Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN YB DATUK SERI DR. DORINNA NABILAH Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang Berusaha saudara Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Dato Pehin Seri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak, YB Tan Sri Murumugham a/l Murumuthu, Presiden MIC Sarawak merangkap Pengarah Majlis Sambutan Deepavali 2011 Peringkat Negeri Sarawak,YB Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri, Wakil-wakil Kerajaan Negeri, dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya jua dapat kita bersama-sama berhimpun dalam Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Deepavali 2011 peringkat negeri Sarawak dalam suasana yang penuh harmonis dan semangat kekeluargaan. Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur iaitu, MIC Sarawak kerana berjaya menganjurkan majlis yang gemilang seumpama ini.

Hadirin-hadirat sekalian, Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai diwali atau pesta cahaya, ia disambut pada hari ke 14 dalam bulan Aipasi mengikut kelendar masyarakat Tamil yang lazimnya jatuh di antara Oktober dan November setiap tahun. Deepa bermaksud pelita dan Avalai bermakna aturan. Gabungan kedua istilah ini memberi maksud susunan atau aturan pelita, bagi masyarakat India, pelita atau lampu adalah lambang kesucian yang menghapuskan kegelapan, cahaya juga membawa erti harapan, kemenangan dan kebahagian.

Sesungguhnya, sambutan rumah terbuka Malaysia Deepavali ini merupakan bukti keprihatinan kerajaan dan keistimewaan negara kita Malaysia. Hari perayaan semua kaum dapat diraikan bersama-sama. Kita perlu mengekalkan semangat muhibah dan permuafakatan kerana nilai-nilai yang menjadi tunjang kekuatan perpaduan dan integrasi nasional di negara kita yang tercinta. Hasil daripada integrasi budaya, rakyat pelbagai kaum datang ke rumah terbuka biarpun berlainan bangsa. Sambutan perayaan Deepavali yang bukan sahaja disambut oleh masyarakat India malah seluruh rakyat Malaysia yang dinamik bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, perdana menteri kita.

Hadirin sekalian, Konsep 1 Malaysia ini dapat memberi aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip rukun negara. Selain itu, perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum serta menanam semangat patriotik dalam diri. Keharmonian dan kesejahteraan sesebuah Negara lahir daripada integrasi yang jitu sesama rakyat. Oleh itu, sambutan hari Deepavali pada kali ini perlu diambil sebagai peluang untuk menzahirkan perpaduan erat antara kaum di negara ini.

Perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia dapat menjamin kestabilan politik yang berkekalan terutamanya bagi Negara yang berbilang kaum seperti kita. Keberkesanan sebuah badan politik dalam sesebuah Negara menyumbang ke arah pembangunan Negara dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Keutuhan ekonomi negara kita akan memberi pelbagai kesan baik seperti kemasukan pelabur asing ke dalam negara kita dan seterusnya menyumbang dalam aliran mata wang asing ke dalam Negara kita.

Hadirin yang dikasihi, Hari Deevapavali juga merupakan salah satu daripada warisan budaya yang harus dipelihara. Perayaan seperti ini adalah warna yang mencorakkan masyarakat Malaysia yang dinamik yang hidaup bersatu padu dalam keadaan yang aman damai. Akhirulkalam, saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan perayaan seumpama ini tanpa mengira bangsa dan agama. Berpeganglah pada prinsip 1 Malaysia demi mencapai kemakmuran yang mapan dan berkekalan.

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, dengan sukacitanya saya merasmikan Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Deepavali peringkat negeri anjuran MIC Sarawak tahun 2011 Sekian. Assalamualaikum warahmatulaahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai