Anda di halaman 1dari 14

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

TARIKH : 15 FEBRUARI 2023/ RABU TEMPAT : DEWAN SKTK

BIL PERKARA UCAPAN NOTA

1 Pengumuman 1. Perhatian kepada semua ibu bapa dan penjaga, pastikan tuan2 & puan2 telah NONI
- Pendaftaran membuat pendaftaran di meja pendaftaran sebelum mengambil tempat di dewan.
- Kedudukan tempat 2. Kepada semua pelajar yang menerima hadiah dan yang terlibat dengan
persembahan, pastikan anda berada di tempat2 yang telah ditetapkan bersama
guru-guru yang berkenaan.
3. Juga mohon kepada para hadirin untuk menukarkan tetapan telefon bimbit
masing2 kepada mod senyap.
4. Terima kasih diucapkan.

2 Makluman Umum 1. Diminta semua hadirin dapat bertenang dan berada di tempat masing-masing
kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.
2. Sekali lagi, dipohon agar para hadirin menukarkan tetapan telefon bimbit
masing2 kepada mod senyap.
3. Juga mohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan agar berdiri semasa ketibaan LEHEN
tetamu kehormat dan semasa menyanyikan lagu Negaraku.
4. Seterusnya, diharapkan juga tuan-tuan dan puan-puan dapat mengurangkan
pergerakan semasa berlangsungnya acara dan tidak meninggalkan dewan
sebelum tamatnya majlis ini.
5. Jutaan terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan.

3 Pengumuman Mengumumkan ketibaan,


Ketibaan Perasmi Yang Berbahagia, Dato’ Zamzaibul Baha Bin Ahmad Yussuf,
NONI
Pengarah Urusan ZB GROUP.
diiringi tetamu-tetamu kehormat.
Sekalian warga dewan, majlis mohon berdiri.

1
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023

4 Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati.


Negaraku dan Negeri Sebagai permulaan majis, marilah sama-sama, kita menyanyikan lagu kebangsaan,
Selangor iaitu Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor LEHEN
...................
Barisan tetamu kehormat dan para hadirin, dipersilakan duduk.

NONI
5 Kata-kata Aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Pengacara Majlis Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah nan indah.

Melayang serindit atas permatang,


Merbah berkicau hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berbahagia, Dato’ Zamzaibul Baha Bin Ahmad Yussuf,
Pengarah Urusan ZB GROUP.

Yang Dihormati, Sjn Haris Fathilah Bin Abdul Majid,


Pegawai Perhubungan Sekolah, SK Tok Khalifah.

Yang Berusaha, En Nor Hadi Bin Mamat,


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Perancangan PPD Sabak Bernam

Yang Berusaha, Pn Salasiah Bt Ahmad,


Guru Besar SK Tok Khalifah.

Yang Berusaha, En Azizan Bin Raden,


Yang Di Pertua PIBG SK Tok Khalifah.

2
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023
Yang Dihormati, barisan Penolong-Penolong Kanan,
Ahli-ahli jawatankuasa PIBG,
Tuan-tuan, puan-puan, guru-guru yang dihormati dan seterusnya
para ibu bapa serta pelajar sekalian.

Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.


Pengacara Majlis Majlis mengucapkan selamat datang , ahlan wasahlan dan mengalu-alukan
kehadiran Tuan2 & Puan2 ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan
Graduasi Pra-Sekolah, Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah bagi sesi 2022/2023.

Kompang bergema pusaka bangsa,


NONI
Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Alhamdulillah dengan IzinNya, pada pagi yang indah ini, dapat kita sama-sama
berkumpul di Dewan ini, untuk meraikan anak-anak kita, yang telah menunjukkan
pencapaian cemerlang bagi sesi persekolahan pada tahun 2022/2023.

6 Bacaan Doa Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Semoga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya, menjemput Ustaz Mohd Rashid B Hj
LEHEN
Ishak untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan..........

..................

Amin..amin ya rabbal ‘alamin.


Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Rashid atas
bacaan doa sebentar tadi.
3
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023

7 Ucapan YDP PIBG Hadirin yang dirahmati Allah, NONI


Kita teruskan majlis dengan sesi ucapan.
Sebagai permulaan, kita akan mendengar sepatah dua kata, ucapan dari Yang
Dipertua PIBG SK Tok Khalifah. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan, En Azizan Bin Raden, untuk menyampaikan kata-kata aluan.
Dipersilakan Tuan.
...............................

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Azizan atas ucapan beliau
sebentar tadi.

8 Ucapan Guru Besar Hadirin yang dihormati,


Seterusnya, kita akan mendengar ucapan dari Yang Berusaha, Puan Guru Besar,
SK Tok Khalifah. LEHEN

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Puan Salasiah Bt Ahmad,
untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan puan.
..........................

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Guru Besar SK Tok Khalifah
atas ucapan beliau sebentar tadi.

4
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023

9 Ucapan Perasmian Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi, NONI
Kata perasmi hajatnya kami.

Maka dengan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan, Yang Berbahagia,


Dato’ Zamzaibul Baha Bin Ahmad Yussuf, Pengarah Urusan ZB GROUP untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis kita pada pagi ini.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan tuan.


.........................

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Dato’ Zamzaibul Baha atas ucapan perasmian sebentar tadi.

10 Persembahan Dari Kedah ke bandar Perlis, LEHEN


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan persembahan KOIR. Untuk itu, dipersilakan Kumpulan


KOIR, untuk ke hadapan dewan bagi membuat persembahan dengan tajuk lagu
“Mungkin Hari Ini, Esok atau Nanti”

Untuk makluman para hadirin, kumpulan ini terdiri daripada 40 orang pelajar tahun
5 dan tahun 6. Kumpulan Koir ini telah di bimbing oleh Cikgu Mahamad Firdaus Bin
Mahamad Puzi.

.........................................

5
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas persembahan yang sungguh bertenaga
dan memukau dari Kumpulan KOIR SK Tok Khalifah.

11 Penyampaian Hadiah Para ibu bapa dan hadirin sekalian, NONI


Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Graduasi Pra-Sekolah, Sesi 2022/2023,
- Pra Sekolah SK Tok Khalifah dimulakan dengan penyampaian sijil graduasi kepada pelajar Pra-
Sekolah Gemilang.

Untuk menyempurnakan acara,


Majlis mempersilakan En Mahfuzuddin Bin Wahab, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid SK Tok Khalifah, untuk menjemput dan mengiringi, En Nor Hadi Bin
Mamat, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Perancangan PPD Sabak Bernam untuk menyampaikan sijil.

Dengan itu, mendahului penerima sijil, dipersilakan ...........


(baca nama merujuk senarai penerima hadiah)

Seterusnya adalah Anugerah Pelajar Cemerlang Pra-Sekolah Gemilang


Dipersilakan.....
(baca nama merujuk senarai penerima hadiah)

Tahniah diucapkan….

12 Penyampaian Hadirin yang dihormati, LEHEN


Anugerah Seterusnya adalah penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kurikulum.
Kecemerlangan
Kurikulum
Majlis dimulakan dengan penyampaian Anugerah PBD Berterusan Terbaik bagi
pelajar tahap 1.

6
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023
Untuk makluman hadirin sekalian, Anugerah PBD Berterusan diberikan kepada
pelajar yang telah mencapai Tahap Penguasaan Terbaik semasa di dalam kelas
sepanjang tahun 2022/2023.

Majlis dimulakan dengan kelas tahun 1 Ibnu Sina,


dipersilakan .........
# rujuk senarai nama pemenang

Seterusnya, bagi Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik.


dipersilakan .........

# rujuk senarai nama pemenang

Seterusnya adalah penyampaian Anugerah PBD Berterusan bagi pelajar Tahap 2.


dipersilakan .........
# rujuk senarai nama pemenang

Seterusnya adalah penyampaian Ujian Akhir Sesi Akademik Terbaik bagi pelajar
Tahap 2. NONI
dipersilakan .........
# rujuk senarai nama pemenang

Anugerah seterusnya adalah Anugerah Kelas Mekar.

Untuk makluman hadirin sekalian, anugerah ini diberikan kepada pelajar yang telah
mengikuti kelas pemulihan sepanjang tahun 2022/2023. Berkat usaha dan kerajinan,
dengan bantuan guru dan kerjasama pemantauan ibubapa di rumah, hasilnya kini,
mereka lancar membaca dan mengira.

Anugerah Kelas Mekar diberikan kepada:

7
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023
# rujuk senarai nama pemenang

Tahniah diucapkan….

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Nor Hadi atas kesudian beliau
menyampaikan hadiah sebentar tadi.

13 Penyampaian Hadirin yang dihormati, LEHEN


Anugerah Seterusnya adalah penyampaian Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid.
Kecemerlangan
Hal Ehwal Murid
Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
En Azizan Bin Raden, Yang Dipertua PIBG SK Tok Khalifah untuk menjemput dan
mengiringi Sjn Haris Fathilah Bin Abdul Majid, Pegawai Perhubungan Sekolah
SK Tok Khalifah, untuk menyampaikan anugerah seterusnya.

Majlis mempersilakan.
............................

Majlis dimulakan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengawas


Sekolah.
dipersilakan .........
# rujuk senarai nama pemenang

Seterusnya, bagi penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengawas Perpustakaan


dipersilakan .........
# rujuk senarai nama pemenang

Seterusnya, bagi penyampaian Sijil kepada Bridget Siber


dipersilakan .........
# rujuk senarai nama pemenang

8
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023
Seterusnya, bagi penyampaian Sijil Penghargaan kepada PRS (Pembimbing Rakan NONI
Sebaya)
dipersilakan .........
# rujuk senarai nama pemenang

Seterusnya adalah penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ketua Kelas dan


Penolong Ketua Kelas
dipersilakan .........
# rujuk senarai nama pemenang

Seterusnya adalah penyampaian Sijil Anugerah Kehadiran dan Sahsiah Terbaik


dipersilakan .........
# rujuk senarai nama pemenang

Tahniah diucapkan….

14 Penyampaian Hadirin yang dihormati, LEHEN


Anugerah Seterusnya adalah penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum.
Kecemerlangan Ko-
kurikulum
Majlis dimulakan dengan penyampaian Anugerah Pencapaian PAJSK.
Untuk makluman hadirin sekalian, PAJSK adalah singkatan untuk Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum. Ianya adalah penilaian yang dilakukan di
sekolah, untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan pada pelajar. Ianya juga adalah
untuk penilaian penyertaan, penglibatan dan pencapaian pelajar dalam pelbagai
aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum.

dipersilakan .........
# rujuk senarai nama pemenang

Tahniah diucapkan….

9
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Sjn Haris Fathilah atas kesudian
beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

15 Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian, NONI


Anugerah Tokoh Seterusnya adalah penyampaian Anugerah Tokoh Murid.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn


Salasiah Bt Ahmad, Guru Besar SK Tok Khalifah untuk menjemput dan mengiringi
Yang Berbahagia, Dato’ Zamzaibul Baha Bin Ahmad Yussuf, CEO ZB GROUP
untuk menyampaikan anugerah seterusnya.

Majlis mempersilakan.
............................

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah khas kepada
pelajar Tahun 6 iaitu Tokoh Murid dan Tokoh Kokurikulum. Pemilihan anugerah ini
adalah berdasarkan kepada pencapaian akademik yg cemerlang, aktif dalam
kokurikulum, sahsiah yang terpuji, mempunyai ciri2 kepimpinan serta mempunyai
rekod kehadiran yang baik.

Majlis dimulakan dengan Anugerah Tokoh NILAM.


Ia diberikan kepada pelajar yang berjaya menunjukkan rekod tertinggi bahan bacaan
sepanjang persekolahan dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Dengan itu, majlis mempersilakan adik KHAULAH NAWWARAH BINTI KAMAR
JAMAN dari kelas 6 Ibnu Khawarizmi untuk menerima Anugerah Tokoh NILAM bagi
tahun 2022/2023

10
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023

Majlis diteruskan dengan Anugerah Tokoh Murid (Lelaki) bagi tahun 2022/2023,
kita dengarkan sedikit biodata tentang penerimanya.

..........................(Baca biodata)

Majlis dengan ini, mengumumkan bahawa Tokoh Murid (Lelaki) bagi tahun
2022/2023, dianugerahkan kepada, adik MUHAMMAD JUAN SYAHMI NAZHAN
BIN MOHAMAD FAUZI .
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan.

Dipersilakan ibu dan bapa kepada adik MUHAMMAD JUAN SYAHMI NAZHAN untuk
ke hadapan dewan bagi sama2 merakamkan kenangan manis ini.

Seterusnya, bagi ketegori Anugerah Tokoh Murid (Perempuan) bagi tahun


2022/2023, kita dengarkan sedikit biodata tentang penerimanya.

..........................(Baca biodata)

Majlis dengan ini, mengumumkan bahawa Tokoh Murid (Perempuan) bagi tahun
2022/2023, dianugerahkan kepada, adik KHAULAH NAWWARAH BINTI KAMAR
JAMAN.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan.

Dipersilakan ibu dan bapa kepada adik KHAULAH NAWWARAH untuk ke hadapan
dewan bagi sama2 merakamkan kenangan manis ini.

11
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023

Untuk Anugerah Tokoh Kokurikulum (Lelaki) bagi tahun 2022/2023 pula, mari LEHEN
kita dengarkan bacaan biodata.

........................... (Baca biodata)

Majlis dengan ini mengumumkan bahawa Tokoh Kokurikulum (Lelaki) bagi tahun
2022/2023, dianugerahkan kepada adik MOHAMAD RAYYAN HAZIQ BIN
MAHAMAD FIRDAUS.
Tahniah diucapkan.

Dijemput ibu dan bapa kepada adik MOHAMAD RAYYAN HAZIQ untuk ke hadapan
dewan bagi sama2 meraikan memori indah ini.
...........................

Untuk Anugerah Tokoh Kokurikulum (Perempuan) bagi tahun 2022/2023 pula,


mari kita dengarkan bacaan biodata.

........................... (Baca biodata)

Majlis dengan ini mengumumkan bahawa Tokoh Kokurikulum (Perempuan) bagi


tahun 2022/2023, dianugerahkan kepada adik NUR DAYANA BALQIS BINTI
ASAMUDIN.
Tahniah diucapkan.

Dijemput ibu dan bapa kepada adik NUR DAYANA BALQIS untuk ke hadapan dewan
bagi sama2 meraikan memori indah ini.
...........................

Sekali lagi, sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang.

12
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023

16 Penyampaian Hadirin sekalian, NONI


Cenderamata Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi, kita merasa.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha
Pn Salasiah Bt Ahmad untuk menyampaikan cenderamata kepada
Dato’ Zamzaibul Baha Bin Ahmad Yussuf, atas kesudian beliau merasmikan majlis
kita pada hari ini dan menyempurnakan penyampaian anugerah Tokoh Murid
sebentar tadi.

Dipersilakan Puan Guru Besar untuk menyerahkan cenderamata dari pihak sekolah
kepada Dato’ Zamzaibul Baha Bin Ahmad Yussuf sebagai tanda kenang-kenangan.

Terima kasih daun keladi, Mohon tuan, hadirlah lagi.

Maka, selesailah sudah sebentar tadi, sesi penyampaian sijil penghargaan dan
anugerah-anugerah khas Tokoh kepada murid-murid Tahun 6.

Juga majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan perasmi atas kesudian
beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

17 Penutup Merdu bertingkah alunan suara, LEHEN


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

13
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2022/2023
Hadirin yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya penyampaian anugerah tadi, maka tibalah masa untuk kami
selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Kami ingin menyusun sepuluh
jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau terlampau cara,
sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Dan, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan
kepada semua tetamu jemputan, semua AJK Majlis, guru-guru, para ibu dan bapa
serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Graduasi Pra-Sekolah, SK Tok
Khalifah bagi sesi 2022/2023 pada hari ini.

Semoga kita semua berjumpa lagi di lain ketika.


Sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah, wassalamualaikum wbt.

14

Anda mungkin juga menyukai