Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG DAN PROGRAM

PENINGKATAN DISIPLIN MURID SESI 2022/2023

ATURCARA TEKS PENGACARA CATATAN


UCAPAN ASSALAMUALAIKUM WTH DAN SALAM SEJAHTERA...
ALU- ALUAN
KE PEKAN KUALA MEMBELI BINGKA,
SAYANG PESANAN TERLUPA SUDAH,
MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA,
DENGAN ALUNAN MADAH YANG INDAH.

MELATI KUNTUM TUMBUH MELATA,


SAYANG MERBAH DI POHON CEMARA;
ASSALAMMUALAIKUM MULANYA KATA,
SAYA SEMBAH PEMBUKA BICARA.

YANG BERUSAHA
TN SALIM BIN ZAINUDIN
PENGETUA
SMK BANDAR BARU SUNGAI LONG

YANG DIHORMATI
PN ROSNEE BINTI ABD RAHMAN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
EN ON BIN ARASAD,
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,

PN NORAINI BINTI MD YASIN,


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,

PN FADZILAH BINTI BAKAR


PENOLONG KANAN PETANG,

BARISAN GURU-GURU KANAN MATA PELAJARAN, GURU-


GURU DAN SETERUSNYA MURID-MURID YANG DIKASIHI
SEKALIAN....

Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana pada petang ini


dapat kita bersama-sama dalam majlis perhimpunan rasmi
mingguan bagi menyaksikan Majlis Pelancaran Program
Amalan Guru Penyayang dan Program Peningkatan
Disiplin Murid bagi sesi 2022/2023 yang dianjurkan
oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

1
UCAPAN Hadirin yang dirahmati sekalian,
PENGACARA
MAJLIS Program guru penyayang ini bertujuan untuk
meningkatkan sifat kepedulian guru terhadap muridnya
dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap
mesra, mengambil berat,berbudi bahasa, saling hormat-
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar

Program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa raga


murid agar mereka menghargai dan menyayangi sekolah,
guru, ibu bapa, masyarakat dan negara.

Program Peningkatan Disiplin Murid pula bertujuan


untuk menggalakkan murid untuk hadir awal ke sekolah
dengan menggunakan unsur-unsur peneguhan positif
serta mengurangkan gejala buli, gaduh dan ponteng
sekolah.

Antara program yang dirancang bagi kedua-dua program


ini adalah memberikan hadiah hari lahir kepada murid,
program mentor mentee, mengalu-alukan kehadiran
murid ke sekolah, program masa itu emas, program
ziarah cakna serta program jauhi budaya buli dan gaduh.

UCAPAN Sudilah tuan jalan berlapan,


PERASMIAN Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah kalian beri perhatian,
Ucapan perasmian pemanis kalam.

Bagi menyempurnakan majlis pada petang ini, majlis


dengan penuh takzim mempersilakan Tn Salim bin
Zainudin, Pengetua SMK Bandar Baru Sungai Long
untuk memberikan ucapan perasmian bagi Majlis
Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang dan
Program Peningkatan Disiplin Murid bagi sesi
2022/2023.

(UCAPAN PENGETUA)

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas


ucapan yang begitu bermakna itu tadi daripada Tn
Pengetua.

GIMIK Guru-guru dan murid-murid sekalian, seterusnya


PERASMIAN saya serahkan majlis kepada wakil Pembimbing
Rakan Sebaya saudari Tang Xing Tien bagi
meneruskan acara majlis kita pada petang ini.

2
(SKETSA DARI PRS)

Diharapkan dengan sketsa yang dilakonkan oleh


barisan Pembimbing Rakan Sebaya itu tadi dapat
memberikan inspirasi kepada semua murid untuk
membudayakan amalan yang baik ini.

Guru mengajar sepenuh hati,


Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang

PENYERAHAN Sebagai penutup tirai program kita pada hari ini, saya
KIT MENTOR teruskan acara dengan Penyampaian Kit Mentor Mentee
MENTEE kepada Penyelaras Tingkatan. Untuk itu, saya
mempersilakan sekali lagi Tn Pengetua, Tn Salim bin
Zainudin untuk menyampaikan kit mentor mentee
kepada Guru Penyelaras Tingkatan. Dipersilakan…………..

Dijemput Penyelaras Kelas Peralihan:


Pn Malar Vily a/p Tangarajoo

Seterusnya dijemput Penyelaras Tingkatan 1:


Pn Junaidah binti Mohd Salleh

Dan akhir sekali dijemput Penyelaras Tingkatan 2:


Pn Norlida binti Husin

Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua dan Guru


Penyelaras Tingkatan.

PENUTUP
MAJLIS
Dengan berakhirnya penyampaian kit mentor mentee
sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Pelancaran
Program Amalan Guru Penyayang dan Program
Peningkatan Disiplin Murid bagi sesi 2022/2023.

Sekiah, w.b.t

Anda mungkin juga menyukai