Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya dapat saya Md. Sahpari bin Md. Nor dapat menyiapkan tugasan PQE
3102 ini dengan jayanya. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah mempelajari
dan mengetahui banyak perkara terutama tentang Perkembangan Ulum Al-Quran Dan
Al-Hadis.

Sebagai pelajar, saya tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai jenis


tekanan terutamanya ketika menyiapkan tugasan. Saya perlu bijak dalam
membahagi masa dalam membuat tugasan yang lain serta membahagi masa yang
diperlukan untuk aktiviti lain. Sepertimana yang diketahui, banyak dugaan atau
rintangan yang terpaksa ditempuhi dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Pembahagian
masa, sukar memahami soalan yang diinginkan, wang, mendapatkan maklumat yang
diperlukan dan sebagainya menjadi faktor utama dalam cabaran menyiapkan tugasan
ini. Banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa dan tambahan
tanggung jawab di sekolah yang juga tidak kurang banyaknya, sedikit sebnayak telah
melemahkan semangat saya.. Namun, sebagai seorang pendidik saya telah melihatnya
sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk menanganinya.

Bagaimanapun berkat tunjuk ajar pensyarah saya, Ustaz Mohd Said bin
Ibrahim dalam membantu menjelaskan segala kemusykilan dalam mendapatkan
maklumat dan penerangan bagaimana untuk menyiapkan tugasan dengan baik.
Penerangan beliau amat membantu saya dalam tugasan ini. Berkat ilmu dan tidak lokek
berkongsi ilmu bersama yang lain, saya berjaya melakukan yang terbaik untuk tugasan
ini. Alhamdulillah ianya banyak membantu saya dalam pembelajaran di sekolah.

MD. SAHPARI BIN MD NOR

740624-11-5177

Anda mungkin juga menyukai