Anda di halaman 1dari 8

Panitia Pendidikan Islam 2019

KERTAS KERJA

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ & IHYA’ RAMADHAN

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

TAHUN 2019

PERINGKAT SMK KALAKA, ROBAN

2019M/1440H

TARIKH:

2019

TEMPAT:

SMK KALAKA, ROBAN

1
Panitia Pendidikan Islam 2019

KERTAS KERJA
PROGRAM ISRA’ MIKRAJ DAN IHYA’ RAMADHAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 2019
PERINGKAT SMK KALAKA, ROBAN

1.0 Pendahuluan

Panitia Pendidikan Islam sentiasa merancang dan melaksanakan program- program dan
aktiviti- aktiviti yang dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman dan
pengetahuan mereka. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat persaudaraan dalam
kalangan murid beragama Islam.

Program Isra’ Mikraj dan Ihya’ Ramadhan Tahun 2019 Panitia Pendidikan Islam yang
dirancang ini bertujuan memberikan pengalaman kepada murid dalam
menghidupkan bi’ah Islam di sekolah. Sambutan Isra’ Mikraj yang disambut akan
menggalakkan pelajar menghayati peristiwa perjalanan malam Rasulullah saw. Manakala
sambutan Ihya Ramadhan yang dirancang bertepatan dengan kedatangan bulan Ramadhan
yang hampir tiba. Bulan ramadhan yang datang setiap tahun yang merupakan bulan yang
diwajibkan berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira dimana mana.
Kedatangan bulan yang mulia ini pihak Kelab Agama Islam merancang beberapa program
yang bersesuaian dengan kemampuan murid-murid sekolah di sini. Semua perancangan dalam
kertas kerja ini melibatkan semua guru dan kakitangan Muslim.

Di samping itu, program ini berperanan sebagai penjana kepada Kurikulum Pendidikan
Islam di sekolah-sekolah dan mendidik generasi yang mencintai ilmu. Diharapkan semua
mengambil bahagian untuk meraikan kedatangan bulan ramadhan al mubarak.

2.0 Rasional

1. Memberikan kesedaran betapa perlunya menghayati hikmah peristiwa yang berlaku


2. Memupuk dan mengeratkan hubungan antara guru, dan murid.
3. Mendedahkan murid-murid dengan kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadhan
4. Menggalakkan mereka menjalani ibadah puasa dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

2
Panitia Pendidikan Islam 2019

3.0 Tempoh Pelaksanaan

Program Panitia Pendidikan Islam Tahun 2019 ini dirancang untuk dilaksanakan mengikut tarikh
tertentu dalam tempoh tahun 2019.

4.0 Objektif

1. Menyediakan aktiviti bercirikan Islam.


2. Mendedahkan murid dengan pelaksanaan ibadah yang betul
3. Melatih murid supaya cemerlang mendalami pengetahuan dalam bidang tertentu
sebagai persediaan untuk bersama masyarakat.
4. Meraikan kedatangan bulan ramadhan yang disyariatkan berpuasa
5. Memperbanyakkan amalan dibulan yang diberkati
6. Memberikan pengalaman yang berguna kepada para pelajar suasana majlis dibulan
ramadhan
7. Merapatkan hubungan sesama kakitangan dan guru

5.0 Kumpulan sasaran

 Semua pelajar Islam dan guru- guru di SMK Kalaka.

6.0 Lokasi

SMK Kalaka, Roban.

3
Panitia Pendidikan Islam 2019

7.0 Pelaksanaan Program

Aktiviti ini melibatkan semua pelajar beragama Islam di SMK Kalaka, guru dan juga ibu bapa
atau penjaga pelajar tanpa mengira latar belakang atau status pelajar berkenaan sama ada
sebagai pelajar harian atau penghuni asrama. Program ini dilaksanakan secara berteruskan
pada hari persekolahan. Ia ditunjukkan melalui carta alir di bawah.

Menyediakan Kertas Kerja

Melantik Ahli Jawatankuasa

Memaklumkan kepada semua guru


Sebelum

Memaklumkan kepada semua murid


dalam perhimpunan sekolah

Memaklumkan kepada semua ibu bapa /


penjaga

Sesi berbincang ringkas bersama guru

Semasa
Pelaksanaan program

Menyediakan Laporan bertulis dan


bergambar kepada Pihak PPD dan KPM
sekiranya perlu
Selepas

Membuat Post Mortem Program untuk


penambahbaikan sekiranya perlu

4
Panitia Pendidikan Islam 2019

8.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : En. Iman bin Haji Joni


Pengetua

Naib Pengerusi : En. Zubaidi bin Rajimi


Pengerusi kelab Agama Islam

Setiausaha : Siti Na’ilah binti Junaidi


Penyelaras Panitia Pendidikan Islam

Ahli : Semua Guru (Islam)

5
Panitia Pendidikan Islam 2019

9.0 Anggaran Perbelanjaan

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM ISRA’ MIKRAJ & IHYA’ RAMADHAN


TAHUN 2019 PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK KALAKA, ROBAN.

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN


PERKARA HARGA JUMLAH

BUNTING (1 X 100)RM100 RM100.00

BANNER NUZUL AL-QURAN


( 1 X RM160) RM160.00

BANNER KHATAM AL-


QURAN ( 1 X RM160) RM160.00

KERTAS A4 (PUTIH)
(4 X RM13.00) RM52.00

KERTAS A4 (WARNA)) (3 X RM22.00 RM66.00

SET ALAT TULIS RM368.00


(46 X RM 8.00)
KERTAS A3 RM50.00
(2 X RM25.00)
BUNGA TELUR
(100 X RM2.00) RM200.00

PROGRAM ISRA’ MIKRAJ

PERKARA HARGA JUMLAH


MINUM PAGI RM3 x 80 RM240.00

JUMLAH BESAR RM1396.00

6
Panitia Pendidikan Islam 2019

10.0 Implikasi Program

Keberkesanan program ini diharapkan dapat menampakkan nilai-nilai yang positif. Antaranya
adalah seperti berikut ;
1. Kadar kehadiran murid secara bulanan ke sekolah meningkat .
2. Hubungan murid dan guru dapat ditingkatkan lagi.
3. Meningkatkan silaturahim murid dengan ibu bapa serta pengalaman untuk
meningkatkan prestasi akademik murid.
4. Menerapkan nilai Islam dalam kehidupan seharian.

11.0 Penutup
Adalah diharapkan usaha mengadakan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan ini mampu untuk
menggalakkan murid mendalami ilmu agama Islam dengan lebih proaktif.. Malah ia juga
dijadikan sebagai medium bagi mengukuhkan kefahaman murid dalam ibadah yang dilakukan
dalam kehidupan seharian. Program ini juga diharap dapat menarik minat murid terhadap mata
pelajaran Pendidikan Islam serta dapat merapatkan ukhuwah antara murid dan guru serta
menyahut cabaran wawasan 2020 melahirkan individu yang progresif dan cemerlang.

Disediakan oleh,

.............................................
(SITI NA’ILAH BINTI JUNAIDI)
Penyelaras Panitia Pendidikan Islam SMK Kalaka

Disemak oleh,

................................................
(MARTIN ANAK JALIN)
Ketua Bidang Kemanusiaan SMK Kalaka

Disahkan oleh,

..................................
(IMAN BIN JONI)
Pengetua,
SMK Kalaka Roban

7
Panitia Pendidikan Islam 2019

Anda mungkin juga menyukai