Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMI

MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL TAHUN 2020
TARIKH 12 DISEMBER 2020
TEMPAT GOOGLE MEET
PERUCAP YB DATIN DR. NURFADHILAH BINTI ARIFIN

AHLI PARLIMEN KUALA NERUS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Terengganu Maju Berkat
Sejahtera

Terima Kasih pengerusi majlis,


SALUTASI:
Yang Berbahagia Dr. Ahmad Firdaus bin Mohamed Pakri,
Ketua Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Dato Razali Ismail,
Yang Berusaha Puan Nur Asmena binti Mohd Asri,
Wakil dari Muzium Negeri Terengganu,
Para pensyarah dan pelajar IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
Tuan tuan, Puan puan dan Hadirin hadirat sekalian.

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita
dapat bersama-sama meraikan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Institut Pendidikan
Guru Kampus Dato Razali Ismail tahun 2020.

Walaupun kita masih berperang dengan pandemik COVID-19 dan berada dalam fasa
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), syukur kita masih dapat berkumpul dalam
suasana aman dan harmoni tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan keturunan bagi
meraikan majlis pada pagi yang indah ini.

Hadirin sekalian,

Malaysia Prihatin tema rasmi,

Untuk sambutan Hari Kebangsaan,

Pemimpin Negara Kita Sanjungi,

Membentuk Negara Menuju Wawasan.

Tema Malaysia Prihatin bagi tahun ini, amat bertepatan dengan aspirasi yang didukung
kerajaan, bahawa seluruh rakyat MALAYSIA, sama ada penjawat awam, sector swasta,
sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan turut bersama-sama memerangi musuh di
kala ini iaitu wabak Covid-19. Manakala PRIHATIN pula menunjukkan inisiatif kerajaan yang
merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat Malaysia.

Semangat MALAYSIA PRIHATIN ini bukan sahaja dizahirkan oleh mereka yang bertugas di
barisan hadapan, malahan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat juga merupakan
wira tidak didendang. Mereka tampil untuk memberikan bantuan dan sokongan tanpa
mengira kaum, agama dan fahaman politik. Ini petanda baik yang membuktikan rakyat
Malaysia boleh bersatu sama ada di waktu susah apatah lagi dalam waktu senang.

Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian,


Kita seharusnya sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat menjalani kehidupan
dalam keadaan yang aman dan harmoni. Di kesempatan ini, saya mengajak hadirin dan
hadirat sekalian untuk terus menyemarakkan keharmonian yang dikecapi selama ini demi
negara Malaysia yang tercinta.

Mari kita Bersama-sama suburkan semangat patriotisme iaitu perasaan cinta yang
mendalam dalam diri kita kepada negara tanah tumpahnya darah kita ini. Mudah-mudahan
dengan cara ini rasa cinta kita kepada negara tidak akan pudar sampai bila-bila. Saya
percaya perasaan cinta kepada negara inilah yang boleh menjadi tali pengikat utama
kepada perpaduan bangsa di negara ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
semua pihak yang telah bertungkus lumus membuat segala perancangan dan persediaan
acara pada hari ini serta program-program bagi mengisi sambutan Bulan Kebangsaan pada
tahun ini.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya dengan ini melancarkan program
Bulan Kemerdekaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail tahun 2020.

Sekian, Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


Nur Asmena binti Mohd Asri. Nur Aina Syhaqirien binti Ruslan,
Naib Pengerusi AJK Protokol.

Anda mungkin juga menyukai