yang inginkan kebenaran dan meletakkan
ilmu pada kedudukan yang tinggi.Masyarakat yang sentiasa berlumba-lumba
memiliki ilmu, memperkembangkan, memanfaatkan dan menghayati ilmu untuk
kepentingan seluruh manusia dan alam sejagat.Masyarakat ini bukan sahaja
mahukan ilmu-ilmu yang bersifat keagamaan untuk akhirat tetapi juga mengambil
keutamaan dalam ilmu-ilmu keduniaan seperti politik, ekonomi, social, sains dan
teknologi sebagainya.
Melahirkan masyarakat yang berketrampilan

Masyarakat yang berbudaya ilmu adalah masyarakat yang mempu menangani


segala permasaalahan dan segala tugas yang diamanahkan, kuat
bekerja.istiqamah terutamanya dalam hal-hal yang memerlukan ilmu sebanyaknya.
Melahirkan masyarakat yang berakhlak/bermoral
Hasil atau kesan maysrakat berbudaya ilmu itu ialah mampu membina negara dan
bangsa yang bertamadun.
Pendidikan dan penghayatan ke atas ilmu akan melahirkan kepakaran-kepakaran
yang diperlukan untuk menuju sebuah negara maju dan berwawasan.
.
Ciri-ciri masyarakat berbudaya ilmu
Ahmad Muhammad Said menyatakan dalam penjelasan Budaya Ilmu menyatakan
antara cirri-ciri masyarakat berbudaya ilmu itu ialah:
Mencari ilmu
Ciri budaya ilmu yang ertama adalah usaha-usaha mencari ilmu dengan pelbagai
kegiatan melalui aktiviti-aktiviti yang boleh menggalakkan perkembangan budaya
ilmu seperti membaca, meneliti, melihat dan yang pentingnya ialah usaha-usahah
berfikir.Selain dari kegiatan berwacana, berbincang, berseminar, berdiskusi dan
sebagainya
Mengembangkan ilmu
Ciri budaya ilmu yang kedua bersabit dengan usaha mengembangkan
ilmu.Maksudnya ilmu bukan semata-mata dihadkan kepada pengguna sendiri malah
untuk faedah yang luas dan menyeluruh.Manusia hendaklah bersungguh-sungguh
untuk mengkaji dan menerokai pelbagai bidang ilmu.Niat mereka pula adalah untuk
memanfaatkan manusia
seluruhnya.Mereka mencatat dan merakamkan segala pendapatan, menulis dan
berkarya, supaya ilmu itu dapat disebarkan dan dikongsi dengan manusia lain dan
diwariskan kepada generasi seterusnya.
Mengamalkan dan menggunakan Ilmu
Ciri ketiga ialah ilmu dijadikan sebagai anduan dalam setiap kegiatan.
Mereka meletakkan ilmu di hadapan mengatasi emosi atau perasaan dalam setiap
keputusan dan amalan.Mereka menggunakan ilmu sebaik-baiknya supaya dapat
mendatangkan kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan.Mereka mencipta
pelbagai teknologi dan alat kemudahan yang boleh memberi sumbangan serta
memenuhi keperluan-keperluan dari segi fizikal, mental dan rohani.Hal yang
sedemikian kualiti hidup, dari segi kuantiti dan kualiti akan meningkat.Begitulah juga
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup mereka.
Mewujudkan Perhubungan Yang Baik

Ciri yang keempat ialah menyentuh secara khusus perhubungan di antara manusia
dengan ilmu, penuntut dengan guru, masyarakat dengan ilmuan dan ulama, Justeru
itu ilmu disanjung kerana intipatinya ialah kebenaran, maka orang-orang yang
berilmu bdan pengembang ilmu dihormati dan dimuliakan.Maka di sini lahirnya adap
pelajar menghormati guru, orang alim, cendiakawan dan ulama.Perhubungan yang
baik dan adab ini penting untuk membolehkan ilmu tersebut mendatangkan berkat
kepada pemiliknya.
Menegakkan Kebenaran
Ciri yang kelima berkait rapat dengan komitmen manusia untuk menegakkan dan
memperjuangkan kebenaran dan menolak kebatilan serta kepalsuan.Hal ini
seharusnya menjadi panji-panji hidup dan nilai tara yang mutlak dalam merumus dan
membuat keputusan.Keputusan ini dibuat dengan teliti melalui perbincangan dan
musyawwarah.Keputusan dibuat hasil daripada pertimbangan akal yang bersih dan
jiwa yang murni.Keadaan ini mencerminkan keihklasan, kejujuran dan keadilan yang
akhirnya menghasilkan natijah yang baik dan positif kepada diri
, keluarga, masyarakat dan negara.
Faktor-faktor Penggalak Kepada Budaya Ilmu
Melahirkan generasi Al-Quran
Al-Quran sebagai rujukan utama samaada aspek perundangan mahupun ilmu
pengetahuan.Melahirkan generasi al-Quran bermaksud membina masyarakat yang
mengkaji menyelidiki dan memahami segala isi kandungan al-Quran.Ini adalah
kerana
di
dalam
al
Quran
terkandung
pelbagai
bidang
ilmu
pengetahuan.anataranya ialah astronomi, biologi, sains, perubatan dan
matematik.Sungguhpun al-Quran telah diturunkan lebih daripada 1400 tahun
yanglampau namun masih banyak lagi isi kandungan yang tidak dapat diterokai oleh
manusia sehingga sekarang.Ini jelas membuktikan bahawa sekiranya generasi alQuran dibina maka secara tidak langsung mewujudkan genarasi yang
memebudayakan ilmu kerana ilmu itu sendiri berteraskan al-Quran
Perubahan nilai dan pandangan hidup
Bagi mewujudkan ilmu yang bersepadu dalam masyarakat perlulah kepada
perubahan nilai dan pandangan hidup.Nilai dan pandangan hidup yang dimaksudkan
itu mestilah berasaskan kepada aqidah islamiyyah, sesuai dengan kejadian manusia
yang mempunyai unsure-unsur rohani dan jasmani serta peranan manusia sebagai
pemenang amanah atau khalifah danpentadbir alam.pandangan dan nilai hidup yang
perlu mengambil kira bahawa alam ini bukan sahaja bersifat material tetapi juga
bersifat non-material atau
metafizik.Sistem nilai ini yang mementingkan ilmu dalam pembinaan individu dan
masyarakat.
Peranan Pemimpin dan Pemerintah

Pemimpin atau pemerintah juga tidak terkecuali dalam mewujudkan pembudayaan


ilmu di kalangan masyarakat.Pelbagai insentif yang boleh dijalankan oleh pihak
pemerintah.Antaranya ialah dengan memperbanyakkan program atau kegiatankegiatan yang berunsurkan ilmiah tidak semata-mata hiburan.Contohnya
mempromosikan
secara
besar-besaran
kepadan
seminar-seminar
dan
sebagainya.Jika di tinjau, promosi program yang berasaskan ilmiah amatlah kurang
sekali jika dibandingkan promosi album.filem, konsert artis yang diajalankan dengan
hebatnya.Situasi begini haruslah diubah oleh pihak pemerintah.Pemerintah juga
boleh meningkatkan lagi kemudahan prasarana ilmu di seluruh pelusuk daerah.
Pemerintah mempunyai kuasa yang cukup di dalam memastikan pembudayaan ilmu
tidak diabaikan.Pelbagai langkah lagi yang boleh dilaksanakan pemerintah seperti
mengadakan kempen kesedaran dan kepentingan ilmu dalam menjalani kehidupan
harian.
Peranan dan Kedudukan golongan ilmuan dan pendidik.
Golongan ulama (ilmuan) dan pendidik memainkan peranan penting dalam
menyedarkan masyarakat yang jahil tentang budaya ilmu.Kesedaran mereka
tentang kesepaduan ilmu sangat penting supaya peranan mereka tidak
disekunderkan oleh golongan lain seperti ahli-ahli pendidik yang mengambil
kesempatan dari kelesuan ulamak dan pendidik.Kedudukan mereka sebagai pakar
rujuk dan pendidik yang mereka bawa berteraskan aqidah islamiyyah
hendaklah mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat.Tugas mendidik bukan
sahaja dibebankan kepada ahli-ahli agama seperti ustaz dan ustazah, imam atau
guru-guru agama tetapi juga haruslah dilakukan oleh semua golongan.
Kesedaran dan Peranan ibu bapa
Proses pembudayaan ilmu bermula dari rumah dimana ibubapa mempunyai peranan
yang amat besar di dalam menghidupkan pembudayaan ilmu. Sebagai ibubapa
tindakkannya akan menjadi teladan kepada anak-anak. Oleh itu ibu bapa mestilah
menjadi role model kepada anak-anak dengan memperbanyakkan bahan bacaan
dan prasarana keilmuan yang mencukupi di dalam rumah.Contohnya menyediakan
satu bilik khas bagi tujuan rujukan dan sebagainya.Disamping itu juga ibu bapa
boleh memberi sokongan dan galakan yang berupa material ataupun moral kepada
anak-anak seperti membiayai penyertaannya di seminar atau konvensyen
Sistem pendidikan Negara
Sistem pendidiakn negara haruslah dinilai dari masa ke semasa.Dualisma dalam
system pendidikan negara adalah warisan penjajah.Sistem yang terlalu
berorentasikan peperiksaan semata-mata adalah untuk mengeluarkan pekerja yang
produktif dari segi ekonomi sahaja perlu dikaji semula
Kemudahan pembelajaran yang Baik dan sempurna
Kemudahan dan kelengkapan yang baik dan sempurna serta terkini sangatlah
diperlukan dalam mewujudkan suasana atau keadaan yang selesa dalam proses
pembelajaran. Institusi-institusi pendidikan dari peringkat rumah ke institusi
pengajian tinggi hendaklah dilengkapi dengan kemudahan yang tercanggih supaya

murid-murid dan pelajar-pelajar tidak ketingggalan maklumat dalam melahirkan


budaya ilmu
Peranan media massa
pengedar maklumat dan sumber maklumat dan bukan terlalu menekankan aspek
hiburan sahaja.Media Media massa haruslah memainkan peranan sebagai massa
juga hendaklah Mengambil peranan pendidikan secara yang lebih berkesan kerana
pengaruhnya yang begitu kuat dalam masyarakat]
Faktor-faktor Penggalak Kepada Budaya Ilmu
Melahirkan generasi Al-Quran
Al-Quran sebagai rujukan utama samaada aspek perundangan mahupun ilmu
pengetahuan.Melahirkan generasi al-Quran bermaksud membina masyarakat yang
mengkaji menyelidiki dan memahami segala isi kandungan al-Quran.Ini adalah
kerana
di
dalam
al
Quran
terkandung
pelbagai
bidang
ilmu
pengetahuan.anataranya ialah astronomi, biologi, sains, perubatan dan
matematik.Sungguhpun al-Quran telah diturunkan lebih daripada 1400 tahun
yanglampau namun masih banyak lagi isi kandungan yang tidak dapat diterokai oleh
manusia sehingga sekarang.Ini jelas membuktikan bahawa sekiranya generasi alQuran dibina maka secara tidak langsung mewujudkan genarasi yang
memebudayakan ilmu kerana ilmu itu sendiri berteraskan al-Quran
Perubahan nilai dan pandangan hidup
Bagi mewujudkan ilmu yang bersepadu dalam masyarakat perlulah kepada
perubahan nilai dan pandangan hidup.Nilai dan pandangan hidup yang dimaksudkan
itu mestilah berasaskan kepada aqidah islamiyyah, sesuai dengan kejadian manusia
yang mempunyai unsure-unsur rohani dan jasmani serta peranan manusia sebagai
pemenang amanah atau khalifah danpentadbir alam.pandangan dan nilai hidup yang
perlu mengambil kira bahawa alam ini bukan sahaja bersifat material tetapi juga
bersifat non-material atau metafizik.Sistem nilai ini yang mementingkan ilmu dalam
pembinaan individu dan masyarakat.
Peranan Pemimpin dan Pemerintah
Pemimpin atau pemerintah juga tidak terkecuali dalam mewujudkan pembudayaan
ilmu di kalangan masyarakat.Pelbagai insentif yang boleh dijalankan oleh pihak
pemerintah.Antaranya ialah dengan memperbanyakkan program atau kegiatankegiatan yang berunsurkan ilmiah tidak semata-mata hiburan.Contohnya
mempromosikan
secara
besar-besaran
kepadan
seminar-seminar
dan
sebagainya.Jika di tinjau, promosi program yang berasaskan ilmiah amatlah kurang
sekali jika dibandingkan promosi album.filem, konsert artis yang diajalankan dengan
hebatnya.Situasi begini haruslah diubah oleh pihak pemerintah.Pemerintah juga
boleh meningkatkan lagi kemudahan prasarana ilmu di seluruh pelusuk daerah.
Pemerintah mempunyai kuasa yang cukup di dalam memastikan pembudayaan ilmu
tidak diabaikan.Pelbagai langkah lagi yang boleh dilaksanakan pemerintah seperti

mengadakan kempen kesedaran dan kepentingan ilmu dalam menjalani kehidupan


harian.
Peranan dan Kedudukan golongan ilmuan dan pendidik.
Golongan ulama (ilmuan) dan pendidik memainkan peranan penting dalam
menyedarkan masyarakat yang jahil tentang budaya ilmu.Kesedaran mereka
tentang kesepaduan ilmu sangat penting supaya peranan mereka tidak
disekunderkan oleh golongan lain seperti ahli-ahli pendidik yang mengambil
kesempatan dari
kelesuan ulamak dan pendidik.Kedudukan mereka sebagai pakar rujuk dan pendidik
yang mereka bawa berteraskan akidah islamiyyah
hendaklah mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat.Tugas mendidik bukan
sahaja dibebankan kepada ahli-ahli agama seperti ustaz dan ustazah, imam atau
guru-guru agama tetapi juga haruslah dilakukan oleh semua golongan.
Kesedaran dan Peranan ibu bapa
Proses pembudayaan ilmu bermula dari rumah dimana ibubapa mempunyai peranan
yang amat besar di dalam menghidupkan pembudayaan ilmu.Sebagai ibubapa
tindakkannya akan menjadi teladan kepada anak-anak. Oleh itu ibu bapa mestilah
menjadi role model kepada anak-anak dengan memperbanyakkan bahan bacaan
dan prasarana keilmuan yang mencukupi di dalam rumah.Contohnya menyediakan
satu bilik khas bagi tujuan rujukan dan sebagainya.Disamping itu juga ibu bapa
boleh memberi sokongan dan galakan yang berupa material ataupun moral kepada
anak-anak seperti membiayai penyertaannya di seminar atau konvensyen
Sistem pendidikan Negara
Sistem pendidiakn negara haruslah dinilai dari masa ke semasa.Dualisma dalam
system pendidikan negara adalah warisan penjajah.Sistem yang terlalu
berorentasikan peperiksaan semata-mata adalah untuk mengeluarkan pekerja yang
produktif dari segi ekonomi sahaja perlu dikaji semula
Kemudahan pembelajaran yang Baik dan sempurna
Kemudahan dan kelengkapan yang baik dan sempurna serta terkini sangatlah
diperlukan dalam mewujudkan suasana atau keadaan yang selesa dalam proses
pembelajaran. Institusi-institusi pendidikan dari peringkat rumah ke
institusi pengajian tinggi hendaklah dilengkapi dengan kemudahan yang tercanggih
supaya murid-murid dan pelajar-pelajar tidak ketingggalan maklumat dalam
melahirkan budaya ilmu
Peranan media massa
pengedar maklumat dan sumber maklumat dan bukan terlalu menekankan aspek
hiburan sahaja.Media Media massa haruslah memainkan peranan sebagai massa

juga hendaklah Mengambil peranan pendidikan secara yang lebih berkesan kerana
pengaruhnya yang begitu kuat dalam masyarakat]
KESIMPULAN
Matlamat ke arah Pembudayaan ilmu ialah untuk melahirkan masyarakat yang
cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam system
nilai hidup mereka. Masyarakat jenis ini sentiasa berlumba-lumba untuk memiliki,
memperkembangkan, memanfaatkan dan menghayati ilmu untuk kepentingan
kehidupan seluruh manusia dan alam sejagat.
Antara ciri-ciri masyarakat madani ialah masyarakat berilmu dan bertamadun
berlandaskan kepada tamadun ilmu.Untuk tujuan itu, kita haruslah memulakan
dengan membaca majalah separuh akademik.Kita perlu membaca bahan yang
dapat dikatogerikan sebagai ilmu sebaliknya kurangkan dan elakkan daripada
membaca bahan bacaaan yang hanya memenuhi budaya perasaan kerana bahan
seperti ini hanya akan meransangakan nafsu, merosakkan jiwa serta melemahkan
akal kita. Membaca bahan bacaaan yang boleh menyegarkan minda serta jiwa akan
mencetuskan kesedaran
dalaman, dhamir yang hidup dan keinsafan
Sesungguhnya dalam membina jatidiri muslim, ilmu sangat diperlukan sebagai satu
nilai yang tidak dapat dipisahkan dari individu mahupun masyaraka.Al-Quran dan
hadis banyak menjelaskan tentang kepentingan ilmu agar umat islam menjadi kuat
melalui individu, keluarga dan seterusnya masyarakat.Bagi melahirkan masyarakat
berilmu, mereka perlu dijelaskan tentang konsep ilmu dalam islam agar mereka tahu
dari sudut makna dan kedudukan ilmu-ilmu dalam islam.Tanpa mengetahui konsep
ilmu ini mereka akan tersalah tafsir dan mudah dipesaongkan oleh
pihak-pihak lain terutamanya musuh-musuh islam dan pihak barat yang akhirnya
meletakkan akal lebih tinggi dari ilmu wahyu.
Wujudnya Budaya Ilmu dalam kehidupan kini bagi masyarakat dan individu Melayu
Muslim kini sangat diperlukan bagi memastikan kesinambungan dan kekuatan
bangsa Melayu agar mereka terus dihormati dan digeruni oleh pihak lain atau
bangsa-bangsa lain.
Kita perlu berhijrah untuk melakukan anjakan daripada satu tabiat yang belum jelas
posotif kepada tabiat posotif dengan mengutamakan pendidikan.Bayangkan kalau
kita boleh melahirkan masyarakat Malaysia seperti masyarakat yang pernah
membina tamadun besar dunia seperti masyarakat yunani yang dahulunya tersohor
kerana mengutamakan pendidikan. (paediea)
W.Wasiullah Khan, canselor east-West Univercity pernah mengungkapkan bahawa
bukan keperihalan jatuh bangun bangsa berkaitan rapat dengan ilmu
pengetahuan.Bangsa yang

bersungguh-sungguh menguasai ilmu, mengembangkan dan memanfaatkan ilmu


dengan hebat akan menjadi pemimpin dunia.Sebaliknya negara yang tidak
mengambil cirri-ciri di atas akan mengemis kepada orang lain untuk hidup.
Ini adalah reality kehidupan..reality dahulu, reality sekarang dan reality masa
depan.Ia adalan sunnah Allah justeru untuk menjadi pemimpin dunia, kita perlulah
dengan sedar menggunakan ilmu, mengembangkan, mengkaji dan memanfaatkan
ilmu
Penjelasan budaya ilmu perlu difahami sebagai satu keperluan dalam membina
jatidiri Melayu Muslim.Ciri-ciri masyarakat berbudaya ilmu, factor-faktor penggalak
dan penghalang kepada budaya ilmu itu serta cabarannya perlu difahami agar
usaha-usaha mengatasi halangan dan cabaran dapat dilakukan dengan lebih
berkesan.
Dalam mewujudkan suasana budaya ilmu peranan perlu dilakukan oleh semua pihak
yang tidak hanya dibebankan kepada golongan pendidik semata-mata.lebih penting
juga pihak berkuasa terutamanya pemimpin sebagai pembuat dasar hendaklah
sensitive dengan keadaan persekitaran agar budaya ilmu ini dapat diwujudkan
dalam melahirkan masyarakat Yang cemerlang
yang boleh menjadikan negara kita sebuah Negara yang gemilang terutamanya
dalam mencapai harapan dan hasrat negara ke arah wawasan 2020.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: http://abdazizharjin.blogspot.com
Newer PostHome
Simple template. Template images by gaffera. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai