Anda di halaman 1dari 11

BIL ATURCARA SKRIP CATATAN

, KATA ALU-ALUAN Majlis mengalu-alukan ketibaan Yang di Hormati Ustaz Mohd Khalid bin Abd
MAJLIS Majid Naib Yang dipertua Persatuan ibubapa Guru SK Pulau Rusa.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita mulakan majlis pada hari ini dengan nyanyian 2 buah lagu iaitu lagu
Negarak dan lagu Dirgahayu Negeri Pahang. Hadirin diminta berdiri dan
seterusnya menyanyikan lagu – lagu tersebut dengan penuh semangat.

(MUZIK LAGU NEGARAKU / LAGU NEGERI PAHANG/)

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang kata disua.

Sireh berlipat sirih pinang


Sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha Encik Mohd Khalid bin Abdul Majid, NYDP PIBG SK Pulau
Rusa,
Yang Berusaha Encik Azhar bin Jamin, Guru Besar SK Pulau Rusa,
Yang Berusaha Encik Marzuki bin AB Ghani, PK Pentadbiran,
Yang Berusaha Encik Mohd Harmimi bin Kamaluddin, PK HEM
Yang Berusaha Encik Fadzrul Nizam bin Mohd Idrus, PK KOKO,
Yang Berusaha Ahli-ahli jawatankuasa Pelaksana Majlis Apresiasi 2022/2023
serta warga Dewan Budiman yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita


berkumpul pada pagi yang ceria ini, untuk menjayakan MAJLIS APRESIASI
2022/2023
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

2 BACAAN DOA Dengan bismillah lafaz dimula,


Dengan bismillah restu dipinta,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya,
Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al-fadhil ustaz
Mohd Harmimi bin Kamaluddin.Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

(BACAAN DOA)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
bacaan doa itu tadi.
Dalam majlis ini kami bermadah,
Mengucap puji alhamdulillah,
Doa tadi pembuka wadah,
Semoga majlis beroleh limpah.
3 UCAPAN Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
PENGETUA
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan tuan guru besar SK Pulau Rusa,
Encik Azhar bin Jamin untuk menyampaikan ucapan, untaian kata,
kalungan wacana. Dipersilakan tuan.

(UCAPAN GB)

ULASAN : Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi


semangat dan dorongan kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak
sekolah bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa
dan negara sebagaimana kata pepatah ‘serumpun bak serai, sesusun bak
sirih, ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan tuan guru besar itu tadi.
UCAPAN PERASMI Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Dihormati En Mohd Khalid


bin Abdul Majid NYDP SK Pulau Rusa menyempurnakan persada ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi bagi tahun 2022/2023.
Dipersilakan tuan.
SESI 1:
Penyampaian Berburu ke padang datar,
Anugerah Tahap Dapat rusa berbelang kaki,
Penguasaan Berguru kepalang ajar,
Terbaik Tahap 1&2 Bagai bunga kembang tak jadi.

Sesungguhnya kekayaan cendekiawan dinilai pada ilmu di minda,


Kekayaan diri insan dinilai pada budi ditabur serta murni baktinya.
Majlis dimulai dengan Penyampaian Sijil dan cenderahati Prasekolah. Majlis
denga sukacitanya mempersilakan En Mohd Harmimi B Kamaluddin
menjemput dan mengiringi En. Mustaffa b Daud Pegawai Perhubungan
Sekolah untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sijil dan cenderahati.
Di jemput ( Rujuk buku Program )

Tokoh Murid Pra sekolah bagi sesi 2022/2023 jatuh kepada adik Luqman
Aliff bin Jamal Nordin. Dijemput adik Luqman Alif naik ke pentas untuk
menerima hadiah.

Majlis diteruskan lagi dengan Penganugerahan Tahap Pencapaian Tertinggi


bagi murid-murid tahap 1. Dengan ini dipersilakan En Marzuki Bin Ab Ghani
menjemput dan mengiringi En. Azhar bin Jamin Guru Besar SK Pulau Rusa
untuk menyampaikan hadiah dan cenderahati. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Mendahului senarai penerima anugerah Tahap Pencapaian Tertinggi Tahap
1 dipersilakan..(RUJUK SENARAI)
1.
2.
3.
Seterusnya, Anugerah Pencapaian Tertinggi Tahap 2.
dipersilakan...(RUJUK SENARAI)
1.
2.
3.

Peningkatan Mata Seterusnya. penerima Anugerah Peningkatan Mata Pelajaran. Majlis dengan
Pelajaran banggganya mempersilakan............. ..(RUJUK SENARAI NAMA )

Majlis dengan ini, mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan Guru Besar
atas kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.

Persembahan (2) Dari Kota Setia ke negeri Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Songket Kelantan benang bertekat,
Seni diukir cantik berbunga,
Merdu irama suara memikat,
Manis di bibir, santun di telinga.

Hadirin yang dihormati sekalian, majlis berhenti rehat seketika untuk memberi
laluan kepada persembahan murid-murid tahun 5 dan 6 bawah pimpinan
puan Rubiatul ‘Adawiah binti Kamaruddin dan Puan Norhanani bt Mohni
dengan 3 buah lagu iaitu Rahmatul Lilalamin, Hanya Rindu serta Bulan dan
Bintang.
Terima kasih di ucapkan atas persembahan itu tadi.
SESI 2: Hadirin yang dihormati sekalian, majlis diteruskan dengan penyampaian
Anugerah- Anugerah Khas . Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan En. Fadrul Nizam bin Mohd Idrus , menjemput dan
seterusnya mengiringi Ustaz Mohd Khalid bin Abd Majid Naib Yang Dipertua
PIBG SK Pulau Rusa untuk menyampaikan anugerah kepada penerimanya.
Dipersilakan.
Mendahului senarai adalah Anugerah Peningkatan Prestasi bagi program
BCK. Di jemput adik
1.
Anugerah Khas 2.
( rujuk senarai )
Bagi Anugerah Peningkatan Prestasi bagi Program CAQ di jemput adik
1.
2.
( rujuk senarai )
Anugerah seterusnya diberi kerana Peratus Kehadiran Tertinggi para pelajar
ke sekolah, sesi persekolahan tahun 2022/2023. Dipersilakan nama-nama
tersebut tampil ke pentas utama untuk menerima hadiah serta cenderahati
masing-masing.(RUJUK LAMPIRAN)

Anugerah PKNP Untuk makluman para hadirin sekalian,pihak PKNP telah berbesar hati
menyumbangkan sedikit saguhati kepada murid-murid tahun enam yang
berjaya memperolehi keputusan A di dalam UPKK,Khatam Al-Quran serta
berjaya menghafaz 22 surah daripada juzuk amma ( rujuk surat )
Anugerah Tokoh Kita teruskan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Murid , Tokoh
Pelajar/Kokurikulum Kokurikulum dan Tokoh Nilam bagi sesi 2022/2023. Izinkan saya terlebih
dahulu membaca biodata ketiga-tiga tokoh ini :

Dengan majlis dengan penuh rasa bangga menjemput dan mempersilakan


adik Niyaz Hadif, adik muhammad ammar fordaus dengan diringi kedua
ibubapa untuk naik ke pentas.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Ustaz Mohd Khalid
menyampaikan anugerah-anugerah itu tadi.
PENUTUP Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Hadirin yang dihormati....

Sekian sahaja untuk kali ini.  Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada
terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar
tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang
kekurangan itu adalah kelemahan kami.

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang

Sekian….

Anda mungkin juga menyukai