Anda di halaman 1dari 9

TEKS JURUACARA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP


PROGRAM GEMILANG ILMU 1.0
SMK RAJA JUMAAT 2023

TARIKH : 8 JAN 2022


TEMPAT : RIZAS HOMESTAY
MASA : 10.00 PG

BIL PERKARA TEKS CATATAN


(CUE)
1 PERINGATAN Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Selamat datang diucapkan kepada tuan-tuan dan
puan-puan ke hari ini.

Hadirin yang dimuliakan,


Untuk melicinkan perjalanan majlis , izinkan saya
membacakan beberapa pengumuman penting:
1. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin untuk
mematikan atau menukarkan deringan telefon
bimbit masing-masing kepada mod senyap
sebagai menghormati majlis.
2. Ketika majlis berlangsung, para hadirin diminta
berada di tempat duduk yang telah ditetapkan
sehingga majlis tamat.
3. Semasa perarakan masuk tetamu kehormat,
para hadirin diminta berdiri sehingga nyanyian
lagu Negaraku selesai.
4. Peringatan kepada para penerima anugerah
agar tidak bersalam bersama VIP semasa
menerima anugerah.
5. Hadirin turut dipohon untuk tidak meninggalkan
majlis sehingga VIP beransur pulang.
Terima kasih diucapkan atas kerjasama hadirin
sekalian. Semoga majlis ini berjalan lancar.

1
2 KETIBAAN Mengumumkan ketibaan
VIP
Yang Berhormat
Dato Haji Abd Rahman b Mohd Redza
diiringi oleh dif-dif kehormat.

3 NYANYIAN ------------nyanyian negaraku ……………


LAGU Terima kasih di atas nyanyian sebentar tadi.
NEGARAKU Hadirin dipersilakan duduk

4 UCAPAN
ALU- ---------BACA SALUTASI-------
ALUAN
Yang Berhormat
Dato Haji Abd Rahman b Mohd Redza
Ahli Dewan Undangan Negeri Linggi

Yang berusaha
Tn Haji Kamanizam b Haji Tindek
Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson

Yang berbahagia
Encik Toh Liew Chuan
YDP PIBG SMK Raja Jumaat

Yang berusaha
Tuan Yusnizam b Ahmad
Pengetua
SMK Raja Jumaat

BArisan guru-guru penolong kanan


BArisan ketu-ketua bidang
Kaunselor
Barisan pendidik yang berintegriti
Rakan-rakan seperjuangan
Dan hadirin yang dimuliakan

2
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
salam sejahtera, salam Anak Yang Baik Lagi
Cerdik 2.0, Ambil Peduli, Bina Hubungan, Cipta
Kejayaan, UP Nogoghi..!!
Salam PD Win 2.0 dan Salam Muafakat
Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah kurnianya dapat kita
berhimpun di dalam dewan yang penuh hamorni
dan gilang –gemilang ini.

Seiring balam dan merbah


Merbah jua nan hinggap dahulu
Seiring salam dan sembah
Sembah jua sampai dahulu

Majlis mengalu alukan kehadiran Yang Berhomat


Dato, barisan tetamu kehormat dan para hadirin
ke majlis:

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP


PROGRAM GEMILANG ILMU 1.0
SMK RAJA JUMAAT 2023

5 BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Cerdik hendakkan rundingnya


Kaya hendakkan emasnya
Mualim hendakkan doanya
Tangan diangkat separuh bahu
Kata mulia disusun jua

Bagi memberkati Majlis kita pada hari ini, majlis


dengan ini menjemput

3
Saudara Mohd Akhmar farish b Minhat

Bagi memimpin bacaan doa.


Majlis dengan lafaz hormat mempersilakan.

------- (Doa)------

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Saudara Mohd Akhmar farish b Minhat
Dari kelas 5 Jed

Semoga majlis kita pada hari ini dipelihara,


Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,
Menambah tautan kemesraan,
Serta, berpisahnya kita nanti, akan diiringi dengan
seribu ketenangan.

6 TAYANGAN HAdirin yang dihormati


MONTAJ
Atuscara seterusnya adalah tayangan montaj yang
berkisarkan tentang perjalanan program
sepanjang ia berlangsung.

Sama- sama kita tumpukan perhatian dengan


manyaksikan tayangan montaj di layar utama.

………………tayangan montaj……………………..
Demikian tadi tayangan montaj hebat dan penuh
bermakna, suka duka yang menjadi sebahagian
dari kisah perjuangan kami selama tiga hari di sini.

4
7 UCAPAN Hadirin yang dimuliakan,
PENGETUA Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan
dari Tuan Pengetua SMK Raja Jumaat,

Untuk itu dipersilakan,

Yang berusaha
Tuan Yusnizam b Ahmad
Ayahanda Pengetua SMK Raja JUmaat bagi
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
………………………………………………………….

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas


ucapan sebentar tadi.

7 UCAPAN Hadirin yang dihormati , Muslim


ALUAN KPPD
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Pegawai
Pendidikan Daerah Port Dickson.

Untuk itu dipersilakan,

Yang Berusaha,
Tuan Haji Kamanizam b Haji Tindek
Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson

untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya


majlis mempersilakan.

-----------ucapan kppd-------
Majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan
itu tadi.

5
9 UCAPAN Tetak nyireh galangkan dapur
PERASMIAN Tetak dengan dahan-dahannya
Pinta sireh barang sekapur
Pinta dengan tuan-tuannya

Hadirin yang dimuliakan,


untuk itu, tidak lengkap majlis pada hari ini tanpa
mendengar ucapan daripada tetamu kehormat
kita.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan ini


menjemput dan mempersilakan :

Yang Berhormat
Dato Haji Abd Rahman b Mohd Redza
Ahli Dewan Undangan Negeri Linggi

untuk menitipkan ucapan, dan seterusnya


merasmikan

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP


PROGRAM GEMILANG ILMU 1.0
SMK RAJA JUMAAT 2023

Majlis dengan segala takzimnya mempersilakan.

--- ucapan perasmian----

Pohon besar tengah padang


Uratnya tempat bersila
Pangkalnya tempat bersandar
Daunnya tempat berteduh

Demikian tadi kiasan buat bait kata yang begitu


bermakna.

6
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas
kesudian Yang Berhormat Dato kerana
menyempurnakan upacara perasmian sebentar
tadi.
13 PENYAMPAIA Hadirin yang budiman,
N Ain
CENDERAMA Sebagai tanda penghargaan kepada Yang
TA Berhormat Dato, majlis dengan ini menjemput

Yang berusaha
Tuan Yusnizam b Ahmad
Ayahanda Pengetua SMK Raja JUmaat

untuk menyampaikan cenderamata kepada

Yang Berhormat
Dato Haji Abd Rahman b Mohd Redza
Ahli Dewan Undangan Negeri Linggi

Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan
Yang berusaha
Tn Haji Kamanizam b Haji Tindek
Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson
Untuk menerima cenderamata

Dipersilakan pula
Yang berbahagia
Encik Toh Liew Chuan
YDP PIBG SMK Raja Jumaat
Untuk menerima cenderamata

7
15 MAJLIS hadirin yang budiman,
BERSURAI
Kata orang lama…

berkayuh dah sampai ke muara,


berenang dah sampai ke tepian,
berlari dah sampai ke garisan,
berjalan dah sampai ke hujung.

Oleh itu,

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP


PROGRAM GEMILANG ILMU 1.0
SMK RAJA JUMAAT 2023

Telah sampai ke penghujungnya.

Majlis mengucapkan Jutaan penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Berhormat Dato kerana
sudi bertandang dan menyempurnakan majlis
pada hari ini.

Uacapan terima kasih juga buat semua pihak yang


sudi hadir dan menjayakan majlis ini.

Mana yang buruk tinggal-tinggalkan


Yang indah indah, bawalah pulang buat kenangan.

Sebelum mengakhiri majlis, daripada kami


juruacara dan semua jawatankuasa majlis,

ampun maaf dipinta

kalau kami tersalah cakap


kalau kami tersalah anggap
kalau kami tersalah adab

yang patut tak dipatutkan


yg dahulu dikemudiankan

8
umpama jauh menjunjung duli
sudah dekat mengangkat sembah

Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat


Dato diiringi barisan tetamu kehormat untuk
menikmati jamuan yang telah disediakan.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai