0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
480 tayangan6 halaman

Kebaikkan Membaca

Membaca memberikan banyak manfaat kepada pelajar. Membaca dapat menambah pengetahuan, meningkatkan kemampuan bahasa, dan membantu membentuk pemikiran yang lebih matang. Minat membaca perlu didorong sejak dini oleh orang tua dan sekolah untuk membentuk generasi pembaca.

Diunggah oleh

Vero Yong
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
480 tayangan6 halaman

Kebaikkan Membaca

Membaca memberikan banyak manfaat kepada pelajar. Membaca dapat menambah pengetahuan, meningkatkan kemampuan bahasa, dan membantu membentuk pemikiran yang lebih matang. Minat membaca perlu didorong sejak dini oleh orang tua dan sekolah untuk membentuk generasi pembaca.

Diunggah oleh

Vero Yong
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

KEBAIKKAN MEMBACA

Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti
harian seseorang pelajar itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah
dan akhbar yang banyak dijual di kedai-kedai buku itu. Sebenarnya, amalan ini
mempunyai banyak faedah kepada diri pelajar apabila dilakukan secara kerap.

Kebaikan yang ketara ialah membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan


seseorang itu. Aktiviti membaca pasti membawa pelajar memperoleh
maklumat terkini tentang sesuatu perkara itu seperti penemuan kajian sains
yang mengejutkan itu. Lantaran itu, diri pelajar sering terdedah pada kajian
saintis yang sering berubah-ubah mengikut zaman.

Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa pelajar.


Penemuan saban hari istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah
memeriksa kamus itu akan meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar
tersebut. Sesungguhnya, penggunaan kosa kata dalam diri pelajar akan
menjadi meluas dan menjadikan pelajar mahir dalam penulisan pula.

Tambahan pula, pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila
kerap membaca bahan akhbar dan majalah. Pembacaan menjadikan pelajar
mengetahui banyak isu daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat itu
tanpa mengira positif atau negatif. Jelaslah, pelajar akan menimbang sendiri
semua fakta yang dihuraikan dalam pembacaan itu lalu mampu membuat
kesimpulan yang bernas.

Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang pelajar. Amalan ini
memerlukan tumpuan yang lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan
sebuah buku terutama buku pelajaran yang tebal itu. Maka, kemungkinan
untuk pelajar tersebut terlibat dalam sebarang kejadian negatif seperti
melepak tidak akan berlaku.

Kajian juga membuktikan bahawa pelajar yang kerap membaca buku akan
memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kejayaan ini berlaku
kerana banyak fakta yang perlu dihafal apabila pelajar menjawab soalan
peperiksaan umum negara ini. Akibatnya, ibu bapa akan berasa bangga dengan
kejayaan anak mereka dalam peperiksaan itu.

Kesimpulannya, semua faedah membaca itu benar-benar berlaku sekiranya


diamalkan secara baik. Ibu bapa perlulah membantu memupuk minat ini
dengan memberi galakan atau membeli bahan bacaan yang berkualiti buat
anak mereka. Bak kata orang tua-tua membaca itu jambatan ilmu yang
membuktikan amalan ini penting dilaksanakan oleh semua pelajar tanpa
mengira batasan usia tersebut.
KEPENTINGAN MEMBACA

Membaca ialah satu aktiviti yang mendatangkan pelbagai faedah kepada


pembaca.Amalan membaca boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti yang
berfaedah,iaitu membolehkan seseorang itu mengetahui isi kandungan
sesebuah buku,surat khabar dan lain-lain lagi.Membaca membolehkan individu
mengetahui dan mengenali perkara-perkara yang berlaku di dunia
ini.Sasterawan negara terkenal,iaitu,A.Samad Said pernah mengatakan
bahawa membaca diibaratkan sebagai kunci kepada gedung ilmu.Oleh
itu,minat membaca haruslah dipupuk di kalangan masyarakat sejak awal lagi.

Membaca merupakan jambatan ilmu.Dengan membaca,kita akan


memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.Oleh
itu,semakin banyak yang baca dan pelajari,semakin tinggilah ilmu yang akan
kita perolehi. dan semakin banyak perkara yang boleh kita fahami.Ingin saya
katakan,bangsa yang mempunyai ilmu yang tinggi,akan dihormati dan
disanjungi oleh orang ramai.Oleh itu,janganlah kita membazirkan masa yang
emas ini dengan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti
melepak,merokok dan lain-lain lagi.

Amalan membaca juga antara faktor kejayaan seseorang.Untuk


pengetahuan anda, pelajar cemerlang SPM iaitu,Amalina,dikenali dan digelari
sebagai perpustakaan bergerak.Hal ini kerana,dia sentiasa membawa buku ke
mana sahaja dia pergi dan sentiasa menggunakan masa terluang yang
ada dengan membaca buku.
Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar,90% orang yang ingin membaca
mampu untuk menguasai ilmu akademik dan 50% mengakui yang mereka dapat
menjawab semua soalan peperiksan.Maka,tidak dapat dinafikan bahawa
amalan membaca ialah resepi untuk orang berjaya.

Kita juga dapat mengisi masa lapang dengan baik apabila


membaca.Bahan bacaan juga tidak sepatutnya terhad kepada buku teks
sahaja tetapi,surat khabar dan majalah juga boleh dijadikan sebagai bahan
bacaan.Masa yang terluang boleh digunakan oleh remaja-remaja untuk
membaca dan ini dapat mengelakkan remaja daripada terjebak kepada gejala
sosial.Membaca mampu melahirkan modal insanyang berguna seperti yang
diingini oleh negara.

Membaca juga membolehkan kita mengetahui isu-isu semasa yang


berlaku di negara dan di luar negara.Dalam era globalisasi ini, kita boleh
mengetahui pelbagai isu yang terdapat di dunia ini dengan melayari internet
dan membaca surat khabar.Amat penting untuk kita mengikuti perkembangan
yang berlaku di dalam dan di luar negara.Isu-isu seperti bencana
alam,peperangan dan lain-lain lagi merupakan isu yang boleh kita perolehi
melalui membaca.Kesimpulannya,membaca dan mengetahui isu-isu semasa
membolehkan kita tidak akan mudah ditipu pleh orang lain kerana sentiasa
mengikuti perkembangan semasa.

Kesimpulannya,membaca merupakan satu aktiviti yang mempunyai


seribu kabaikan.Ada pepatah melayu,mengatakan`ilmu itu lebih berharga
daripada emas dan harta'.Aktiviti membaca mampu menjamin masa depan
yang cemerlang dan menampilkan imej yang tinggi di kalangan
masyarakat.Oleh itu,saya menyeru orang ramai tanpa mengira agama agar
manfaatkan masa yang terluang dengan membaca.
Cara-cara Menyemai Minat Membaca

Para remaja zaman sekarang kian mengabaikan budaya membaca. Dengan


minat dengan aktiviti pembacaan, kita dapat mengisi masa senggang dengan
perkara yang lebih banyak memberikan faedah kepada kita. Minat membaca
ini sepatutnya dipupuk sejak kecil lagi.

Ibu bapa merupakan golongan yang utama bertanggungjawab dalam


memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Mereka sewajarnya
membeli bahan bacaan yang bermutu seperti majalah dan buku ilmiah. Buku
yang berwarna-warni juga boleh dibeli bagi menarik minat kanak-kanak untuk
membaca. Selain itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke
pesta buku seperti pesta buku anjuran negeri mahupun antarabangsa bagi
mendapatkan buku-buku yang dingini dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, pihak sekolah juga bertanggungjawab dalam merealisasikan


budaya membaca dalam kalangan pelajar dengan memperkasakan Program
NILAM. Pihak sekolah dapat menggalakkan para pelajar membaca dengan
adanya NILAM. Pelajar yang dapat menulis NILAM terbanyak akan
memperoleh gelaran sebagai tokoh NILAM manakala pelajar yang mencapai
tahap dalam Program NILAM ini pula akan diberikan penghargaan oleh pihak
sekolah. Pelbagai hadiah akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang mencapai
tahap tertentu dalam NILAM.

Di samping itu, kempen membaca seharusnya diadakan oleh pihak


kerajaan. Antara kempen yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaaan
termasuklah Hari Membaca 1 Malaysia yang dijalankan di seluruh sekolah di
Malaysia selama 10 minit. Kempenini dapat mendedahkan aktiviti membaca
dalam kalangan para pelajar sekolah. Sesungguhnya, Membaca Amalan Mulia.
Perpustakaan mini juga seharusnya diwujudkan di setiap rumah. Ibu
bapa bertanggungjawab menyediakan sudut mahupun bilik khas yang
bertujuan untuk menggalakkan anak-anak membaca. Buku-buku yang
disediakan hendaklah disusun dengan kemas dan teratur agar mudah dicari.
Perpustakaan mini itu mestilah dihias dengan cantik dan menarik supaya para
pengguna berasa selesa dan tertarik untuk menggunakan perpustakaan mini
tersebut.

Konklusinya, minat membaca dapat dipupuk dengan pelbagai cara.


Membaca juga dapat memberi banyak kelebihan kepada para pembaca. Minat
membaca haruslah dipupuk sedari kecil kerana kanak-kanak yang masih
setahun jagung mudah diajar dan dicorakkan. Sesuailah dengan peribahasa
yang menyatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anda mungkin juga menyukai