Anda di halaman 1dari 23

SENARAI KANDUNGAN:

BIL TAJUK HALAMAN

1 SENARAI KANDUNGAN

2 PENGHARGAAN

3 OBJEKTIF KAJIAN

4 KAEDAH KAJIAN

5 HASIL KAJIAN

6 RUMUSAN

7 LAMPIRAN

8 RUJUKAN

9 ELEMEN 3 (ESEI)

1
PENGHARGAAN:

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya,

maka saya telah dapat menyiapkan kerja Kerja Kursus Sejarah PMR 2010 dengan jayanya.

Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi

pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya, Nur Ainul A’watiff Binti Yusoff ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih

dan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan pengetua iaitu Tn.Abdul Aziz B.Selaiman dan

merangkap guru pembimbing saya bagi kelas 3A1 khususnya iaitu Pn.Rosdiah Binti Shuib

yang tidak jemu-jemu memberi bimbingan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini

mengikut criteria yang ditetapkan. Mereka juga membantu menyemak maklumat dan member

teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu ayahanda

Encik Yusoff B.Saad dan bonda, Maryam Binti Ahmad yang turut membantu untuk

menyiapkan tugasan ini. Tanpa sokongan mereka, tidak mungkin tugasan ini dapat disiapkan

dengan jayanya. Ini kerana kerja-kerja seperti ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran

dan wang ringgit.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-kerja yang

diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang tinggi dalam memberikan buah fikiran

dan semangat.

2
Tidak lupa juga saya ingin mengcapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada

semua yang terlibat dalam menjayakan folio ini. Saya memohon maaf atas apa jua kesilapan

saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sekian,Wassalam.

OBJEKTIF KAJIAN:

1. Kajian yang saya lakukan ini dapat menjadikan saya seorang insan dan manusia yang
menghargai dan bersyukur kepada ALLAH terhadap apa yang dikurniakan kerana
HARI RAYA AIDILFITRI adalah hari kemenangan umat Islam seluruh dunia.

2. Melalui kajian ini juga saya mengetahui jenis-jenis perayaan tradisi pelbagai kaum
yang terdapat di negara Malaysia ini seperti hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil
Adha, Tahun Baru Cina, Depavali dan Kristmas.

3. Melalui kajian ini juga saya mengetahui sejarah Hari Raya dalam Islam dan konsep
Hari Raya dalam Islam yang jelas menunjukkan bahawa ia perayaan keagamaan dan
ia disambut sebagai satu ibadat.

4. Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru, ibu bapa
dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.

3
KAEDAH KAJIAN:

1. Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk kajian
ini saya perolehi daripada internet dengan melayari lama-laman web yang berkenaan
dan berkaitan dengan tajuk kajian.

2. Kaedah kajian perpustakaan. Saya mencari tajuk kajian daripada buku-buku ilmiah
yang saya pinjam dan perolehi daripada perpustakaan sekolah ini dan sekolah-sekolah
lain.

3. Kaedah temubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya menemubual ibu
dan ayah saya berkenaan dengan perayaan ini. Mereka sebagai orang sumber yang
menjdi rujukan utama saya semasa menyiapkan kajian ini.

4. Kaedah majalah. Saya juga mencari bahan-bahan berkenaan tajuk kajian ini melalui
majalah-majalah yang berkaitan.

4
HASIL KAJIAN:

PERAYAAN TRADISI.

Terdapat pelbagai takrif tentang tanggal 1 Syawal.Ada yang menyebutnya Hari Raya

Aidilfitri dan ada pula yang menyebutnya Hari Raya Puasa atau Hari Lebaran sahaja.

Walau apa pun takrif yang diberikan terhadap tanggal ini,ia tetap mencerminkan satu

perkara pokok iaitu kegembiraan kerana dapat makan dan minum pada waktu siang hari.

Mengikut takrif Islam, tarikh Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada 1 Syawal hendaklah

ditentukan dengan melihat terbitnya anak bulan Syawal. Di Malaysia, untuk melihat anak

bulan Syawal,ianya dilakukan pada waktu senja pada 29 atau 30 Ramadan di beberapa tempat

di tepi pantai seperti di pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan dan lain-lain.

Jika anak bulan kelihatan, maka bermulalah sambutan hari raya pada malam itu.

Tetapi jika anak bulan tidak kelihatan, umat Islam perlulah berpuasa pada hari esoknya dan 1

Syawal dianggap jatuh pada hari yang berikutnya. Hari Raya Aidilfitri merupakan hari

kebesaran umat Islam di seluruh dunia termasuk umat di negara kita, Malaysia. Hari Raya

Aidilfitri dirayakan secara besar-besaran pada 1 Syawal mengikut kalendar Islam.

Kedatangan 1 Syawal amat bererti kepada setiap umat Islam kerana ia membawa

bersama keseronokan dan kegembiraan kepada penganutnya.Sebagai salah satu hari perayaan

umat Islam di negara ini,kerajaan telah mengistiharkan dua hari cuti umum dan ia sudah

5
termaktub di dalam senarai hari-hari perayaan di negara ini, khasnya untuk umat Islam bagi

menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Aidilfitri merupakan hari kemenangan untuk individu yang berjaya mendidik jiwanya

sepanjang Ramadan mengikut kehendak Allah. Hakikatnya,kemenangan melawan bisikan

syaitan dan kehendak nafsu ditonjolkan pada hari mulia Aidlfitri dengan laungan takbir,

tahmid, dan tasbih.

Hakikat kegembiraan itu hanyalah khusus untuk mereka yang berjaya mengawal

nafsu berteraskan keimanan yang jitu dan ketulusan hati kepada Yang Esa ketika sebulan

berpuasa.

Kegembiraan kita bukanlah seperti kegembiraan syaitan yang dilepaskan oleh Allah

daripada belenggu sebaik sahaja berakhirnya Ramadan.

6
LATAR BELAKANG.

Sejarah hari raya dalam Islam bermula setelah Rasulullah S.A.W berhijrah ke

Madinah. Pada tahun-tahun awal selepas hijrah,masyarakat Islam di Madinah masih lagi

merayakan dua hari kebesaran yang diwarisi sejak turun-temurun dari nenek moyang yang

dipenuhi dengan pesta tanpa batasan.

Oleh sebab itu, Allah telah mensyariatkan dua hari raya yang lebih baik iaitu Adilfitri

dan Aidiladha bagi menggantikan kedua-dua hari tradisi masyarakat Madinah itu. Hari Raya

Aidilfitri disambut pada 1 Syawal setiap tahun selepas umat Islam menunaikan ibadah puasa

Ramadan dan zakat fitrah manakala Aidiladha pula dirayakan pada 10 Zulhijjah sempena

ibadah korban.

Tentunya ada hikmah di sebalik penukaran hari raya ini kerana setiap yang dilakukan

Allah itu pastiya tersirat rahsia kelebihannya.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dimulakan dengan sembahyang sunat hari raya.

Upacara bertakbir diteruskan sehingga acara sembahyang dimulakan. Walaupun sembahyang

Hari Raya Aidilfitri adalah sunat, umat Islam tetap membanjiri masjid atau surau yang

berhampiran untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya.

Umat Islam digalakkan mengadakan majlis terakhir bertujuan bagi melafazkan rasa

bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana kemenangan melawan nafsu syahwat dan nafsu

makan dan berpeluang sama-sama merayakan hari raya yang mulia itu.

7
PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN.

Mereka akan mengadakan pelbagai persiapan untuk menyambut kedatangan hari

raya.Rumah akan dihias atau dicat baru.Manakala kuih-muih dan pelbagai jenis minuman

juga disediakan untuk dihidangkan kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah mereka

semasa hari raya nanti.

Apabila menjelang sesuatu perayaan,orang ramai akan bertumpu ke gedung-gedung

perniagaan dan pasar raya untuk membeli barang keperluan mereka.Kaum ibu amatlah sibuk

mengatur dan merancang apa yang perlu dibeli bagi persediaan menyambut hari raya yang

dinantikan.

Kebanyakan orang berbelanja besar bagi menyambut hari raya yang dirayakan hanya setahun

sekali. Oleh itu, sesetengah orang tidak takut berbelanja kerana perayaan membawa

kegembiraan dan keseronokan kepada mereka.

Walaupun agama Islam menyarankan kepada umatnya supaya tidak membazir dan

berbelanja berlebihan di luar kemampuan mereka namun untuk menyambut hari raya, mereka

tetap berbelanja besar.

Pada malam menjelang hari raya biasanya masing-masing sudah pun berkumpul di

rumah orang tua mereka.Lemang dan ketupat serta rendang sudah disediakan.

8
Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menyediakan lemang dan ketupat,

mereka hanya membeli yang sudah siap yang banyak dijual di pasar atau di kedai-kedai. Pada

musim perayaan begini, para peniaga yang menjual ketupat dan lemang dapat meraih

keuntungan yang banyak.

Malam menjelang hari raya, umat Islam digalakkan mengadakan majlis takbir secara

berkumpulan di surau-surau atau di masjid.

Pada malam hari raya, kanak-kanak begitu gembira bermain bunga api dan membakar

mercun bersama-sama abang dan kakak serta rakan sebaya. Bunyi mercun kedengaran di

sana-sini diiringi gelak ketawa.

Pada pagi hari raya,kanak-kanak bangun lebih awal daripada biasa. Anak-anak gadis

sibuk membantu ibu mereka mengemaskan rumah dan mengatur juadah seperti kuih-

muih,lemang dan ketupat yang akan dihidangkan kepada para tetamu.

Sebelum keluar sembahyang hari raya, mandi sunat hari raya turut diadakan di rumah

masing-masing. Selepas itu barulah mereka mengenakan pakaian baru ataupun pakaian yang

bersih serta memekai bau-bauan untuk ke masjid atau ke surau-surau yang berhampiran

dengan tempat tinggal mereka.

Apabila takbir hari raya bergema, ini menambahkan lagi kegembiraan di kalangan

umat Islam. Anak-anak muda sibuk mengenakan pakaian baju yang beraneka warna berserta

samping dan bersongkok untuk ke masjid ataupun ke surau bagi menunaikan sembahyang

sunat hari raya.

Sebelum pergi bersembahyang terlebih dahulu mereka bersalam-salaman dengan ayah

dan ibu untuk memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan dosa yang lalu.

9
Pasangan suami isteri juga tidak kegagalan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Kemudian barulah mereka saling bermaafan dengan ahli keluarga yang lain seperti datuk,

nenek, abang ,kakak, dan adik-adik serta saudara-mara yang lain.

Selepas itu, juadah dan kuih-muih yang dihidangkan mestilah dijamah sedikit kerana

umat Islam disunatkan makan atau bersarapan sebelum pergi bersembahyang sunat Hari Raya

Aidilfitri.

Di masjid, mereka yang belum membayar fitrah menunaikan dahulu kewajipan

tersebut. Membayar fitrah selepas sembahyang sunat hari raya dikira haram walaupun boleh

diterima oleh pemungutnya.

Semasa masuk ke masjid hendaklah didahului dengan kaki kanan dan sebelum duduk

digalakkan sembahyang sunat terlebih dahulu. Kecil besar, tua dan muda semuanya berbaris

bersaf-saf tidak mengira taraf dan warna kulit.

Waktu sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri ialah dari mata hari naik kira-kira tiga

meter, iaitu lebih kurang jam 8.30 pagi hinggalah matahari tergelincir. Orang Islam

disunatkan mempercepatkan sembahyang sunat Aidiladha bertujuan memanjangkan waktu

berkorban dan melambatkan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri bagi memanjangkan

masa untuk membayar fitrah.

Sembahyang sunat hari raya adalah dua rakaat, didahului dengan tujuh takbir pada

rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat yang kedua sebelum membaca fatihah. Imam akan

mengetuai sembahyang sunat hari raya dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk. Selesai

sahaja sembahyang sunat, khutbah hari raya dibacakan. Khutbah selepas sembahyang sunat

hari raya hukumnya sunat, begitu juga dengan mendengarnya. Di dalam khutbah hari raya

yang diadakan selepas sembahyang sunat, umat Islam sering diingatkan dan dinasihatkan

10
tentang kewajipan mereka pada setiap masa. Setelah tamat khutbah barulah umat Islam

bersurai dan bersalam-salaman antara satu dengan yang lain memohon ampun dan maaf.Ini

menandakan ikatan persaudaraan yang tidak mudah terputus walaupun berlainan bangsa dan

warna kulit.

Selepas menunaikan sembahyang hari raya, umat Islam membawa haluan masing-

masing dengan acara yang tersendiri. Ada yang menziarahi sahabat handai dan saudara-mara.

Pada masa inilah masing-masing mengambil peluang untuk bertemu dengan sahabat handai

dan saudara-mara yang sudah lama tidak ditemui. Setahun sekali barulah mereka dapat

bertemu kerana masing-masing pergi merantau ke negeri orang untuk mencari rezeki. Oleh

itu, apabila menjelang 1 Syawal masing-masing sanggup berebut-rebut dan bersesak-sesak

menaiki bas atau kereta api untuk pulang ke kampung masing-masing.

Sambutan hari raya di kampung-kampung amat berbeza dengan sambutan yang

diadakan di pekan-pekan atau di bandar-bandar.Suasana kegembiraannya lebih meriah

berbanding dengan sambutan yang diadakan di pekan-pekan.Oleh itu, ramai yang lebih suka

berhari raya bersama keluarga di kampung masing-masing.

Sesetengah orang pula tidak terus bertandang selepas selesai sembahyang hari raya.

Sebaliknya mereka menziarahi kubur ahli keluarga atau saudara mereka yang telah kembali

ke Rahmatullah. Di sana mereka akan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk

difidyahkan kepada arwah si mati.Selepas itu barulah mereka ke rumah sahabat handai dan

saudara-mara untuk merayakan hari yang mulia itu.

11
Di sesetengah tempat selepas sembahyang hari raya,secara beramai-ramai mereka akan

berkunjung dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain.Selepas menjamu selera mereka

akan membaca doa selamat atau tahlil.

Di negara ini Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh Orang Melayu secara besar-besaran

berbanding dengan sambutan Hari Raya Aidiladha. Pada hari raya umat Islam sering ziarah-

menziarahi antara satu sama lain bagi menjalin silaturahim. Ramai orang Melayu

mengadakan rumah terbuka terutamanya di bandar-bandar untuk melayan serta berkongsi

kegembiraan mereka dengan rakan-rakan yang bukan Islam. Kunjungan rakan-rakan yang

bukan Islam ke rumah orang Melayu sudah menjadi kebiasaan di negara ini. Ini memeriahkan

lagi suasana hari raya.Pendek kata, perayaan dapat dapat mewujudkan semangat perpaduan di

kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Pelbagai juadah tradisional dan moden

disediakan untuk para tetamu. Golongan tua sukakan kuih-kuih asli seperti kuih bangkit,

dodol dan baulu. Bagi golongan muda pula mereka lebih menggemari kuih-kuih moden

seperti biskut dan kek. Tetapi ketupat dan lemang mesti ada. Seolah-olah tidak sah berhari

raya jika tiada ketupat ataupun lemang. Biasanya ketupat dan lemang dihidangkan bersama

rendang ayam atau rendang daging. Selain itu terdapat juga sate, lodeh, laksa dan sebagainya

dihidangkan di saping kuih-muih yang lain. Juadah yang disajikan kadang-kadang berlainan

antara satu negeri dengan negeri yang lain.

Kanak-kanak yang datang berkunjung ke rumah diberikan duit hari raya. Duit hari

raya ini kadang kala dimasukkan ke dalam sampul kecil yang beraneka warna yang diisikan

dengan sejumlah wang. Sampul-sampul kecil ini dapat diperolehi daripada bank-bank

tempatan apabila menjelang hari perayaan. Amalan ini biasanya diamalkan di kalangan

masyarakat Cina yang disebut angpau tetapi kini semua kaum di negara ini mengamalkannya

12
termasuklah orang Melayu.Ia seolah-olah satu budaya baru di kalangan masyarakat Malaysia

yang terdiri daripada rakyat yang berbilan kaum.

Hari Raya Aidilfitri tidaklah disambut pada 1 Syawal sahaja. Bagi umat Islam,hari

raya ini boleh dirayakan sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan 1 Syawal disebabkan hari

pertama yang dibenarkan makan dan minum pada siang hari selepas sebulan berpuasa

menehan lapar dan dahaga. Pada hari raya pertama,kedua dan ketiga ziarah-menziarahi ahli

keluarga dan sahabat handai yang terdekat sahaja. Hari-hari seterusnya pula ada yang

mengunjungi saudara-mara atau sahabat handai yang tinggal berjauhan dan sudah lama tidak

ditemui.

Pada umumnya sambutan hari raya amat bermakna kepada golongan kanak-kanak

serta muda-mudi. Mereka amat gembira apabila menjelangnya hari raya. Pada masa inilah

mereka dapat mengenakan pakaian baru serta kasut baru. Sesetengah anak muda pula

menyambut hari raya dengan atur cara yang berbeza. Acara penting bagi mereka selepas

sembahyang hari raya ialah mengunjungi panggung-panggung wayang. Lepas satu panggung

ke satu panggung yang lain pula. Pada waktu malam pula mereka akan menghadiri majlis-

majlis yang diadakan khas untuk bersuka-ria sempena menyambut hari raya. Bagi golongan

muda-mudi ini,hari raya tidak dapat dihayati sepenuhnya kerna mereka hanya memikirkan

kegembiraan sahaja. Hikmah dan pengajarannya tidak dapat diterapkan ke dalam diri mereka.

Dalam bulan Syawal ramai orang islam mengambil kesempatan mengerjakan puasa

sunat selama enam hari. puasa sunat ini boleh dilakukan mulai hari kedua hingga akhir bulan

Syawal. tetapi pada 1 Syawal umat islam diharamkan puasa sunat pada hari tersebut. Selepas

tamat mengerjakan puasa sunat selama enam hari ada sesetengah orang merayakannya

dengan membuat serba sedikit persiapan. Ada yang membuat lemang atau ketupat kerana

13
merayakan hari raya puasa enam ini. Orang yang mngerjakan puasa sunat enam inin akan

mendapat ganjaran pahala yang lebih di akhirat nanti.

sempena dalam bulan Syawal yang mulia ini, terdapat sesetengah orang menbuat

jamuan bergilir-gilir dari sebuah rumah ke rumah yang lain. Ini bertujuan untuk mengeratkan

tali persaudaraan bukan sahaja sesama Islam malah di kalangan rakyat yang berbilang

keturunan di sesuatu kawasan atau daerah. Di samping bersukaria, mereka mengadakan

bacaan doa selamat tanda kesyukurun kepada Tuhan kerana dapat merayakan hari raya pada

tahun ini. Acara begini biasanya diamalkan di kampung-kampung tetapi kini ia diamalkan

juga di bandar-bandar. Secara tidak langsung dengan mengadakan jamuan begini ia memberi

peluang kepada penduduk setempat bergaul dan dapat berkenalan di antara satu dengan yang

lain.

Selain itu, sambutan hari raya juga dapat menghapuskan permusuhan antara seorang

individu dengan individu yang lain. Manusia kini semakin bersifat individualistik dan

mementingkan diri sendiri. Ini disebabkan mereka sibuk dengan urusan masing-masing.

Tetapi hari raya dapat menginsafikan kembali manusia kepada realiti kehidupan

bermasyarakat. manusia pada zahirnya tidak suka hidup bersendirian, mereka memerlukan

ahli keluarga, saudara-mara dan anggota masyarakat untuk berinteraksi bagi meneruskan

hidup agar mereka tidak berasa kesunyian dan hidup mereka tidak bersendirian.

Kemeriahan hari raya sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah dan tekanan

jiwa yang mungkin mereka hadapi yang mungkin mereka hadapi dalam kehidupan seharian.

Manusia memang tidak lepas daripada masalah hidup, seperti masalah di tempat kerja,

masalah keluarga, masalah peribadi dan sebagainya.

Oleh itu, hari raya yang disambut setahun sekali sedikit sebanyak dapat membawa

pengertian yang mendalam dan bermakna kepada mereka yang merayakannya.


14
KESAN PERAYAAN.

Setiap perayaan yang dirayakan oleh orang Melayu di negara kebanyakannya

berkaitan dengan agama, iaitu agama Islam, agama rasmi negara ini. Kesemua perayaan yang

dirayakan ditetapkan mengikut takwim Islam atau kalendar Hijrah. Misalnya untuk

permulaan berpuasa ditetapkan pada 1 Ramadan, Hari Raya Aidilfitri/ Hari Raya Puasa pada

1 Syawal, Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah, Israk dan Mikraj disambut pada

27 Rejab, Maal Hijrah atau Awal Muharam pada 1 Muharam, Maulidur Rasul pada 12

Rabiulawal, Hari Asyura pada 15 Syaaban dan Nuzul Quran disambut pada 17 Ramadan.

Perayaan-perayaan yang dirayakan membawa makna dan peristiwa yang bersejarah dalam

Agama Islam. Dengan mengadakan pelbagai perayaan secara tidak langsung memberi

peluang kepada umat Islam bertemu mesra antara satu sama lain. Selain itu,tali persaudaraan

sesama Islam juga dapat dipereratkan lagi melalui perayaan yang diadakan.

Setiap perayaan disambut oleh semua golongan masyarakat tidak kira keturunan atau

jantina, tua atau muda, miskin atau kaya. Apabila menjelang sesuatu perayaan terutama

semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri/ Hari Raya Puasa semua anggota keluarga atau

saudara-mara berrkumpul bagi menyambut hari yang mulia itu. Walaupun mereka tinggal

15
berjauhan daripada keluarga tetapi sedaya upaya mereka akan balik ke kampung untuk

bersama keluarga masing-masing. Hubungan antara ahli keluarga akan menjadi renggang jika

sudah lama tidak bertemu dan tidak berinteraksi antara satu dengan yang lain semasa

merayakan sesuatu perayaan.

Selain itu, perayaan juga dapat menginsafkan manusia agar menyedari realiti

kehidupan bermasyarakat. Manusia pada zahirnya suka hidup bermasyarakat dan tidak suka

hidup bersendirian. Dalam kehidupan yang serba moden ini manusia semakin bersifat

individualistik dan mementingkan diri sendiri. Kadang kala jiran tetangga tidak kenal dan

tidak bertegur sapa di antara satu sama lain kerana masing-masing sibuk mencari rezeki dan

sibuk dengan hal masing-masing.

Apabila menjelang sesuatu perayaan pelbagai persediaan diatur. Sebagai contoh,

permulaan berpuasa adalah ditetapkan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong atas nasihat

Raja-raja Melayu dengan melihat anak bulan atau dengan kiraan ilmu falak. Pengishtiharan

akan dibuat dan diumumkan ke seluruh negara melalui dengan radio dan televisyen untuk

memberitahu tarikh mula berpuasa. Apabila telah ditetapkan barulah seluruh umat Islam akan

mula berpuasa serentak di seluruh negara selama sebulan.

Setelah berpuasa kira-kira sebulan ditentukan hari bagi menyambut Hari Raya

Aidilfitri/Hari Raya Puasa atau disebut juga Hari Lebaran. Untuk menentukannya terlebih

dahulu dengan melihat anak bulan Syawal. Jika kelihatan, maka hari raya akan bermula pada

esok harinya. Jika tidak kelihatan hari raya akan dirayakan pada hari berikutnya.

Begitu juga dengan sambutan Hari Raya Aidiladha/Hari Raya Haji merupakan satu

lagi hari kebesaran bagi umat Islam. Ia ditetapkan pada tiap-tiap 10 Zulhijah mengikut

kalendar Islam. Pada tanggal ini umat Islam di tanah suci, Mekah mengerjakan fardhu haji. Ia

16
turut dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia termasuk umat Islam di negara kita yang

tidak berkesempatan mengerjakan fardhu haji, yang merupakan rukun Islam yang keempat.

Hari Israk dan Mikraj juga merupakan suatu perayaan yang disambut oleh umat Islam

di seluruh dunia dan di negara ini. Israk beerti perjalanan, yakni perjalanan yang dilakukan

oleh Rasullullah (s.a.w) dari Mekah ke Baitulmuqaddis pada suatu malam. Sementara Mikraj

pula beerti naik ke atas, iaitu ke langit melampaui planet-planet di angkasa lepas menuju

tempat yang paling tinggi yang tidak tercapai oleh manusia atau makhluk lain, pada masa

lampau atau pada masa yang akan datang. Di sanalah baginda Rasullullah (s.a.w) menerima

wahyu daripada Allah (s.w.t).

Umat Islam di seluruh dunia juga menyambut hari Maal Hijrah. Bulan ini dianggap

istimewa kerana bulan Muharram adlah permulaan tahun Hijrah.Umat Islam menyambut

Maal Hijrah sebagai memperingati penghijrahan Nabi Muhammad(s.a.w) dan pengikut-

pengikutnya dari Mekah ke Madinah. Menurut takwim Islam, bulan Muharam ialah bulan

pertama dalam kalendar Hijrah. bulan pertama ini dinamakan demikian kerana umat Arab

pada zaman Jahiliah bersepakat untuk menghentikan pertumpahan darah di sepanjang bulan

ini. Sebelumnya bulan ini dinamakan bulan Muktamar, yakni bulan persidangan di mana

persidangan sering diadakan di kalangan mereka untuk menyelesaikan persengketaan dan

menghindarkan pertumpahan darah di kalangan orang Islam di negara Arab.

Hari Maulidur Rasul atau dulunya disebut Maulud Nabi merupakan sambutan sebagai

memperingati hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w). Rasullullah dilahirkan

pada 571 tahun Masihi. Perayaan Maulidur Rasul tidak pernah dirayakan oleh penganut-

penganut agama Islam ketika Rasullullah masih hidup. Di Malaysia, hari Maulidur Rasul

disambut secara besar-besaran. Perarakan dan rapat-rapat umum diatur dengan rapi. Lagu-

lagu memuji Rasullullah didengarkan. Di peringkat kebangsaan, perhimpunan yang diadakan

17
diikuti dengan perarakan dan selawat. Dalam perhimpunan ini, umat Islam dari pelbagai

peringkat dan lapisan masyarakat akan berhimpun di tempat yang ditetapkan dengan

membawa sepanduk-sepanduk yang melambangkan keagungan dan pujian untuk Rasullullah

dengan berselawat dan berzikir sebagai memperingati kelahiran Rasullullah sebagai

pemimpin agung umat Islam di seluruh dunia. Di samping itu, acara-acara seperti ceramah,

syarahan, dan lain-lain yang mempunyai kaitan dengan Rasullulah turut diadakan.

Hari Assyura pula dirayakan pada 10 Muharram pada setiap tahun mengikut kalendar

Hijrah. Ia dirayakan bagi memperingati beberapa peristiwa yang menjadi ingatan dalam

kalangan orang Islam. Pada hari ini juga umat Islam disunatkan berpuasa dan membuat amal

ibadat.

Nisfu Syaaban pula dirayakan pada bulan yang kedelapan dalam tahun Hijrah. Adalah

dipercayai pada malam Nisfu Syaaban inilah kiblat sembahyang umat Islam ditukarkan

daripada Baitulmuqaddis ke Kaabah. Oleh itu malam ini sering dihidupkan dengan

memperbanyakkan zikir dan sembahyang sunat.

Satu lagi perayaan bercorak agama yang dirayakan oleh umat Islam di negara ini dan

di seluruh dunia amnya ialah Nuzul al-Quran pada Nabi Muhammad (s.a.w), iaitu pada 17

Ramadan.

Dengan mengadakan pelbagai perayaan secara tidak langsung umat Islam dapat

bergaul dan berkenalan di antara satu dengan yang lain. Di samping itu umat Islam juga dapat

beramal ibadat kepada Tuhan yang Maha Esa. Pada hari kebesaran, orang Islam juga

digalakkan membuat pelbagai kebajikan seperti menderma makanan, pakaian dan wang

ringgit. Dengan berbuat demikian mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang

memerlukannya juga berpeluang menikmati dan merasakan kegembiraan

18
Selain perayaan yang dinyatakan terdapat beberapa perayaan lain yang dirayakan oleh

orang Melayu yang tidak berkaitan dengan agama. Misalnya pesta puja pantai, pesta mandi

Safar, upacara mula turun ke sawah, pesta menuia padi dan sebagainya. Pesta puja pantai

masih dirayakan oleh penduduk di Pantai Timur yang tinggal di pesisiran pantai terutamanya

di Kelantan dan Terengganu. Perayaan ini berupa upacara penghormatan kepada penunggu-

penunggu laut. Acara-acara begini biasanya akan diketuai oleh seorang dukun dengan

membaca mantera dan lain-lain. Perayaan ini bertujuan menjaga keselamatan para nelayan

yang mencari rezeki di laut agar mereka tidak diganggu oleh kuasa-kuasa jahat.

Perayaan-perayaan seperti ini sememangnya tidak digalakkan disebabkan ia

bertentangan dengan ajaran agama Islam. Namun ada segelintir masyarakat yang masih

berpegang teguh kepada adat semata-mata. Perayaan ini diadakan semata-mata untuk

menjaga kesejahteraan dan keselamatan hidup para nelayan.

19
RUMUSAN.

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur

patriotisme yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan

saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaan ini merupakan

perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa bangga dengan

perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan yang

ada di Malaysia ini.Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia

ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan perpaduan

terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara kaum dan

perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa

perayaan.Kegembiraan dikongsi bersama.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini

terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang

aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi negara Malaysia.

Salam Satu Malaysia.

20
RUJUKAN.

21
BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI KAUM DAPAT
MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN
RAKYAT MALAYSIA?

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum-kaum

yang ada di Malysia ini.Seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu.Tahun Baru

Cina oleh kaum Cina,Depavalli oleh kaum India, Cristmast oleh kaum India atau Cina yang

menganut ajaran Kristian.

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di

Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

masing-masing.Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung

mengunjungi di antara satu sama lain.Bersama- sama berkongsi kemeriahan dan kegembiraan

semasa menyambut hari perayaan.Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat muhibah dan

semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya.

Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang

menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan bangsa

dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang berakhlak

dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat menghormati

terhadap kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong Konsep Satu

Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.

22
Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan

bermuafakat di antara satu sama lain.Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama dan

tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung menyambut

perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut perayaan kerana

semasa musim perayaan semua rakyat Malysia akan bercuti walaupun kaum yang tidak

menyambut perayaan ketika itu.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab

kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing.Justeru itu

Semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni.Sebagai rakyat

Malaysia kita perlu bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum diminta

menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini dapat

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

23

Anda mungkin juga menyukai