Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUP MINGGU ORIENTASI PENDIDIKAN KHAS


TAHUN 2022

CUE AGENDA
ALU-ALUAN Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan aluan madah yang indah.

Kami bawakan kepada anda “MAJLIS PENUTUP MINGGU


ORIENTASI PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2022.

PROTOKOL SALAM SEHATI SEJIWA BANGKIT BERSAMA


SALAM SEJAHTERA

Yang Berusaha,
Pn Wan Khatijah Binti Wan Abdullah
Pengetua SMKTBR 1

Pn Habibah binti Hamzah


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Pn Maziran binti Mustafa Kama


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Zaiton binti Hj Zainuddin


Penolong Kanan HEM

Pn Jaya Jothi a/p Raman


Penolong Kanan Kokurikulum

Pn Asmahan Binti Abdul Halim


Penolong Kanan Petang

Yang dihormati
Barisan GKMP, Barisan Kaunselor Sekolah, Guru-guru PPKI
dan PPM PPKI SMKTBR 1 dan
anak-anak yang dikasihi sekalian.
UCAPAN MC Saya mewakili Ahli jawatankuasa Majlis Penutup Minggu
Orientasi Pendidikan Khas Tahun 2022 mengucapkan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas
kedatangan para hadirin sekalin ke majlis pada hari ini.

BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
(Cikgu Saufi) Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian.

Untuk memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita


sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi
dengan membuka majlis ini dengan bacaan doa.

Majlis mempersilakan cikgu Amirul Saufi bin Abdul Rahim


bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan,…………

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu


Muhammad Soleh bin Mansor atas bacaan doa itu.

TAYANGAN Para hadirin yang dikasihi semua,


MONTAJ
Majlis ini adalah kemuncak kepada Minggu Orientasi PPKI
yang telah dijalankan sejak 4 April 2022. Pelbagai aktiviti
telah dilakukan oleh murid. Antaranya ialah sesi taklimat
dengan guru-guru PPKI, Taklimat Unit Bimbingan
Kaunseling, Ice Breaking, Taklimat Nilam, Pengenalan
Sukan Stacking, Pemilihan AJK Badan Berunifom
Pengakap, Kelab Keusahawanan dan Kelab Sukan Stacking
serta aktiviti berkumpulan di Surau Al-Khaustar. Syabas
dan tahniah diucapkan kepada para guru dan murid atas
Kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan.

Majlis menjemput para hadirin semua untuk menonton


Montaj Minggu Orientasi PPKI Sesi 2022/23.
Dipersilakan…

UCAPAN PKPK Para hadirin yang dikasihi semua,

(Pn Haibah Binti


Hamzah) Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan PN. HABIBAH BINTI
HAMZAH, Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Taman
Bunga Raya (1) untuk memberikan ucapan. Dengan
sukacitanya dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan


sebentar tadi.

UCAPAN
PENGETUA Puteri Bongsu Cantik Mejelis,
Dari Kayangan Turun Ke Pekan,
(Pn Wan Kathijah Untuk Menambahkan Keserian Majlis,
Binti Wan
Ucapan Pengetua Kita Dengarkan.
Abdullah)
.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan dan menjemput


yang dikasih,

Yang Berusaha
Pn Wan Khatijah binti Wan Abdullah
Pengetua SMK Taman Bunga Raya (1)

Untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan hormatnya


Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-


tinggi penghargaan kepada Puan Pengetua atas ucapan dan
kesudian menyerikan majlis kami ini.

PENYAMPAIAN Para hadirin sekalian


HADIAH
Majlis diteruskan dengan acara “Penyampaian Hadiah
(Kumpulan/Kumpulan kepada semua pemenang-pemenang aktiviti minggu
Terbaik dan Sukan
orientasi”. Dengan ini, majlis menjemput dan
Stacking)
mempersilakan Pn PK Pendidikan Khas mengiringi Pn
Pengetua untuk acara penyampaian hadiah dan
cenderahati.

Dipersilakan…..
KATEGORI : CENDERAMATA KEPADA KAUNSELOR

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit


Bimbingan Kaunseling Sekolah kerana sentiasa Bersama
dengan PPKI untuk membimbing dan memberi semangat
kepada murid-murid PPKI. Pihak PPKI sentiasa mengenang
jasa UBK. Dengan ini, majlis menjemput wakil kaunselor Cg
Rashid menerima cenderamata daripada PPKI.
Dipersilakan tuan….

KATEGORI : KUMPULAN
1. Ketua Kumpulan tampil hadir kehadapan untuk
menerima hadiah. Dipersilakan ….
KUMP 1, 2 3, 4,5, 6, 7 & 8

KATEGORI : KUMPULAN TERBAIK


Telah dimenangi oleh Kumpulan 5. Dipersilakan ketua
kumpulan 5 wakil untuk menerima hadiah.

KATEGORI : SUKAN STACKING


Tempat ke-3 dimenangi oleh : Yassin
Seterusnya tempat ke-2 dimenangi oleh : Akif
Dan Johan bagi Pertandingan Sukan Stacking ialah :
Khaira Sofea.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Pengetua dan Pn PK


Pendidikan Khas atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

PENUTUPAN Para hadirin sekalian,


MAJLIS
Bak Kata orang…
Kalau Memanjat, sudah sampai ke puncak…
Kalau menurun, sudah sampai ke Lembah,
Kalau terjun, sudah sampai ke Tanah,
Kalau Berenang sudah sampai ke Pantai,

Dengan penyempurnaan upacara penyampaian hadiah maka


majlis kita pada hari ini nampaknya sudah sampai ke
penghujungnya.

PENUTUP Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
Bersama-sama memeriahkan “Majlis Penutup Minggu
Orientasi PPKI Sesi 2022/23” ini.

Pergi Ke Dusun Memetik Kelapa


Kelapa Muda Si Kelapa Barli,
Jari Disusun Maaf Dipinta
Panjang Usia Bersua Kembali
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan majlis ini.

Sekian Terima Kasih…


Jumpa lagi…

Anda mungkin juga menyukai