Anda di halaman 1dari 2

Yang Berusaha Dr Bazrul Bin Bahaman,

Pengetua Kolej Ungku Omar.

Yang Dihormati Ust. Mohd Ali Bin Abdul Malek,


Penasihat Program Festival Serumpun Festrim 2015.

Yang dikasihi Saudari Nur Shaheera Nazurah Binti Hasnan,


Pengarah Program Festival Serumpun Festrim 2015.

Saudara Ahmad Zharif Bin Anuar,


Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar.

Barisan staff kolej kediaman, barisan felo kolej ungku omar, barisan majlis mahasiswa kolej ungku omar dan
seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.

Assalamualikum W.B.T dan salam sejahtera.


Pertama sekali, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-NYA dapat kita bersama-sama dalam Majlis Perasmian Penutupan Festival Serumpun Kolej Ungku
Omar 2015
Ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang berlangsung selama
3 hari bermula pada 20 november dan akan berakhir pada malam ini.

Sesungguhnya sukar untuk saya

zahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudiaan tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian
untuk bersama-sama pada malam ini. Sesungguhnya tanpa komitmen dan kerjasama daripada kalian tidak
mungkin malam yang begitu indah ini dapat dilaksanakan.
Ucapan terima kasih juga kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur yang bertungkus lumus dalam melaksanakan
gerak kerja program. Tahniah dan syabas saya ucapkan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk memartabatkan kesenian dan kebudayaan warisan
negeri masing-masing dan warisan nusantara. Disamping itu juga, Program ini dapat memberi ilmu dan
pengetahuan adat dan kebudayaan sesuatu tempat atau sesebuah kaum.

Secara tidak langsung penganjuran program ini sedikit sebanyak dilihat dapat melahirkan mahasiswa dan
mahasiswi yang seimbang dari segi jasmani,rohani emosi, intelektual dan sosial selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk membentuk masyarakat yang sihat dan cergas serta memelihara kesenian dan
kebudayaan warisan negara.

Ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program selama
tiga hari ini. Saya mewakili daripada Ahli Jawatankuasa pelaksana program ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kerana sudi memenuhi undangan selama tiga hari berturut-turut. Sesungguhnya kami amat berbesar hati
menerima kunjungan daripada anda sekalian dan memberi sokongan kepada Program yang dianjurkan.
Sebelum mengakhiri ucapan saya pada malam ini, izinkan saya untuk menyampaikan dua rangkap pantun.
TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN
KALAU ADA JARUM YANG PATAH
JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI
KALAU ADA SILAP DAN SALAH
JANGAN DI SIMPAN DI DALAM HATI
Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah. Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai