Anda di halaman 1dari 15

DERAF #1

( 5 September 2023)

TEKS PENGACARA MAJLIS

<SHIMA>
<IZWAN>

UNTUK

MAJLIS APRESIASI
KECEMERLANGAN SPS’23

21 SEPTEMBER 2023 | 2.00 PETANG

THE EVERLY PUTRAJAYA

Prepared by: Shima Shamsudin


Masa CUE ANN 1

1.45 pm PENDAFTARAN HOUSEKEEPING


dan KETIBAAN
STAF Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Apresiasi
Kecemerlangan SPS’23

Dipersilakan semua tetamu mengambil tempat


masing-masing di dalam dewan kerana majlis kita
akan bermula sebentar lagi.

Sidang hadirin sekalian, bagi melancarkan


perjalanan majlis pada hari ini, di sini dibacakan
beberapa pengumuman:

1. Pihak majlis memohon kerjasama para


hadirin agar dapat mematikan nada
deringan telefon bimbit masing-masing atau
menukarkan kepada mode senyap.

2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu-


tetamu yang hadir dapat memenuhkan
ruangan tempat duduk di bahagian hadapan
terlebih dahulu,bagi memudahkan kehadiran
tetamu-tetamu yang akan datang
seterusnya.

3. Pihak majlis juga mengharapkan agar para


tetamu dapat berdiri semasa pengumuman
ketibaan VIP

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas


perhatian dan kerjasama hadirin sekalian.
2.00 pm Ketibaan Majlis mengalu-alukan kehadiran YBrs. Prof. Dr.
Pengerusi SPS Hazarina , Pengerusi Sekolah Pengajian Siswazah
diiringi dif-dif kehormat.

2.05 pm Salutasi Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,


salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

1) Prof. Madya Dr. Noor Hazarina binti Hashim,


Pengerusi Sekolah Pengajian Siswazah

2) Prof. Madya Dr. Rohaida binti Basirudin,


Timbalan Pengerusi, Sekolah Pengajian
Siswazah UTMKL

3) Dr. Noraliani binti Alias, Timb. Pengerusi,


Bahagian Pesisir dan Program Khas (BPPK)

4) Dr. Norah binti Md. Noor, Timb. Pengerusi


Bahagian Pembangunan Program, Profesional
dan Sistem (BPPPS)

4) Prof. Madya Dr. Mohamed Sukri bin Mat Ali,


Pengurus Akademik SPS UTMKL

5) Puan Hjh Nor Azlinda binti Abu Bakar


Timbalan Pendaftar SPS

Ketua-ketua Jabatan & Dif-dif jemputan serta

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Saya Shima Shamsudin dan Saya Mohd Izzuan


akan mengacarakan majlis pada petang ini. Kami
bagi pihak Majlis terlebih dahulu ingin
mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan
kehadiran staf – staf SPS yang datang dari Johor
Bahru terutamanya dan selamat datang juga
diucapkan kepada staf SPS di UTM Kuala Lumpur
ke

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah


Pengajian Siswazah 2023 (SPS 2023)

Semoga kehadiran semua yang berada di dalam


dewan yang cukup indah ini akan dapat
memeriahkan lagi suasana majlis pada petang
yang damai ini, di samping dapat mengukuhkan
lagi tautan kemesraan serta jalinan kerjasama di
antara staf SPS tidak kira di JB mahupun di KL.

Pengenalan / Hadirin hadirat sekalian,


Kata Aluan
Emcee Majlis Apresiasi Kecemerlangan Staf SPS 2023
merupakan program tahunan yang diadakan bagi
menghargai sumbangan dan jasa bakti serta hasil
kerja cemerlang para staf yang dicurahkan
sepanjang tahun 2022.

Sebanyak 10 Anugerah akan disampaikan pada


tahun ini kepada staf staf yang telah memberikan
perkhidmatan cemerlang dan terbaik dalam bidang
masing masing. Pemilihan bagi penerima anugerah
ini dilakukan secara teliti melalui siri Mesyuarat
yang melibatkan Pengurusan Tertinggi SPS.

Ini merupakan julung kalinya pihak SPS


mengadakan Majlis seumpama ini di Putrajaya
sebagai tanda penghargaan kepada semua staf
yang komited dalam tugas dan amanah yang
ditaklifkan kepada mereka.

2.10 pm Bacaan Doa Buluh ditarik panjang sepuluh,


Mahu dijolok sarang penyengat,
Tangan diangkat jari sepuluh,
Doa diminta agar selamat.

Hadirin dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah


kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh En. Shahrel Ahmad bin Shuhel
Ahmad, Penolong Pendaftar SPS Johor Bharu.
Dipersilakan…

--------- Bacaan doa ---------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


En. Shahrel atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Mudah-mudahan kita diberi kemudahan untuk
melaksanakan majlis pada hari. In Syaa Allah.

2.15pm Ucapan Aluan Hadirin yang budiman,


Pengerusi SPS
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Ybrs. Prof. Madya Dr. Noor Hazarina binti
Hashim, Pengerusi Sekolah Pengajian
Siswazah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

------ Ucapan GB ------

Majlis merakamkan setinggi tingi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Ybrs. Prof. Madya Dr.
Noor Hazarina binti Hashim atas ucapan alu-
aluan itu tadi.
2.20 pm Tayangan Hadirin sekalian,
montaj
Majlis majlis diteruskan dengan tayangan video
montaj yang disediakan khas oleh pihak urusetia.

Sama-sama kita saksikan.

** MONTAJ TAYANGAN VIDEO **

< selesai>

2.25 pm JAMUAN Hadirin sekalian,


MAKAN
<pantun>

Sebelum kita ke acara utama kita seterusnya, apa


kata kita berehat seketika untuk menikmati jamuan
yang telah disediakan.

Tanpa melengahkan masa, majlis sekali lagi


menjemput En. Shahrel ke hadapan untuk
memimpin bacaan doa makan.

Terima kasih En Shahrel. Hadirin sekalian


dijemput untuk menjamu selera. silakan

SESI PENYAMPAIAN ANUGERAH (1)


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC2022)
PENYAMPAI : <NAMA>
PENGIRING : < NAMA>

2.45 SESI-1 Hadirin yang dihormati


PM APC 2022
Kita teruskan acara kita buka tirai anugerah pada
hari ini dengan sesi penyampaian anugerah yang
(8 PENERIMA) pertama iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
2022.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan


segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
…………………………….. diiringi oleh
……………………….. untuk menyampaikan
anugerah.
DIPERSILAKAN

**** APC 2022 ****


**** Baca senarai penerima****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


………………………… atas penyampaian
anugerah itu tadi.

Dipersilakan Kembali ke tempat duduk.

ACARA PERMAINAN 1
CABUTAN BERTUAH 1

PIC : Puan Norliyana binti Zakaria | En Muhammad Asraf Azizee

SESI PENYAMPAIAN ANUGERAH (2)

ANUGERAH TOKOH JASAMU DI KENANG


ANUGERAH INOVASI

PENYAMPAI : <NAMA>
PENGIRING : < NAMA>

SESI-2 Hadirin hadirat yang dihormati,

2 PENERIMA Kita teruskan persada anugerah kita dengan


penyampaian seterusnya iaitu ANUGERAH
TOKOH JASAMU DI KENANG Dan ANUGERAH
INOVASI. (kalau boleh dapatkan few short write up /
background untuk semua anugerah. nicer)

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan


segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
…………………………….. diiringi oleh
……………………….. untuk menyampaikan
anugerah.

DIPERSILAKAN

Untuk Anugerah Tokoh Jasamu Dikenang, majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan
………………………………………………………….
Untuk naik ke atas pentas bagi menerima
anugerah.

Dipersilakan.

< penerima 1 turun>

Seterusnya bagi Anugerah Inovasi, di berikan


kepada
………………………………………………….

Dengan segala hormatnya dipersilakan untuk naik


ke pentas.

<penerima 2 turun>

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


………………………… atas penyampaian
anugerah itu tadi.

Dipersilakan Kembali ke tempat duduk.

EXCHANGE GIFT 1

SKRIP IMPROMPTU ( PREPARE LATER )


SESI PENYAMPAIAN ANUGERAH (3)

ANUGERAH KUALITI (1)


ANUGERAH KEPIMPINAN (2)

PENYAMPAI : <NAMA>
PENGIRING : < NAMA>

SESI 3 Hadirin hadirat yang sekalian

2 PENERIMA Kita teruskan sesi anugerah pada petang ini


dengan penyampaian seterusnya iaitu
ANUGERAH KUALITI dan
ANUGERAH KEPIMPINAN.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan


segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
……………………………………… diiringi oleh
……………………….. untuk menyampaikan
anugerah.

DIPERSILAKAN

Penerima bagi Anugerah Kualiti, diberikan kepada


………………………………………………………….
majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan………………………………….
Untuk naik ke atas pentas bagi menerima
anugerah.

Dipersilakan.

< penerima turun>

Kita teruskan dengan penyampaian bagi Anugerah


Kepimpinan. Untuk makluman 2 orang penerima
telah dipilih bagi kategori ini.
Diumumkan penerima pertama bagi Anugerah
Kepimpinan diberikan kepada
………………………….

dipersilakan untuk naik ke pentas. Tahniah

<penerima 1 turun>

Seterusnya, penerima kedua bagi Anugerah


Kepimpinan diberikan kepada
………………………………….

Dipersilakan untuk naik ke atas pentas.

Tahniah

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


………………………… atas penyampaian
anugerah itu tadi.

Dipersilakan Kembali ke tempat duduk.

ACARA PERMAINAN 2
CABUTAN BERTUAH 2

PIC : Puan Norliyana binti Zakaria | En Muhammad Asraf Azizee

SESI PENYAMPAIAN ANUGERAH (4)

ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT (1)


ANUGERAH PERSONALITI TERBAIK (1)
ANUGERAH TOKOH SUKAN (2)

PENYAMPAI : <NAMA>
PENGIRING : < NAMA>
SESI 4
Hadirin hadirat yang sekalian
4 PENERIMA
Kita teruskan sesi anugerah dengan penyampaian
seterusnya iaitu

ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT


ANUGERAH PERSONALITI TERBAIK &
ANUGERAH TOKOH SUKAN

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan


segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
……………………………………… diiringi oleh
……………………….. untuk menyampaikan
anugerah.

DIPERSILAKAN

Bagi ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT


penerimanya adalah
……………………………………………. majlis
dengan segala hormatnya
mempersilakan………………………Untuk naik ke
atas pentas bagi menerima anugerah.

Dipersilakan.

< penerima turun>

Bagi ANUGERAH PERSONALITI TERBAIK.


Penerimanya adalah …………………………………
dipersilakan untuk naik ke pentas. Tahniah

<penerima turun>

Seterusnya, bagi Anugerah Tokoh Sukan, 2


Penerima telah dipilih bagi kategori ini.

Diumumkan Anugerah Tokoh Sukan, penerima


pertama adalah
…………………………………………
Dipersilakan untuk naik ke atas pentas.

Penerima kedua bagi Anugerah Tokoh Sukan,


……………………………………….

Tahniah

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


………………………… atas penyampaian
anugerah itu tadi.

Dipersilakan Kembali ke tempat duduk.

EXCHANGE GIFT 2

Impromptu

SESI PENYAMPAIAN ANUGERAH (4)

ANUGERAH KHAS
ANUGERAH SANJUNGAN BUDI

PENYAMPAI : <NAMA>
PENGIRING : < NAMA>

SESI 4
2 PENERIMA Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Tibalah kita ke penutup Persada anugerah. Untuk


sesi ini, 2 Anugerah yang akan disampaikan iaitu
ANUGERAH KHAS Dan ANUGERAH
SANJUNGAN BUDI.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan


segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
…………………………….. diiringi oleh
……………………….. untuk menyampaikan
anugerah.

DIPERSILAKAN

Diumumkan penerima bagi Anugerah Khas, majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan
………………………………………………………….
Untuk naik ke atas pentas bagi menerima
anugerah.

Dipersilakan.

< penerima turun>

Seterusnya bagi ANUGERAH SANJUNGAN BUDI,


penerimanya adalah
………………………………………………………

Dengan segala hormatnya dipersilakan untuk naik


ke pentas.

<penerima turun>

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


………………………… atas penyampaian
anugerah itu tadi.

Dipersilakan Kembali ke tempat duduk.

Majlis mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi – tinggi tahniah


kepada semua Penerima Anugerah. Semoga anugerah yang diterima ini dapat
menjadi pembakar semangat untuk terus komited dalam melaksanakan tugasan
dan tanggungjawab yang diberikan dengan lebih cemerlang di masa masa akan
datang.
SESI CABUTAN BERTUAH (3)

Skrip impromptu (prepare later)

PENUTUP Hadirin sekalian,

Dengan ini selesailah sudah

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah


Pengajian Siswazah bagi tahun 2023

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada hadirin sekalian yang telah
menyeri dan menjayakan majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada seluruh ahli


jawatankuasa serta mereka yang terlibat secara
langsung mahu pun tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan


kepada hadirin sekalian atas keterlanjuran kata,
terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa
jari, bulan tak akan purnama tanpa matahari.
Segala yang baik datang dari Alah SWT dan
segala yang kurang atau kelemahan adalah dari
kami insan biasa.

Bunga seroja di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta

Sebelum kita bersurai sebentar lagi saya mohon


para hadirin yang berada di dalam dewan untuk
kehadapan dewan bagi sesi bergambar (Minta info
dari FM untuk kaedah sesi bergambar)
Baiklah hadirin sekalian, izinkan kami menutup tirai
Majlis petang ini, Sebelum mengundur diri,
sambutlah salam manis dari kami disudahi dengan
lafaz suci...

Wabillah hitaufik walhidayah .....

Dan salam sejahtera.

SESI Photographer will lead. Emcee will announce once


BERGAMBAR again for photo session.

Anda mungkin juga menyukai