Anda di halaman 1dari 4

Kaedah Kajian

a) Penyelidikan Perpustakaan

Saya telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan sekolah, melawat laman web yang

berkaitan Hari Raya Aidilfitri dan merujuk buku ilmiah yang berkaitan.

b) Temu Ramah

Saya telah menemu ramah En. Abdullah Bin Ali,43 tahun yang beralamat di No. 1-2

1972, Blok D/E Kuaters PERHEBAT, Kem Paya Jaras, 47000 Sungai Buloh, untuk

mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai Hari Raya Aidilfitri.

c) Analisis Maklumat

Saya telah menggunakan kaedah menganalisis dokumen seperti majalah: Dewan

Bahasa,November 2005, Kuala Lumpur, Dewarna Sdn. Bhd. Halaman 5-25, buku

ilmiah: Prof. Dato’ Dr. Hood Salleh,2006.People and Tradition. Singapura:

Archipelago Press
4) Kesan Perayaan

Kekeluargaan

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan lagi jalinan

silaturrahim sesama keluarga. Hubungan kasih saying antara keluarga akn bertambah erat.

Anak minta maaf daripada ibu bapa dan juga sesama adik-beradik. Sebelum sambutan

biasanya ahli keluarga yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman akan pulang untuk

menyambutnya bersama-sama saudara lain yang sudah lama tidak bertemu. Oleh itu,

perasaan kasih saying dan semangat kekeluargaan akan bertambah kukuh lagi dalam hati

masing-masing.

Perpaduan

Perayaan juga dapat menghidupkan semangat perpaduan diantara rakyat di negara

Malaysia. Ini kerana semua kaum dan bangsa yang berada di Malaysia mempunyai perayaan

yang disambut oleh kaum masung-masing. Hari perayaan sesuatu kaum juga diraikan tanpa

mengira kaum, bangsa dan agama. Selain itu, amalan kunjung-mengunjung juga dilakukan

tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Ia juga boleh dikatakan sebagai rutin rakyat

Malaysia apabila tiba musim sesuatu perayaan. Kemeriahan perayaan juga dapat dikongsi

oleh seluruh rakyat Malaysia. Justeru itu perpaduan dan keeratan hubungan kaum akan

terjalin dalam suasana yang aman dan damai.


Pelancongan

Selain yang telah disebutkan diatas, sektor pelancongan juga menerima kesan yang

hebat. Antara kesannya, sambutan perayaan akan bertambah meriah dengan kedatangan

pelancong yang ingin melihat keunikan sambutan perayaan yang pelbagai di Malaysia.

Mereka yang tertarik dengan keunikan ini pasti akan datang kembali ke Malaysia untuk

melihat lagi keunikan yang sudah pasti tiada di negara mereka. Seterusnya dapat menjana

pendapatan negara.

Keagamaan

Kita perlu berbangga dengan agama yang kita anuti tanpa mengira kaum. Saya

sebagai seorang yang beragama Islam, berbangga kerana agama Islam menyambut perayaan

seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Saya juga berbangga kerana dapat

menunaikan amanat yang diberikan Allah kepada seluruh hamba-Nya.


I I II II 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

16

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Anda mungkin juga menyukai