Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH

ROKOK DAN VAPE PERINGKAT SEKOLAH


TARIKH: 13 DISEMBER 2023 (RABU)
TEMPAT: DEWAN JUBLI EMAS
BIL PERKARA CATATAN

1. KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan para tetamu jemputan dan barisan


pentadbir ke Dewan Jubli Emas.

2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI PAHANG &


LAGU SEKOLAH

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu


Negaraku, lagu Negeri Pahang dan lagu sekolah.

3. IKRAR RUKUN NEGARA

Seterusnya, dipersilakan saudara Keerthyi Keesha A/L


Murugesu untuk mengetuai bacaan Ikrar Rukun Negara.

Hadirin dipersilakan duduk.

4. ALU-ALUAN

Bismillahhirrahmanirrahim..

Yang Hormat,
Prof. Dato’ Dr. Shankar Sayapathi
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Alor Akar

Yang Dihormati,
Puan Azora binti Mohamed Jabar@Alwi,
Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Shahril bin Hashim,


Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Penyelaras Pendidikan
Khas, guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh dan Salam


Sejahtera.

Selamat datang ke MAJLIS PELANCARAN KEMPEN HIDUP


SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE PERINGKAT SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN ALOR AKAR 2023.

Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan rasa syukur ke


hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-
Nya jua dapat kita bersama-sama berada di Dewan Jubli Emas
pada pagi yang mulia ini.

Untuk pengetahuan hadirin, penganjuran majlis pada pagi ini


merupakan suatu usaha program pencegahan menangani
salah laku disiplin berkaitan rokok dan vape dalam kalangan
murid sekolah. Salah satu objektif program ini ialah
memperkasakan Duta Sahsiah Murid sebagai agen
penyampai maklumat kepada rakan sebaya dan warga
pendidikan.

5. BACAAN DOA

Salam disua pembuka madah,


Disulam dengan alunan tingkah;
Salam dibawa ke majlis indah,
Disulam kalimah penuh barakah.

Untuk itu, majlis mempersilakan _______________________


untuk memimpin bacaan doa.
***
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
_______________ atas pimpinan doa itu tadi.
6. UCAPAN PERASMIAN PK HEM

Mencoret warkah harus bijaksana,


Akal sang penulis kita selami;
Madah bertingkah mohon dilaksana,
Merasmikan majlis hajatnya kami.

Hadirin,

Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Shireen binti Abdul


Latiff, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Alor Akar untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Pelancaran Kempen Hidup Cegah Rokok dan Vape Peringkat
Sekolah Tahun 2023.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Shireen binti


Abdul Latiff atas perasmian itu tadi.

7. GIMIK PERASMIAN

Atur cara akan diteruskan dengan gimik perasmian . Dengan itu


dipersilakan Puan Shireen binti Abdul Latiff bersama-sama
pentadbir untuk melakukan gimik perasmian. Dipersilakan.

8. IKRAR GENERASI SIHAT TANPA ROKOK DAN VAPE

Hadirin,

Seterusnya, dipersilakan saudara Keerthyi Keesha A/L


Murugesu untuk mengetuai bacaan IKRAR GENERASI SIHAT
TANPA ROKOK DAN VAPE.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Keerthyi Keesha atas


pimpinan ikrar itu tadi.
9. CERAMAH KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN
VAPE

Meneruskan kelangsungan acara, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan Puan Siti Masayu binti Mazlan,
Kaunselor SMK Alor Akar untuk menyampaikan ceramah
berkaitan Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok Dan Vape.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ceramah yang


telah disampaikan tadi. Semoga apa yang disampaikan
menjadi panduan berguna untuk kita semua. Terima kasih
daun keladi.

10. PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PENCERAMAH &


CENDERAHATI YDP

Hadirin yang dihormati,

Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput Puan Azora


binti Abdul Jabar@Alwi, Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyampaikan sijil penghargaan kepada Puan Siti Masayu
binti Mazlan. Dipersilakan.

Seterusnya, dipersilakan Yang Hormat, Prof. Dato’ Dr. Shankar


Sayapathi, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK
Alor Akar untuk menerima cenderahati kenang-kenangan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.


11. PENUTUP

Hadirin,

Majlis pada pagi ini kini tiba ke penghujungnya.


Majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada
tetamu jemputan atas kesudian melapangkan masa
menjayakan Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah
Rokok Dan Vape Peringkat Sekolah Tahun 2023.

Terima kasih kalungan budi diucapkan kepada semua pihak


yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi
memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata;
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati mohon dimaafkan.

Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah. Assalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

12. SESI BERGAMBAR

Dipersilakan YDP PIBG, barisan pentadbir dan guru-guru ke


pentas untuk sesi bergambar.
13. JAMUAN

Dijemput YDP PIBG dan barisan pentadbir untuk menikmati


sedikit jamuan di kantin.

Anda mungkin juga menyukai