Anda di halaman 1dari 13

Pengertian ilmu

Ilmu berasal dari perkataan Arab iaitu ‘ilm yang bermaksud tahu. Menurut Abd al-
Jabbar, ilmu ditakrifkan sebagai kepercayaan yang memuaskan jiwa bahawa objek
yang dipercayai itu adalah menepati perkara yang sebenarnya menurut realiti yang
berlaku. Professor Abdullah Hassan, seorang tokoh akademik memberikan definisi ilmu
sebagai apa saja yang bererti, bernilai dan berguna.

Prof. Syed Mohamad Naquib menjelaskan ilmu merujuk kepada kebenaran yang
tiba dalam rohani manusia ( kalbu, roh, nafs dan akal ) . Kebenaran yang sudah
mendapat tempat dan bertapak dalam diri akan menimbulkan keyakinan dan
menguatkan keimanan. Imam al-Ghazali pula memberi pengertian bahawa ilmu itu tidak
dapat dipisahkan dari hakikat.

Ilmu merupakan pelengkap kepada kebijaksanaan manusia dalam melakukan


tindakan.Ilmu akan mengangkat darjat ( martabat ) kebijaksanaan seseorang di
peringkat individu, masyarakat, Negara dan seterusnya memberikan dampak kepada
proses pembentukan sesutau tamadun manusia. Sekiranya pengetahuan kita mengenai
sesuatu itu tidak menepati kedudukan yang sebenarnya maka pengetahuan itu tidak
wajar diiktiraf sebagai ilmu atau tidak boleh digelar ilmu. Oleh yang demikian, konsep
ilmu islam amat ketara perbezaannya dengan konsep ilmu – ilmu lain. Ilmu islam
mempunyai ciri – ciri yang tersendiri iaitu ketuhanan ( Rabbaniah ), terbuka dan global.

Kesimpulannya, ilmu membawa maksud mengetahui, memahami, mengenalpasti


dan menyakini.
Konsep ilmu menurut ciri ketuhanan ( Rabbaniah )

Ketuhanan dari segi sumber, penggunaan dan matlamat ilmu. Ketuhanan dari
segi sumber bererti segala ilmu yang manusia perolehi berasal daripada Tuhan Yang
Maha Mengetahui sama ada secara terus iaitu wahyu ( Zabur, Injil, Taurat, dan al-
Quran ) atau secara tidak langsung iaitu melalui penelitian dan kajian terhadap alam
semesta. Ini selaras dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda
Rasulullah s.a.w dan ia termaktub di dalam surah al-Alaq : Ayat 1 yang memerintahkan
manusia supaya mencari ilmu ( membaca ) dengan nama Tuhan yang menciptakan. Ini
membuktikan bahawa semua ilmu dikaitkan dengan Allah s.w.t .

Ketuhanan dari segi penggunaan pula bererti ilmu yang diperolehi hendaklah
dilaksanakan selaras dengan syariat Islam tanpa sebarang penyelewengan. Manakala
ketuhanan dari segi matlamat ilmu bermaksud tujuan dan objektif pencapaian ilmu
adalah untuk memenuhi keperluan kehidupan manusia dan alam semesta dengan
secara keseluruhannya selaras dengan syariat Islam. Ilmu menurut Islam bukan bersifat
monopoli atau digunakan untuk kepentingan individu semata – mata bagi menjadikan
dirinya seorang manusia yang agung, berkuasa dan terkenal. Ini amat bertentangan
dengan ciri ketuhanan tersebut.
Konsep ilmu Islam menurut ciri terbuka

Terbuka dalam dua aspek iaitu memperolehi ilmu dan menggunakan ilmu. Ia
tidak membataskan sumber perolehan daripada kitab al-Quran atau al-Hadis sahaja.
Malah ilmu Islam tidak hanya terbatas untuk kegiatan keagamaan semata – mata
bahkan untuk kegiatan keduniaan.

Dr. Yusuf al-Qardawi membahagikan ilmu kepada dua bahagian. Pertama, ilmu
yang berkaitan dengan syariat ( akidah, ibadah dan akhlak ). Kedua, ilmu yang
berkaitan dengan pengurusan pembangunan tamadun manusia. Ilmu yang berkaitan
dengan syariat hanya bergurukan orang islam yang dipercayai keilmuanya ( mursyid ).
Manakala, ilmu berkaitan dengan pengurusan pembangunan tamadun manusia boleh
dituntut atau diperolehi daripada guru bukan islam.

Dalam konteks ini, Rasulullah s.a.w sendiri telah membuktikan bahawa sumber
ilmu untuk memajukan tamadun manusia ini tidak terbatas kepada orang Islam sahaja,
malah dari orang bukan islam . Manakala terbuka dalam penggunaan ilmu ialah ilmu
yang diperoleh hendaklah dikongsi sama ada di kalangan muslim atau bukan muslim.
Bahkan ilmu Islam tidak bersifat monopoli. Sejarah membuktikan sifat keterbukaan
dalam penggunaan ilmu dipraktikkan di Cordova dan Sicily iaitu pada zaman Kerajaan
Islam Andalusia. Orang – orang Eropah datang ke sana untuk mempelajari dan meneliti
ilmu pengetahuan terutama daripada sarjana – sarjana Islam. Kedatangan mereka tidak
dihalang, malah diberikan penghormatan. Sekiranya ilmu Islam tidak bersifat terbuka,
sudah semestinya mereka ini tidak akan disekat dan dihalang untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan tersebut.
Konsep ilmu Islam menurut ciri global

Keseluruhan ilmu yang memberikan manfaat kepada manusia sama ada ilmu
syariat atau ilmu pengurusan tamadun manusia. Hakikatnya, tidak wujud pemisahan
antara ilmu Islam dan ilmu sekular kerana keseluruhan ilmu yang bermanfaat telah
terangkum ke dalam ilmu Islam. Ibn Khaldun telah membahagikan ilmu Islam kepada
dua kategori : Ilmu naqliyyah dan ilmu aqliyyah . Ilmu naqliyyah merangkumi ilmu
syariat yang telah diwahyukan seperti akidah, ibadat dan akhlak. Manakala ilmu
aqliyyah pula meliputi ilmu yang terhasil daripada proses pemikiran ( kajian akal ),
pemerhatian dan penelitian tentang alam sekeliling.
Peranan ilmu dan pembangunan masyarakat Islam

Ilmu merupakan elemen terpenting yang memangkin pergerakan manusia untuk


melakukan penelitian, pengkajian dan menghasilkan penemuan baru atau teknologi.
Pencapaian – pencapaian ini merupakan puncak keupayaan akal dan kejayaan
manusia untuk membentuk sesuatu ketamadunan bagi memenuhi keperluan kehidupan
manusia dan makhluk – makhluk sekitarnya.

Imam al-Ghazali di dalam bukunya Ihya Ulum al-Din, menegaskan bahawa Islam
tidak menggalakkan umatnya memencilkan diri untuk beribadat dan meninggalkan
tuntutan mencari ilmu sama ada bagi kegunaan diri sendiri iaitu fardhu ain ataupun
kegunaan kegunaan masyarakat iaitu fardhu kifayah. Individu – individu yang berilmu
akan membentuk masyarakat yang cemerlang manakala individu yang jahil akan
mengagalkan proses pembangunan masyarakat. Justeru, masyarakat yang gemilang
merupakan representasi individu yang berilmu. Berikut ialah antara maksud Hadis yang
menyakini umat Islam akan kepentingan ilmu pengetahuan untuk hidup di dunia dan
akhirat :

 Mencari ilmu itu wajib ( fardhu ain ) ke atas tiap – tiap orang Islam, samada lelaki
dan perempuan.

 Carilah ilmu semenjak dari buaian hingga keliang lahad.

 Apabila seseorang manusia itu mati, semuanya akan luput kecuali tiga perkara:
harta yang diwakafkan, ilmu yang berguna dan anak lelaki yang soleh yang
mendoakan untuk kebahagiaan kedua ibubapanya.

 Kemajuan dunia akan tercapai dengan menggunakan akal yang berdasarkan


ilmu. Keruntuhan dunia disebabkan oleh kejahilan.

 Menuntut ilmu lebih mulia dan afdal daripada sembahyang sunat.

 Dakwat yang mengalir daripada seseorang yang menuntut ilmu lebih suci
daripada darah orang yang mati syahid.
Rasulullah s.a.w banyak menyebut tentang kelebihan orang yang berilmu. Malah
setiap individu muslim wajib menuntut ilmu. Hadis Baginda s.a.w :

“ Menuntut ilmu adalah wajib keatas setiap lelaki dan perempuan . “


( Hadis Riwayat Ibn Majah dan Baihaqi )

Kesimpulannya, Islam tidak dapat dipisahkan dengan Ilmu pengetahuan. Dengan Ilmu,
seseorang dapat merasakan kehebatan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t . Oleh itu
bertambah keimanan dan ketakwaannya dan dengan penuh kesedaran dia beramal
ibadah semata – mata kerana Allah.
Kedudukan cendekiawan di sisi Islam

Islam meletakkan para cendekiawan dan sarjana di tahap yang tinggi. Ia


termaktub dalam al-Quran apabila Allah menyatakan kedudukan orang yang berilmu di
tahap yang tinggi dalam beberapa surah. Antaranya firman Allah S.W.T yang
bermaksud :

Allah meninggikan kedudukan orang –orang beriman di kalangan kamu dan


orang – orang yang berilmu beberapad darjat ( Surah Al-Mujadalah : ayat 11 )

Selain daripada itu, Islam juga mengaitkan cendekiawan dengan orang – orang yang
bertakwa kepada Allah S.W.T :

Sesungguhnya orang yang bertaqwa ( orang – orang menaruh bimbang dan


takut melanggar perintah Allah ) terdiri daripada orang – orang yang berilmu
( Surah Al-Fatir : ayat 28 )

Disamping itu, Allah turut mengakui bahawa orang yang berilmu tidak sama dengan
orang yang tidak berilmu :

Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu,
sesungguhnya orang –orang yang dapat mengambil pelajaran hanyalah orang –
orang yang berakal ( Surah Al-Zumar : ayat 9)

Rasulullah s.a.w banyak menyebut tentang kelebihan orang yang berilmu. Malah
setiap individu muslim wajib menuntut ilmu. Hadis Baginda s.a.w :

“ Ulama ( cendekiawan ) adalah pewaris para Nabi. “

( Hadis Riwayat al-Baihaqi )

“ Orang yang berpeluang member syafaat pada hari kiamat ada tiga
golongan : Nabi, ulama dan syuhada. “

( Hadis Riwayat Ibn Majah )


Daripada huraian diatas, menunjukkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan sehingga
meletakkan para ilmuan di taraf yang mulia disisi Allah. Sebaliknya seseorang yang
rajin beribadah tetapi tidak berilmu kruang sempurna kedudukannya disisi Islam. Sabda
Rasulullah s.a.w bermaksud :

“ Kelebihan seseorang ilmuan keatas seseorang ‘ abid ‘ ( orang yang


beribadah sahaja ) seperti berkelebihan bulan purnama keatas bintang “
Tokoh - tokoh cendekiawan Islam dan sumbanganya

Tokoh Ahli Fizik Islam

 Al-Biruni, beliau adalah pengkritik teori fizik Aristotle. Beliau membuat kajian
graviti, jirim, ruang dan gerakan bumi, mekanik dan hidrostatik.

 Suhrahwadi, beliau adalah pengasas teori cahaya termasuklah gerakan dan


kepantasan cahaya. Beliau berpendapat bumi dan planet lain mematuhi hokum
yang sama.

Tokoh Perubatan Islam

 Ar – Razi, beliau mementingkan praktis perubatan klinikal lebih daripada teori


semata –mata . Beliau juga menghasilkan lebih daripada 20 jilid penulisan.

 Ibnu Sina, beliau ialah seorang yang genius dan tokoh perubatan yang
teristimewa pernah ditemui sepanjang sejarah. Beliau juga digelar sebagai
Prince of Physicians.

Tokoh Kimia

 Ibnu Yazid, beliau telah menterjemahkan teks kimia Iskandariah dan


mengahsilkan penulisan kimia. Beliau juga merupakan seorang penyair dan
menghasilkan syair tentang kimia.

 Abu Musa Jabir al-Hayyan, beliau seorang pakar utama dalam kimia dan bapa
ilmu kimia moden. Beliau juga banyak menghasilkan penulisan tentang kimia dan
menggunakan operasi zahir keatas bahan kimia dan logam sebagai sokongan
kepada penukaran rohani.
Tokoh Biologi

 Al – Asma, beliau menulis beberapa buah buku seperti Kitab al-Ibil, Kitab al-
Khail, Kitab al-Wahusy dan Kitab al-Sya yang mengandungi kajian tentang
biologi haiwan. Kitab Khalq al-Insan pula mendedahkan ilmu yang agak banyak
tentang anatomi manusia.

 Al – Jahiz, beliau menulis sebuah buku tentang haiwan beratajuk Kitab al-
Hayawan. Buku ini menyentuh pekara persaingan antara haiwan – haiwan untuk
survival kehidupan dan adaptasi meraka kepada alam sekitar.
Pembahagian ilmu

Ibnu Khaldun telah membahagikan ilmu kepada dua bahagian,iaitu ilmu fardhu
ain dan fardu kifayah.

Fardu Ain

Iaitu ilmu yang berasakan wahyu, ilmu yang menjadi dasar ajaran Islam dan
disampaikan Allah secara langsung kepada Nabi Muhamad s.a.w.

Ilmu ini wajib dipelajari oleh setiap individu muslim kerana ianya menjadi
panduan, akidah, syariah, ibadah dan akhlak. Pengetahuan yang mendalam dan
kefahaman yang luas tentang ilmu – ilmu ini akan melahirkan muslim yang sempurna
keimanan, amalan dan akhlak serta tidak akan terpesong dari ajaran sebenar. Justeru
itu, ilmu fardhu ain bersifat benar, mutlak dan tidak akan berubah disebabkan
peredaran zaman.

Termasuk dalam ilmu ini ialah ilmu ketuhanan atau ilmu tauhid, iaitu yang
membahaskan tentang ilmu manusia kepada Allah s.w.t serta cabang – cabangnya .
Selain itu,termasuk dalam kelompok ilmu fardhu kifayah.
Fardhu Kifayah

Ilmu fardu kifayah adalah juga wajib dipelajari oleh sebahagian orang Islam
untuk Memenuhi keperluanorang Islam yang lain.Sekiranya pengetahuan tentang ilmu-
ilmu berkenaan tidak diketahui oleh semua orang Islam, maka semua akan menaggung
dosa. Antara bidang ilmu dalam kumpulan fardhu kifayah, termasuklah perubatan,
undang-undang dan pentadbiran, hukum, jenayah kemasyarakatan dan lain-lain lagi.

Tidak digalakkan seseorang mempelajari ilmu fardhu kifayahsebelum dia


mengetahui dan mempelajari ilmu fardhu ain terlebih dahulu. Ilmu pada peringkat ini
ialah sebarang ilmu pengetahuan yang diperolehi, hasil pencapaian individu, daya
usaha akal melalui pengalaman hidup, penyelidikan dan pengkajian seseorang. Ia
mempunyai nilai kehidupan berbentuk duniawi ( kegunaan dunia ) yang berupa alat
bagi manusia untuk menyempurnakan kehidupan individu mahupun kolektif dari aspek
sosial, material dan fizikal seperti ilmu matematik, sains, fizik, biologi, kimia, falsafah
dan lain – lain .

Ilmu – Ilmu ini wajib dipelajarinya contohnya umat Islam wajib mempelajari ilmu
matematik, kerana ilmu ini memainkan peranan hampir dalam semua bidang seperti
ekonomi, perniagaan, pembangunan, bahkan dalam aspek ibadah khusus seperti solat,
zakat, haji dan lain – lain .

Ilmu – ilmu ini wajib dipelajarinya contohnya umat Islam wajib mempelajari ilmu
matematik, kerana ilmu ini memainkan peranan hampir dalam semua bidang seperti
ekonomi, perniagaan, pembangunan, bahkan dalam aspek ibadah khusus seperti solat,
zakat, haji dan lain-lain. Begitu juga dalam bidang Ilmu sains, kerana ilmu ini dapat
meningkatkan taraf hidup manusia. Disamping itu, ilmu sains mengukuhkan lagi
kepercayaan kepada Tuhan. Sains juga merupakan salah satu alat yang dapat
membuktikan kewujudan Tuhan berdasarkan kajian tentang penciptaan manusia,
proses siang dan malam, dan sebagainya.
Berdasarkan huraian ini, jelas menunjukkan bahawa Islam tidak memisahkan
ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah, malah kedua-duanya saling mengukuhkan di
antara satu sama lain. Prinsip inilah yang membawa kepada kecemerlangan hidup di
dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai