Anda di halaman 1dari 7

1. dania : bilakah perayaan Tahun Baru Cina disambut?

ayah : perayaan Tahun Baru Cina disambut pada hari dan bulan
pertama dalam kalendar masyarakat cina.

2. dania : apakah pakaian tradisi yang perlu dipakai masyarakat cina


pada Tahun Baru Cina?

Ibu : masyarakat cina lazimnya memakai cheongsam dan


samfuu.

3. dania : apakah tarian tradisi yang popular dan kekal sehingga


kini?

ayah : tarian yang popular ketika perayaan ini disambut ialah


tarian singa dan tarian naga.

4. dania : boleh ayah terangkan sedikit tentang Tarian Singa?

ayah : tarian singa selalu dipersembahkan di tempat atau


kawasan yang terdapat penduduk berketurunan
cina seperti di Perlis, Pulau Pinang dan sebagainya.

5. dania : ayah , apakah makanan yang selalu dimakan masyarakat


cina ketika perayaan ini berlangsung?

ayah : Louhan Zhai, ialah makanan vegetarian. Yee Sang pula


ialah salad ikan. Limau mandarin, kuih bakul dan
Tikoy iaitu sejenis puding.
6. dania : mengapakah masyarakat cina hanya dibenarkan
memakan sayuran ketika perayaan ini?

ibu : mereka tidak boleh memakan daging atau ikan kerana


menganggap tidak baik memusnahkan dan
menzalimi binatang bernyawa.

7. dania : siapakah yang selalu menyambut perayaan ini?

ibu : lazimnya masyarakat kaum cina tidak kira tua dan muda

8. dania : ibu , bolehkah kaum lain juga menyambut perayaan ini


bersama?

ibu : mestilah boleh. Kaum lain juga boleh meraikan perayaan


ini bersama-sama. Kita kan 1Malaysia.

9. dania : siapakah yang perlu memberikan ang pau?

ayah : secara tradisi, ang pau atau sampul merah diberikan


sepanjang tahun baru cina oleh pasangan suami
isteri dan orang tua kepada muda-mudi yang belum
berkahwin.

10.dania : apakah nama lain bagi Pesta Cap Goh Meh?

ibu : pesta Cap Goh Meh dikenali sebagai pesta Tuah Siau.
Pesta ini disambut sebagai menandakan tamatnya
perayaan tahun baru cina.
ELEMEN 2

MEREKOD FAKTA SEJARAH

PERKARA TANDA ( )
Tajuk Kajian
Senarai Kandungan
Penghargaan
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Hasil Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan
PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah izinNya


saya dapat menyiapkan kerja khusus sejarah dengan sempurna mengikut
masa yang ditetapkan . saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada
guru bimbingan sejarah saya , En.Norhizan kerana memberi tunjuk ajar ,
bimbingan dan teguran kepada saya .

Tak lupa juga saya mengucapkan ribuan terima kasih yang kepada ibu
saya , Norzila Mahmod dan ayah saya , Zainodin Ahmad yang telah banyak
mengeluarkan belanja , memberi dorongan dan membantu saya menyiapkan
kajian ini .

Akhir sekali , saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan


seperjuangan saya , Fatin bt Darwis , Nawee Sukkanja dan Nurul Najihah bt
Ramli . Mereka banyak membantu saya mendapatkan maklumat berkaitan
tajuk kajian saya . Walaupun mereka amat sibuk dengan tugas masing-
masing , tetapi mereka tidak lokek tenaga dan ilmu untuk membantu saya
menyiapkan tugasan ini .
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am

Tujuan saya menyiapkan kerja kursus ini adalah memenuhi sebahagian


daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah KBSM seta
memenuhi syarat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti
mana yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Objektif Khusus

1. saya dapat mencari , mengumpul dan mentafsir fakta-fakta sejarah


secara rasional.

2. saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam tentang perayaan


masyarakat kaum cina.

3. kajian ini membolehkan saya mengambil iktibar dan pengalaman


untuk kebaikan dan pengetahuan saya.

4. melalui kajian ini juga , ia berjaya menimbulkan perasaan saling


hormat-menghormati budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

5. sesuatu perayaan yang diadakan secara satu Malaysia dapat


mengeratkan perpaduan kaum.
KAEDAH KAJIAN

Dalam penghasilan sejarah , kita perlu menggunakan beberapa kaedah


supaya hasil penulisan kita bernilai dan benar . Antara kaedah yang saya
gunakan ialah penyelidikan , melayari internet , majalah dan menemu bual
orang sumber .

Penyelidikan dijalankan dengan merujuk kepada buku-buku berbentuk


rujukan di perpustakaan awam dan perpustakaan sekolah .

Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat


tentang perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia . Alamat laman web yang
dicatatkan pada bahagian rujukan. Bahan yang dimuat turun dari laman web
telah disertakan sebagai salah satu kaedah kajian .

Akhir sekali , saya telah menemu bual orang sumber iaitu ayah dan
ibu saya untuk tugasan saya .
HASIL KAJIAN

Perayaan Tradisi

a) Nama Perayaan
Tahun Baru Cina

b) Masyarakat yang Terlibat


Diraikan oleh masyarakat cina di seluruh dunia

c) Tarikh dan Tempoh Masa Perayaan


Pada hari pertama dan bulan pertama dalam kalendar masyarakat cina.

d) Tujuan Perayaan
Perayaan ini dirayakan bagi menyambut kedatangan tahun baru dalam
kalendar cina.

Latar Belakang

a) Sejarah dan Asal-usul


Tahun Baru Cina tidak mempunyai asal-usul kerana sekadar
menyambut kedatangan tahun baru yang diyakini membawa tuah
dalam kalendar cina.

b)

Anda mungkin juga menyukai