Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS ( Majlis Pemuafakatan 2023 )

Mohon perhatian. Diminta semua tetamu mengambil tempat kerana majlis akan bermula sebentar

sahaja lagi.

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Ucapan alu-aluan

pengerusi majlis Yang Berusaha ,

Pn.Wan Khatijah Bin Wan Abdullah,

Pengetua SMK Taman Bunga Raya (1)

Pn.Habibah binti Hamzah

Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Yang dihormati ,

En Sharizal Bin Hj Subhi.

Ydp Pibg Smk Taman Bunga Raya 1

Yang dihormati ,

En Razak Bin Kassim

Pengerusi Permuafakatan PPKI

Guru- guru, ppm, ibu bapa dan semua murid yang dikasihi sekalian.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian.


Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dapat bertemu pada Majlis Pemuafakatan PPKI bagi
tahun 2023.
Pihak majlis dengan penuh sukacita dan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan sekalian ke majlis yang diadakan pada pagi ini.

Bacaan doa Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, pihak majlis menjemput saudara Airish Iskandar untuk

memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Terima kasih saudara Irish Iskandar atas memimpin bacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis kita diberkati dan diredhai ilahi.

Ucapan alu-aluan

Pengetua
Hadirin hadirat yang dihormati,

Majlis dengan sukacitanya  menjemput dan mempersilakan Yang berusaha Pn.Wan Khatijah Binti
Wan Abdullah, Pengetua SMK Taman Bunga Raya (1) untuk menyampaikan ucapan alu- aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi  terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dihormati,

YDP PIBG
Seterusnya majlis menjemput Yang dihormati En Sharizal Bin Hj Subhi YDP PIBG Smk
Taman Bunga Raya (1) untuk memberi ucapan dan merasmikan majlis pemuafakatan bagi
tahun 2023.

Dipersilakan……

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Sharizal bin hj Subhi di atas ucapan sebentar tadi.

Tayangan Montaj
Seterusnya, mari sama-sama kita saksikan tayangan Montaj yang disedikan oleh PPKI SMK Taman

Bunga Raya (1) bagi aktiviti tahun 2022 dan 2023.

Demikian tadi tayangan montaj tentang aktiviti yang dijalanakan oleh para pelajar PPKI .

CABUTAN BERTUAH 1
Rehat & makan

Hadirin yang dihormati sekalian.


Majlis akan berehat selama 15 minit. Dijemput para ibu bapa untuk menikmati jamuan
ringan yang telah disediakan.
CABUTAN BERTUAH 2
Taklimat Program PPKI,

SKMM, PASM
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Puan Habibah Bt Hamzah untuk memberi taklimat

berkaitan PPKI.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

CABUTAN BERTUAH 3
Taklimat RPI
Majlis merakamkan setinggi-tinggi  terima kasih di atas perkongsian sebentar tadi.

Seterusnya majlis akan diteruskan dengan taklimat RPI yang akan disampaikan oleh
Puan Siti Ruhani bt Mat Daud
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-----------------------------------------------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Ruhani di atas taklimat sebentar tadi.

CABUTAN BERTUAH 4
Mesyuarat Permuafakatan.
Majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Permuafakatan bagi tahun 2023 dan 2024 yang akan di

pengerusikan secara sementara oleh En Razak Bin Kassim

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.


CABUTAN BERTUAH 5

Tandatangan RPI
Majlis diteruskan dengan menandatangani RPI,

Saya selaku Pengerusi Majlis dengan sukacitanya ingin menjemput Ibu Bapa bagi

menjalani sesi untuk menandatangani Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi anak-

anak PPKI.

Dipersilakan.

Penutupan

Majlis Pemuafakatan Tenang-tenang air di kali,

Tempat mandian putra puteri

Sempurna sudah majlis dirai ,

Salah silap harap dimaafi

Majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Pengetua, pentadbir sekolah dan ibu

bapa kerana sudi hadir bagi majlis pada pagi ini. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang

itu kami ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

Sekian Assalamualaikum Warahmatullah Hi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai