Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN

Yang Berhormat Dato’ Aminuddin bin Omar.

Exco Kerajaan Negeri Kedah

Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah

MAJLIS PERASMIAN

SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA

24 APRIL 2018

Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah

Jalan Kolam Air

Alor Setar

KEDAH DARUL AMAN

1
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Y.Bhg. Dato'/ Datin /Tuan-tuan / Puan-puan

Pertamanya, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah izin-Nya jua saya beroleh kesempatan pada hari ini untuk bersama-sama

dengan hadirin sekalian sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Buku dan

Hakcipta Sedunia untuk tahun 2018. Sekalung tahniah kepada seluruh ahli

jawatankuasa kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Saya percaya

kejayaan menganjurkan majlis ini adalah merupakan usaha murni lagi terpuji

yang sudah tentunya memerlukan penggemblengan banyak tenaga, idea dan

kerja keras sehingga majlis ini menjadi kenyataan.

Y.Bhg. Dato'/ Datin /Tuan-tuan / Puan-puan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan syabas saya ucapkan kepada pihak

Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah yang menganjurkan Program Hari Buku

dan Hakcipta ini dengan jayanya. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan

ucapan terima kasih kepada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, swasta, NGO

serta sekolah-sekolah yang bekerjasama mengambil bahagian menjalankan

progam pada kali ini. Saya percaya program yang diadakan secara besar-

besaran seumpama ini akan menyalakan semua keseronokan membaca dan

saya memberi sokongan penuh kepada pihak perpustakaan agar program Hari

Buku dan Hakcipta Sedunia ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan

2
datang agar kita semua dapat memantapkan budaya membaca di kalangan

masyarakat. Program ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat membaca

dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi Galakan

Membaca, Kegiatan Penerbitan dan Perbukuan serta Perlindungan Harta Intelek

melalui Hak Cipta. Di samping itu, ianya dapat memberi pendedahan kepada

masyarakat sekitar mengenai wujudnya Hari Buku Dan Hak Cipta yang diiktiraf

oleh badan antarabangsa. Kerajaan negeri Kedah menyambut baik dan memberi

sokongan penuh kepada pihak perpustakaan dalam melaksanakan program

perbuuan dan membaca. Ia juga perlu diperluas kerana hasilnya berupaya

menyumbang kepada pembangunan sahsiah masyarakat melalui nilai murni

yang diterjemah melalui pembacaan. Menurut Kajian Olahan Tabiat Membaca

2010 purata rakyat Malaysia membaca buku adalah di antara lapan (8) hingga

12 buah buku setahun berbanding dua (2) buah buku setahun. Peningkatan ini

walaupun signifikan dengan hala tuju negara menuju negara maju, namun ia

belum cukup mengambarkan membaca telah menjadi satu budaya di negara

kita. Terinspirasi daripada sambutan “Earth Hour”, maka program Jom Baca

selama 10 minit dilakukan sebagai satu langkah inovatif untuk memberi nafas

baharu dalam kempen pembacaan. Jika semasa “Earth hour” semua penduduk

bumi memadamkan lampu selama sejam, jom baca pula meminta kita

memperuntukkan 10 minit sahaja untuk membaca secara serentak iaitu di antara

jam 11.00 – 11.10 pagi.

Dalam masa 10 minit tersebut, kita boleh memilih untuk membaca apa sahaja

bahan bacaan sama ada santai mahupun serius. Program yang diinspirasikan

3
oleh Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysiaini merupakan

program yang kelima pada tahun ini. Bermula pada tahun 2014, penyertaan

adalah seramai 2.5 juta dan meningkat kepada 2.54 juta pada tahun 2016.

Manakala pada tahun 2017 jumlah penyertaan yang diperolehi adalah sebanyak

4.2 juta. Jumlah tersebut meningkat lagi pada tahun 2017 iaitu sebanyak 5.7 juta

penyertaan. Kita dapat lihat masyarakat kita mampu untuk menjadikan budaya

membaca dengan bantuan dan dorongan dari pihak-pihak yang

bertanggungjawab. Saya juga melihat perkembangan Mari Membaca 10 Minit ini

telah diperluaskan di sosial media dan agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Tahniah diucapkan kepada yang telah bertungkus lumus mempergiatkan

promosi untuk program ini. Mulai tahun ini pihak perpustakaan juga telah

melaksanakan Jom Baca Bersama 10 Minit ini di dalam majlis-majlis yang

diadakan di perpustakaan.

Hadirin yang dihormati,

Pagi ini, kita berada di Perpustakaan Awam Kedah yang merupakan wadah di

mana khazanah ilmu tersimpan rapi di dalam buku-buku. Buku merupakan

warisan manusia sejak zaman berzaman yang tidak pernah lekang dan hilang.

Buku berperanan penting dalam proses pendidikan, apatah lagi ia mempunyai

peranan besar dalam pengembangan kebudayaan dan pembangunan sesuatu

bangsa dan negara. Melalui buku juga lahirnya ilham pemikiran kritis dari soal

politik, falsafah serta sosio ekonomi dalam kalangan kelompok manusia. Sebagai

sebuah negeri yang sedang membangun, Kedah dan rakyatnya mestilah

4
membangun bersama-sama dari segi fizikal dan mental yang dicetus melalui nilai

pembacaan. Penekanan kerajaan adalah melahirkan modal insan

berpengetahuan tinggi. Sumber manusia ini perlu digerakkan secara produktif

dan proses pendidikan ke arah matlamat ini mestilah diberi penekanan secara

berterusan. Bagi mencapai status negara maju dan mempunyai modal insan

kelas pertama, budaya membaca perlu dipasak kuat di dalam kehidupan kita,

untuk mencapai segala apa yang kita hajati dan mencorak kemajuan negara

yang kita impikan, maka kerajaan dan rakyatnya mesti menjunjung tinggi ilmu

pengetahuan kerana dengan membaca dan ilmu pengetahuan boleh merubah

segala-galanya. Kerajaan Negeri Kedah tidak mahu ketinggalan dalam

meletakkan kepentingan membaca dalam pembangunan Kedah maju. Buktinya

kita menyokong penganjuran Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini.

Program ini boleh dikira sebagai salah satu terjemahan konsep perpaduan dan

muafakat yang bukan sahaja berlaku di negeri Kedah malahan di seluruh

malaysia yang disertai segenap lapisan masyarakat.

Hadirin yang dihormati,

Pada kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada rakyat di Negeri Kedah

supaya mengambil peluang melibatkan diri dalam Program Jom Baca bersama

untuk 10 minit ini dan program galakan membaca yang lain dengan harapan

budaya membaca akan dapat diterus dan disuburkan. Datanglah ke

Perpustakaan berdekatan, pelbagai aktiviti dan program yang telah

direncanakan, telah dicorak untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam

5
kalangan masyarakat. Inilah adalah salah satu peranan perpustakaan bagi

membantu rakyat untuk lebih berilmu dan mencapai objektif negara maju pada

masa akan datang.

KEMUMU DI TENGAH PEKAN,

DIHEMBUS ANGIN JATUH KE TANAH;

ILMU YANG TIDAK DIAMALKAN,

BAGAI POHON TIDAK BERBUAH.

Yang Berhormat/ Dato'/ Datin /Tuan-tuan / Puan-puan

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada

sekalian yang hadir dan turut menjayakan majlis kali ini. Mudah-mudahan

kerjasama ini akan berterusan pada masa-masa akan datang dan dengan lafaz

Bismillahi Rahmanirrahim, maka dengan ini saya merasmikan Program Hari

Buku dan Hakcipta Sedunia serta Program Jom Baca Bersama 10 Minit tahun

2018.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai