Anda di halaman 1dari 12

1.

TAJUK KAJIAN
3.PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala

petunjuk dan hidayahnya. Alhamdulillah, kerja kursus sejarah ini telah berjaya disiapkan

dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan olehnya.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan

kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para

alim ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak

langkah mereka. Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada guru sejarah saya iaitu Puan Hamisah Sabu yang banyak memberi sokongan

kepada para pelajarnya.

Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada ibu serta bapa saya yang

terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang

proses menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Pertama sekali, saya ingin melahirkan

syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayahnya. Alhamdulillah, kerja

kursus sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah

dianugerahkannya. Saya juga amat berterima kasih kepada jiran saya iaitu Muhammad

Ikram Bin Nassarudin yang membantu saya dalam proses mencetak .Selain itu,sekalung

budi saya berikan kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi pertolongan

terutamanya Raja Faris Aliuddin Bin Raja Alwi yang banyak memberi maklumat.

Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung

ataupun tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini. Semoga Allah s.w.t

memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-hambanya yang banyak

membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Amin.


4.OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat banyak objektif kajian dapat saya dapati antaranya ialah

kajian yang saya lakukan ini dapat menjadikan saya seorang insan dan manusia yang

menghargai dan bersyukur kepada ALLAH terhadap apa yang dikurniakan kerana HARI

RAYA AIDILFITRI adalah hari kemenangan umat Islam seluruh dunia.

Melalui kajian ini juga saya mengetahui jenis-jenis perayaan tradisi pelbagai

kaum yang terdapat di negara Malaysia ini seperti hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil

Adha, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.

Melalui kajian ini juga saya mengetahui sejarah Hari Raya dalam Islam dan

konsep Hari Raya dalam Islam yang jelas menunjukkan bahawa ia perayaan keagamaan

dan ia disambut sebagai satu ibadat.

Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru,

ibu bapa dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.
5.KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah telah saya gunakan semasa membuat kerja kursus ini

antaranya ialah kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan

untuk kajian ini saya perolehi daripada internet dengan melayari laman-laman web yang

berkenaan dan berkaitan dengan tajuk kajian.

Kaedah kajian perpustakaan. Saya mencari tajuk kajian daripada buku-buku

ilmiah yang saya pinjam dan perolehi daripada perpustakaan sekolah ini dan sekolah-

sekolah lain.

Kaedah sumber rujukan lain iaitu ensiklopedia.Saya juga mencari dokumen

tentang tajuk kajian melalui sumber ensiklopedia.

Kaedah majalah. Saya juga mencari bahan-bahan berkenaan tajuk kajian ini

melalui majalah-majalah yang berkaitan.


7.RUMUSAN

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur

patriotisme yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini

menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaan

ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa

bangga dengan perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan

yang ada di Malaysia ini.Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di

Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan

perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara

kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa

perayaan.Kegembiraan dikongsi bersama.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini

terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Negara Malaysia merupakan sebuah negara

yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi negara

Malaysia. Salam Satu Malaysia.


9.RUJUKAN

BUKU ILMIAH

A.Aziz Deraman, Wan Ramli Wan Mohamad, 1995. Siri Pengetahuan Popular

Perayaan Orang Melayu. Selangor Darul Ehsan:Penerbit Fajar Bakti.

SUMBER LAIN (ENSIKLOPEDIA)

Jasiman Ahmad, Norita Samat, 2001. Siri Ensiklopedia Kebudayaan Perayaan Pelbagai

Kaum. Kuala Lumpur: Jade Green Publications Sdn. Bhd.

INTERNET

Panduan Menyambit Hari Raya Aidilfitri Cara Sunnah, http://pakarhowto.com/teknik/

panduan-menyambut-hari-raya-aidilfitri-cara-sunnah.htm

MAJALAH

Cahaya, September dan Oktober 2006.


2.SENARAI KANDUNGAN

ASPEK MUKA SURAT


1.TAJUK KAJIAN
2.SENARAI KANDUNGAN
3.PENGHARGAAN
4.OBJEKTIF KAJIAN
5.KAEDAH KAJIAN
6.HASIL KAJIAN
7.RUMUSAN
8.LAMPIRAN
9.RUJUKAN
Elemen 3

SOALAN=BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI

PELBAGAI KAUM DAPAT MEMPERKUKUH DAN

MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN

RAKYAT MALAYSIA?
Terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum-kaum yang ada di

Malaysia ini,seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu.Tahun Baru Cina

oleh kaum Cina,Deepavali oleh kaum India,Krismas oleh kaum India atau Cina yang

menganut ajaran Kristian.

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia kerana kaum-kaum yang ada

di Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa (1)

masing-masing.Rumah terbuka antara kaum menggalakkan mereka saling mengunjungi

di antara satu sama lain.Bersama-sama berkongsi kemeriahan dan kegembiraan semasa

menyambut hari perayaan.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada,sifat

bertanggungjawab kepada bangsa dan negara (2) perlu disematkan di dalam jiwa dan

sanubari masing.Kita juga perlulah bersyukur menjadi warganegara Malaysia (2).Semua

kaum diminta menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan

cara ini dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Melalui majlis rumah terbuka ini sifat muhibah dan semangat

bermasyarakat (3) dapat dilahirkan denagn sendirinya.Melalui perayaan ini akan lahir

nilai hormat-menghormati (3) terhadap kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia,kita

mesti menyokong Konsep 1 Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia
yang disanjungi dan dihormati.Semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu-padu dan

berharmoni (3) untuk mewujudkan suasana riang dan berhubungan baik.

Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu

bersefahaman dan bermuafakat (3) di antara satu sama lain.Masyarakat perlu bertolak-

ansur,bekerjasama dan tolong-menolong (3) sama ada semasa di jalan raya untuk pulang

ke kampung menyambut perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk

menyambut perayaan kerana semasa musim perayaan semua rakyat Malaysia akan

bercuti walaupun kaum yang tidak menyambut perayaan ketika itu.

Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum

yang menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan

keturunan,bangsa dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau

masyarakat yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia (4).

Anda mungkin juga menyukai