Anda di halaman 1dari 3

Dalam PRPM, membaca adalah memeriksa isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan

teliti dan mengetahui maksud kandungannya. Menurut pandangan Chettri dan Rout (2013),
pengetahuan seseorang, terutamanya minat, pembelajaran dan pemahaman tentang diri sendiri
dapat dipertingkatkan melalui proses membaca. Menurut pendapat (Karadeniz & Can, 2015),
membaca melibatkan proses pemikiran seseorang individu untuk memahami makna sesuatu
perkataan. Membaca merupakan amalan baik yang membawa banyak kesan positif kepada
seseorang. Contohnya, seseorang dapat mempelajari ilmu pengetahuan melalui membaca. Oleh
itu, pelbagai pihak haruslah mengambil inisiatif untuk mempopularkan amalan membaca dalam
masyarakat. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan amalan membaca dalam
kalangan masyarakat di Malaysia.

Seiring dengan apa yang termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987
(Akta A667) Bahagian II Seksyen 4(2)m iaitu, menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat
gemar membaca, Dasar Galakan Membaca telah dilaksanakan untuk pelaksanaan fungsi
Perpustakaan Negara Malaysia. Tujuan dasar ini adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan dan kebaikan membaca. Selain itu, dasar ini turut bertujuan untuk memupuk minat
dan amalan membaca dalam kalangan masyarakat. Pelbagai institut telah melibatkan diri dalam
pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan amalan membaca bagi menjayakan
Dasar Galakan Membaca. Sebagai contoh, kempen-kempen dan bengkel-bengkel berkaitan
pembacaan telah dianjurkan untuk menggalak masyarakat dalam aktiviti membaca. Selaras
dengan dasar ini, program Kempen Membaca telah diadakan untuk merealisasikan Dasar
Galakan Membaca di setiap lapisan masyarakat. Demi mempopularkan lagi kempen tersebut,
“Bangsa Membaca Bangsa Berjaya” dipilih sebagai slogan Kempen Membaca untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat supaya mengamalkan amalan membaca sebagai budaya
seharian. Dalam konteks ini, budaya membaca dapat diperkukuhkan dalam kalangan rakyat dan
mewujudkan negara Malaysia yang berbudaya membaca.

Seterusnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang kempen Malaysia


Membaca serta Dekad Membaca Kebangsaan untuk mencapai hasrat, iaitu menukarkan
Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030. Untuk mencapai matlamat tersebut,
Kementerian Pendidikan Malaysia menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam amalan
membaca dan mencintai dunia pembacaan dengan menetapkan kaedah baharu yang lebih
sesuai dan tetap. Demi menyemarakkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat, KPM
telah memilih slogan MALAYSIA MEMBACA untuk merealisasikan hasrat menukarkan Malaysia

1
sebagai negara yang berbudaya membaca serta mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan
tinggi. Namun, masyarakat Malaysia kini hanya meluangkan masa lingkungan tiga jam seminggu
sahaja untuk membaca. Selaras dengan kempen Malaysia Membaca dan Dekad Membaca
Kebangsaan, institut pengajian tinggi awam dan swasta berperanan penting dalam memupuk
amalan membaca dan mewujudkan suasana yang sesuai untuk membaca. Hal ini demikian
kerana budaya membaca amat penting dalam kehidupan.

Di Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia, Program Read@Uni dianjurkan untuk


mengembangkan amalan membaca dalam kalangan anggota institut tersebut di samping
menyokong kempen Dekad Membaca Kebangsaan (2021-2030). Matlamat Program Read@Uni
adalah untuk menyerapkan amalan membaca dalam kehidupan para siswa. Hal ini demikian
kerana para siswa pada masa ini lebih berminat dalam media sosial. Oleh itu, Institusi Pendidikan
Tinggi disarankan supaya memperbanyakkan jenis dan jumlah buku di perpustakaan,
perbincangan tentang karya-karya popular, perdebatan untuk memberikan pandangan terhadap
karya-karya yang memiliki pemikiran yang tinggi. Hal ini bukan sahaja mampu mengurangkan
budaya-budaya negatif seperti pemikiran yang mengaggungkan karya Barat dalam kalangan
mahasiswa, malah dapat meningkatkan kualiti mahasiswa di institusi tersebut. Hal ini demikian
kerana amalan menbaca bukan menjadi kewajipan untuk lulus dalam peperiksaan, menyiapkan
kerja kursus dan perkara lain yang berkaitan dengan pengajian. Malah, amalan membaca amat
mulia dalam memperluaskan ilmu pengetahuan. Justeru, amalan membaca perlu diperluaskan
dalam kalangan siswa supaya menjadikan amalan membaca sebagai budaya institusi. Para
siswa boleh membaca, berbincang dan memberi pendapat terhadap karya-karya yang dibaca.

Di samping itu, Program NILAM, iaitu Program Nadi Ilmu Amalan Membaca telah
dilancarkan di sekolah-sekolah menerusi Dasar Galakan Membaca yang dirancang oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Program NILAM mempunyai objektif untuk melahirkan
golongan 'avid reader' iaitu pembaca tegar yang menjadikan tabiat membaca sebagai satu tabiat
yang berkekalan dalam diri mereka. Program ini turut bertujuan untuk menyemai amalan
membaca dalam kalangan pelajar. Program NILAM dibahagikan kepada dua tahap, iaitu Jauhari
dan Rakan Pembaca. Pada tahap Jauhari, pelajar haruslah menguasai kemahiran membaca dan
menjadikan membaca sebagai tabiat manakala tahap Rakan Pembaca pula, pelajar haruslah
membimbing kawan-kawan lain untuk membaca. Dalam hal ini, semua pelajar diwajibkan untuk
mengambil bahagian dalam program tersebut kerana Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998 telah
dikeluarkan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2005 turut dikeluarkan untuk memberi garis panduan

2
memantapkan budaya membaca dalam kalangan pelajar di sekolah. Dalam Program NILAM,
pelajar perlu merekodkan sinopsis setiap buku yang dibaca. Dengan ini, tabiat untuk membaca
dapat dipupuk dalam kalangan pelajar.

Seperti apa yang ditulis dalam Hadis, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkannya. Jelaslah di sini bahawa ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-
anak untuk menerapkan amalan membaca sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Misalnya, ibu bapa turut boleh membaca buku seperti lagenda-lagenda klasik kepada
anak-anak sebelum anak-anak tidur. Hal ini bukan sahaja dapat menarik minat anak-anak untuk
membaca, malah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana bahasa dan plot yang
digunakan senang difahami oleh kanak-kanak. Buku-buku cerita kanak-kanak turut mempunyai
gambar-gambar yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk menbaca. Dalam pada itu, ibu
bapa boleh membawa anak-anak ke perpustakaan awam untuk membaca buku pada masa
lapang. Hal ini demikian kerana perpustakaan mengandungi jumlah buku yang banyak seperti
buku cerita, komik dan novel. Melalui amalan membaca, anak-anak dapat menambah ilmu di
samping mengisi masa lapang. Anak-anak juga dapat mengurangkan masa dalam penggunaan
telefon bimbit yang menyebabkan ketagihan Internet. Tuntasnya, ibu bapa berperanan penting
untuk membentuk amalan membaca dalam anak-anak.

Kesimpulannya, pelbagai pihak haruslah bekerjasama untuk memupuk amalan membaca


dalam kalangan masyarakat supaya mencapai matlamat Malaysia sebagai negara yang
berbudaya membaca. Membaca mempunyai banyak kebaikan seperti menambah
perbendaharaan kata. Hal ini demikian kerana semakin banyak buku yang dibaca, semakin
banyak kosa kata yang dapat dipelajari. Tidak dapat dinafikan bahawa seseorang akan
menjumpai perkataan yang tidak pernah diketahui sebelum ini apabila membaca buku. Secara
tidak langsung, pencapaian bahasa seseorang dapat dipertingkatkan. Hal ini demikian kerana
karya-karya yang dihasilkan menggunakan bahasa yang tepat untuk menyampaikan maklumat
kepada pembaca. Dalam konteks ini, seseorang dapat mempelajari penggunaan bahasa yang
betul di samping dapat memperkukuhkan perbahasaan seseorang. Membaca jambatan ilmu.
Masyarakat haruslah mengambil inisiatif untuk mengamalkan amalan membaca dalam
kehidupan supaya tidak menjadi katak di bawah tempurung.

Anda mungkin juga menyukai