Anda di halaman 1dari 3

Selamat malam dan salam sejahtera kepada Yang Berbahagia Encik Romli Bin darus

Pengarah IPG Kampus Kent Tuaran, Yang BerusahaEncikdotiasingTimbalanPengarah


IPG Kampus Kent, Yang DihormatiPuanAidahBinti Abdul Ghani, KetuaJabatanBahasa,
Ketua-ketuaJabatan, Ketua Unit, pensyarah-pensyarah, staf-stafsokongan, danpara
guru pelatihsekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasihata skedatangan
tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Perayaan KuihBulan 2015.Saya selaku pengerusi
Perayaan Kuih Bulan 2014 berasa bersyukur kerana atas bantuan dan tunjuk ajar Puan
Chin Satt Fung, pensyarah Pengajian Cina serta kerjasama rakan-rakan ahli jawatan
kuasa yang terlibat dalam program ini yang telah banyak membantu saya dalam
menjayakan Perayaan Kuih Bulan pada hari ini. Saya juga ingin mengucapkan
terimakasih kepada semua pihak yang terlibat samaada secara langsung atau tidak
langsung dalam aktiviti ini.
Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan tradisional bagi kaum Cina di seluruh
dunia.Perayaan kuih Bulan disambut pada hari kelima belas pada bulan kelapan pada
kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September.Perayaan Kuih
Bulan disambut meriah dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.Mengikut
tradisi Cina juga, Perayaan Kuih Bulan juga dikenali sebagai Reunion Day, iaitu di
mana anak-anak yang bekerja atautinggal di tempat jauh akan kembali kekampung
halamannya dan menyambutkan perayaan tersebut bersama-sama dengan ahli
keluarganya.
Namun, bagi pelajar-pelajar Cina yang tidak berpeluang balik kerumah
untuk meraihkan perayaan Kuih Bulan akan meraihkan perayaan tersebut bersamasama dengan warga-warga Kent. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih
kepadaPihak IPG Kampus Kent terutamanya Yang Berbahagia Pengarah kerana
member peluang dan sokongan kepada para guru pelatih untuk bersama-sama
meraihkan Perayaan KuihBulan pada malam ini. Tujuan perayaan ini dijalankan adalah
untuk memperkembangkan warisan budaya Kaum Cina serta menjalinkan hubungan
silaturahim antara pensyarah-pensyarah dan para guru pelatih serta merealisasikan
konsep 1 Malaysia .Melalui perayaan ini, kami dapat memupukkan semangat

kerjasama dan meningkatkan persefahaman antara semua warga IPG Kampus Kent.
Selainitu, Perayaan Kuih Bulan ini juga dapat member peluang kepada para guru
pelatih untuk mengenali asal-usul perayaan kuihbulan dan mengetahui warisan budaya
yang diturunkan oleh nenek moyang kita.

Para HadirinSekalian,
Izinkan saya menyampaikan ucapan saya dalam Bahasa Cina.

Yang Berbahagia EN. Romli Darus, EN. Dotia sing

Sebelum mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan setinggitinggi penghargaan atas kehadiran Pengarah IPG Kampus Kent, Encik
romli bin darus, semua pensyarah dan semua guru pelatih dalam Perayaan
Kuih Bulan ini.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai